Saturday 31 December 2011

(2) Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah - suatu usaha yang dilakukan untuk mencari kebenaran dengan menggunakan kebijaksanaan. 
Falsafah pendidikan - hala tuju atau panduan terhadap perkara-perkara yang berhubung kait dengan pendidikan.

4 cabang falsafah :
  1. metafizik - membincangkan perkara yang berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan. tidak dapat diselesaikan secara saintifik - hakikat realiti, kewujudan tuhan yang ada tetapi tidak dapat dilihat.
  2. epistemologi - membincangkan tentang teori ilmu pengetahuan. 
  3. logik - berkaitan dengan penaakulan manusia.
Beberapa falsafah dinyatakan seperti :
  • falsafah umum barat
  • falsafah pendidikan barat
  • falsafah islam
  • falsafah pendidikan islam
  • falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan kebangsaan :
  1. satu usaha berterusan
  2. memperkembangkan lagi potensi individu
  3. perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
  4. insan yang seimbang dan harmonis
  5. kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
  6. rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan
  7. rakyat malaysia yang berakhlak mulia
  8. rakyat malaysia yang bertanggungjawab
  9. rakyat malaysia yang berketrampilan
  10. rakyat malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Falsafah Pendidikan Kebangsaan - proses pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk pembangunan diri insan secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang aman damai dan bersatu padu.

(1) Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

Terdapat beberapa kategori :
  1. Pendidikan sebelum penjajahan inggeris
  2. Pendidikan semasa penjajahan inggeris
  3. Pendidikan Era sebelum kemerdekaan
    1. penyata razak
  4. pendidikan era selepas kemerdekaan
    1. penyata rahman talib
    2. akta pelajaran 1961
    3. falsafah pendidikan kebangsaan
  5. pendidikan era milenium
Perkembangaan pendidikan di negara kita ini berlangsung sejak dari zaman dahulu lagi dan berkesinambungan hingga sekarang. walau bagaimanapun dengan cabaran yang berubah selaras dengan peredaran zaman, pendidikan terus mengalami perkembangan. fungsi pendidikan juga terus berubah. antara lain pendidikan yang berlangsung adalah untuk pembangunan insan dan pembangunan negara. pembangunan insan perlu terlebih dahulu berlangsung sebelum pembangunan yang lain termasuk pembangunan negara dapat dilakukan.

Thursday 8 December 2011

(1) Teknologi Dalam Pendidikan

  1. Teknologi dalam pendidikan merupakan integrasi proses dan produk untuk meningkat serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
  2. Dalam era komputer, alat komputer atau bahan digital dan bukan digital yang dihasilkan menggunakan teknologi komputer boleh diterjemahkan sebagai alat yang boleh digunakan dalam pendidikan
  3. Teknologi pendidikan ada 4 perspektif
    1. teknologi pendidikan sebagai media dan komunikasi audio visual
    2. teknologi pendidikan sebagai sistem instruksional dan reka bentuk instruksional
    3. teknologi pendidikan sebagai latihan vokasional 
    4. teknologi pendidikan sebagai sistem komputer
  4. Dalam bidang pendidikan, reka bentuk pengajaran yang akan menunjukkan proses iaitu aktiviti dan kaedah yang digunakan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta disokong pula oleh teknologi atau media yang akan memudahkan proses guru mengajar dan murid belajar.