Thursday 10 April 2014

10/ Penghasilan proposal penyelidikan

kandungan proposal kajian

BAB 1
pengenalan
  • latar belakang
  • penyataan masalah
  • objektif kajian
  • persoalan kajian
  • kerangka konseptual kajian
  • batasan kajian 
  • definisi operasional
BAB 2
tinjauan literatur
  • teori
  • kajian-kajian terdahulu

BAB 3
metodologi kajian
  • reka bentuk kajian
  • populasi dan sampel kajian
  • instrumen
  • analisis data

Wednesday 9 April 2014

9/ Dapatan kajian dan perbincangan

hasil kajian -

  • profil responden - profil demografi - memaparkan maklumat yang berkaitan responden yang dikaji seperti jantina, umur, tahap pendidikan, pengalaman mengajar, pengalaman menggunakan internet dll
  • dapatan kajian - menjawab persoalan kajian yang ditetapkan
keputusan analisis deskriptif  - dilaporkan dalam bentuk kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai
keputusan analisis inferensi - menentukan sama ada kemungkinan wujud hubungan antara dua pemboleh ubah yang dikaji.

ringkasan kajian 
  • perbincangan dapatan kajian
    • tulis perbincagan ikut aliran idea yang logik
    • rujuk semasa dan relevan
    • guna termiologi yang ok
    • tidak bias
  • kesimpulan dapatan kajian 
    • senaraikan semua dapatan
implikasi dapatan kajian
cadangan kajian lanjutan

Tuesday 8 April 2014

8/ Analisis data

analisis data kajian
jika data kuantitatif - terdiri dari angka, maka guna analisis statistik
jika data kualitiatif - dalam bentuk ayat dan perkataan, maka pendekatan khusus untuk menganalisis iaitu guna kod.

ANALISIS DATA KUANTITATIF

  • statistik deskriptif - menghuraikan dan membuat rumusan terhadap data kajian
  • statistik inferensi - membuat generalisasi tentang sesuatu po;ulasi, melalui kajian yang dibuat terhadap sekumpulan individu yang telah dipilih dari populasi sebenar
analisis parameter - ada ujian yang diguna seperti 
  • ujian - t (membandingkan dua min atau purata)
  • analisis varians / ANOVA (membandingkan lebih dari dua min
  • korelasi antara pemboleh ubah
analisis bukan parameter
  • khi kuasa dua - jika tidak ada andaian mengenai populasi yang dikaji
kebolehpercayaan dalam kajian kuantitatif
  • pengukuran dibuat berulang kali tetapi keputusannya tetap konsisten. 
kesahan dalam kajian kuantitatif
  • sejauh mana ujian dapat mengukur sesuatu yang sepatutnya diukur
ANALISIS DATA KUALITATIF
  • fasa 1 - penerokaan data kajian 
  • fasa 2 - transkripsi - tukar rakaman temubual dan nota kepada bentuk verbatim bertulis
  • fasa 3 - mengorganisasi - menyusun
  • fasa 4 - proses pengkodan
  • fasa 5 - analisis- membina tema
kebolehpercayaan data kualitatif 
  • sejauh mana dapatan kajian boleh diulang atau direplikasikan
kesahan data kualitatif 
  • proses mendapatkan kebenaran dengan berada lama di tempat kajian serta mempunyai hubungan yang rapat dengan responden.
    • masa yang lama di tempat kajian dan kekerapan bersama responden
    • triangulasi - memberi gambaran
    • ulasan oleh rakan
    • semakan oleh responden
    • deskripsi yang mendalam
    • audit luaran
    • penjelasan mengenai bias sebagai pengkaji
    • analisis kes secara negatif

Monday 7 April 2014

7/ Paradigma dan kaedah kajian

paradigma - satu set kepercayaan mengenai sesuatu isu yang berlaku di sekeliling dan memerlukan pendekatan bagaimana isu tersebut boleh diselidiki
dua paradigma -
  • paradigma positivisme - memerlukan penyelidkan saintifik dan sistematik
  • paradigma interpretisvisme - humanistik, kostruktivis, naturalistik. fokus analisis yang dalam seperti skap manusia yang kompleks
  • perbandingan 2 paradigma ini -
kaedah kajian -

kaedah kajian kuantitatif - cirinya :

