Monday 4 July 2011

1 Malaysia U10

  1. 1 bendara, 1 prinsip rukun negara, 1 bahasa yang sekata
  2. berfikir melepasi sempadan tembok kepentingan etnik dan kaum
  3. tidak membataskan tindakan mereka kepada perkara perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja.
VISI
  1. Mewujudkan satu masyarakat yang bersatupadu.
  2. mencerminkan rakyat malaysia - saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayata satu visi untuk membina satu negara bangsa
MISI
  1. rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
8 NILAI
  1. budaya kecemerlangan
    1. ke arah tahap kejayaan yang lebih tinggi
  2. ketabahan
    1. dalam melaksanakan sesuatu kerja, setiap rakyat memerlukan ketabahan dan ketekunan
  3. rendah hati
    1. segala kelebihan yang dimiliki atau kemampuan yang dikuasai tidak ditunjukkan atau dibanggakan kepada orang yang tidak memilikinya.
  4. penerimaan
    1. perlakuan positif - menerima dengan hati terbuka dan ikhlas tanpa ada unsur unsur terpaksa
  5. kesetiaan
    1. negara hancur - jika ramai pembelot yang mementingkan diri sendiri berbanding kesejahteraan negara.
  6. meritokrasi
    1. mana mana pihak yang memenuhi kriteri yang diperlukan - dialah yang akan pegang tender tersebut
    2. pemilihan berdasarkan prestasi dan budaya cemerlang
  7. pendidikan 
    1. pendidikan mesti disusuli dengan praktikal untuk mendapatkan pengalaman
  8. integriti
    1. kejujuran - dihormati, berwibawa, jati diri
    2. pemimpin yang berintegriti
    3. rakyat yang berintegriti

Integrasi Nasional U10

  1. konsepnya luas - penyatuan kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang berbeza
  2. menjadikan satu norma dan nilai serta kepentingan bersama
  3. matlamat :
    1. meningkatkan kesedaran, komitmen, kerjasama semua pihak - usaha meningkatkan integriti untuk menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang
    2. galakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat, cergas dalam menegakkan integriti
    3. tingkatkan daya saing dan daya tahan malaysia
    4. memupuk dan tingkatkan semangat perpaduan patriotik - megah sebagai rakyat malaysia
    5. tingkatkan keharmonian antara kaum, budaya dan agama semua lapisan masyarakat
    6. tingkatkan integrasi antara semua negeri di malaysia
APA HALANGANNYA?
  1. prasangka
    1. bersangka buruk antara satu kumpulan dengan kumpulan lain. sukar diubah tanggapan bersangka buruk
  2. perkauman
    1. sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri
  3. sejarah dan latar belakang penduduk malaysia
    1. banyak perbezaan dari segi kaum, agama, budaya, lokasi wilayah, pekerjaan, kelas sosio ekonomi
  4. integrasi antara semua negeri di malaysia
    1. faktor geografi spt sabah, sarawak jauh dengan semenanjung
  5. isu pendidikan
    1. sekolah wawasan - sekolah cina kurang bersetuju, menghilangkan identiti dan bahasa ibunda mereka
    2. bahasa inggeris dalam sains dan matematik
    3. dasar meritokrasi - dianggap menindas / diskriminasi satu satu pihak termasuk orang melayu
  6. pengagihan ekonomi tidak seimbang
    1. berlaku disebabkan oleh dasar semasa inggeris menjajah lagi
  7. politik
    1. menubuhkan persatuan masing masing
    2. alasan - takut ditindas oleh kaum kaum lain

OIC U9

  1. Pertubuhan Persidangan Islam - 25/09/1996 di rabat, maghribi
  2. 57 buah negara islam - bersidang mula mula bincang tentang pembakaran masjidil al aqsa di baitulmaqdis - kiblat pertama umat islam
  3. matlamat : 
    1. memupuk perpaduan di kalangan anggota
    2. menyelaraskan kerjasama di kalangan negara anggota
    3. menghapuskan segala jenis perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan
    4. meningkatkan perjuangan umat islam - memelihara maruah
  4. tunku abdul rahman putra al-haj - setiausaha agung pertama OIC

NAM U9

  1. Pertubuhan Negara Negara Berkecuali - 1961 oleh presiden yugoslavia, josip broz tito
  2. tidak memihak kepada mana mana kuasa perang dingin. - 114 negara ikut
  3. tujuan - memastikan kemerdekaan, integriti, kedaulatan dan keselamatan negara negara kecuali
    1. menentang pemisahan bangsa
    2. perkauman
    3. pencerobohan oleh bangsa asing
    4. pekerjaan
    5. dominasi terhadap kuasa 
    6. kumpulan politik

