Wednesday 10 October 2012

10/ Analisis Pergerakan Manusia

  • satah dan paksi 
    • satah - suatu permukaan bayangan yang melintasi bahagian tubuh
    • paksi - suatu garis yang tetap atau kekal, sama ada mendatar atau menegak. digunakan sebagai rujukan suatu penentuan kedudukan
  • analisis berlari - pergerakan kaki berlaku pada satah sagital di paksi transversal
  • analisis melompat - pergerakan kaki berlaku pada satah sagital di paksi transversal
  • analisis menendang - pergerakan kaki yang menendang berlaku pada satah sagital di paksi transversal
  • analisis memukul - pergerakan tangan dalam tindakan menghayun raket berlaku pada satah transversal di paksi longitudinal.
  • analisis membaling - pergerakan tangan berlaku pada satah transversal di paksi longitudinal

Tuesday 9 October 2012

9/ Pertimbangan Muskuloskeletal Untuk Pergerakan

  • sistem muskuloskeletal menggerakkan tubuh dalam ruang. otot menghasilkan daya dan pergerakan manusia. 
  • faktor yang mempengaruhi kebolehan otot untuk menghasilkan gerakan 
    • otot menghasilkan pergerakan sendi.
    • penguncupan otot akan menarik tulang
  • panjang serat otot - gelongsoran filamen di dalam sarkomer menyebabkan serat otot memendek. panjang serat otot ditentukan oleh seni bina otot
  • panjang lengan momen otot - lengan momen mempengaruhi pergerakan sendi yang dihasilkan oleh penguncupan otot
  • faktor yang mempengaruhi kekuatan otot 
    • saiz otot - 
    • regangan otot
    • lengan momen otot
    • halaju penguncupan
    • rekrumen serat otot
    • jenis serat yang membina otot

Monday 8 October 2012

8/ Kinetik Linear

  • menerangkan tentang penyebab bagi gerakan linear semua objek.
  • hukum gerakan newton 
    • hukum newton pertama - hukum inersia - sesuatu jasad akan kekal dalam keadaan rehat (pegun) atau bergerak dengan halaju seragam di sepanjang garis lurus melainkan daya luar dikenakan ke atasnya.
    • hukum newton kedua - hukum pecutan - suatu daya dikenakan ke atas sesuatu objek kadar perubahan momentum yang dialami objek tersebut adalah berkadar terus dengan saiz daya yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan daya itu.
      • formula : DAYA = JISIM X PECUTAN (F=MA)
    • hukum newton ketiga - hukum tindak balas - setiap daya yang dikenakan ke atas sesuatu jasad oleh jasad yang lain, terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. seperti melantun bola

Sunday 7 October 2012

7/ Kinetik Pergerakan Manusia

  • berkait dengan daya
  • mekanik dan biomekanik - mengkaji gerakan objek dan daya
    • mekanik jasad tegar - menganalisis objek seperti sistem rangka
    • mekanik jasad boleh ubah bentuk 
    • mekanik bendalir
  • daya
    • dikenakan oleh sesuatu objek ke atas objek yang lain
    • wujud secara berpasangan
    • menyebabkan sesuatu objek untuk mula bergerak, berhenti, menambah kelajuran, memperlahankan gerakan, mengubah arah.
  • klasifikasi daya - 2 kategori iaitu daya sentuhan dan daya hasil daripada tindakan dari jauh
    • daya sentuhan - dihasilkan daripada interaksi dua objek yang dianggap bersentuhan secara fizikal di antara satu sama lain
    • daya tindakan dari jauh - dihasilkan  daripada interaksi dua objek yang tidak bersentuhan secara fizikal SEPERTI daya graviti, daya elektrik dan daya magnet.

Saturday 6 October 2012

6/ Otot-otot Rangka Utama

  • ciri-ciri otot rangka utama :
    • orientasi serat otot secara realtif kepada garisan tengah tubuh
    • saiz relatif otot
    • bentuk relatif otot
    • tindakan utama otot
    • bilangan punca (pelekatan proksimal)
    • struktur yang berada berhampiran dengan otot
    • punca dan selitan (pelekatan distal) otot
  • otot pada toraks yang membantu pernafasan :
    • diafram -
    • interkosta eksterna
    • interkosta internal

Friday 5 October 2012

5/ Sistem Otot

  • terdiri dari otot rangka, otot licin, otot kardium. 
  • otot kardium - otot dinding jantung, mengepam darah menerusi salur darah ke seluruh tubuh 
  • otot kardium dan otot licin - otot involuntari atau luar kawal. tidak dapat mengawal tindakan otot ini. 
  • otot rangka - otot yang paling banyak pada tubuh. 650 otot. 
  • 4 sifat tisu otot 
    • kebolehujaan - bergerak balas terhadap rangsangan
    • kebolehkuncupan 
    • kebolehpanjangan
    • kekenyalan - bentuk asal selepas diregang

Thursday 4 October 2012

4/ Sistem Sendi

  • pertemuan di antara dua tatu lebih tulang. di antara rawan dan tulang atau di antara gigi dengan tulang.
  • 3 jenis sendi :
    • sendi berserat - tidak mempunyai rongga sinovial. tulang sendi dihubungkan oleh tisu perantara atau tisu penghubung padat tak teratur.
      • 3 jenis sendi berserat - sutur, sindesmosis, membran interos. sutur di tengkorak. sindesmosis digerakkan secara terbatas. membran interos lembaran nipis tisu perantara yang menghubungkan tulang panjang.
    • sendi berawan - sendi tidak berongga sinovial dan tulang sendi dihubungkan oleh rawan
      • sedikit pergerakan.  2 jenis sendi ini iaitu sinkondrosis tulang sendi dihubungkan oleh rawan hialin. simfisis pula tulang sendi mempunyai rawan artikular dan dihubungkan oleh rawan berserat
    • sendi sinovial - terdapat rongga sinovial di antara tulang sendi. dihubungkan oleh tisu perantara atau tisu penghubung padat tak teratur dan juga oleh ligamen
      • lebih banyak pergerakan. mempunyai ciri seperti rongga sinovial, kapsul artikular, rawan artikular. mempunyai struktur meniskus, pad lemak artikular, ligamen aksesori, tendon, bursa.

Wednesday 3 October 2012

3/ Sistem rangka

  • terdiri dari tulang tulang yang secara berterusannya mengalami pengubahsuaian selaras dengan tumbesaran.
  • tisu tulang - juga dipanggil tisu oseus 
    • 4 jenis sel tulang 
      • sel osteogenik,
      • sel osteoblas
      • sel osteosit
      • sel osteoklas
    • 2 jenis tisu tulang
      • tisu tulang padat
      • tisu tulang spongiosa

Tuesday 2 October 2012

2/ Tisu Perantara

  • tisu terdiri dari sel yang bergabung dengan sel sel lain untuk bekerja sebagai satu kumpulan untuk melaksanakan tugas yang khusus. 
  • 4 jenis tisu tubuh :
    • tisu epitelium - melitupi permukaan tubuh, lapisi rongga tubuh, organ lompang dan duktus dan bentuk kelenjar
    • tisu perantara atau tisu penghubung - melindungi dan menyokong tubuh dan organ dalaman, menyatukan organ, menyimpan rizab tenaga dalam bentuk lemak serta keimunan
    • tisu otot - hasilkan daya fizikal untuk gerakkan struktur tubuh
    • tisu saraf - mengesan perubahan dalam dan luaran tubuh
  • matriks ekstrasel tisu perantara - bersifat bendalir, gel atau bahan dasar pepejal bersama serat protein. 
    • bahan dasar - komponen tisu perantara di antara sel dan serat.
    • serat - menguat dan menyokong tisu perantara seperti serat kolagen yang kuat dan rintang terhadap daya tarikan. dan serat elastik terbina dari molekul protein yang dikenali sebagai fibrilin. fibrilin mensatbilkan serat elastik yang boleh diregang.

Monday 1 October 2012

1/ Anatomi & Fisiologi Manusia

  • Struktur tubuh manusia :
    • aras kimia - melibatkan atom, tindak balas kimia dan terdiri daripada nukleus iaitu proton, neutron dan elektron
    • aras sel - unit terkecil dalam badan.  lebih 10 trilion sel terbahagi kepada 230 jenis sel seperti sel otot, rangka, saraf, darah dll.
    • aras tisu - suatu struktur berserat yang terdiri dari gabungan sel yang sama dan yang mempunyai asalan yang sama. 4 jenis tisu :
      • epithelium - tersebar meluas pada tubuh. Membentuk litupan bagi semua permukaan tubuh
      • perantara atau penghubung - menyatukan struktur yang berbeza untuk bentuk satu struktur yang lebih besar. menyokong tubuh, menyimpan lemak, mengangkut bahan dalam tubuh, membaik pulih kerosakan tisu
      • otot - sel yang berupaya untuk memendek atau menguncup bagi hasilkan gerakan pada bahagian tubuh. kelihatan berwarna merah hasil dari salur darah yang banyak .
      • saraf - dari neuron dan sel neuroglia. terdapat di otak, korda spina dan saraf periferi. berperanan menyelaras dan mengawal kebanyakan daripada aktiviti tubuh

Monday 10 September 2012

[j] Menilai Kurikulum

  • ciri-ciri penilaian yang berkualiti
    • holistik
    • fleksibel
    • sepadu
    • seimbang
    • berasaskan standard
    • fokus hanya untuk pembelajaran
    • membina insan
  • PENILAIAN FORMATIF
    • mengkaji pelaksanaan kurikulum atau program atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran. penilaian ini menjelaskan kualiti pelaksanaan, pentaksiran konteks atau proses sesuatu kurikulum. penilaian ini digunakan semasa sesuatu unit kurikulum, program, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
  • PENILAIAN SUMATIF
    • mengkaji keberkesanan hasil sesuatu  kurikulum. peranannya ialah merumus hasil dengan menjelaskan perkara yang berlaku terhadap pelaksanaan hasil itu. penilaian ini digunakan pada akhir sesuatu unit kurikulum, program, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

  • Proses penilaian kurikulum
    • penilaian berasaskan sekolah - dilaksanakan di sekolah secara berterusan
    • penilaian berterusan - murid sudah menguasai pengetahuan yang dikehendaki secara pembelajaran masteri
    • penilaian berasaskan elemen mata pelajaran - menguasai mata pelajaran yang dipelajari
    • penilaian proses di samping penilaian hasil - menghasilkan sesuatu projek
    • pentaksiran autentik - dinilai berdasarkan tingkah laku sebenar
    • penilaian hasil pembelajaran - tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai diharapkan dapat dikuasai seseorang
    • penilaian sebagai penanda aras - proses pengukuran ke atas hasil, proses dan prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang cemerlang
    • penilaian melalui pemerhatian - memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan
  • kaedah penilaian pembelajaran
    • mengesan serta merta
    • mengesan kemajuan
    • mengesan pencapaian
  • kaedah penilaian kendalian sekolah
    • lisan - mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi di antara guru dengan murid
    • penulisan - melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid
    • pemerhatian - menilai aspek aspek yang sukar dikesan melalui kaedah penulisan dan lisan
  • menetapkan objektif dan penilaian pembelajaran
    • pernyataan eksplisit tentang tingkah laku murid
    • ada 3 iaitu :
      • domain psikomotor
        • tindak balas semulajadi
        • menghubungkait
        • ketepatan perlakuan
        • memanipulasi
        • meniru
      • domain afektif
        • membina perwatakan
        • mengorganisasi
        • menghargai
        • bertindak balas
        • penerimaan
      • domain kognitif
        • penilaian
        • sintesis
        • analisis
        • aplikasi
        • kefahaman
        • pengetahuan
  • contoh objektif pembelajaran
  • PSIKOMOTOR 
    • Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat melakukan kemahiran menyangga dengan teknik yang betul semasa aktiviti berpasangan, berkumpulan dan permainan kecil.
  • KOGNITIF
    • Di akhir unit pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyatakan hukum hukum sains yang terlibat semasa melakukan kemahiran menyangga
  • AFEKTIF
    • Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat memberikan kerjasama dengan berbincang, memberi idea dan menolong rakan dalam aktiviti tugasan serta menunjukkan sikap kejujuran semasa membuat penilaian 