    • fokus kajian - pengujian hipotesis
    • proses menjalankan kajian 
    • analisis data - guna kaeda statistik dan hasil dalam bentuk angka
    • pelaporan hasil kajian - dalam bentuk graf, jadual dan dapatan kajian
  • jenis rekabentuk kajian kuantitatif -
    • rekabentuk eksperimental - rujuk kerangka kerja
      • reka bentuk eksperimen sebenar - rawak
      • reka bentuk kuasi eksperimen - tidak rawak
    • rekabentuk bukan eksperimental - huraian partisipa kajia, trait, skor
      • kajian deskriptif - huraikan sesuatu fenomena
      • kajian hubungkait / perkaitan - mengenalpasti perkaitan
        • kajian perbandingan - melibatkan perbandingan
        • kajian korelasi - menunjukkan korelasi
      • kajian untuk melihat perkaitan sebab akibat - kenal pasti penyebab kepada berlakkuknya sesuatu perkara
      • kajian tinjauan - survey research
    • rekabentuk longitudinal - tempoh masa yang lama
      • trend study
      • kajian kohort
      • panel study
    • rekabentuk merentas / keratan rentas - memungut data pada satu masa tertentu
  • kaedah persampelan - mendapatkan sekumpulan partisipan atau sampel
  • kaedah pengumpulan data kajian kuantitatif
    • ujian
    • soal selidik
    • temu bual
    • pengukuran bukan kognitif
    • pengukuran alternative
kaedah kajian kualitatif - cirinya :
  • kaedah semulajadi
  • proses mengutip data secara terus dari sumbernya
  • deskripsi yang kaya dengan maklumat
  • fokus kajian
  • analisis data secara induktif - mendalam
  • perspektif dari responden kajian
  • fleksibiliti dalam proes melaksanakan kajian
jenis rekabentuk kajian kualitatif - 
  • ethnografi - bidang antropologi
  • kajian kes - sistematik, intensif, terperinci
  • kajian naratif - antropologi, sejarah, sosiologi, sosio linguistik
  • fenomenologi 
  • grounded theory - libatkan penghasilan teori
kaedah pengumpulan data kajian kualitatif
  • temubual
    • berstruktur
    • semi berstruktur
    • tdak berstruktur
  • pemerhatian
  • analisa dokumen

Sunday 6 April 2014

6/ Persampelan

populasi - satu kumpulan atau kelompok individu
sampel - sejumlah individu atau elemen dari populasi
reka bentuk persampelan

  • mengenal pasti populasi
  • menentukan saiz sampel yang diperlukan
  • memilih sampel
jenis persampelan
  • persampelan rawak
    • mudah
    • berlapis
    • sistematik
    • kelompok
  • persampelan bukan rawak
    • mudah
    • sengaja 
    • kuota
    • bola salji

Saturday 5 April 2014

5/ tinjauan literatur

ringkasan atau ulasan dari artikel jurnal, buku, prosiding dan lain dokumen yang menjelaskan maklumat lepas dan terkini berkaitan yang diperlukan bagi kajian yang dicadangkan.
langkah mengendalikan tinjauan literatur

  • kenalpasti kata kunci yang dignakan dalam kajian
  • dapatkan sumber lokasi bahan literatur dengan merujuk pelbagai bahan serta pengkalan data termasuk internet
  • mengumpul dan menilai secara kritikal bahan literatur yang dipilih untuk kajian
  • membuat ringkasan atau nota ringkas literatur yang telah dikenal pasti
  • menulis tinjauan literatur

Friday 4 April 2014

4/ Teori dan masalah kajian

fungsi teori dalam kajian
  • membantu pengkaji dalam membina kerangka konseptual kajian
    • satu rajah yang menggambarkan beberapa aspek penting dalam kajian
  • menjelaskan sesuatu fenomena, isu, kejadian atau masalah
    • memperluaskan pemahaman
  • membantu pengkaji meramalkan sesuatu perkara
  • menjana dan menghasilkan penyelidikan baru
sumber yang mencetuskan idea memilih masalah kajian
  • mina dan pengalaman pengkaji
  • tinjauan literatur - masa lalu
  • mengaplikasi teori

Thursday 3 April 2014

3/ Penyelidikan Kualitatif

kajian untuk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaan sendiri
contoh soalan kajian - mengapa guru masih tidak menggunakan pendekatan konstruktivisme dalam pdp mereka?

