Saturday 14 January 2012

(9) wacana & laras bahasa

  • ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. 
  • hasil karya dalam sesuatu bahasa.
  • ciri-ciri wacana :
    • koheren (pertautan ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan)
    • kohesi (kesepaduan) - ketepatan seluruh isi-isi
    • mempunyai tujuan
    • bermaklumat
    • diterima khalayak
    • berlandaskan hubungan : penutur dengan pendengar / penulis dengan pembaca
    • inferens / andaian
    • mempunyai gaya
    • mesti masukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal

(8) peribahasa

  • susunan kata yang pendek dengan makna yang luas
  • maksud tersurat dan tersirat
  • jenis peribahasa :
    • simpulan bahasa - ada angin
    • perumpamaan - bagai aur dengan tebing
    • pepatah - kalah jadi abu, menang jadi arang (ada koma)
    • bidalan - biar putih tulang jangan putih mata
    • perbilangan - panjang sedikit spt: 
      • adat bersendi hukum, hukum bersendi kitabullah, kuat adat, tak gaduhkun hukum, kuat hukum, tak gaduhkan adat, ikut hukum, muafakat, ikut adat muafakat.
    • kata hikmat - kata pujangga

(7) semantik

  • mengkaji makna kata / mengkaji makna atau erti dalam bahasa.
  • faktor yang mempengaruhi makna - 
    • pilihan
    • kebudayaan
    • konteks
    • unsur-unsur pralinguistik - berkaitan mimik muka
    • ciri-ciri prosodi - berkaitan tekana, nada dan intonasi suara

(6) sintaksis : ayat

  • mengkaji bentuk, struktur, binaan, konstruksi ayat (mengkaji ayat)
  • binaan ayat
    • subjek -benda / perkara
    • predikat - menerangkan benda / perkara
    • contoh : Ali membeli sebuah basikal.
  • frasa - urutan penempatan jenis kata
    • frasa nama - askar Melayu
    • frasa kerja - membaca buku
    • frasa adjektif - biru laut
    • frasa sendi - ke sekolah
  • jenis ayat :
    • ayat penyata - menyatakan sesuatu
    • ayat tanya - menanyakan sesuatu
    • ayat perintah - menyuruh / melarang sesuatu
    • ayat silaan - mempelawa
    • ayat permintaan - meminta spt. minta, tolong, mohon
    • ayat seruan - menyeru
  • ragam ayat :
    • ayat  aktif
    • ayat pasif
  • ayat majmuk - gabungan dari ayat tunggal
    • gabungan - saya dan dia minum teh
    • pancangan - saya membeli kasut yang berwarna kuning
    • campuran - lebih dari satu ayat majmuk. biasanya ayat ini panjang.

(5) morfologi : penggolongan kata

  • kata nama am
    • benda - alam, dunia, orang
    • perkara - iklim, cahaya, udara
    • konsep - kedamaian, perpindahan
  • kata nama khas
    • orang
    • tempat
    • benda
      • kata nama khas hidup manusia - Jamil, Aini
      • kata nama khas hidup bukan manusia - Si Comel
      • kata nama kahs tak hidup - Proton, Piala Malaysia
  • kata ganti nama
    • kata ganti nama tunjuk
    • kata ganti nama diri
      • kata ganti nama diri tanya
      • kata ganti nama diri orang
        • pertama - saya
        • kedua - aku
        • ketiga - dia
  • kata kerja
    • transitif - ada imbuhan 'me' - dia memancing ikan
      • transitif aktif - Anisah mencuci pakaian di tepi sungai
      • transitif tak aktif - Pakaian dicuci oleh Anisah di tepi sungai
  • kata adjektif
    • sifat - baik, jahat, cerdik, pandai
    • warna - merah, putih biru
    • ukuran - panjang, pendek, dalam
    • bentuk - bulat, buncit, kempis
    • waktu - lewat, segera, awal
    • jarak - jauh, dekat, hampir
    • cara - cepat, deras, laju
    • perasaan - rindu, benci, segan
    • pancaindera - sedap, pahit, cantik
  • kata tugas - dalam ayat
    • kata hubung - penyambung ayat
    • kata seru - gambarkan perasaan
    • kata tanya - menanyakan sesuatu
    • kata perintah - perintah, arahan
    • kata pangkal ayat - spt. hatta, maka, arakian, syahadan
    • kata bantu - membantu frasa kerja, adjektif, sendi - telah,pernah, sudah, hendak, mahu
    • kata penguat - menguatkan maksud - terlalu, paling, sekali, benar, amat
    • kata penegas - memberikan penekanan - ada partikel seperti kah, tah, lah
    • kata nafi - menafikan - bukan, tidak, jangan
    • kata pemeri - perihal sesuatu, nyata sesuatu 
    • kata sendi nama - menyambungkan frasa
    • kata pembenar - mengesahkan
    • kata arah - menunjukkan hala/arah
    • kata bilangan - menerangkan bilangan
    • kata adverba - menerangkan kata kerja, adjektif, nama, sendi nama dari segi cara, masa dan tempat
    • kata penekan - menekanan frasa - ada -nya, spt sesungguhnya.
    • kata pembenda 