Sunday 9 September 2012

[i] PJPK Pendidikan Sepanjang Hayat

  • Kurikulum PJPK mencapai objektifnya melalui :
    • lakukan kemahiran asas dengan betul ikut konsep pergerakan
    • kembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor
    • kenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa pergerakan
    • kenal pasti aktiviti tingkatkan tahap kecergasan
    • ketahui kepentingan lakukan aktiviti fizikal secara berkala
    • pamerkan tanggungjawab kendiri
    • laksanakan aktiviti fizikal dalam suasana seronok
    • amalkan langkah keselamatan
    • amalkan gaya hidup sihat
  • PJPK sebagai kurikulum formal
    • jenis kurikulum formal
      • kurikulum akademik
      • kurikulum humanistik - diperoleh dari apa yang dipelajari oleh murid dari mana mana matapelajaran
      • kurikulum teknologi - berasaskan aliran sains, teknikal dan vokasional. 
      • kurikulum berbidang luas - mengkategorikan kumpulan mata pelajaran yang mempunyai banyak persamaan seperti bidang bahasa.
      • kurikulum pengembangan kognitif - menghubungkaitkan unsur pelajaran  atau pengalaman  yang diterima dimanfaatkan kepada dirinya dan juga orang lain
      • kurikulum pembangunan masyarakat - kaitan dengan sosio budaya persekitarannya
  • Konsep Teaching Games for Understanding
    • TGFU - mempunyai 4 kategori iaitu sasaran, jaring dan dinding, menghadang dan menyerang.
    • tujuan - meningkatkan pemahaman murid dalam PJ supaya dapat melahirkan murid yang aktif dan mahir dalam bidang sukan terutama permainan yang melibatkan kemahiran dan taktikal.

Saturday 8 September 2012

[h] Polisi & Perundangan Kerajaan mengenai PJPK

  • Dasar Pembangunan Nasional
    • DPN - sebuah negara maju tahun 2020. strategi utama - mengekalkan DEB iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum.
    • aspek kritikal yang digiatkan :
      • wujudkan keseimbangan yang optimum
      • pembangunan yang seimbang
      • menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi
      • memperkukuhkan integrasi nasional
      • bangunkan masyarakat yang progresif
      • majukan sumber manusia
      • sains dan teknologi satu teras penting
      • pembangunan ekonomi berlandaskan perlindungan alam sekitar dan ekologi
  • Dasar Pendidikan Kebangsaan
    • DPK - membangunkan negara yang berbilang kaum dan status sosioekonomi melalui pendidikan. 
    • aspek kritikal yang digiatkan :
      • sistem persekolahan yang sama bagi semua
      • BM sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan
      • kurikulum dan eperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan.
    • kurikulum PJPK mempunyai beberapa strategi iaitu :
      • bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
      • kurikulum PJPK yang sama dan beroreintasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah
      • sistem peperiksaan yang sama dan seragam diwujudkan semua sekolah
      • tingkatkan mutu pendidikan keseluruhannya 
      • amalkan konsep pendemokrasian pendidikan iaitu memberi peluang semua murid untuk mengakses pendidikan secara adil.
      • beri perhatian kepada kumpulan murid yang berkeperluan khas serta sekolah yang terletak di luar bandar dan pedalaman.
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan
    • FPK - hasrat FPK melalui :
      • kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
      • rohani
      • intelek
      • jasmani
      • emosi
        • pendidikan bersepadu
        • ilmu dan kemahiran
        • bahasa
        • nilai-nilai murni
        • kurikulum dan sukatan pelajaran
        • proses pengajaran dan pembelajaran
        • diharapkan dapat mencapai hasil seperti :
          • insan yang baik
          • percaya dan patuh kepada Tuhan
          • berilmu pengetahuan
          • bertanggungjawab
          • berakhlak mulia
          • berbakti dan menyumbang kepada negara
          • sahsiah yang seimbang dan bersepadu
  • Pelan Pembangunan Pendidikan
    • Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
      • menjayakan teras misi nasional iaitu teras 2 - meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dan teras 3 - menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif
      • KPM merancang iaitu :
        • memperkembangkan potensi individu JERI
        • tingkatkan kreativiti, inovasi dan budaya ilmu
        • budayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat
        • sistem pendidikan yang lebih cekap
        • Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
        • tingkatkan martabat pendidikan Malaysia di arena antara bangsa
      • membangunkan modal insan berfokus kepada :
        • lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar dengan cara meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah
        • tingkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan
        • pupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan dengan cara melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai kemahiran hard dan soft skills
        • mantapkan program kokum dan sukan
        • mantapkan sistem pentaksiran dan penilaian
        • kukuhkan disiplin pelajar
        • mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin
        • mantapkan kurikulum dengan subjek PI, PM, PSK dan pembestarian sekolah
  • Transformasi Pendidikan
    • melalui BPK - iaitu KSSR
    • elemen dalam KSSR
      • bentuk, organisasi, kandungan, peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran, pengurusan kurikulum, bahan.
  • Akta Pendidikan 1996 lanjutan dari akta pelajaran 1961
  • indikator lain yang boleh menyebabkan sesebuah kurikulum dibentuk atau dinilai semula ialah kerana
    • kehendak masyarakat
    • faktor politik
    • faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia
    • faktor perubahan sosial
    • faktor perancang dan pelaksana kurikulum
    • faktor murid, kehendak dan keperluan masyarakat
    • faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya
    • pengaruh psikologi pendidikan

Friday 7 September 2012

[g] Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kurikulum (PAJSK)

  • digunakan untuk mengukur, menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokum.
  • murid tahap 1 (th.1 - 3) diukur dan dinilai dalam aspek perkembangan fizikal dan kecerdasan serta penjagaan kesihatan sahaja.
  • murid tahap 2 (th.4 - 6) dan SM, diukur dan dinilai dalam aspek sukan, kokum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan
  • PAJSK dapat memberi gambaran menyeluruh tentang tahap perkembangan murid melalui
    • ketrampilan
    • inovasi
    • akhlak mulia
    • tenggungjawab
    • patriotik
    • keusahawanan
  • komponen pentaksiran aktiviti jasmani (PAJ) untuk tahap 1 dulu :
    • aktiviti jasmani
      • perkembangan fizikal
        • kecekapan kemahiran pergerakan
        • kecergasan meningkatkan kesihatan dan prestasi fizikal
        • kesukanan
      • penjagaan kesihatan
        • kesihatan fizikal
        • kesihatan mental, emosi dan sosial
        • kesihatan persekitaran

Thursday 6 September 2012

[f] Amalan Pentaksiran dalam PJ & PK

  • tujuan penilaian :
    • mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
    • melihat perubahan pada perkembangan setiap murid
    • membuat perancangan aktiviti
    • meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan
    • mempelajari keperluan setiap murid
    • menyelesaikan sesuatu masalah
    • memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa
    • memberi laporan kepada pakar
    • menghargai hasil kerja murid
    • membuat tindakan susulan serta merta
    • kaedah penilaian
    • pemerhatian melalui :
      • rekod anekdot - penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa atau perubahan perkembangan yang signifikan berlaku pada seseorang murid.
      • rekod pensampelan masa - mencatat pemerhatian ke atas tingkah laku murid dalam satu jangka masa
      • senarai semak - mengaitkan perubahan tingkah laku murid dengan hasil pembelajaran seperti yang ditetapkan
  • matlamat utama pentaksiran ialah untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. 
  • kerangka konsep pentaksiran
    • secara tradisional - ujian bertulis, amali dan kecergasan bertujuan mengkaji serta menilai pengetahuan dan kemahiran dalam bentuk pemberian gred.
    • secara alternatif - format tersendiri untuk menguji murid pada aras yang paling rendah ke aras yang tertinggi dalam konteks pemikiran dan penaakulan SEPERTI rating scales, senarai semak, skoran rubrik, log pembelajaran, portfolio, esei, pameran, eksperimen dll
      • autentik - berbentuk tugasan menilai prestasi atau persembahan perlakuan murid secara langsung dalam konteks yang spesifik dan pada situasi sebenar. 
      • perlakuan - melibatkan perlaksanaan sesuatu aktiviti seperti melakukan tunjuk cara atau demonstrasi sesuatu kemahiran dengan tumpuan kepada menghasilkan  sesuatu produk atau membuat projek SEPERTI penulisan, esei, lisan, pameran, eksperimen, portfolio, brosur, phamplet, soal jawab berstruktur dll
  • 5 langkah membina pentaksiran PK :
    • tentukan dan kenal pasti tujuan serta objektif pentaksiran
    • pilih teknik pentaksiran yang sesuai
    • bina carta rubrik dan data skor melalui sistem point atau nilai bernombor, senarai semak, skala kadar analitik atau rubrik umum
    • melaksanakan pentaksiran dan laporan skor pencapaian tugasan 
    • menilai dan memurnikan teknik pentaksiran 
  • 9 aspek pentik dalam membuat analisis tugasan :
    • bentuk simulasi yang menggambarkan prestasi keseluruhannya
    • tetapkan unsur tugasan yang relevan kepada kualiti prestasi seperti kepantasan, ketepatan, bilangan dan kesungguhan ralat prosedur, ralat dalam arahan, perbezaan dalam pemilihan alat atau perkakasan, usaha yang ekonomi, masa
    • memilih unsur untuk pemerhatian
    • membina kriteria dalam piawaian
    • menilai unsur unsur berkenaan 
    • membentuk program latihan
    • memilih unsur yang memerlukan masa dan perbelanjaan yang minimum
    • menggunakan pentaksiran untuk memurnikan pentaksiran dan memperbaiki kurikulum
    • memberikan maklum balas 