jenis penyelidikan kualitatif

  • kajian etnografi -
    •  penjelasan mengenai sesuatu budaya, adat, kepercayaan, tingkah laku berdasarkan maklumat yang dikumpul dari kajian lapangan
    • mengetahui kepercayan, nilai, prspektif dll
  • kajian kes
    • memahami secara mendalam tentang subjek yang dikaji
  • kajian sejarah
    • mengkaji sebab, kesan, kecenderungan peristiwa lepas 
  • kajian naratif
    • mengkaji bagaimana manusia membina makna dalam kehidupan mereka
reka bentuk kajian kualitatif
  • bentuk kajian lapangan - data dikutip melalui temubual
  • bentuk kajian kes - kajian tentang sesatu kes
  • bentuk kumpulan terfokus - proses kutip data melalui temubual khas
  • bentuk kajian tindakan - secara sistematik selesaikan sesuatu masalah
  • bentuk analisis dokumen - analisis kandungan dokumen untu dapatkan data kajian
  • bentuk pelbagai pendekatan - cantumkan dua atau lebih bentuk kajian 
persampelan kajian kualitatif - menggunakan kadeah persampelan bukan rawak
4 jenis persampelan bukan rawak 
  • persampelan mudah
  • persampelan bertujuan
  • persampelan bola salji 
  • persampelan kuota

Wednesday 2 April 2014

2/ Penyelidikan Kuantitatif

penyelidikan yang sistematik - ada nilai numerikal atau statistik
jenis penyelidikan kuantitatif
  • kajian eksperimental - kajian bandingan kumpulan - dibahagikan secara rawak
  • kajian kuasi-eksperimental - kumpulan kawalan - dibahagikan tidak secara rawak
  • kajian tinjauan - soal selidik untuk kumpul data sesuatu populasi - menggunakan statistik min, mod, medin, peratus dan kekerapan
  • kajian korelasi - tentukan hubungan di antara 2 pembolehubah yg dapat diberi nilai numerikal
Instrumen kajian kuantitatif
  • soal selidik jenis terbuka
  • soal selidik jenis tertutup
    • soalan tertutup dichotomus
    • skala likert
    • skala rank order
    • maklumat demografi
kebolehpercayaan dan kesahan
  • kesahan kandungan
  • kesahan hubungan kriteria
  • kesahan konstruk
  • kesahan muka
kajian rintis
  • dibuat sebelum kajian sebenar
populasi dan persampelan
  • populasi - kumpulan orang, perkara, benda yang dikaji
  • sampel - sebahagian dari populasi
    • persampelan rawak mudah
    • persampelan rawak berlapis
    • persampelan bersistematik
    • persampelan kelompok
analisis data
  • untuk mengira kekerapan, peratusan serta purata bagi setiap item
  • ada dua iaitu
    • analisis deskriptif - terangkan ciri-ciri pembolehubah
    • analisis inferensi - terangkan perubungan antara pembolehubah
jenis hipotesis
  • pengujian hipotesis hubungan - gunakan data sampel untuk menganggar parameter populasi
  • pengujian hipotesis perbezaan - 
    • ujian t
    • ujian anova

Tuesday 1 April 2014

1/ Pengenalan kepada penyelidikan sekolah rendah

penyelidikan - sesuatu masalah dirasai.
penyiasatan saintfik - 
  • kaedah dan cara berfikir secara sistematik, terkawal, emirikal untuk mengkaji hubung kait antara fenomena semulajadi yang boleh dilihat.
langkah penyiasatan saintifik - 
  • gubal soalan kajian / hipotesis
  • reka bentuk kajian
  • kumpul data
  • jawab soalan kajian
4 tujuan utama penyelidikan pendidikan 
  • memerihalkan sesuatu fenomena
  • meramal fenomena
  • penambahbaikan berhubung dengan sesuatu fenomena
  • menerangkan satu fenomena tertentu
jenis penyelidikan 
  • asas - menerbitkan dapatan untuk pengetahuan
  • gunaan - menyelesaikan masalah praktis
  • penilian - meningkatkan keberkesanan penilaian
  • tindakan - meningkatkan keberkesanan pengajaran
  • pembangunan - 
  • kuantitatif - menilai sesuatu program - kajian eksperimental, kuasi eksperimental, kajian tinjauan, kajian korelasi
  • kualitatif - kajian etnografi, kajian kes, kjian sejarah, kajian naratif
prosedur penyelidikan pendidikan 
  • menyatakan masalah kajian
  • menetapkan objektif kajian
  • membentuk soalan kajian
  • menghasilkan hipotesis kajian
  • melakukan tinjauan literatur
  • merancang kaedah kajian
  • mereka bentuk kajian
  • menentukan prosedur persampelan
  • membina instrumen kajian
  • menyatakan kesahan dan keboleh percayaan instrumen kajian
  • menentukan prosedur pengumpulan data
  • mengumpul data
  • menganalisis data
  • membincang hasil kajian
  • melaporkan kajian