Tuesday, 8 April 2014

8/ Analisis data

analisis data kajian
jika data kuantitatif - terdiri dari angka, maka guna analisis statistik
jika data kualitiatif - dalam bentuk ayat dan perkataan, maka pendekatan khusus untuk menganalisis iaitu guna kod.

ANALISIS DATA KUANTITATIF

  • statistik deskriptif - menghuraikan dan membuat rumusan terhadap data kajian
  • statistik inferensi - membuat generalisasi tentang sesuatu po;ulasi, melalui kajian yang dibuat terhadap sekumpulan individu yang telah dipilih dari populasi sebenar
analisis parameter - ada ujian yang diguna seperti 
  • ujian - t (membandingkan dua min atau purata)
  • analisis varians / ANOVA (membandingkan lebih dari dua min
  • korelasi antara pemboleh ubah
analisis bukan parameter
  • khi kuasa dua - jika tidak ada andaian mengenai populasi yang dikaji
kebolehpercayaan dalam kajian kuantitatif
  • pengukuran dibuat berulang kali tetapi keputusannya tetap konsisten. 
kesahan dalam kajian kuantitatif
  • sejauh mana ujian dapat mengukur sesuatu yang sepatutnya diukur
ANALISIS DATA KUALITATIF
  • fasa 1 - penerokaan data kajian 
  • fasa 2 - transkripsi - tukar rakaman temubual dan nota kepada bentuk verbatim bertulis
  • fasa 3 - mengorganisasi - menyusun
  • fasa 4 - proses pengkodan
  • fasa 5 - analisis- membina tema
kebolehpercayaan data kualitatif 
  • sejauh mana dapatan kajian boleh diulang atau direplikasikan
kesahan data kualitatif 
  • proses mendapatkan kebenaran dengan berada lama di tempat kajian serta mempunyai hubungan yang rapat dengan responden.
    • masa yang lama di tempat kajian dan kekerapan bersama responden
    • triangulasi - memberi gambaran
    • ulasan oleh rakan
    • semakan oleh responden
    • deskripsi yang mendalam
    • audit luaran
    • penjelasan mengenai bias sebagai pengkaji
    • analisis kes secara negatif

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.