Wednesday 5 September 2012

[e] Model Kontemporari Kurikulum Standard dalam PK

  • Tujuan PK :
    • Memberi kesedaran mengenai kesihatan adalah penting
    • mempertahankan amalan yang menjamin keselesaan dalam kehidupan seharian
    • gunakan perkhidmatan kesihatan yang ada dengan betul
    • mempertingkatkan status kesihatan dalam lingkungan persekitaran mereka
  • Matlamat PK :
    • peka terhadap kesihatan
    • menyampaikan pengetahuan
    • menimbulkan kesedaran
    • mengubah sikap
    • membuat keputusan
    • mengubah tingkah laku
    • mengubah status sosial
  • kurikulum kesihatan terdiri dari :
    • pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial
    • pemakanan
    • pertolongan cemas
  • kurikulum PK dalam KSSR ada 3 modul :
    • modul 1 : kesihatan fizikal
    • modul 2 : kesihatan mental, emosi dan sosial
    • modul 3 : kesihatan persekitaran 
  • pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial ialah mengenai  :
    • pengetahuan dari aspek biologikal sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan
    • merangkumi :
      • kesihatan diri dan reproduktif - akhil baligh dan penjagaan kesihatan reproduktif
      • penyalahgunaan bahan - rokok, dadah, inhalan, alkohol dll
      • kemahiran pengurusan mental dan emosi - konflik dan stress dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat
      • kekeluargaan - institusi perkahwinan
      • perhubungan - kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan
      • pencegahan penyakit - penyakit berjangkit, genetik, keturunan dan mental
      • keselamatan - di rumah, sekolah, taman permainan dll
  • P&P PK melalui :
    • pendekatan bersepadu
    • peningkatan pemikiran
    • pelbagai pendekatan
    • pemupukan nilai murni
    • menyediakan peluang
    • pengalaman pembelajaran
    • penggunaan ict
  • sedikit latar belakang perubahan kurikulum sekolah rendah di Malaysia
    • 1983 - kurikulum baru sekolah rendah
    • 1993 - kurikulum bersepadu sekolah rendah (kbsr)
    • 2003 - kbsr (semakan)
    • 2011 - kssr
  • bentuk kurikulum transformasi :
    • insan seimbang ke arah pemikiran kritis dan kreatif dan inovatif :
      • komunikasi - penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi
      • kerohanian, sikap dan nilai - penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai
      • kemanusiaan - penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. penghayatan semangan patriotisme dan perpaduan
      • ketrampilan diri - pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
      • perkembangan fizikal dan estetika - perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri. pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan aspresiasi
      • sains & teknologi - penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik. penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik. penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Tuesday 4 September 2012

[d] Model Kontemporari Kurikulum Standard dalam PJ

  • Tujuan PJ :
    • mengembang dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal
    • berkebolehan mengurus diri dan mendapat kemahiran fizikal
    • mencapai standard sosial dan konsep etika
    • kuasai amalan keselamatan dan kesedaran berkeaitan keselamatan bagi diri dan orang lain
    • reakreasi
    • imje dan konsep kendiri
    • nilai pribadi
  • objektif PJ :
    • meningkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor
    • menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri
    • melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
    • mengaplikasi pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa sertai kegiatan fizikal
    • membuat keputusan bijak dalam kehidupan
    • membentuk sahsiah dan disiplin diri
  • Fokus KSSR dalam PJ :
    • asas pergerakan dan kemahiran motor
    • mengenali konsep kecergasan berdasarkan kesihatan
    • keselamatan
    • interaksi sosial
    • tanggungjawab kendiri
  • 5 aspek dalam PJ :
    • MODUL 1 - KEMAHIRAN
      • aspek 1 : kemahiran pergerakan
      • aspek 2 : aplikasi pengetahuan dalam pergerakan
      • aspek 5 : kesukanan
    • MODUL 2 - KECERGASAN
      • aspek 3 : kecergasan meningkatkan kesihatan
      • aspek 4 : aplikasi pengetahuan dalam meningkatkan kecergasan
      • aspek 5 : kesukanan

Monday 3 September 2012

[c] Kurikulum Lama & Kurikulum Baru Satu Konsep Pemikiran

  • Sejarah KBSR
    • FPK dulu dipanggil Falsafah Pendidikan, KBSR mula dilancarkan pada 1983
    • penegasan 3M 
    • antara objektifnya
      • menghargai  BM sebagai bahasa kebangsaan
      • menguasai kemahiran asas bahasa
      • pembinaan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai kemanusiaan dan kerohanian yang berlandaskan Rukun Negara
      • dapat bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi
      • murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan, kefahaman, minat serta peka terhadap manusia dan alam sekitar. 
    • 3 bidang
      • komunikasi
        • BM< BC<BT<BI<M3
      • kemanusaiaan
        • PI>PM>SC>KT
      • perkembangan diri individu
        • MZ>PS>PJ>PK>KH
    • memastikan perkembangan pelajar secara menyeluruh JERI
    • prinsip KBSR :
      • pendekatan bersepadu
      • perkembangan individu secara menyeluruh
      • pendidikan yang sama untuk semua murid
      • pendidikan seumur hidup
    • fokus tahap 1 :
      • kemahiran berbahasa
      • penguasaan nombor dan operasi asas mengira
      • mengenal huruf serta membaca, menghafaz dan menghayati ayat Al-Quran
      • Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat
    • fokus tahap 2 :
      • semua yang ada di tahap 1 akan diberi pengukuhan lagi.
    • perbandingan kurikulum lama dengan kurikulum baru 
  • KSSR
    • Mengapa standard? memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan.
    • diperkenalkan 2011
  • KSSR PJPK
    • antara matlamatnya :
      • melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan
      • mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor
      • mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan
      • mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan
      • mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala
      • mempamerkan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat
      • mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal
      • mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.
    • kandungan kurikulum PJ Tahun 1
      • Aspek 1 : Kemahiran pergerakan
      • Aspek 2 : Aplikasi pengetahuan dalam pergerakan
      • Aspek 3 : Kecergasan meningkatkan kesihatan
      • Aspek 4 : Aplikasi pengetahuan dalam meningkatkan kecergasan
      • Aspek 5 : Kesukanan
    • kandungan kurikulum PK Tahun 1
      • Modul 1 : Kesihatan fizikal
      • Modul 2 : Kesihatan mental, emosi dan sosial
      • Modul 3 : Kesihatan persekitaran

Sunday 2 September 2012

[b] Isu Pelaksanaan Kurikulum PJK

  • PJ - proses capai tahap kemahiran dan kecergasan fizikal
  • PK - proses belajar mengenai kesihatan dan cara meningkatkan kesihatan diri
  • SUKAN - aktiviti fizikal yang diurus melalui sistem peraturan secara formal atau tidak formal
  • SAINS SUKAN - analisis saintifik mengenai pergerakan tubuh badan manusia dll
  • Kepentingan PJK :
    • fizikal - meningkatkan tahap kecergasan diri
    • kognitif - keupayaan membentuk perkembangan minda sihat serta membantu individu untuk berfikir secara lebih rasional terhadap kepentingan memiliki gaya hidup sihat dan cergas
    • afektif - mempelajari nilai kerjasama, semangat berpasukan, semangat kesukanan, mengajar diri menerima kekalahan dan kekecewaan, merasa kegembiraan dan kepuasan. 
  • konsep penting berkaitan dengan PJK
    • gaya hidup yang aktif - menyumbang ke arah kesejahteraan fizikal, mental dan sosial dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan senaman secara kerap sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu.

Saturday 1 September 2012

[a] Transformasi Kurikulum

  • merupakan kurikulum kebangsaan berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan 
  • ciri : 
    • bersifat futuristik, fleksibel, dinamik, responsif, holistik, bersepadu
    • berkonsepkan "the personhood", fokus kepada pendekatan humanistik
    • relevan dan koheran dengan keadaan semasa mengikut aliran pembanganan dan kemajuan teknologi
    • mengandungi elemen kemahiran berfikir kreatif, kritis dan inovatif serta berkebolehan menyelesaikan masalah berdaya saing
    • menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
  • struktur :
    • tujuan - cara mencapai tujuan
    • kandungan - digubal berdasarkan mata pelajaran
    • kaedah - meneruskan pembelajaran secara akses kendiri
    • sumber dan maklumat  - melibatkan sumber dengan teknologi maklumat
    • penilaian - penilaian formatif dan sumatif
  • TRANSFORMASI KURIKULUM PENDIDIKAN
    • kurikulum transformasi sekolah rendah
      • konsep - berteraskan FPK dan prinsip KBSR
      • memenuhi hasrat pendidikan
      • pemupukan pelajar seimbang
      • rangka rancangan jangka panjang
      • memupuk pelajar sebagai global player
      • wujudkan konsep pekerja berilmu
      • kuasai kemahiran ICT
      • warganegara yang bertanggungjawab
    • bentuk kurikulum transformasi
      • komunikasi - gabungjalin kemahiran bahasa
      • sains dan teknologi 
      • matematik
      • fizikal dan estetika - PJK
      • pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi
      • kerohanian, sikap dan nilai
      • kemanusiaan
      • semangat patriotisme dan perpaduan
      • ketrampilan diri
    • kemahiran nilai tambah / elemen merentas kurikulum
      • kreativiti dan inovasi
      • keusahawanan
      • teknologi maklumat dan komunikasi
    • KSSR
      • kurikulum yang berasaskan standard
      • bahan :
        • dokumen - standard kandungan dan pembelajaran
        • buku tek pendekatan modular
        • bahang sokongan
      • organisasi tahap 1 
        • 3 modul 
          • modul asas teras - BM, BI, PI, PM, M3, PJK
          • modul asas tema - DST, MALAYSIA NEGARAKU, DSV, DM
          • modul asas elektif - TAMIL, CINA, ARAB, KADAZANDUSUN
      • Pentaksiran :
        • secara berterusan
  • CABARAN ?
    • pentadbir harus menjayakan  transformasi dan pembaharuan pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. 
    • paradigma guru - sikap dan pemikiran guru harus berubah
    • persekitaran pembelajaran - bahan pembelajaran hendaklah mencukupi
    • penilaian - dinilai dari semua aspek, mengikut keupayaan murid dari segi kebolehan dan kecerdasan.

Friday 10 August 2012

10] Kesalahan bahasa

  • maksudnya ialah kesalahan bahasa yang melanggar peraturan yang telah dipersetujui
  • jenis kesalahan :
    • ejaan
      • kata berakhiran -i SEPERTI memasukki, menaikki, mendudukki
      • kata berakhiran -an SEPERTI banyakkan, galakkan, penyemakkan
      • awalan pinjaman SEPERTI pra kata, pra-kata, dwi tahunan, dwi-tahunan
      • menjarakkan penulisan kata ganti diri singkat SEPERTI 
        • kau berikan - kauberikan
        • ku siapkan - kusiapkan
        • pemberian ku - pemberianku
        • sahabat mu - sahabatmu
      • kata mu dan nya bagi mengganti nama Tuhan tidak ditulis dengan huruf besar SEPERTI daripadanya - daripada-Nya, hidayatmu - hidayat-Mu
    • kesalahan pengimbuhan
      • awalan meN - mempastikan, memerhatikan, mengenepikan, mengkagumkan
      • tidak mengetahui perubahan makna sesuatu kata oleh pengimbuhan SEPERTI 
        • Kakak mengambil bapa segelas air
        • Kakak  mengambilkan bapa segelas air
      • kata adjektif sebagai kata terbitan SEPERTI 
        • memperlebarkan X - memperlebar /
        • memperbesarkan X - memperbesar /
    • kesalahan penggandaan
      • membawa maksud jamak SEPERTI 
        • pepohon-pepohon X
        • beberapa banyak dedaun X
      • kata sangat / amat dan saling
        • amat kusut-masai X
        • saling potong-memotong X - saling memotong /
      • dua kata ganda berimbuhan
        • menggaru-garu kepalanya berkali-kali X
      • tidak meletakkan tanda sempang bagi kata ganda
    • kesalahan pemajmukan SEPERTI 
      • kaki tangan X - kakitangan /
    • kesalahan kata ganti nama
    • kesalahan kata bilangan
      • dua suku jam - dua jam suku
    • kesalahan penjodoh bilangan
      • sebuah kehidupan - satu kehidupan
    • kesalahan kata kerja
      • dia senyum - dia tersenyum ( dalam kata kerja tak transitif  )
    • kesalahan kata adjektif
      • paling tinggi sekali X
    • kesalahan kata tugas
      • yang mana X - yang

