Badan Perundangan (LEGISLATIF) U7
PARLIMEN
- terdiri dari yang dipertuan agong dan 2 majlis parlimen iaitu dewan rakyat dan negara.
- mempunyai kuasa membuat undang undang
- berjalan selama 5 tahun dari tarikh mesyuarat pertama selepas pilihanraya
- perlu diluluskan oleh ketiga tiga komponen parlimen
YANG DI-PERTUAN AGONG
- komponen paling atas
- tidak terlibat dalam menggubal undang undang
- memanggil parlimen untuk bersidang
- ada kuasa istimewa - memberhentikan atau bubar parlimen
- tidak perlu hadir persidangan parlimen
- boleh bertitah semasa pembukaan rasmi penggal parlimen, biasanya awal tahun
DEWAN RAKYAT
- rakyat boleh menyampaikan hasrat dan mendapat pembelaan melalui wakil mereka
- menggubal dan membahaskan undang undang
- diwakili oleh wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya
- dewan rakyat boleh diubah melalui pendaan undang undang yang diluluskan oleh parlimen
- anggota dewan rakyat boleh hilang kelayakan seperti berikut :
- gila
- muflis
- memegang apa apa jawatan lain yang berpendapatan
- gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya
- disabitkan dengan hukuman penjara tidak kurang setahun / denda tidak kurang rm2000
- mendapat kewarganegaraan negara lain
- gunakan hak hak kewarganegaraan alin
- mengaku taat setia kepada negara lain.
PERSIDANGAN PARLIMEN
- bersidang apabila agong panggil
- penangguhannya tidak boleh dibiarkan berlanjutan enam bulan berselang antara mesyuarat akhir bagi sesuatu penggal dengan mesyuarat yang pertama bagi penggal berikutnya
- genap 5 tahun parlimen akan bubar dengan sendirinya.
- bila bubar, perlu ada pilihanraya
- pilihanraya diadakan dalam tempoh 60hari dari tarikh bubar untuk semenanjung, 90 hari untuk sabah dan sarawak
- parlimen akan bersidang tidak lewat dari 120 hari dari tarikh bubar.
- ada takwim parlimen
- parlimen bermesyuarat dipanggil persidangan
nota dibuat dari modul yang diberikan..
ReplyDelete