Saturday, 9 February 2013

9/ Perancangan Program Pembacaan

  • program bacaan yang fleksibel
    • pengajaran membaca tidak mempunya pola tertentu
    • perlu fleksibel
  • aspek penting melaksanakan program
    • menyediakan sebab membaca
    • memperkenalkan teks
    • menggunakan teks secara keseluruhan
    • mencerakin teks - membahagikan teks kepada bahagian yang pendek
    • bagaimana mencerakin teks - guru perlu tentukan bahagian yang hendak dipisahkan.
    • kenal pasti isi pembelajaran
    • membuat dan mengemukakan soalan soalan penanda
    • membuat soalan penanda
    • mengajarkan gaya bahasa baru

Friday, 8 February 2013

8/ Galakan Membaca Bacan-Bahan Internet

  • membaca bahan internet
    • maklumat visual - bahan bercetak yang menjadi medium
    • maklumat nonvisual - produksi minda yang terkandung dalam sesebuah bahan dibaca
  • cara pengendalian belajar membaca melalui internet
    • kaedah individu
      • dijalankan sendiri dengan disiplin
      • boleh membaca bahan yang bersesuaian
      • boleh maju pada kadarnya sendiri
    • kaedah kelas
      • berfokus kepada guru
      • gunakan satu bahan dikawal oleh guru
      • guru sediakan tugasan
      • belajar dengan cara dan kadar yang sama
    • kaedah kumpulan
      • bimbingan sebahagian besar dari rakan sendiri
      • usaha individu dihimpunkan dan dibincangkan menemui tafsiran yang terbaik
      • guru sebagai fasilitator
  • jenis bimbingan
    • bimbingan daripada bahan
      • dari teks. 
      • bekerja secara individu
      • teks disertakan dengan bimbingan / manual
    • bimbingan daripada guru
      • kawalan dan kecekapan guru
    • bimbingan daripada rakan pelajar
      • interaksi dalam kumpulan lebih baik dari sendiri
      • membantu antara satu sama lain
  • merancang tugas berpasukan
    • tugas kumpulan untuk bekerja secara bebas tanpa guru
    • pelajar boleh membuat ulasan, menulis rencana, menghebahkan berita, menulis cerita dll

Thursday, 7 February 2013

7/ Mengajar Membaca Untuk Berfikir dan Menghayati Sastera Kanak Kanak

  • Penggunaan teks dalam pengajaran
    • bahan yang dipilih hendaklah mengandungi data yang betul dan terkini
    • ditulis oleh pakar dalam bidangnya
    • gaya penulisan yang baik dan jelas
    • tiada bias, punyai ilustrasi menarik
    • mengandungi bentuk grafik untuk memudahkan bacaan
    • huruf yang mudah dibaca
  • perancangan
    • mengikut Boydell, perancangan dimulakan dengan
      • memberi arahan secara langsung berkait dengan teks
      • membaca teks dan baiki kesilapan
      • terangkan kandungan teks
      • menyelia bacaan
      • mendengar bacaan
      • bincangkan makna
      • kemukakan idea dan beri komen bacaan murid
  • dalam pengajaran, guru perlu
    • memandang sepintas lalu 
    • membaca sekali imbas
    • latihan membaca cepat
    • mentafsir teks dengan cara
      • gunakan maklumat bukan teks
      • gunakan kemahiran telaah kata
      • gunakan kemahiran telaah teks dengan gunakan pelbagai jenis soalan
    • hasilkan sesuatu aktiviti penutup berdasarkan teks
    • membuat interpretasi
  • memahami keseluruhan teks
    • membolehkan pelajar membaca pelbagai bahan dengan cekap dan kritis
    • membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar
    • 3 cara bahan teks ditonjolkan
      • memberi maklumat untuk galakkan pemahaman
      • memberi bentuk huruf berbeza, kotak, ilustrasi atau garisan
      • guna tajuk karangan dan subtajuk
      • tajuk di tengah dan tepi laman
      • guna ruang tepi untuk catatan
  • meramal teks
    • proses membuat interpretasi sebagai satu siri buat hipotesis yang saintifik
    • meramal - membuat hipotesis dan pengesahan
  • menilai keseluruhan teks
    • menilai kesalahan itu kecil atau tidak dengan menganggarkan sejauh mana murid dapat memahami keseluruhan petikan 
  • menilai keberkesanan teks
    • memilih teks yang sesuai untuk pengajaran
    • meminta pendapat dan bantuan murid untuk mengetahui minat mereka
    • mengkaji petikan atau teks