Thursday 9 August 2012

9] Imbuhan Asing

  • ada 3 imbuhan asing dalam Bahasa Melayu
  • AWALAN PINJAMAN
    • Sanskrit
      • SEPERTI maha, tata, pra, swa, tuna, eka, dwi, tri, pasca, panca
    • Arab-Parsi
      • SEPERTI bi-. contoh bilazim, binormal, biadab
    • Inggeris
      • SEPERTI pro, sub, supra, anti, poli, auto
  • AKHIRAN PINJAMAN
    • sanskrit
      • SEPERTI wan, man, wati, nita
    • arab-parsi
      • SEPERTI wi, i, iah, in, at, ah
        • muslimin, duniawi, lelaki, ilmiah, taat, qariah
    • inggeris
      • SEPERTI isme, ik, is, logi

Wednesday 8 August 2012

8] Kata Tugas

  • dapat dilihat dalam frasa, kalusa atau ayat untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis
  • fungsi : sebagai pembilang, pembantu, penghubung, penerang, penguat, penegas, penafi, pembenar, dll
  • ciri : 
    • tidak dapat berfungsi sebagai unsur inti bagi frasa predikat
    • tidak dapat mengalami perubahan bentuk atau proses morfologi
    • memerlukan kata lain untuk berfungsi dalam frasa atau ayat
  • golongan :
    • kata penyambung ayat 
      • kata hubung gabungan - hubungkan dua kalusa atau lebih yang sama tara sifatnya SEPERTI Yusri dan Endry sedang makan
      • kata hubung pancangan - membentuk ayat majmuk secara pancangan SEPERTI Adik saya yang bongsu baru di tahun satu
    • kata praklausa -  di depan klausa atau ayat.
      • kata seru
      • kata tanya
      • kata perintah
      • kata pembenar
      • kata pangkal ayat -  dalam bahasa klasik SEPERTI hatta, maka, kalakian, alkisah
    • kata prafrasa dan pascafrasa -  terletak di hadapan atau selepas frasa, sama ada frasa nama, kerja, adjektif, sendi nama.
      • kata bantu
      • kata penguat
      • kata penegas
      • kata nafi
      • kata pemeri
      • kata sendi
      • kata arah
      • kata bilangan
      • kata adverba
    • kata pascakata - hadir selepas perkataan. menggunakan -nya dibelakang
      • kata penekan
      • kata pembenda

Tuesday 7 August 2012

7] Kata Adverba

  • dikenali juga kata keterangan. Tergolong dalam kata tugas. SEPERTI Haris pulang esok. (esok ialah kata adverba yang menerangkan perbuatan pulang)
  • ciri-ciri :
    • keterangan yang ditambah kepada kata kerja, kata adjektif dan kata adverba SEPERTI adik menangis terisak-isak. Budak itu kurang berhati-hati
    • bebas, boleh di depan atau belakang perkataan yang diterangkan SEPERTI tidur lena, duduk diam-diam, putih berseri
    • kata kerja yang menunjukkan cara boleh bertukar tempat SEPERTI tidur lambat, lambat tidur, bersungguh-sungguh bermain, bermain bersungguh-sungguh
  • bentuk :
    • kata tunggal - esok, dahulu, hampir, begitu, tentu, tadi, lusa, sekarang, semalam, sentiasa, selalu.
    • kata terbitan - berimbuhan SEPERTI sepatutnya, semestinya, sesudahnya, sebolehnya, seeloknya.
    • kata ganda 
      • penuh - duduk diam-diam
      • separa - datang berhari-hari
      • berentak - lari lintang-pukang
  • jenis :
    • kata adverba jati - tidak termasuk mana-mana golongan lain.  SEPERTI tadi, kelak, dahulu, sekarang, nanti, kemudian, tulat, dahulu, kemudian
    • kata adverba yang asalnya kata adjektif - SEPERTI lampai, besar, kurang, sering
    • kata adverba yang asalnya kata kerja - SEPERTI mengiring, menyala, menyendiri, berseri
  • makna :
    • waktu - Amir hendak pulang sekarang. Bas ekspress itu tiba lewat
    • cara - Hamid duduk menyendiri
    • ragam - Saya tentu sampai di sana petang ini
    • jarak - Zaini tinggal dekat dengan rumah saya
    • keadaan - Askar itu berambut pendek
    • perasaan - Ibu berasa rindu sejak adik ke universiti

Monday 6 August 2012

6] Kata Adjektif

  • kata yang menerangkan kata nama.
  • dipanggil  sifat nama SEPERTI budak kecil, saya sahaja, guru yang pandai, itu senang, rumahnya jauh, siapa rajin. Suaranya sangat perlahan.
  • dipanggil sifat kata SEPERTI terbang tinggi, tidak suka, baca lagi, elok benar, pergi segera, begitu juga, belum tidur, terlalu jahat. Perlahan sedikit bercakap.
  • ciri-ciri adjektif :
    • penerang kata nama - hadir dengan frasa nama SEPERTI udara nyaman, lelaki tampan, harga yang murah, kanak-kanak yang cerdik, pakaian yang sudah lusuh.
    • predikat - pelengkap kepada subjek. SEPERTI Adik bongsu saya rajin, Buku yang dibelinya itu sungguh mahal. Sambutan hari kemerdekaan meriah sekali.
    • hadir dengan kata penguat
      • hadapan - terlalu, paling, agak, makin, kurang
      • belakang - betul, sekali, benar, nian
      • bebas - sungguh, agak, amat
    • darjah perbandingan - SEPERTI Hubungan mereka berdua tidak semesra dahulu. Perumahan di kawasan ini sama cantik perumahan di Taman Seri Kiansom
    • berimbuhan se- dan ter- SEPERTI sebaik, terbaik, seluas, terluas, semahal, termahal
    • kata dasar - menjalankan fungsi sebagai penerang atau predikat yang merupakan kata dasar SEPERTI zaman awal, perkara aneh, kesan buruk. Makanan di restoran itu enak sekali. Keadaan di kawasan itu semakin bising.
  • jenis-jenis adjektif :
    • sifatan - perangai, tabiat, keadaan sesuatu nama SEPERTI budak baik, tubuh sihat, kanak-kanak comel.
    • warna - SEPERTI kertas kuning, kain coklat, baju jingga, bunga ungu
    • ukuran - SEPERTI kain nipis, berbaju tebal, bilik kecil, sekolah rendah
    • bentuk - SEPERTI meja bulat, parang panjang, perut buncit
    • waktu - SEPERTI jalan lama, masa silam, berjalan lambat
    • pancaindera : 
      • rasa - sedap, pahit, manis
      • pandang - comel, segak, hodoh
      • dengar - bising, merdu, nyaring
      • bau - busuk, hapak, hanyir
      • sentuh - lembut, licin, kesat
    • jarak - SEPERTI jalan dekat, jarak yang jauh, orang yang paling hampir
    • cara - SEPERTI berjalan perlahan, arus deras, bercakap cepat
    • perasaan - SEPERTI rindu akan ibu, benci akan dia, suka akan durian
  • pembentukan adjektif :
    • tunggal - SEPERTI masin, nyenyak, merdu, lama, lazat
    • terbitan - berimbuhan SEPERTI tercantik, terbesar
    • ganda :
      • penuh - rendah-rendah, laju-laju
      • separa - setinggi-tinggi, kebiru-biruan
      • berentak - kusut-masai, kacau-bilau
    • majmuk :
      • rangkai kata bebas - biru laut, kuning langsat, merah saga
      • simpulan bahasa - ringan tulang, pekak badak

Sunday 5 August 2012

5] Kata Kerja

  • definisi : menunjukkan sesuatu perbuatan.
  • ada dua makna
    • kata kerja perbuatan 
      • Alieya tidur.
      • Bom itu meletup.
    • kata kerja keadaan
      • Cawan itu pecah.
      • Lelaki itu sudah mati.
  • kata kerja dibantu oleh kata bantu di depanya seperti SUDAH, MASIH, TELAH, BELUM, MASIH
  • penggolongan kata kerja
    • kata kerja aktif - dari ayat aktif
      • kata kerja aktif tak transitif - memerlukan objek selepasnya SEPERTI air sungai naik, Dia sedang bekerja.
        • tanpa pelengkap - boleh berdiri sendiri tanpa objek SEPERTI Abang sudah balik. Dialah tempat saya merujuk.
        • berpelengkap - memerlukan pelengkap sepepasnya SEPERTI Petani itu bertanam jagung. Pelajar tidak boleh berbuat jahat.
        • berpenerang - diikuti oleh kata nama SEPERTI Pak Samad bersawah padi. Ismail berkereta Waja.
      • kata kerja aktif transitif - memerlukan objek selepasnya dalam ayat aktif SEPERTI Ali sedang memukul ular. Negara itu mengeksport getah.
    • kata kerja pasif - proses perubahan ayat aktif kepada ayat pasif SEPERTI Baju dijahit oleh Maryam. Kota itu dicampakkan oleh Batriesya.
  • pembentukan kata kerja
    • kata kerja tunggal - tidak berimbuhan SEPERTI tidur, hidup, terbang, lahir, pulang, gugur, rebah, patah, balik.
    • kata kerja terbitan - mempunyai imbuhan
    • kata kerja majmuk - gabungan 2 atau lebih kata dasar bagi membentuk kata kerja lain sebagai kata baru dengan makna baru SEPERTI tolak ansur, lipat ganda, tunjuk ajar, ambil alih, terima kasih, kemas kini.
    • kata kerja ganda - perkataan yang berganda
      • penggandaan penuh - duduk-duduk, batuk-batuk, muntah-muntah
      • penggandaan separa - bermain-main, menari-nari, pukul-memukul
      • penggandaan berentak - cerai-berai, tungkus-lumus, hempas-pulas