(4) morfologi : pembentukan kata

  • maksud - mengkaji struktur, bentuk, golongan kata
    • morfem
      • morfem bebas - berdiri dengan sendiri. cth. JALAN
      • morfem terikat - tidak boleh. ada imbuhan. cth. BER = berjalan, mayur = sayur-mayur.
    • kata
  •  jenis morfem terikat :
    • morfem terikat satuan. ada imbuhan awalan. BERMAIN
    • morfem terikat terbahagi. ada imbuhan apitan. PERMAINAN
    • morfem terikat kompleks. ada imbuhan apitan. DIPERMAINKAN
  • kata 
    • kata tunggal
      • 1 suku kata - tin, sen
      • 2 suku kata - air, bata
      • 3 suku kata - suara, tiada
      • 4 suku kata - mesyuarat, masyarakat
    • kata tunggal dalam akronim 
      • ADUN, DUN, IKIM, UPSI
      • gabungan suku kata (kata nama am) - purata (pukul rata), cerpen (cerita pendek)
      • gabungan suku kata (kata nama khas) - petronas (petroleum nasional)
    • kata terbitan 
      • terbit dari imbuhan awalan, akhiran, apitan, sisipan - selerak, gerigi
    • kata majmuk
      • dua kata dasar atau lebih digabungkan menjadi makna tertentu.
        • rangkaian kata bebas - pasar raya, nasi ayam
        • istilah khusus - papan kekunci, lut sinar
        • simpulan bahasa - telinga kuali, hati batu
        • bentuk yang telah mantap - matahari, setiausaha
      • penggandaan kata majmuk - kapal-kapal angkasa, alat-alat lukis
      • pengimbuhan kata majmuk - dianak tiri, berlitar selari, kalau apitan mesti eja rapat seperti campur aduk - mencampuradukkan.
      • kata ganda
        • kata ganda penuh - bas-bas, kerusi-kerusi
        • kata ganda separa - bebola, sesiku
        • kata ganda berentak - hiruk-pikuk, hingar-bingar
        • kata ganda berimbuhan - mencari-cari, bantu-membantu

    Thursday 12 January 2012

    (3) Sistem ejaan & sebutan

    • 2 jenis tulisan tulisan rumi, tulisan jawi
    • 3  bunyi bahasa Melayu :
      • huruf vokal - a,e,i,o,u
      • huruf konsnan selain huruf selain vokal
      • huruf diftong ai, au, oi
    • sebutan baku
    • intonasi - nada suara

    (2) Psikolinguistik

    • merupakan bidang antara disiplin mengenai psikologi dan linguistik.
    • banyak teori terlibat untuk bahasa pertama seperti :
      • teori behaviorisme 
        • pelaziman klasik
        • pelaziman operan
        • skinner
      • teori mentalisme 
        • kognitif piaget
    • cara kanak-kanak memperolehi bahasa pertama.

    (1) Linguistik & Bahasa

    • linguistik - kajian terhadap bahasa manusia
    • cabang linguistik :
      • deskriptif - bunyi, tatabahasa dan perkataan
      • preskriptif - hasil rumus terhadap fenomena bahasa
      • terapan - manfaat terhadap teori deskripsi
      • perbandingan (komparatif) - banding 2 bahasa atau lebih dari sudut bunyi
      • historis - kajian terhadap sejarah bahasa
      • sinkronik - kajian terhadap masa bahasa
      • diakronik - kajian bahasa sejarah dan perbandingan
    • sifat bahasa :
      • mempunyai sistem
      • mempunyai lambang
      • terdiri daripada bunyi
      • bermakna
      • arbitari - sewenang-wenangnya, berubah, tidak tetap
      • bersifat konvensional - bersepakat
      • produktif
      • unik
      • universal
      • dinamis
      • bervariasi
      • bebas
      • manusiawi - milik manusia
    • bahasa melayu sebagai lingua franca - pelbagai bahasa
    • bahasa melayu menerima pengaruh bahasa asing - india/sanskrit, arab/islam, china, portugis, belanda, inggeris, jepun.
    • fungsi bahasa :
      • bahasa kebangsaan
      • dasar bahasa kebangsaan
      • bahasa rasmi - bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam

    Wednesday 11 January 2012

    (10) akta pendidikan 1996

    implikasi :
    • pendidikan prasekolah
    • pendidikan rendah
    • peruntukan kuasa menteri pelajaran

    (9) Etika Keguruan & peraturan pendidikan

    • ciri-ciri guru profesional :
      • bersemangant tinggi dalam perkhidmatan
      • bermatlamat yang jelas
      • berkemahiran mengurus bilik darjah
      • berkebolehan komunikasi yang baik
      • jangkaan yang tinggi terhadap murid
      • berupaya memberi yang terbaik
      • pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam
      • hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan majikan
    • guru unggul dalam Islam
      • tawadhu
      • berakhlak
      • insan berilmu (alim)
      • memiliki taraf akademik yang baik
      • mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat
    • nilai-nilai utama etika kerja dalam perkhidmatan awam
      • ikhlas
      • benar
      • amanah
      • tekjun
      • bersyukur
      • taat setia
      • dedikasi
      • bijaksana
      • sederhana
      • penyayang
      • bekerjasama
      • berbudi mulia
    • kod etika profesion kegurua harus diketahui dan dikuasai oleh seorang guru. 
    • tatasusila profesioan keguruan merupakan tanggungjawab profesion guru itu sendiri iaitu :
      • tanggungjawab kepada murid
      • tanggungjawab kepada ibubapa
      • tanggungjawab kepada masyarakat dan negara
      • tanggungjawab kepada rakan sejawat dan profesion keguruan
    • tonggak dua belas
      • nikmat mencipta 
      • menghargai masa
      • pengaruh teladan
      • peningkatan bakat
      • ketinggian peribadi
      • keseronokan bekerja
      • keutamaan kesabaran
      • kekuatan sifat baik hati
      • kebijaksanaan berkhidmat
      • kemuliaan kesederhanaan
      • kewajipan menjalankan tugas
      • ketekunan membawa kejayaan
    • tujuan peraturan-peraturan pegawai awam dibuat untuk :
      • peringatan - mengingatkan para pegawai agar sentiasa berwaspada dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
      • pengajaran - tindakan yang dikenakan untuk dijadikan iktibar dan panduan kepada pegawai yang terlibat dan pihak lain.
      • pencegahan - mengelakkan dari berlakunya amalan yang melanggar peraturan

    (8) penterjemahan & pentafsiran kurikulum

    • kurikulum kebangsaan 
      • satu program pendidikan iaitu kurikulum dan kokurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya dari JERI
      • kurikulum formal (akademik) dan tidak formal (kokurikulum)
    • kurikulum sekolah
      • segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan.
      • juga terdapat kurikulum formal (akademik)
      • kurikulum tidak formal (kokurikulum)
        • kurikulum tersembunyi - lantikan seorang pengawas sekolah
    • kandungan kurikulum yang terdapat di dalam SP dan HSP dialihkan kepada RPT dan RPH sebelum dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    (7) reka bentuk kurikulum

    • peranan pendidik ialah 
      • perancang - merancang dan menyediakan kurikulum
      • pelaksana - melaksanakan kurikulum melalui proses p&p
      • penilai - menilai keberkesanan kurikulum
    • pola dan orientasi reka bentuk kurikulum merangkumi
      • berpusatkan akademik - berilmu dan berketrampilan
      • berpusatkan pelajar - kembangkan potensi individu sebagai satu usaha berterusan
      • berpusatkan masalah - menangani masalah kehidupan
    • pengaruh perspektif terhadap kurikulum ada 2 :
      • perspektif objektivis
        • melihat ilmu sebagai perkara yang sudah pasti dan diperturunkan
        • menerima alam seperti sedia ada
        • menekankan isi kandungan pelajaran, kemahiran baru, keupayaan baru dan pemindahan pembelajaran
        • menggunakan taksonomi bloom
      • perpesktif konstruktivis
        • melihat pelajar sebagai pembina ilmu
        • pengajaran adalah untuk mengubah cara dan tahap berfikir
        • isi pelajaran bukan matlamat pengajaran tetapi hanyalah batu loncatan untuk mendapatkan kepakaran yang lebih tinggi
        • isi pelajaran ini dibuang selepas kepakaran diperolehi

