Thursday 29 March 2012

[iii] Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

  • sebelum penjajahan - tradisional, tanpa sekolah, fardhu ain, fardhu kifayah di surau sahaja
  • semasa penjajahan - sistem pendidikan formal wujud
  • selepas merdeka - KLSR, KBSR, KSSR
  • matlamat KBSR -
    • mencapai matlamat perkembangan individu secara menyeluruh mengikut mata pelajaran
  • matlamat KSSR -
    • melahirkan insan seimbang, kreatif, kritis, inovatif melalui tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.
  • matlamat BM dalam KBSR ialah melengkapi murid-murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian. 
  • tujuan sesuatu kandungan kurikulum dibuat adalah untuk perkembangan potensi murid dari aspek intelek, sosial, emosi dan fizikal
  • matlamat akhir pendidikan anak anak melayu mengikut konsep pendidikan tradisional ialah kesejahteraan dan keharmonian
  • KSSR dalam Sains ialah menanamkan minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.  Caranya ialah -
    • merancang aktiviti yang dapat meningkatkan daya kreativiti murid
    • pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar
    • merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia sekeliling
  • Hasrat KSSR mengambil kira asas
    • model baru ekonomi
    • dasar pendidikan kebangsaan
    • empat tonggak pendidikan UNESCO
      •   Tonggak Pendidikan UNESCO adalah berdasarkan kepada;
                                        I.            pelajar belajar untuk tahu
                                      II.            belajar untuk membuat
                                    III.            belajar untuk menjadi apa
                                    IV.            belajar untuk hidup bersama

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.