Saturday 4 August 2012

4] Kata Nama

  • merujuk kepada nama bagi sesuatu atau kata benda seperti kuda, kerusi, pelajar, saya dll
  • terbahagi kepada 3 iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.
  • kata nama khas
    • hidup
      • hidup manusia - Asraf, Dr. Norli, Megat Khalid, Mazlan Osman, Arief Muzzafar
      • bukan manusia - Sang Kancil, Tompok, Pak Belang
    • tak hidup
      • benda - Proton, Panasonic, Exora Bold
      • bangsa - Melayu, Iban, Arab, Bisaya
      • negeri atau negara - Perak, Sabah, Malaysia, Brazil
      • tempat - Sungai Siput, Kampung Kionsom
      • institusi - Universiti Pendidikan Sultan Idris, Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam
      • undang-undang / akta - Akta Syarikat, Akta Pelajaran 1961, Ordinan 25
      • agama - Islam, Buddha, Kristian, Hindu
      • gelaran - Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Tan Sri, Encik
  • kata nama am
    • hidup
      • hidup manusia - bapa, polis, hartawan, menteri, pekerja
      • hidup bukan manusia - kuda, pokok, jin, syaitan, ulat
    • tak hidup
      • tak hidup institusi - menggunakan perkataan kepada dan daripada sebelum nama institusi seperti - kementerian, sekolah, perpustakaan, masjid, pejabat pos
      • tak hidup bukan institusi 
        • tak hidup bukan institusi konkrit - menggunakan kata sendi ke dan dari sebelum tempat seperti - kedai, rumah, laut, langit, bandar, negeri, sekolah
        • tak hidup bukan institusi abstrak
          • tak hidup bukan institusi abstrak berbilang - boleh dihitung, disertai kata bilangan di depannya tanpa disertai penjodoh bilangan seperti - pendapat, cadangan, rancangan, gangguan, permintaan
          • tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang - hasrat, sejahtera, cuaca, keinginan, kemunculan, ketibaan
  • kata ganti nama - menggantikan sesuatu nama
  • ada 3 bahagian
    • kata ganti nama tunjuk 
      • tunjuk umum - ini, itu
      • tunjuk tempat - di sini, ke sana, dari situ
      • tunjuk hal - begini, begitu, demikian
    • kata ganti nama diri
      • kata ganti nama diri orang - merujuk kepada diri orang tertentu sama ada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan.
        • kata ganti nama diri orang pertama 
          • tunggal - saya, aku, beta, hamba, patik
          • jamak - kami, kita, kami semua, kita semua
        • kata ganti nama diri orang kedua - anda, awak, kamu, engkau, dikau
        • kata ganti nama diri orang ketiga - ia, dia, beliau, mereka
      • kata ganti nama diri tanya
        • siapa - menanyakan orang
        • apa - menanyakan benda, binatang, keterangan tentang sesuatu
        • mana - menanyakan semua benda, hal dan orang
    • kata ganti nama tak tentu - secara tak tentu, wujud dari kata tanya yang diulang
      • siapa-siapa
      • mana-mana
      • apa-apa
  • pembentukan kata ada 4
    • kata nama tunggal 
      • kata nama tunggal jenis akronim
      • kata nama tunggal sebagai penjodoh bilangan - dua pintu kedai, lima orang pelajar
    • kata nama terbitan - ada imbuhan. semua jenis imbuhan
    • kata nama ganda - ada 4 
      • penggandaan penuh
      • penggandaan semu
      • penggandaan separa
      • penggandaan berentak
    • kata nama majmuk - gabungan dua atau lebih kata dasar bagi membentuk kata nama lain
      • contoh : balai raya, cakar ayam, Menteri Besar
      • contoh : matahari, pesuruhjaya, bumiputera, suruhanjaya
    • jenis kata majmuk
      • rangkai kata bebas  - sapu tangan, padang tembak, tengah hari
      • istilah khusus - garis pusat, kerjas kerja, mata pelajaran
      • simpulan bahasa - anak emas, duit kopi, kaki bangku
    • fungsi kata majmuk - membentuk kata nama majmuk yang berfungsi sebagai satu perkataan baru.


Friday 3 August 2012

3] Penggolongan Kata

  • juga dipanggil jenis kata atau kelas kata. ada 4 golongan kata
    • golongan kata nama
    • golongan kata kerja
    • golongan kata adjektif
    • golongan kata tugas
  • golongan kata nama - inti binaa frasa nama. ada 3 kumpulan
    • kata nama khas
      • hidup
        • manusia
        • bukan manusia
      • tak hidup
    • kata nama am
      • hidup
        • manusia
        • bukan manusia
      • tak hidup
        • institusi
        • bukan institusi
          • abstrak
            • berbilang
            • tak berbilang
          • konkrit
    • kata ganti nama
      • tunjuk
        • umum
        • tempat
        • hal
      • diri
        • tanya
        • orang
          • pertama
          • kedua
          • ketiga
      • tak tentu
  • golongan kata kerja - unsur inti pada binaan frasa kerja
  • ada 2 kumpulan iaitu kata kerja aktif dan pasif
  • kata kerja aktif - dalam ayat aktif
    • kata kerja aktif tak transitif - tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya
      • tanpa pelengkap - mempunyai makna lengkap
      • berpelengkap - memerlukan pelengkap selepasnya untuk sempurnakan ayat
      • berpenerang - mengandungi penerang selepasnya
    • kata kerja aktif transitif - berfungsi dalam ayat aktif. menerima awalan meN sama ada dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i
  • golongan kata adjektif - unsur inti dalam binaan frasa adjektif
  • menjadi penerang kepada kata nama, kata kerja dan kata adjektif
  • ada 9 jenis iaitu sifat, cara, warna, ukuran, jarak, bentuk, waktu, perasaan, pancaindera
  • golongan kata tugas - inti kepada binaan frasa yang menjadi predikat ayat
  • kata tugas berfungsi seperti penghubung, penguas, penegas, penafi, pemeri, penyeri, penanya, pembenar dll.
  • carta kata tugas
  • kata tugas
    • kata penyambung ayat 
      • kata hubung
    • kata praklausa
      • kata seru
      • kata tanya kata
      • perintah kata
      • pembenar
      • kata pangkal ayat
    • kata prafrasa dan pascafrasa
      • kata bantu
      • kata penguat
      • kata penegas
      • kata nafi
      • kata pemeri
      • kata sendi
      • kata arah
      • kata bilangan
      • kata adverba
    • kata pascakata
      • kata penekan
      • kata pembenda

Thursday 2 August 2012

2] Pembentukan Kata

  • 4 proses morfologi
    • pengimbuhan
    • penggandaan
    • pemajmukan
    • pengakroniman
  • 4 bentuk kata - tunggal, terbitan, majmuk, ganda
    • tunggal
      • terdiri dari satu morfem bebas. ia juga kata akar. ada 3 jenis
        • kata sempurna - berdiri dengan sendiri : saya, itu, cantik, keluar! siapa?
        • kata tugas - memerlukan satu kata sempurna : di kampus, dengan kereta, untuk apa? oleh dia?
        • kata akronim - jenis kata tunggal. dihasilkan melalui pencantuman bunyi pertama dalam sejumlah perkataan : ABIM, KAFA, MARA
      • kata tunggal terdiri dari satu suku kata atau lebih
      • satu suku kata - tas, bom, roh, wah, beg
      • dua suku kata - budi, cari, ulat, tua, makan
      • tiga suku kata - perangkap, derhaka, cuaca, perangai
      • lebih dari empat suku kata - maharajalela, cenderawasih, universiti, kosmopolitan
      • dari segi pergolongan kata 
        • kata nama - jalan, komputer, pasar, sarjana, struktur
        • kata kerja - tidur, makan, lukis, main
        • kata adjektif - buruk, tua, panas, lemah
        • kata tugas - akan, belum, dari, pada, maka
    • terbitan
      • dihasilkan melalui proses pengimbuhan
      • semua jenis imbuhan akan ada pada kata dasar dipanggil kata terbitan
    • majmuk
      • proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih
      • bentuk kata yang terhasil selalunya sama seperti satu perkataan dan membawa makna tertentu 
      • contoh : rumah sakit, hari bulan, kerani kanan, olahraga, matahari, alat pandang dengar, kereta api ekspres malam
      • jenis kata majmuk ada 3
        • rangkai kata bebas - guru besar, tengah hari, terima kasih
        • istilah khusus - garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran
        • simpulan bahasa - tumbuk rusuk, gulung tikas, anak emas, kaki bangku
      • kata majmuk ditulis secara terpisah. Ada kata majmuk yang ditulis dengan bercantum kerana penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan.
      • kata majmuk yang ditulis secara terpisah akan bercantum jika ada imbuhan seperti pengenalpastian, dikuatkuasakan, menandatangani, pengambilalihan
    • ganda
      • dihasilkan dengan mengulang atau menggandakan kata dasar atau diulang secara keseluruhan atau bahagian tertentu sahaja.
      • bentuk kata ganda
        • kata ganda penuh 
          • kata tunggal - makan-makan, sungai-sungai, cantik-cantik
          • kata berimbuhan - kejadian-kejadian, keadaan-keadaan
        • kata ganda semu - tidak boleh dipisahkan kata gandanya seperti labah-labah, kisi-kisi, mentang-mentang, kanak-kanak, rama-rama, kura-kura
        • kata ganda separa
          • kata tunggal - lelaki, tetikus, jejentik, kekuda, dedaun
          • kata berimbuhan - berturut-turut, berkali-kali, setinggi-tinggi
        • kata ganda berentak
          • pengulangan vokal - hina-dina, selok-belok, cerai-berai
          • pengulangan konsonan - batu-batan, gunung-ganang, bolak-balik
          • pengulangan bebas - lintang-pukang, lemah-longlai, kusut-masai
          • pengulangan bersisipan - tali-temali, jari-jemari, gilang-gemilang

Wednesday 1 August 2012

1] Pengenalan Kepada Morfologi

  • tatabahasa ada dua - morfologi dan sintaksis. urutan bahasa dari kecil ke besar ialah 
    • morfem
    • kata
      • frasa
      • klausa
      • ayat
    • morfem dan kata adalah ayat
    • frasa, klausa, ayat adalah sintaksis
  • morfologi - bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
  • morfem - unit terkecil yang mempunyai makna dan menjadi unsur terbentuk kata.
  • contoh - perkataan mendengar terdiri dari 2 morfem iaitu [men] dan [dengar]
  • jenis morfem 
    • morfem bebas
    • morfem terikat
      • morfem terikat satuan
      • morfem terikat terbahagi
      • morfem terikat kompleks
  • morfem bebas - morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai kata penuh, tidak bergabung dengan morfem lain seperti pulang, lupa, belantara, bebas, minum, suasana, kereta dll.
  • morfem terikat - morfem yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai kata dasar. perlukan imbuhan. semua imbuhan adalah morfem terikat. contoh berkesan [ber] dan [kesan]
  • morfem terikat satuan - morfem terikat yang kuat dalam bentuknya, tidak boleh dipisahkan bahagiannya seperti berlari, menari awalan, akhiran atau tertawa, bertapa, menyala dll.
  • morfem terikat terbahagi - berdiri dari awalan dan akhiran serentak seperti kehadiran, penderitaan dll.
  • morfek terikat kompleks - gabungan dua morfem terikat atau lebih. contohnya memperkuat, memperoleh, mengatakan, dikatakan, membaiki, mempersoalkan, dipersoalkan, dipersenjatai, dll
  • konsep kata - kata akar dan kata dasar
  • kata akar - inti sesuatu kata. belum diberikan imbuhan lagi.
  • kata dasar - kata akar yang menjadi dasar sesuatu perkataan yang dapat diberikan imbuhan seperti lari jadi berlari.
  • konsep alomorf - kelainan atau anggota sesuatu morfem. contohnya awalan meN- ialah morfem. alomorfnya ialah me-, mem-, men-, dll
  • konsep morfofonem - melibatkan gabungan antara morfem dengan fonem. morfofonem ialah ciri bunyi yang timbul apabila imbuhan dicantumkan dengan kata dasar. 
  • jenis morfem bagi perkataan berikut :
    • jelapang - terikat
    • rujuk - bebas
    • cengkerang - bebas
    • kelmarin - bebas
    • renang - bebas
    • selidik - bebas
    • rangkak - bebas
    • tinggal - bebas
  • jenis morfem terikat bagi perkataan berikut 
    • raung - bebas
    • bertujuan - terikat satuan
    • gemersik - terikat satuan
    • mempersoalkan - terikat terbahagi
    • tertarik - terikat satuan
    • menyucikan - terikat terbahagi
    • rangkak - bebas
    • memperkecil - terikat kompleks
  • jumlah morfem
    • terlantar - 2
    • pemerkasaan - 4 
    • bermaharajalela - 4

Friday 25 May 2012

{1} Definisi dan konsep pendidikan khas

  • perkhidmatan yang memenuhi keperluan kanak kanak khas
  • falsafah - satu usaha berterusan melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan FPN
  • pelbagai model 
    • model sosial
    • model perubatan
  • kolaborasi kumpulan untuk membentuk disiplin kanak kanak
    • ibubapa
    • pakar perubatan - pediatrik, neurologi, terapi pertuturan, terapi fizikal, audiologi, oftomologi
    • pihak sekolah
    • jabatan kebajikan masyarakat

Thursday 24 May 2012

{2} Sejarah perkembangan pendidikan khas

  • 3 peringkat perkembangan sejarahnya
    • dari awal sehingga akhir 1947
    • dari 1948 hingga 1980
    • dari 1981 hingga kini
  • perkembangan sejarah mengikut kategori
    • bermasalah penglihatan - 1926
    • bermasalah pendengaran - 1954
    • bermasalah pembelajaran - 1988
    • terencat akal - 1955
    • percantuman / inklusif - 1962
  • perkembangan pendidikan khas luar negara seperti UK dan USA serta pengenalan pelbagai akta memberi ruang dan melindungi hak untuk murid berkeperluan khas mendapat kemudahan pendidikan dan mendapat bantuan kewangan.