Wednesday, 6 February 2013

6/ Membaca Secara Intensif dan Berfokus Untuk Mencari Maklumat

  • bacaan yang memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami, mentafsir apa saja yang dibaca dengan tepat
  • konsep - struktur yang sukar dan memberi asas kembangkan perbendaharaan kata
  • mengkaji ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat
  • tujuan 
    • mencapai pemahaman sesuatu teks secara mendalam dan terperinci
    • membaca dengan baik
    • kembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis
    • membaca secara senyap dengan kepantasan yang sesuai
    • mengulas isi yang diperoleh dari bahan yang dibaca
    • mengesan, memahami unsur estetik dalam bahasa
    • kenal pasti laras bahasa
    • buat rumusan / kesimpulan dari apa yang dibaca
  • objektif program bacaan intensif
    • gunakan teknik skimning / latihan membaca cepat
    • gunakan pengetahuan bukan teks seperti carta dll untuk takrifkan bahan teks yang dibaca
    • baca dengan cara berbeza ikut tujuan
  • cari alternatif dari teks
    • mengajar membaca harus letakkan teks bacaan di hadapan murid
    • bantu murid memahami teks tersebut
  • peranan murid sebagai pembaca
    • kaitkan bentuk tulisan di atas kertas dengan bahasa pertuturan yang diketahuinya
    • mentafsir sendiri teks
  • program bacaan merentasi kurikulum
    • luangkan lebih masa untuk kemahiran yang hendak dikuasai 
    • memilih teks yang tekankan penggunaan ke semua kemahiran kursus
    • gunakan teks yang mengkehendaki murid melatih koordinasi kemahiran

Tuesday, 5 February 2013

5/ Kaedah Mengajar Murid Membaca Secara Meluas

  • konsep bacaan ekstensif
    • bacaan meluas
    • menekankan aktiviti membaca di luar kelas
    • aspek pengukuhan asas bacaan
    • menambah kemahiran memahami dan menaakul isi bacaan
    • tingkatkan kepantasan membaca
    • membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi penting
    • tujuan
      • membaca sendiri
      • membaca dengan fasih
      • mendapat pengetahuan 
      • memperkaya bahasa dan perbendaharaan kata, struktur ayat dll
      • meluaskan bacaan dan membina daya kreativiti
      • menambah minat membaca
      • membina daya berfikir dan membentuk sikap baik
    • teknik bacaan meluas / teknik SQ3R
      • kaji kandungan bahan
      • buat soalan sendiri
      • baca
      • terangkan
      • kaji semula
    • buku beraras 
      • kebolehbacaan
        • memastikan benar benar sesuai dengan tahap keupayaan murid
        • memberikan input yang berguna serta efektif
        • perhatian kepayahan linguistik
        • struktur dan perbendaharaan kata 
        • [berasaskan tahap keupyaan pelajar] - keupayaan perbendaharaan kata murid. memberi satu senarai perkataan / frasa baru untuk dikenali. berikan makna
        • [terdapat peruntukan tatabahasa baru] - tidak tetap. jika murid membaca hanya untuk mendapatkan isi dari bahan yang dibaca, dia boleh meninggalkan perkataan sukar tanpa mengganggu pemahamannya. dan untuk pembacaan yang lebih intensif, lebih banyak perkataan baru perlu dipelajari dan dihadapinya. 
        • [kepayahan struktur] - kepayahan ayat dan panjang ayat yang akan menyebabkan hubung kait antara beberapa bahagian dalam teks terganggu. 
      • kesesuaian kandungan
        • [mencari apa yang digemari oleh murid] 
      • kebolehgunaan / eksploitabiliti
        • teks yang tidak boleh dieksploit tidak boleh digunakan untuk mengajar walaupun murid minat kerana guru akan menghadapi kesukaran untuk mengembangkan kemahiran yang ingin diajarkan. 
        • tanamkan kemahiran tatabahasa

Monday, 4 February 2013

4/ Ujian Diagnostik Kebolehan Membaca

  • ujian yang dijalankan untuk mengesan kelemahan atau masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran
  • murid gagal membaca
    • anggapan negatif murid tidak mampu membaca
    • tugas guru rancang tidak sesuai
  • penilaian
    • sistematik untuk mendapatkan maklumat pencapaian objektif pengajaran
    • formatif - mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid
    • membantu dan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran
    • sumatif - mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. 
    • memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat dibandingkan dengan markah murid lain dalam kumpulannya.
    • dua jenis rekod 
      • rekod prestasi - menunjukkan pencapaian
      • rekod profil -  menunjukkan perkembangan pembelajaran
  • ujian
    • alat pengukuran untuk mengetahui prestasi murid
    • bentuk - ujian objektif
      • item jawapan pendek
      • item objektif jenis pilihan
      • beraneka pilihan
      • betul salah
      • padanan
      • key list
      • aturan yang terbaik
      • objektif kloz - isi tempat kosong
    • bentuk - ujian subjektif
      • bentuk esei
      • membuat huraian dan bukti
      • jenis gerak balas terhad - jawapan mengingat kembali
      • jenis gerak balas lanjutan - jawapan kepada terangkan, huraikan, bezakan, galurkan
  • cara praktikal mengesan kelemahan
    • perhati murid belajar
    • temu ramah interaksi dengan murid
    • analisis kerja bertulis murid
    • ujian diagnostik
    • jalankan ujian saringan

