Monday 30 April 2012

[6] Seni dan Perkembangan Kanak-Kanak

  • umur berkait dengan perkembangan kanak kanak
  • ekspresi artistik berpandu kepada kematangan usia kanak kanak
  • ciri perkembangan nampak bila mereka melukis - pengalaman estetika awal  yang berkait dengan persepsi mereka
  • perkembangan estetika - aktiviti kreatif spt melukis, mewarna, muzik dll
  • perkembangan artistik dipamerkan tanpa sosioekonomi keluarga
  • perkembangan terlibat dengan persepsi, fizikal, emosi, kognitif dan perkembangan umum

Sunday 29 April 2012

[7] Pengajaran Seni Lukis Kanak Kanak

  • seni lukis - skema dalam perkembangan seni kanak kanak
  • peringkat skemata kanak kanak - manipulatif, membuat simbol, pra remaja
  • kanak kanak melukis apa yang dilihat dan menarik perhatian mereka
  • dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal - belajar memberi makna apabila meluahkan emosi
  • 4 tahap - proses penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi
  • garisan - dimensi saiz, arah, ukuran, ketebalan, ketinggian dan berat
  • warna - warna asas, sekunder, tertier dan neutral
  • melukis - teknik menggambar menggunakan media kering atau warna
  • catan - penghasilan seni menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke atas kertas, kanvas atau kadbod

Saturday 28 April 2012

[8] Pengajaran Kraftangan Kanak Kanak

  • boleh aplikasikan kepada teknik aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan.
  • MENGGAMBAR - lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek.
  • MEMBUAT CORAK & REKAAN - ikatan dan celupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, resis, kolaj, sulaman, lipatan dan guntingan
  • MEMBUAT BENTUK BINAAN - topeng, boneka, origami, mobail, stabail, model dan diorama.
  • kraf mudah - bantu perkembangan motor kasar dan halus kanak kanak
  • kraf mudah 2D - bentuk kraf yang ada panjang dan lebar
  • kraf mudah 3D - bentuk kraf yang ada panjang, lebar, tinggi
  • kolaj - bentuk 2D
  • mobail - hasil kerja seperti lipatan, lukisan dan objek yang digantung pada imbangan yang sesuai.

Friday 27 April 2012

[9] Pengajaran muzik, lagu dan nyanyian serta pantun dan sajak kanak kanak

  • muzik - pic, irama, lirik dilatih dalam aktiviti nyanyian kanak kanak
  • pantun & sajak - ritma, susunan ayat ringkas & mudah difahami
  • pengalaman muzik - bayi dan kanak kanak adalah mengikut peringkat
  • jenis lagu - merangkumi permainan jari, lagu permainan, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu nasihat dan lagu serantau
  • pantuk kanak kanak - boleh dinyanyikan dalam lagu seperti pantun 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat.
  • sajak - puisi baru yang bebas dari peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata kata dan ritma. 
  • muzik lagu, sajak, pantun dapat meningkatkan kemahiran muzikal dan kreativiti
  • pengajaran boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah :
    • kaedah pengajaran lagu / pantun / sajak fasa demi fasa
    • kaedah pengajaran lagu / pantun / sajak lengkap
    • kaedah pengajaran lagu / pantun / sajak daripada rakaman

Thursday 26 April 2012

[10] Pengajaran tarian dan pergerakan kreatif kanak kanak

  • boleh mempertingkatkan kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak kanak 
  • tarian - gerakan yang berirama
  • pergerakan kreatif - gabungan gerak geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti kanak kanak
  • jenis tarian - kuda kepang, zapin, joget, singa, naga, bharata natyam, bhangra, ngajat solo, sumazau, buluh, tarian orang asli.
  • AKTIVITI PERGERAKAN KREATIF - menggabungkan elemen pergerakan tubuh badan, ruang, masa dan daya
  • RANGSANGAN - muzik, props (reben, bola, gelung dll)
  • merancang aktiviti tarian mengikut kaedah :
    • kaedah latihan profesional
    • kaedah menonton persembahan
    • kaedah tayangan video

Wednesday 25 April 2012

[11] Pengajaran drama kanak kanak

  • merangsang kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak kanak
  • gerakan, dialog dan pemikiran menyeluruh penting untuk perkembangan imaginasi dan kreativiti
  • drama kreatf - permainan dan berlaku secara spontan
  • drama dalam pendidikan - improvisasi, pantomin, memos, main peranan, simulasi, boneka, teater membaca dan teater bercerita
  • improvisasi berlaku - dalam situasi yang tidak dirancang
  • pantomin - satu atau kumpulan membaca skrip lakonan manakala yang lain berlakon
  • memos - lakonan bisu tanpa bahasa
  • main peranan - melakonkan watak dalam situasi yang direka

Tuesday 24 April 2012

[12] Penilaian dalam seni

  • proses positif dan satu sumber makluman untuk mengenal pasti perkembangan kreativiti dan artistik kanak kanak
  • menilai proses penghasilan kerja seni kanak kanak dengan memerhati minat, kebolehan dan penglibatan kanak kanak
  • memahami perasaan dan mesej yang ingin disampaikan oleh kanak kanak
  • bukti laporan kepada pihak pentadbir dan ibu bapa kanak kanak
  • memerhati, merekod, menilai, merancang aktiviti dan menilai kanak kanak
  • dokumentasi - mengumpul, menjaga dan menyemak kembali portfolio
  • penilaian menggunakan
    • rekod anekdot
    • senarai semak
    • skala kadar
    • carta penyertaan