Wednesday 23 May 2012

{3} Punca dan pencegahan

  • punca - risiko biologi dan risiko persekitaran
  • punca kecacatan berbeza ikut kategori keperluan khas
  • faktor sebelum, semasa, selepas kelahiran berlaku pada semua kategori keperluan khas
  • langkah pencegahan dari pihak ibu bapa dan keluarga boleh mengelakkan berlaku kecacatan yang lebih teruk
  • intervensi awal adalah langkah pencegahan awal yang penting  dalam merancang strategi pemulihan murid berkeperluan khas
  • libatkan pasukan pelbagai disiplin boleh membantu pengesanan dan pencegahan awal.

Tuesday 22 May 2012

{4} Bermasalah pembelajaran, komunikasi dan tingkahlaku

  • kesukaran dalam pembelajaran disebabkan keupayaan fizikal yang terhad 
  • jenis masalah - oral language/percakapan, reading/membaca, writing/menulis, arithmetic/pengiraan.
  • punca - 
    • acquired trauma/kecederaan di tengah sistem nervous
    • faktor keturunan
    • faktor persekitaran
    • biochemical abnormalities - melibatkan sel sel
  • ciri-ciri
    • hiperaktif - aktiviti motor melampau/sangat aktif
    • attention dificit
    • motor deficits - koordinasi secara umum
    • perceptual motor deficit - kesukaran dalam mencantumkan rangsangan 
    • language deficits - lambat dalam pertuturan
    • impulsivity - kekurangan dalam tingkahlaku
    • cognitif deficits - lemah dalam memori
    • orientation deficits - spatial yang lemah
    • specific learning difficulties - masalah membaca, menulis, mengira 
  • strategi -
    • strategi pengajaran
    • pengesanan awal
    • intervensi awal

Monday 21 May 2012

{5} Bermasalah penglihatan

  • jenis - buta, rabun warna/ low vision
  • punca - 
    • refractive disorder - ketaksekataan dalam bentuk bola mata
    • ocular motility - gangguan gerak mata
    • eye pathologies - rosak satu atau lebih struktur mata
    • albinism - pigmen tiada dari semua bahagian badan, termasuk retina
    • katarak - kanta mata berselaput dan rabun
    • diabetic retinopathy - tekanan cecair yang tinggi dalam bola mata
    • age related mascular degeneration / AMD - mata rosak
  • ciri -
    • fizikal
    • intelek
    • kesihatan
    • kecacatan genetik dan tingkahlaku 
  • strategi -
    • menggunakan kanta pembesar
    • cermin mata berkuasa tinggi
    • cermin mata dekat dan bifokal

Sunday 20 May 2012

{6} Bermasalah Pendengaran

  • pekak 
  • anatomi -
    • telinga luar
    • telinga tengah 
    • telinga dalam 
  • jenis kehilangan pendengaran
    • konduktif - masih boleh dengar tapi tidak jelas. boleh dipulihkan melalui pembedahan
    • sensorineural - telinga rosak / laluan saraf pendengaran ke otak. pendengaran kurang jelas
    • campuran - dua dua ada iaitu konduktif dan sensorineural
  • pendekatan pengajaran -
    • komunikasi seluruh
    • bahasa isyarat - isyarat natif (semula jadi), isyarat amerika (ASL), komunikasi menyeluruh kod tangan bahasa melayu (KTBM)
    • ejaan jari
    • pertuturan kiu - bahasa pertuturan diiringi dengan kiu tangan
    • bacaan bibir - menggunakan bibir
    • auditori verbal - melalui penggunaan alat bantuan pendengaran dengan deria sentuh

Saturday 19 May 2012

{7} Hiperaktif (ADHD)

  • attention deficit hyperactivity disorder
  • terlalu aktif, bertindak sebelum berfikir
  • punca dan ciri -
    • keturunan
    • aktiviti kurang dan metabolisme rendah di bahagian otak
  • kategori -
    • inatesi - kurang tumpuan perhatian
    • impulsif - ikut dorongan hati
    • hiperaktif - terlalu aktif
  • rawatan 
    • diberi ubat amphetamine, ritalin, haloperidol.. tapi habis ubat kembali aktif
    • teknik pengubahsuaian kelakuan melalui pakar psikologi
    • pendekatan pembelajaran 
  • cara bimbingan
    • dapatkan perhatian dulu sebelum bercakap
    • buat satu jadual
    • suruh mereka ulang bahagian yang dipilih untuk diingati
    • benarkan mereka berehat
    • jangan galakkan permainan kasar dan tidak terkawal
    • selalu berkomunikasi dengan guru

Friday 18 May 2012

{8} Kanak-Kanak Bermasalah Fizikal

  • penyakit disebabkan faktor genetik yang tidak normal
  • jenis - 
    • cerebral palsi - pergerakan anggota badan y ang tidak dapat dikawal sepenuhnya kerana terdapat gangguan, kecederaan atau lumpuh di dalam otak.
    • spastik - bahagian pergerakan / motor kehilangan kawalan terhadap otot otot yang boleh dikawal.
    • atetosis - bahagian yang tidak dapat dikawal seperti bahu, muka, kaki, tangan dan lengan
    • ataksia - kerosakan pada bahagian serebelum otak.
  • ciri ciri kecacatan fizikal
    • fizikal
    • intelektual
    • kesihatan
    • tingkah laku
    • perkembangan sosial
    • pendidikan
  • rawatan dan pemulihan  yang melibatkan kerjasama antara ibubapa, guru dan individu kecacatan fizikal sangat membantu meningkatkan keupayaan mereka dalam komuniti

Thursday 17 May 2012

{9} Kanak-Kanak Pelbagai Kecacatan

  • mempunyai 2 atau lebih kecacatan seperti mental dan buta DLL
  • deafblindness - kombinasi buta dan pekak
    • diperolehi selepas kelahiran
    • kongenital (sejak dilahirkan)
  • masalah pendidikan yang dihadapi
    • kebolehan membaca dan menulis
    • bahasa lisan
    • matematik
  • pendidikan yang disarankan
    • kurikulum secara individu dan bermakna - bersesuaian dengan minat, matlamat peribadi, tahap untuk mencapainya
    • membuat kurikulum teras yang bermakna 
    • pendekatan pendidikan kolaborasi (kerjasama) -  bersama family
    • penglibatan keluarga yang aktif

Wednesday 16 May 2012

{10} Kanak-Kanak Pintar Cerdas

  • memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan
  • darjah kecerdasan yang luar biasa
  • punca dan ciri - 
    • persekitaran - keluarga dan sekolah aktif
    • biologikal - komponen genetik, ingatan yang kuat
  • masalah pendidikan pintar cerdas
    • program PERMATA Pintar
  • Jenis Penilaian - 
    • Ujian Kecerdasan Stanford-Binet - soalan berfokus kepada persekolahan seperti perhatian, memori dan kemahiran menyelesaikan masalah
    • Ujian Kecerdasan Wechsler - kecerdasan melibatkan angka mengikut perbezaan kebolehan mental setiap individu
    • Raven's Progressive Matrices - ujian pelbagai pilihan abstrak
    • Ujian PERMATA Pintar UKM - ujian IQ 
      • bahagian 1 setara dengan ujian raven
      • bahagian 2 setara dengan ujian WISC-IV. 15 bahagian
      • bahagian 3 setara dengan ujian stanford-binet. 4 aspek penaakulan lisan, penaakulan kuantitatif, penaakulan abstrak dan visual serta daya ingatan sementara
  • seorang anak yang pintar cerdas tidak akan menjadi biasa kalau diabaikan, sebaliknya dia akan menghadapi masalah sosio emosi yang serius jika keperluan inteleknya tidak dipenuhi. menjadikan seorang anak yang pintar cerdas kepada normal tidak lain daripada menjadikan seorang anak yang biasa kepada pintar cerdas

Tuesday 15 May 2012

[1] Teori kreativiti dan pemikiran kreatif

  • kreativiti - keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
  • pemikiran kreatif - kebolehan kanak-kanak untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea masing-masing
  • TEORI SIX THINKING HATS - emosi sangat penting dalam proses berfikir. pandai mengurus emosi. Memperkenalkan 6 warna 
  • TEORI PAUL TORRENCE - 7 perkara mencungkil kreativiti iaitu penyoalan, penemuan, pemerhatian, percubaan, penerokaan, memanipulasi, aktiviti
  • TEORI MULTIPLE CREATIVE TALENT - bukan semua individu dikurnia dengan bakat yang sama. 5 sifat iaitu bersifat ekspresif, penghasilan, inovatif, inventif emergen.
  • TEORI LOWENFELD STAGES OF ARITISTICS DEVELOPMENT - secara berterusan. pancaindera secara menyeluruh. 8 kategori kreatif iaitu cabaran, kelancaran, kelenturan, keaslian, pemikiran bercapah, keinginan, kompleks, makna baru. 
  • TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER - 5 tahap pemikiran kreatif iaitu peringkat rangsangan, penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula.

