Saturday 2 February 2013

2/ Beberapa Pendekatan Mengajar Awal Membaca Bahasa Malaysia

  • membaca - menyuarakan tulisan
  • boleh memahami - boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca
  • tujuan lanjut 
    • menambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah
    • mendapatkan bahan fikiran
    • meluaskan fahaman serta membetulkan idea yang salah
    • menjadikan latihan dan amalan
    • merapatkan lagi diri dengan masyarakat
  • kaedah mengeja
    • menekankan perbuatan mengeja perkataan
    • mula dengan suku kata
    • murid mahir mengeja
    • murid tidak lancar membaca
    • membaca berlagu seperti menghafaz
  • kaedah bunyi
    • membunyikan suku kata terlebih dahulu dan kemudian suku kata itu digabungkan dengan suku kata yang lain
    • murid dapat menyebut dan membaca perkataan baru
    • bacaan murid tidak licin
    • perhatian kepada suku kata sahaja
  • kaedah huruf
    • paling awal digunakan
    • murid mengenal nama huruf dan bunyi
    • bunyi disambung menjadi suku kata
    • memberi asas dan binaan yang kukuh dalam kemahiran membaca
    • membaca lancar tetapi kerap gagal memahami apa yang dibaca
    • membaca merangkak rangkan dan tidak faham
    • boleh membosankan murid
  • kaedah pandang sebut
    • membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar
    • membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita
    • mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhan
    • murid terus menyebut perkataan tanpa mengeja
    • ianya mementingkan makna
    • melatih murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau pun alunan suara yang betul dari mula
    • murid terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat yang telah diajar saja
    • tidak mengenal huruf secara formal
    • lambat mengenal bunyi dan suku kata
    • tidak mempunyai asas kukuh untuk membaca sendiri
  • kaedah membina
    • membina dengan lain perkataan
    • kegiatan menyusun bahagian kecil menjadi satu benda besar
    • menggunakan kaedah huruf, bunyi dan suku kata
  • kaedah cerakinan
    • mencerai ceraikan satu bahagian besar kepada bahagian kecil
    • perkenalkan ayat, rangkai kata, perkataan, suku kata dan akhir sekali huruf

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.