Sunday, 3 February 2013

3/ Pendekatan Mengajar Awal Membaca Kaedah Gabungan Bunyi Kata

  • Pendekatan A
    • kaedah campuran yang menggunakan kaedah cerakinan
    • pra membaca dilakukan pada peringkat awal
    • menekankan kaedah pandang dan sebut dan dibantu kaedah sokongan suku kata, huruf dan bunyi
  • Pendekatan B
    • berasaskan kaedah fonik (bunyi) digabungkan dengan suku kata dan bantuan kaedah pandang dan sebut. 
  • Pendekatan C
    • pendekatan bunyi kata
    • sistem ejaan bahasa Malaysia sistematik dan fonemik
    • suku kata jelas dan mudah
    • perkataan  pun diketahui maknanya oleh murid
    • diperkenalkan bunyi huruf vokal dan konsonan
    • terus membunyikan suku kata dan perkataan yang bermakna
  • Pendekatan D
    • prinsip membina - menyusun bahagian kecil menjadi besar
    • kaedah abjad, mengeja, bunyi huruf dan suku kata

Saturday, 2 February 2013

2/ Beberapa Pendekatan Mengajar Awal Membaca Bahasa Malaysia

  • membaca - menyuarakan tulisan
  • boleh memahami - boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca
  • tujuan lanjut 
    • menambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah
    • mendapatkan bahan fikiran
    • meluaskan fahaman serta membetulkan idea yang salah
    • menjadikan latihan dan amalan
    • merapatkan lagi diri dengan masyarakat
  • kaedah mengeja
    • menekankan perbuatan mengeja perkataan
    • mula dengan suku kata
    • murid mahir mengeja
    • murid tidak lancar membaca
    • membaca berlagu seperti menghafaz
  • kaedah bunyi
    • membunyikan suku kata terlebih dahulu dan kemudian suku kata itu digabungkan dengan suku kata yang lain
    • murid dapat menyebut dan membaca perkataan baru
    • bacaan murid tidak licin
    • perhatian kepada suku kata sahaja
  • kaedah huruf
    • paling awal digunakan
    • murid mengenal nama huruf dan bunyi
    • bunyi disambung menjadi suku kata
    • memberi asas dan binaan yang kukuh dalam kemahiran membaca
    • membaca lancar tetapi kerap gagal memahami apa yang dibaca
    • membaca merangkak rangkan dan tidak faham
    • boleh membosankan murid
  • kaedah pandang sebut
    • membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar
    • membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita
    • mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhan
    • murid terus menyebut perkataan tanpa mengeja
    • ianya mementingkan makna
    • melatih murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau pun alunan suara yang betul dari mula
    • murid terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat yang telah diajar saja
    • tidak mengenal huruf secara formal
    • lambat mengenal bunyi dan suku kata
    • tidak mempunyai asas kukuh untuk membaca sendiri
  • kaedah membina
    • membina dengan lain perkataan
    • kegiatan menyusun bahagian kecil menjadi satu benda besar
    • menggunakan kaedah huruf, bunyi dan suku kata
  • kaedah cerakinan
    • mencerai ceraikan satu bahagian besar kepada bahagian kecil
    • perkenalkan ayat, rangkai kata, perkataan, suku kata dan akhir sekali huruf

Friday, 1 February 2013

1/ Teori Dan Prinsip Pembelajaran Membaca Berdasarkan Dapatan Kajian

  • satu proses dinamik dan kompleks
  • membaca - proses mentafsir dan memahami simbol tulisan. 
  • tujuan membaca - untuk mendapatkan erti yang sebenarnya. 
  • susunan tugas dilakukan ketika pembaca hendak membaca :
    • kecam / kenal lambang atau perkataan yang dilihat
    • kaitkan lambang / perkataan dengan bunyi / makna
    • terjemahkan makna perkataan dengan kaitkan pada yang telah sedia ada dalam kepala
    • kumpul dan cantumkan idea, perkataan dan ayat sehing menjadi sebujah idea yang lengkap
    • hurai / jelaskan idea yang didapati kepada diri sendiri, kawan, guru / ibuapa
  • peringkat literal - membuat pengamatan tentang bentuk, bunyi dan makna perkataan.
  • peringkat interpretasi - kait dan terjemah lambang kepada makna
  • peringkat penilaian - beri tindak balas apa yang dihadapi berdasarkan pengetahuan sedia ada
  • peringkat asimilasi - buat tapisan terhadap apa yang disimpan