    (6) kurikulum dalam falsafah pendidikan kebangsaan

    • ada dua kurikulum formal dan tidak formal.
    • kurikulum terkini ialah Kurikulum standard sekolah rendah yang menggantikan kbsr yang diharapkan dapat meningkatkan standard pencapaian murid yang mencakupi 4 M
      • menulis
      • membaca
      • mengira
      • menaakul
    • kurikulum kebangsaan  mencakupi pendidikan semua peringkat :
      • prasekolah
      • sekolah rendah
      • sekolah menengah
      • lepas sekolah menengah 
      • pendidikan khas

    (5) rancangan pembangunan pendidikan di Malaysia

    dalam pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010 merupakan rancangan pendidikan selama 5 tahun. antara terasnya ialah :
    • membina negara bangsa
    • membangunkan modal insan
    • memperkasakan sekolah kebangsaan
    • merapatkan jurang pendidikan
    • memartabatkan profesion keguruan
    • melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

    (4) dasar-dasar pendidikan

    • tujuan dasar digubal untuk dasar kawalan, dasar solusi / penyelesaian masalah, dasar kebajikan, dasar inovasi.
    • dalam pendidikan terdapat dasar :
      • dasar pengekalan warisan dalam pendidikan tradisional melayu
      • dasar peminggiran pendidikan
      • dasar polarisasi pendidikan
      • dasar reformasi pendidikan
      • dasar inovatif pendidikan
      • dasar liberalisasi pendidikan
      • dasar globalisasi pendidikan
    • dalam penggubalan dasar pendidikan mengambil kira dari 
      • laporan barnes
      • laporan fenn wu
      • ordinan pelajaran 1952
      • penyata razak
      • ordinan pelajaran 1957
      • laporan rahman talib
      • akta pelajaran 1961
      • laporan hussein onn
      • laporan jawatankuasa kabinet
      • rang undang-undang pendidikan 
      • akta pendidikan
    • dasar yang berkaitan dengan pendidikan :
      • dasar bahasa kebangsaan
      • dasar perpaduan nasional
      • dasar teknologi
      • dasar guna tenaga
      • dasar pengatarabangsaan
      • dasar pembangunan insan
      • dasar pembentukan negara bangsa
      • dasar pendidikan holistik

    Tuesday 10 January 2012

    (3) falsafah pendidikan guru

    ada 9 perkara :
    1. berpekerti mulia
    2. berpandangan progresif dan saintifik
    3. bersedia menjunjung aspirasi negara
    4. menyanjung warisan kebudayaan negara
    5. menjamin perkembangan individu
    6. memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu
    7. memelihara suatu masyarakat yang demokratik
    8. memelihara suatu masyarakat yang progresif
    9. memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin
    • standard guru malaysia - 1 piawaian garis panduan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru.
    • rasional - mempunyai tahap amalan nilai profesional yang tinggi, institusi latihan perguruan perlu lengkap, kpm berusaha lonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan, kriteria pendidikan tinggi.
    • tujuan - mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru, kenalpasti tahap penyediaan latihan perguruan, kenal pasti dasar pendidikan guru

    Monday 9 January 2012

    (10) teknologi masa depan

    1. komputer akan mempunyai sifat kemanusiaan
    2. peranti berfikiran sendiri
    3. rangkaian akan menjadi lebih pintar
    4. web menjadi bertambah bijak
    5. perisian pintar
    6. ekonomi internet akan berkembang
    7. komputer generasi baru
    8. identiti peribadi digital
    9. ramalan pemproses
    10. hiburan maya

    (9) e-pembelajaran

    memerlukan :
    1. emel
    2. laman portal
    perkembangan sumber terbuka (open source) - moodle, sakai, olat, atutor
    kemudahan cloud computing - gmail, cloud course, google tools for the classroom
    aplikasi rangkaian sosial - social network sites
    peralatan tablet - ipad, samsung galaxy note, touchpad, htc fly

    (8) integrasi teknologi maklumat dalam pengukuran & penilaian

    ujian dan penilaian dilakukan untuk mengesan pembelajaran seperti yang telah ditentukan dalam objektif p & p dan hasil pembelajaran. ujian dan penilaian adalah proses penilaian bersistematik untuk mengetahui tahap pembelajaran. kelebihan ict boleh digunakan pakai dalam pengukuran dan penilaian

    (7) integrasi teknologi internet

    http:// - nama protokol
    www - perkhidmatan internet
    upsi - menentukan organisasi
    edu - menentukan jenis organisasi
    my - menentukan negara
    www.upsi.edu.my - nama domain

    komunikasi secara serentak :
    1. sidang video - sv
    2. ruang sembang - chat
    3. internet telephony
    komunikasi secara tidak serentak
    1. emel
    2. forum
    3. blog

