Thursday, 7 February 2013

7/ Mengajar Membaca Untuk Berfikir dan Menghayati Sastera Kanak Kanak

  • Penggunaan teks dalam pengajaran
    • bahan yang dipilih hendaklah mengandungi data yang betul dan terkini
    • ditulis oleh pakar dalam bidangnya
    • gaya penulisan yang baik dan jelas
    • tiada bias, punyai ilustrasi menarik
    • mengandungi bentuk grafik untuk memudahkan bacaan
    • huruf yang mudah dibaca
  • perancangan
    • mengikut Boydell, perancangan dimulakan dengan
      • memberi arahan secara langsung berkait dengan teks
      • membaca teks dan baiki kesilapan
      • terangkan kandungan teks
      • menyelia bacaan
      • mendengar bacaan
      • bincangkan makna
      • kemukakan idea dan beri komen bacaan murid
  • dalam pengajaran, guru perlu
    • memandang sepintas lalu 
    • membaca sekali imbas
    • latihan membaca cepat
    • mentafsir teks dengan cara
      • gunakan maklumat bukan teks
      • gunakan kemahiran telaah kata
      • gunakan kemahiran telaah teks dengan gunakan pelbagai jenis soalan
    • hasilkan sesuatu aktiviti penutup berdasarkan teks
    • membuat interpretasi
  • memahami keseluruhan teks
    • membolehkan pelajar membaca pelbagai bahan dengan cekap dan kritis
    • membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar
    • 3 cara bahan teks ditonjolkan
      • memberi maklumat untuk galakkan pemahaman
      • memberi bentuk huruf berbeza, kotak, ilustrasi atau garisan
      • guna tajuk karangan dan subtajuk
      • tajuk di tengah dan tepi laman
      • guna ruang tepi untuk catatan
  • meramal teks
    • proses membuat interpretasi sebagai satu siri buat hipotesis yang saintifik
    • meramal - membuat hipotesis dan pengesahan
  • menilai keseluruhan teks
    • menilai kesalahan itu kecil atau tidak dengan menganggarkan sejauh mana murid dapat memahami keseluruhan petikan 
  • menilai keberkesanan teks
    • memilih teks yang sesuai untuk pengajaran
    • meminta pendapat dan bantuan murid untuk mengetahui minat mereka
    • mengkaji petikan atau teks

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.