Friday 1 July 2011

Peruntukan Istimewa Dari Perlembagaan Malaysia U6

Mengandungi unsur unsur tradisi - diwarisi sejak zaman prapenjajahan dan masih dikekalkan dalam perlembagaan persekutuan :
  1. institusi beraja
    1. pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja berperlembagaan
    2. raja berkuasa secara mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri - pemerintahan berja mutlak.
    3. konsep taat setia - daulat, tulah - pantang menderhaka
    4. raja - lambang politik dan perpaduan orang melayu turun temurun
    5. sistem ini kekal - benteng akhir orang melayu untuk pertahankan hak hak  semasa penggubalan perlembagaan dengan persetujuan orang bukan melayu
  2. agama islam
    1. agama orang melayu 500 tahun dahulu lagi
    2. dibawa oleh - pedagang pedagang arab melalui india
    3. walaupun dijajah oleh portugis, belanda, british - melayu kuat pada agama islam
    4. Walaupun agama islam agama rasmi malaysia, tetapi diimbangi agam agama lain juga bebas diamalkan di peringkat persekutuan. perkara berkaitan telah disentuh dalam perkara 11 iaitu bahawa tiap tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal 4 mengembangkan agamanya - perlembagaan 
  3. bahasa melayu
    1. menjadi bahasa ilmu - khusus ilmu agama pada zaman keagungan kerajaan melayu melaka lagi
    2. digunakan dengan meluas dalam urusan pentadbiran, perhubungan luar, perdagangan sebelum kedatangan orang eropah
    3. terjejas sedikit - selepas perang, penerimaan sistem perundangan british, perjanjian malayan union dan persekutuan tanah melayu dan bertambah ramai bilangan rakyat yang berpendidikan inggeris, bi mula diterima sebagai bahasa pentadbiran, walaupun bm masih diguna dalam beberapa bidang urusan kerajaan
    4. selepas merdeka, bm dipilih  sebagai bahasa kebangsaan
  4. kedudukan istimewa orang melayu
    1. yang dipertuan agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera sabah dan sarawak
    2. sebelum merdeka - tanggungjawab khas ini dilaksanakan oleh pegawai tinggi persekutuan
    3. mula mula peruntukan ini tidak perlu kerana menganggap negara ini negara melayu
    4. berubah - apabila beberapa perjanjian ditandatangani dengan british memaksa raja raja melayu menurut nasihat british dalam semua perkara yang melibatkan pentadbiran kecuali agama dan adat. - ini menghakis hak dan kedudukan istimewa orang melayu
    5. dasar pintu terbuka british - bawa masuk ramai kaum imigran ke tanah melayu bekerja dilombong bijih timah dan ladang getah. british biarkan orang melayu di luar bandar
    6. malayan union -  hak dan keistimewaan raja raja melayu dikurangkan
    7. digantikan - perjanjian persekutuan tanah melayu, orang melayu mendapat hak semula den kedudukan melayu.
Unsur-unsur moden :
  1. hak hak asasi - dijamin dalam perlembagai persekutuan
  2. kewarganegaraan - 4 syarat taraf kewarganegaraan - kuatkuasa undang undang, pendaftaran, masukan atau permohonan dan pencatuman wilayah
  3. perlindungan khas sabah dan sarawak

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.