Monday 14 May 2012

[2] Pendekatan dan Teori Seni

  • seni ada dua - seni visual dan seni persembahan
  • TEORI SENI KLASIK - plato, aristotle, socrates - kesejagatan, keabadian, kebenaran
  • TEORI KOSMOLOGI - alam semester. fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyat serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut.
  • TEORI SENI KONTEMPORARI - identiti, stail dan teknik tersendiri.
  • Aplikasi teori pembelajaran dalam pendidikan seni :
    • pendekatan konstruktivis - membimbing kanak kanak belajar secara mudah berdasarkan pengalaman mereka
    • teori sosial - interaksi piaget - pengetahuan kanak kanak perlu dibina melalui pengalaman
    • teori gestalt - penekanan kepada kognitif seseorang individu untuk mengenal pasti otak seseorang individu bertindak pada persepsi yang diterima menerusi deria penglihatan

Sunday 13 May 2012

[3] Tokoh Seni dan kreativiti kanak-kanak

  • E. PAUL TORRANCE - bapa kreativiti. menggunakan penanda aras untuk mengukur tahap kreativiti kanak-kanak - torrence test of creative thinking
  • CALVIN W. TAYLOR - tidak semua kanak kanak mempunyai bakat yang sama
  • VICTOR LOWENFELD - naluri dan keinginan sangat penting dalam proses aktiviti seni kanak kanak
  • JUNE KING McFEE - seni untuk kanak kanak perlu berbentuk komunikasi.kreativiti kanak kanak adalah kemampuan mereka mencipta sesuatu yang baru.
  • CARL ROGERS - kreativiti adalah satu proses wujud apabila seseorang itu bertindak ke atas sesuatu

Saturday 12 May 2012

[4] Estetika dan kanak-kanak

  • ESTETIKA - kesedaran dan penghayatan terhadap keindahan,asas kehidupan dan sebagai satu cara manusia menikmati keindahan dunia dan persekitaran. 
  • melibatkan perasaan
  • ESTETIKA SIKAP - spontan, kagum, gembira, ingin tahu.
  • ESTETIKA PENGALAMAN - pelbagai aktiviti seni dilaksanakan bagi membantu kanak kanak menimba pengalaman estetika
  • ESTETIKA RESPON - memberi respon dengan menyatakan pandangan dan juga perasaan mereka
  • Tindakbalas estetika terhadap karya seni kanak kanak
    • kualiti karya seni 
    • maksud pada karya seni - mesej yang ingin disampaikan menerusi seni
    • teori kecantikan - menghargai kecantikan suatu hasil seni
    • konsep relativisme - kecantikan tidak terletak pada sesuatu objek tetapi pada persepsi seseorang
    • konsep objektivis - kecantikan terletak dalam sesuatu karya, bukan pada persepsi seseorang
  • strategi membimbing kanak kanak mengapresiasi nilai estetik karya seni
    • membuat perancangan
    • menunjukkan contoh hasil seni
    • berwaspada semasa merancang aktiviti seni kreatif
    • membimbing kanak kanak membuat pemilihan bahan secara kreatif
    • mempunyai idea baru untuk membimbing kanak kanak menimba pengalaman estetik

Friday 11 May 2012

[5] Imaginasi Kanak Kanak

  • pemikiran simbolik kanak kanak - ketika bermain
  • kreativiti adalah pemikiran imaginatif 
  • dunia kanak kanak - sebenar, hayalan lebih menjurus kepada aktiviti

Thursday 10 May 2012

1/ Pengenalan Semantik

  • Bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. 
  • Bahagian yang menyelidiki panduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta isinya.
Hakikat bermakna :
  • makna dan simbol 
  • pemberian makna kepada setiap simbol
  • abstrak dan konkrit
Ketaksaan 
  • sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkatan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan mahupun ujaran.
Jenis ketaksaan makna
  • kekaburan rujukan - contoh hutan dan belukar. maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. hutan lebih besar dari belukar.
  • ketidakpastian makna - makna item jelas kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa inggeris.
  • kurang ketentuan pada makna item - pengertian makna tidak jelas. secara umum sahaja. contoh: dia pergi ke taman.
  • pertentangan pada penentuan makna item - makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan. 
faktor berlakunya ketaksaan makna
  • berlaku akibat hubngan makna dengan alam.
  • ketaksaan leksikel (homonim, polisemi)
  • contoh : di rumah Pak Zulnizam ada jambangan-jambangan bunga yang sedang mekar. terdapat kekaburan  mengenai bunga (sama ada bunga betul atau anak gadis)
cara mengatasi ketaksaan makna
  • konteks - penggunaan ayat dan konteks penggunaannya.

Wednesday 9 May 2012

2/ Jenis-jenis makna

Makna Denotatif 
  • makna sebenar, makna asal, makna mutlak, makna dasar
Makna Konotatif
  • makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, sama ada positif atau negatif. contoh perkataan: wanita dan perempuan. babi dan khinzir
Makna Konseptual
  • konsep makna - menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran
Makna Leksikal
  • melibatkan leksikal, leksikofrafi, leksikologi dan leksikon
  • leksikal - bukan perkataan sesuatu bahasa. makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam ayat
  • leksikograf - penyusun kamus
  • leksikologi - kajian tentang makna dan penggunaan perkataan
  • leksikon - kamus
    • semantik leksikal - dilihat sebagai sifat kata
    • fonologi leksikal - corak nada atau intonasi sesuatu kata itu dilafazkan
    • kata kerja leksikal - perbuatan atau bukan perbuatan
Makna Etimologis
  • bidang yang mencari maklumat mengenai bahasa-bahasa yang sudah lama bagi mendapatkan maklumat secara langsung mengenai bahasa tersebut seperti tulisan untuk diketahui. 
  • prinsip etimologis - 
    • masalah bentuk dan makna 
    • menjelaskan perkembangan kata
    • merangkumi asal usul semua kata dalam sesuatu bahasa
    • pasangan kata dalam satu bahasa yang berasal dari sumber yang sama
    • memberi pengertian baru pada sesuatu kata dengan merujuk kepada kata
  •  faktor perubahan makna
    • faktor perkembahgan bahasa itu sendiri
    • faktor tanggapan penutur
    • faktor peluasan maksud
    • faktor pembatasan / penyempitan maksud
    • faktor tujuan simbolik / stilistik
Makna afektif
  • berkait dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya fikir
  • muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa 
 Makna Gramatikal
  • struktur melalui proses pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan untuk melahirkan makna gramatis
  • jenis imbuhan
    • awalan
    • akhiran
    • apitan 
    • sisipan - seperti gentar - gementar
Makna Tematik
  • apa yang dikomunikasikan / apa yang dicakap dan isi yang hendak disampaikan dalam mesej.
  • makna tematik tidak akan terhasil melalui penulisan kerana penekanan dan fokus dalam ayat tersebut tidak jelas seperti yang dicakap
 Makna Gaya
  • gaya penulisan atau perkataan yang digunakan oleh penulis dalam karya seperti novel, sajak, cerpen.
  • gaya bahasa figuratif
    • peluasan makna bagi sesuatu perkataan sehingga menimbulkan kepelbagaian makna bagi perkataan tersebut.
  • dialek
    • variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh kumpulan penutus dalam sesebuah masyarakat
  • gaya bahasa berirama
    • gaya bahasa puisi 
  • ekspresi pengarang - gaya yang tersendiri  
Makna Asosiatif
  • makna yang dimiliki sebuah leksem / kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa.
Makna Stilistik
  • perbezaan kata sehubungan dengan perbezaan sosial atau bidang tertentu.
Makna Kolokatif
  • ciri makna tertentu yang dimiliki sesuatu kata dari jumlah kata yang bersinonim, sebilangan kata tersebut hanya sesuai digunakan untuk berpadanan dengan kata tertentu.
  • kata-kata tertentu dan hanya merangkumi kata yang bersesuaian dengannya
Makna Idiom
  •  satuan bahasa (kata, frasa, kalimat)
  • maknanya tidak dapat diramalkan dari makna leksikal unsurnya mahupun makna gramatikal
Makna Peribahasa
  • pelbagai takrifan
  • bentuk bahasa yang menggunakan kalimat atau kelompok kata yang memiliki makna kias yang digunakan secara turun-temurun dalam bentuk baku.
Makna Kontekstual
  • menurut konteks
  • melihat konteks penggunaanya 
Makna Referensial
  • perkataan yang mempunyai referensi

Tuesday 8 May 2012

3/ Peribahasa dan Simpulan Bahasa

  • Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu.
  • mempunyai kata-kata yang bertujuan menyampaikan sesuatu perkara secara halus
  • untuk pedoman hidup
  • sebagai kiasan, teladan dan pengajaran
  • cabang peribahasa :
    • simpulan bahasa
    • kiasan
    • ibarat
    • pepatah
    • perbilangan
    • bidalan tamsil
    • perumpamaan
    • lidah pendeta / kata hikmatat
  • perumpamaan - susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan dari apa yang diucapkan atau ditulis / membandingkan sesuatu dengan benda lain 
    • laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku
    • bak, bagai, umpama, laksana, seperti, ibarat dll
  • ada juga perumpamaan yang tidak menggunakan kata petunjuk 
    • bersaksi ke lutut
    • potong hidung rosak muka
  • pepatah - ringkas, berkerat-kerat / berpatah-patah, mementingkan ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran. 
    • ada sampan, hendak berenang
    • ada air adalah ikan
  • bidalan - mengandungi  nasihat, peringatan, bimbingan, teladan dll
    • jika pandai mengunting, hendaklah pandai menjahit
    • alah bisa tegal biasa
  • simpulan bahasa - dua / tiga perkataan, mempunyai makna yang berlainan sama sekali dari makna asal perkataan tersebut. 
    • anak buah
    • lipas kudung
    • ada angin

Monday 7 May 2012

4/ Kaedah memberi makna secara tradisional

SINONIM
  • seerti / hampir sama
  • maksud ayat sama / tidak berubah sama sekali 
ANTONIM
  • maksud berlawan
  • antonim berpasangan - tanya lwn jawab, lelaki lwn perempuan
  • antonim berperingkat - putih lwn hitam, muda lwn tua, kecil lwn besar
  • antonim berhubungan - jatuh lwn bangun, pensyarah lwn pelajar, beli lwn jual
HIPONIM
  • mencakupi makna beberapa perkataan lain dalam satu  tata tingkat / hierarki
  • HIPERNIM - makna yang am. contoh : ikan
  • HIPONIM - makna yang khas contoh : ikan tenggiri
  • hiponim tulen - contoh : padi - beras - nasi
  • hiponim umum - nama umum. contoh : bunga (umum) - mawar

Sunday 6 May 2012

5/ Pelbagai Teori Semantik

  • Semantik - mengkaji tentang makna sesuatu perkataan, frasa, ayat dan ujaran.
Segitiga Makna Odgen dan Richard
  • 3 bahagian - lambang, fikiran, benda. Saling berhubung secara langsung atau tidak langsung
  • lambang / simbol - benda, manusia, peristiwa yang melalui fikiran. Yang melibatkan perasaan, sikap, harapan, impian tidak termasuk simbol.
  • reference - 
  • referent - memenuhi satu keperluan
Segitiga Semiotik Ullman
  • 3 cabang - pragmatik, semantik, sintak
  • 6 sebab berlakunya perubahan makna - linguistik, sejarah, sosial, psikologi, menerima pengaruh luar, keperluan kata baharu.
Pemeringkatan Makna Osgood
  • ada 7 skala - mengukur makna kata dari segi ruang semantik dan ruang yang ditakrif melalui soalan kuiz
 Analisis Komponen Katz dan Fodor
  • dikenali sebagai teori analisis komponen
  • mengkaji kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan lain - struktur leksikal
  • menganalisis makna sesuatu perkataan secara terperinci
Imej bunyi / sigifier de saussure
  • melalui ikatan assiotif psikologis - bunyi  yang dihasilkan oleh seseorang dan benda-benda yang diperkatakan sebenarnya digambarkan sebagai satu entiti konsepsual melalui beberapa cara.