    (6) integrasi perisian multimedia

    5 elemen  multimedia
    1. teks
    2. grafik
    3. animasi
    4. audio
    5. video
    3 alat pengarangan
    1. hypercard - berasaskan kad
    2. authoware - berasaskan ikon
    3. flash - berasaskan masa

    (5) integrasi perisian sokongan dalam p&p

    satu perisian tambahan atau sokongan untuk
    • membaiki produktiviti kerja
    • membaiki hasil kerja
    • menawarkan kualiti maklumat yang baik
    • menyokong proses interaksi dan perkongsian maklumat
    5 kategori perisian sokongan

    1. perisian penjana bahan (adobe design/pagemaker/publisher)
      1. penerbitan atas meja - cipta risalah, brosur
      2. melaporkan hasil kerja
      3. hasil kerja kreatif
    • perisian penjana ujian (random test genarator/easy test maker)
      1. berupaya mencipta soalan
      2. menyusun soalan secara rawak
      3. penetapan kriteria
      4. kunci jawapan
      5. bank soalan ujian
    • perisian penjana helaian kerja (worksheet generator)
    • perisian penjana silang kata (crossword puzzel maker)
    • perisian penjana dokumen grafik (printshop/smart draw)
    2. perisian pengumpulan data dan analisis
    • perisian buku gred elektronik (class action gradebook)
    • perisian pakej statistik (spss)
    • sistem maklumat murid (power school)
    • sistem maklum balas murid (classroom performance system)
    3. perisian grafik
    • melukis/mengecat
    • pengeditan imej
    • membina carta
    • clip art
    4. perisian perancangan dan pengurusan
    • perisian perancangan dan pemetaan konsep
    • perisian perancangan pengajaran
    • perisian pengurusan jadual waktu
    5. perisian penyelidikan dan rujukan
    • ensiklopedia elektronik
    • pemetaan dan atlas elektronik
    • kamus

    (4) integrasi perisian aplikasi dalam p&p

    • ada 2 iaitu perisian aplikasi umum dan khusus
    • umum juga dipanggil perisian produktiviti seperti pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan pangkalan data
    • khusus seperti perisian grafik, audio dan video serta perisian pengarangan web
    • perisian pemprosesan perkataan - microsoft word, poen office word, corel word perfect, lotus word pro
    • perisian lembaran kerja - microsoft excel, openoffice calc, lotus 1-2-3
    • perisian pangkalan data - microsoft access

    (3) Integrrasi perisian instruksional / koswer dalam p&p

    kelebihan koswer :
    1. membina kemahiran kognitif
    2. menggalakkan belajar sendiri
    3. menjadikan pembelajaran aktif
    4. menggalakkan pembelajaran yang seronok
    5. mempelbagaikan latar belakang dan kaedah belajar
    6. mengatasi masalah bilangan murid yang ramai
    7. melibatkan lebih daripada satu deria
    8. jimatkan masa belajar
    9. membantu tingkatkan pencapaian akademik murid
    strategi koswer :
    1. latihtubi
    2. tutorial
    3. permainan koswer
    4. penyelesaian masalah
    5. simulasi
    6. sistem pembelajaran bersepadu

    (2) Perancangan & pelaksanaan teknologi dalam pendidikan

    • 4 langkah dalam perancangan :
    1. tubuhkan satu jawatankuasa perancang yang terdiri dari ahli akademik dan ahli komuniti yang berpengetahuan. bertanggungjawab membina visi dan matlamat.
    2. membina asas pengetahuan dalam proses belajar. bagaimana murid belajar untuk pembinaan visi
    3. membandingkan perancangan teknologi dengan belanjawan sekolah.  rancangan teknologi harus dikaji setiap 5 tahun.
    4. pembangunaqn profesional dan sokongan untuk guru amat penting. guru mesti diberi latihan menggunakan teknologi.
    •  proposal merupakan asas usulan / cadangan tentang penghasilan, pemurnian atau pembatalan sesuatu kontrak, aktiviti atau tugas yang ingin dilaksanakan. 
    • 4 kategori proposal
    1. formal
    2. tidak formal
    3. solicited proposal / maklum balas kepada permintaan
    4. unsolicited proposal / pengenalan bagi mendapatkan minat pengguna
    • Model Perancangan Pengintegrasian Teknologi ada 5 fasa
    1. mengenalpasti kelebihan teknologi
    2. menentukan objektif dan penilaian
    3. mereka bentuk strategi integrasi
    4. menyediakan persekitaran instruksional
    5. penilaian dan semakan strategi integrasi