Wednesday 1 August 2012

1] Pengenalan Kepada Morfologi

  • tatabahasa ada dua - morfologi dan sintaksis. urutan bahasa dari kecil ke besar ialah 
    • morfem
    • kata
      • frasa
      • klausa
      • ayat
    • morfem dan kata adalah ayat
    • frasa, klausa, ayat adalah sintaksis
  • morfologi - bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
  • morfem - unit terkecil yang mempunyai makna dan menjadi unsur terbentuk kata.
  • contoh - perkataan mendengar terdiri dari 2 morfem iaitu [men] dan [dengar]
  • jenis morfem 
    • morfem bebas
    • morfem terikat
      • morfem terikat satuan
      • morfem terikat terbahagi
      • morfem terikat kompleks
  • morfem bebas - morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai kata penuh, tidak bergabung dengan morfem lain seperti pulang, lupa, belantara, bebas, minum, suasana, kereta dll.
  • morfem terikat - morfem yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai kata dasar. perlukan imbuhan. semua imbuhan adalah morfem terikat. contoh berkesan [ber] dan [kesan]
  • morfem terikat satuan - morfem terikat yang kuat dalam bentuknya, tidak boleh dipisahkan bahagiannya seperti berlari, menari awalan, akhiran atau tertawa, bertapa, menyala dll.
  • morfem terikat terbahagi - berdiri dari awalan dan akhiran serentak seperti kehadiran, penderitaan dll.
  • morfek terikat kompleks - gabungan dua morfem terikat atau lebih. contohnya memperkuat, memperoleh, mengatakan, dikatakan, membaiki, mempersoalkan, dipersoalkan, dipersenjatai, dll
  • konsep kata - kata akar dan kata dasar
  • kata akar - inti sesuatu kata. belum diberikan imbuhan lagi.
  • kata dasar - kata akar yang menjadi dasar sesuatu perkataan yang dapat diberikan imbuhan seperti lari jadi berlari.
  • konsep alomorf - kelainan atau anggota sesuatu morfem. contohnya awalan meN- ialah morfem. alomorfnya ialah me-, mem-, men-, dll
  • konsep morfofonem - melibatkan gabungan antara morfem dengan fonem. morfofonem ialah ciri bunyi yang timbul apabila imbuhan dicantumkan dengan kata dasar. 
  • jenis morfem bagi perkataan berikut :
    • jelapang - terikat
    • rujuk - bebas
    • cengkerang - bebas
    • kelmarin - bebas
    • renang - bebas
    • selidik - bebas
    • rangkak - bebas
    • tinggal - bebas
  • jenis morfem terikat bagi perkataan berikut 
    • raung - bebas
    • bertujuan - terikat satuan
    • gemersik - terikat satuan
    • mempersoalkan - terikat terbahagi
    • tertarik - terikat satuan
    • menyucikan - terikat terbahagi
    • rangkak - bebas
    • memperkecil - terikat kompleks
  • jumlah morfem
    • terlantar - 2
    • pemerkasaan - 4 
    • bermaharajalela - 4

12 comments:

  1. terima kasih, atas penjelasan morfologi cikgu. blh tak cikgu bagi maklumat tentang penggunaan morfem bebas dalam ayat gramatis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penggunaan morfem bebas sememangnya banyak digunakan bagi melengkapkan sebuah ayat yang lengkap. Contoh bagi frasa : "adik tawa", menunjukkan tawa (morfem terikat) dan tidak mempunyai makna. Oleh itu, untuk membetulkan ayat ini, kita kena letak imbuhan "ke-" untuk perkataan "tawa". Jadi ayat akan menjadi spt ini : "Adik ketawa"

      Berdasarkan soalan, morfem bebas merujuk kepada perkataan-perkataan yang tiada imbuhan seperti lari, makan, tidur dan nyanyi.

      Delete
  2. apakah perbezaan antara morfem beb
    as dengan morfem terikat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bezanya ialah, morfem bebas boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna. Tak perlukan mana-mana morfem lain untuk bergabung dengannya.

      Bagi morfem terikat pula, ia memerlukan bantuan morfem lain. Tidak mempunyai makna Morfem terikat ini terbahagi kepada 3 iaitu morfem terikat satuan, morfem terikat terbahagi dan morfem terikat kompleks.

      Delete
  3. apakah perbezaan antara morfem bebas dengan morfem terikat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bezanya ialah, morfem bebas boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna. Tak perlukan mana-mana morfem lain untuk bergabung dengannya.

      Bagi morfem terikat pula, ia memerlukan bantuan morfem lain. Tidak mempunyai makna Morfem terikat ini terbahagi kepada 3 iaitu morfem terikat satuan, morfem terikat terbahagi dan morfem terikat kompleks.

      Delete
  4. Adakah perkataan sempit merupakan morfem terikat?

    ReplyDelete
  5. adakah morfem bebas dan morfem dasar itu sama atau sebenarnya mempunyai makna yang berbeza? mohon penjelasan

    ReplyDelete
  6. Apakah ciri-ciri morfem terikat ?

    ReplyDelete
  7. Macam mana nak bina perkataan yang mengandungi morfem yang berikut:
    Satu morfem bebas+tiga morfem terikat

    ReplyDelete
  8. Aeron Fender5/03/2023 2:32 pm

    steady cak

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.