Sunday 3 July 2011

Badan Perundangan (LEGISLATIF) U7

PARLIMEN
  1. terdiri dari yang dipertuan agong dan 2 majlis parlimen iaitu dewan rakyat dan negara. 
  2. mempunyai kuasa membuat undang undang 
  3. berjalan selama 5 tahun dari tarikh mesyuarat pertama selepas pilihanraya
  4. perlu diluluskan oleh ketiga tiga komponen parlimen
YANG DI-PERTUAN AGONG
  1. komponen paling atas
  2. tidak terlibat dalam menggubal undang undang
  3. memanggil parlimen untuk bersidang
  4. ada kuasa istimewa - memberhentikan atau bubar parlimen
  5. tidak perlu hadir persidangan parlimen
  6. boleh bertitah semasa pembukaan rasmi penggal parlimen, biasanya awal tahun
DEWAN RAKYAT
  1. rakyat boleh menyampaikan hasrat dan mendapat pembelaan melalui wakil mereka
  2. menggubal dan membahaskan undang undang
  3. diwakili oleh wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya
  4. dewan rakyat boleh diubah melalui pendaan undang undang yang diluluskan oleh parlimen
  5. anggota dewan rakyat boleh hilang kelayakan seperti berikut :
    1. gila
    2. muflis
    3. memegang apa apa jawatan lain yang berpendapatan
    4. gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya 
    5. disabitkan dengan hukuman penjara tidak kurang setahun / denda tidak kurang rm2000
    6. mendapat kewarganegaraan negara lain
    7. gunakan hak hak kewarganegaraan alin
    8. mengaku taat setia kepada negara lain.
PERSIDANGAN PARLIMEN
  1. bersidang apabila agong panggil
  2. penangguhannya tidak boleh dibiarkan berlanjutan enam bulan berselang antara mesyuarat akhir bagi sesuatu penggal dengan mesyuarat yang pertama bagi penggal berikutnya
  3. genap 5 tahun parlimen akan bubar dengan sendirinya.
  4. bila bubar, perlu ada pilihanraya
  5. pilihanraya diadakan dalam tempoh 60hari dari tarikh bubar untuk semenanjung, 90 hari untuk sabah dan sarawak
  6. parlimen akan bersidang tidak lewat dari 120 hari dari tarikh bubar.
  7. ada takwim parlimen
  8. parlimen bermesyuarat dipanggil persidangan

    1 comment:

    Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.