Friday 30 September 2011

Kesan Pencemeran Air Kepada Kehidupan

Yang Dihormati Sudara Pengacara Majlis, yang berusaha Guru Besar, guru-guru, panel hakim yang arif dengan panji keadilannya, serta rakan-rakan yang dihormati.Selamat sejahtera saya ucapkan.Tampilnya saya dipentas baldu ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan".


        Hadirin sekalian,  

      Pencemaran air sering berlaku di negara kita.Pencemaran air sungai dan laut terjadi disebabkan oleh berbagai-bagai faktor.Sampah-sarap dan sisa-sisa minyak dibuang ke laut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

      Di samping itu, sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang dengan mudah dialirkan ke sungai dan ke laut.Pekara ini mengakibatkan pencemaran air yang berterusan.Kita terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air.

     Manusia menggunakan air untuk kegunaan harian, pertanian dan perindustrian.Jika air tercemar, maka semua aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan.Air yang tercemar amat berbahaya untuk kesihatan manusia.Air tercemar juga boleh menyebabkan penyakit kulit dan cirit-birit.

    Selain itu, pencemaran air juga boleh mengakibatkan hidupan air, seperti rumpair, ikan dan sebagainya akan pupus.Ini memberi kesan yang negatif kepada kehidupan nelayan.Pendapatan para nelayan juga turut terjejas.

       Hadirin sekalian,

    Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa pencemaran air lebi banyak merugikan kita.Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut.  

        Sekian, terima kasih.