Saturday 5 May 2012

6/ Analisis Komponen Makna

  • Setiap kata mempunyai satu set komponen makna. - tepat dan jelas.
  • terdiri dari leksem sendiri 
  • contoh : perkaitan hospital boleh dihuraikan sebgai mempunyai komponen berikut 
  • hospital - doktor, pesakit, jururawat, bangunan, ubat-ubatan

Friday 4 May 2012

7/ Leksikografi dan Pengajaran Bahasa

  • Leksikografi ialah buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain yang disusun menurut abjad dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain
  • maklumat dalam kamus - entri, bentuk kata, ejaan dan ucapan, pembentukan kata

Thursday 3 May 2012

8/ Pragmatik

  • pragmatik - menghuraikan makna berdasarkan konteks bagi pengintepretasian makna yang berbentuk abstrak yang memerlukan huraian yang lebih terperinci
  • mesti ada gabungan semantik dan pragmatik - menjelaskan makna yang memerlukan tafsiran yang mendalam.
  • dalam teori relevan - ada andaian asas

Wednesday 2 May 2012

9/ Prinsip Retorik Tekstual

  • retorik - keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan.
  • ada kekemasan dan susunan wacana
  • menggunapakai 4 corak wacana - pemerian, pendedahan, penghujahan, penceritaan
  • lakuan lisan - laras bahasa yang mengkaji bentuk bahasa yang diwujudkan dalam pelbagai lakuan

Tuesday 1 May 2012

10/ Lakuan Bahasa

  • ungkapan linguistik
  • wujud dalam perbualan atau wacana
  • tindakan yang wujud secara langsung ketika seseorang berkomunikasi
  • LOKUSI - lakuan pengucapan. bentuk nyata yang dituturkan
  • ILOKUSI - lakuan niat pengucapan. apa yang dilakukan oleh penutur dengan melafazkannya
  • PERLOKUSI - lakuan tindakbalas pengucapan. reaksi pendengar apabila telah mendengar sesuatu ujaran.
  • jenis
    • lakuan bahasa tidak langsung - mempunyai kesantunan. menggambarkan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang penutur.
    • implikatur - makna tersembunyi dalam ujaran
      • implikatur konvensional
      • implikatur konversasional
  • bahasa sindiran - perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang tetapi tidak disebutkan secara tepat. Menyindir
  • bahasa  tersirat - bahasa yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud tetapi tidak disampaikan secara terus.

Monday 30 April 2012

[6] Seni dan Perkembangan Kanak-Kanak

  • umur berkait dengan perkembangan kanak kanak
  • ekspresi artistik berpandu kepada kematangan usia kanak kanak
  • ciri perkembangan nampak bila mereka melukis - pengalaman estetika awal  yang berkait dengan persepsi mereka
  • perkembangan estetika - aktiviti kreatif spt melukis, mewarna, muzik dll
  • perkembangan artistik dipamerkan tanpa sosioekonomi keluarga
  • perkembangan terlibat dengan persepsi, fizikal, emosi, kognitif dan perkembangan umum

Sunday 29 April 2012

[7] Pengajaran Seni Lukis Kanak Kanak

  • seni lukis - skema dalam perkembangan seni kanak kanak
  • peringkat skemata kanak kanak - manipulatif, membuat simbol, pra remaja
  • kanak kanak melukis apa yang dilihat dan menarik perhatian mereka
  • dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal - belajar memberi makna apabila meluahkan emosi
  • 4 tahap - proses penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi
  • garisan - dimensi saiz, arah, ukuran, ketebalan, ketinggian dan berat
  • warna - warna asas, sekunder, tertier dan neutral
  • melukis - teknik menggambar menggunakan media kering atau warna
  • catan - penghasilan seni menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke atas kertas, kanvas atau kadbod

Saturday 28 April 2012

[8] Pengajaran Kraftangan Kanak Kanak

  • boleh aplikasikan kepada teknik aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan.
  • MENGGAMBAR - lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek.
  • MEMBUAT CORAK & REKAAN - ikatan dan celupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, resis, kolaj, sulaman, lipatan dan guntingan
  • MEMBUAT BENTUK BINAAN - topeng, boneka, origami, mobail, stabail, model dan diorama.
  • kraf mudah - bantu perkembangan motor kasar dan halus kanak kanak
  • kraf mudah 2D - bentuk kraf yang ada panjang dan lebar
  • kraf mudah 3D - bentuk kraf yang ada panjang, lebar, tinggi
  • kolaj - bentuk 2D
  • mobail - hasil kerja seperti lipatan, lukisan dan objek yang digantung pada imbangan yang sesuai.

Friday 27 April 2012

[9] Pengajaran muzik, lagu dan nyanyian serta pantun dan sajak kanak kanak

  • muzik - pic, irama, lirik dilatih dalam aktiviti nyanyian kanak kanak
  • pantun & sajak - ritma, susunan ayat ringkas & mudah difahami
  • pengalaman muzik - bayi dan kanak kanak adalah mengikut peringkat
  • jenis lagu - merangkumi permainan jari, lagu permainan, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu nasihat dan lagu serantau
  • pantuk kanak kanak - boleh dinyanyikan dalam lagu seperti pantun 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat.
  • sajak - puisi baru yang bebas dari peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata kata dan ritma. 
  • muzik lagu, sajak, pantun dapat meningkatkan kemahiran muzikal dan kreativiti
  • pengajaran boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah :
    • kaedah pengajaran lagu / pantun / sajak fasa demi fasa
    • kaedah pengajaran lagu / pantun / sajak lengkap
    • kaedah pengajaran lagu / pantun / sajak daripada rakaman

Thursday 26 April 2012

[10] Pengajaran tarian dan pergerakan kreatif kanak kanak

  • boleh mempertingkatkan kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak kanak 
  • tarian - gerakan yang berirama
  • pergerakan kreatif - gabungan gerak geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti kanak kanak
  • jenis tarian - kuda kepang, zapin, joget, singa, naga, bharata natyam, bhangra, ngajat solo, sumazau, buluh, tarian orang asli.
  • AKTIVITI PERGERAKAN KREATIF - menggabungkan elemen pergerakan tubuh badan, ruang, masa dan daya
  • RANGSANGAN - muzik, props (reben, bola, gelung dll)
  • merancang aktiviti tarian mengikut kaedah :
    • kaedah latihan profesional
    • kaedah menonton persembahan
    • kaedah tayangan video

Wednesday 25 April 2012

[11] Pengajaran drama kanak kanak

  • merangsang kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak kanak
  • gerakan, dialog dan pemikiran menyeluruh penting untuk perkembangan imaginasi dan kreativiti
  • drama kreatf - permainan dan berlaku secara spontan
  • drama dalam pendidikan - improvisasi, pantomin, memos, main peranan, simulasi, boneka, teater membaca dan teater bercerita
  • improvisasi berlaku - dalam situasi yang tidak dirancang
  • pantomin - satu atau kumpulan membaca skrip lakonan manakala yang lain berlakon
  • memos - lakonan bisu tanpa bahasa
  • main peranan - melakonkan watak dalam situasi yang direka

Tuesday 24 April 2012

[12] Penilaian dalam seni

  • proses positif dan satu sumber makluman untuk mengenal pasti perkembangan kreativiti dan artistik kanak kanak
  • menilai proses penghasilan kerja seni kanak kanak dengan memerhati minat, kebolehan dan penglibatan kanak kanak
  • memahami perasaan dan mesej yang ingin disampaikan oleh kanak kanak
  • bukti laporan kepada pihak pentadbir dan ibu bapa kanak kanak
  • memerhati, merekod, menilai, merancang aktiviti dan menilai kanak kanak
  • dokumentasi - mengumpul, menjaga dan menyemak kembali portfolio
  • penilaian menggunakan
    • rekod anekdot
    • senarai semak
    • skala kadar
    • carta penyertaan

Saturday 31 March 2012

[i] Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah

  • zaman sebelum penjajahan inggeris
    • pendidikan tradisional - ramai orang melayu saja, cina dan india hanya datang sebagai buruh saja. pelajaran formal kebanyakan di istana
  • zaman penjajahan inggeris
    • sekolah inggeris - sekolah pertama Penang Free School
    • sekolah vernakular - bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. seperti sekolah melayu, sekolah cina, sekolah tamil.
    • sekolah nihongo semasa penjajahan jepun - kurikulum adalah dari jepun
  • zaman selepas merdeka
    • bahasa inggeris diberi kepada semua murid
    • pelajaran vokasional dilaksanakan
    • akta pelajaran 1961 
  • sebelum penjajahan inggeris majoriti rakyat jelata mendapat pendidikan informal kerana tidak banyak institusi sekolah pada masa itu.
  • alim ulama islam dari timur tengah ke tanah melayu mengakibatkan madrasah dan sekolah pondok banyak dibina
  • sekolah vernakular mempunyai ciri ciri seperti pengajaran oleh guru guru mengikut etnik masing masing
  • kerajaan inggeris meluluskan enakmen pendaftaran sekolah kerana masalah pembukaan sekolah. kesannya ialah perlantikan guru tidak boleh terus dari tanah besar china atau india
  • selepas sahaja tanah melayu merdeka, pelajaran berasaskan akta pelajaran, pendidikan untuk perpaduan kaum.

Friday 30 March 2012

[ii] KBSR dan KSSR

  • KLSR - kurikulum lama sekolah rendah
  • KBSR - kurikulum baru sekolah rendah
    • prinsip - 
      • pendekatan bersepadu
      • pendidikan yang sama untuk semua murid
      • perkembangan individu secara menyeluruh
      • pendidikan seumur hidup
    • kesepaduan -
      • unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani
      • pendidikan untuk semua
      • penggunaan pengetahuan dan kemahiran sedia ada
      • meningkatkan penggunaan bm dan bi serta bahasa pengantar yang lain
      • pendidikan sepanjang hayat
      • penekanan kepada nilai murni
  • KSSR - kurikulum standard sekolah rendah - 2011
    •  mementingkan standard
      • standard kandungan - perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai
      • standard pembelajaran - petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian diukur bagi setiap standard kandungan
  • 1979 laporan jawatankuasa kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan diterbitkan. perhatian penting adalah mengenai kemahiran 3M
  • kekurangan yang ada pada KLSR
    • tiada perkaitan yang jelas antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain
    • antara suatu peringkat pembelajaran dengan peringkatpembelajaran yang berikutnya tiada kesinambungan
    • pelaksanaan pengajaran dalam KLSR adalah terpengaruh dan berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan
  • KBSR, murid lebih aktif dalam proses pembelajaran, KLSR, guru bersifat autokratik dalam pengajarannya
  • KSSR berfokus kepada kemahiran membaca, menulis, mengira, menaakul
  • Kelebihan KSSR
    • tambahan 1 elemen iaitu kemahiran menaakul - Kemahiran menaakul biasanya digunakan dalam proses menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak. Kemahiran berfikir dalam aras yang lebih tinggi adalah semakin penting dan perlu bagi pembangunan modal insan bagi abad ke 21. Bagi menyediakan rakyat ke arah tersebut, perubahan kepada tahap pemikiran pelajar-pelajar di sekolah harus segera dilaksanakan. Usaha-usaha tersebut adalah sangat diperlukan daripada pihak guru-guru di sekolah dalam menerapkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    •  standard lebih jelas dinyatakan bagi kandungan dan pembelajaran dalam KSSR
    • KSSR bertujuan membekalkan generasi masa hadapan untuk menghadapi cabaran abad ke-21