PBB U9

  1. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu - mula dibentuk di San Francisco, California - 24/10/1945 selepas perang dunia ke 2
  2. keahlian open seluruh dunia
  3. matlamat - 
    1. mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat
    2. menegaskan hak asasi manusia
    3. menjamin rasa hormat undang undang antarabangsa
    4. memperbaiki taraf hidup penduduk seluruh dunia
  4. sekarang PBB beroperasi di New York
  5. mempunyai beberapa majlis :
    1. majlis perhimpunan agung
    2. majlis keselamatan
    3. majlis amanah
    4. majlis ekonomi dan sosial
    5. mahkamah pengadilan antarabangsa
    6. sekretariat (jabatan urus setia)

KOMANWEL U9

  1. idea dari Lord Rosebury - 1931
  2. satu persatuan secara sukarela
  3. melibatkan negara negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh british
  4. kecuali mozambique - bekas jajahan portugis 
  5. kecuali rwanda - bekas jajahan belgium
  6. tujuan - mengeratkan perhubungan dan perpaduan dikalangan anggota

ASEAN U9

  1. Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara - 8/8/1967
  2. anggota ASEAN :
    1. malaysia
    2. indonesia
    3. thailand
    4. filipina
    5. singapura
    6. vietnam
    7. myanmar
    8. brunei
    9. laos
    10. kampuchea / kemboja

Dasar Luar Negara U9

  1. hubungan baik dengan negara negara luar - wujudkan keselamatan, kedamaian, keharmonian serta kesejahteraan - ekonomi, politik, sosial dll
MENGAPA DASAR LUAR NEGARA DIBUAT?
  1. faktor dalaman - kepentingan nasional, spt keselamatan. faktor ekonomi, saling bergantung antara satu sama lain.
  2. faktor luaran - mengikut prinsip prinsip PBB - piagam PBB
  3. faktor sejarah dan budaya - tidak campur tangan  dalam hal ehwal negara lain, prinsip penyelesaian sengketa secara aman.
  4. faktor kepimpinan - amalkan dasar yang bebas dan berkecuali. utamakan semangat  setia kawan.
BAGAIMANA DASAR LUAR NEGARA BERKEMBANG?
  1. Tunku Abdul Rahman Al-Haj 
    1. berpaksikan dasar pro barat dan anti komunis
  2. Tun Abdul Razak Hussein
    1. amalkan dasar berkecuali
  3. Tun Hussein Onn
    1. menjalinkan kerjasama serantau
  4. Tun Dr. Mahathir Mohamad
    1. dasar pandang ke Timur
    2. menjadikan teladan tentang nilai nilai dan etika kerja yang positif seperti rakyat jepun
  5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
    1. memperbaiki hubungan dua hala dengan semua negara kecuali ISRAEL
    2. meneruskan perjuangan melalui isu palestin

Sunday 3 July 2011

Dasar pembangunan negara U8

DASAR EKONOMI BARU
  1. antara matlamat :
    1. menurunkan kadar kemiskinan
    2. mencapai tahap guna tenaga penuh dengan kadar penggangguran diturunkan
    3. pembahagian pemilikan saham modal dalam syarikat berhad
    4. penyusunan semula guna tenaga
  2. perlaksanaan strategi :
    1. tingkatkan produktiviti dan pendapatan sektor pertanian - guna teknologi baru, peralatan baru, kemudahan yang baik. 
    2. adakan pelbagai khidmat sosial untuk tinggikan taraf hidup miskin spt tanam padi 2 kali setahun, baiki parit dan tali air, bantuan kewangan
    3. tambah peluang untuk meningkatkan produkitivi seperti bantuan FELDA dan FELCRA
DASAR PENSWASTAAN
  1. tindakan kerajaan menyerahkan bahagian tertentu perkhidmatan kerjaan untuk diuruskan syarikat swasta.
  2. dasar ini dibuat mengambil model jepun yang mengamalkan dasar penswastaan
  3. antara objektif :
    1. kurangkan beban kewangan kerajaan
    2. tinggikan kecekapan dan penghasilan kerja
    3. galakkan pertumbuhan ekonomi
    4. agihkan sumber secara cekap
    5. cepatkan hasrat DEB
DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA
  1. wujudkan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta
  2. menggalakkan aktiviti mempercepatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta
  3. menubuhkan panel perundingan masing masing yang dianggotai oleh pegawai kanan organisasi dan wakil syarikat swasta
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
  1. diperkenalkan dalam RMK5
  2. objektifnya :
    1. memahami tahap perkembangan perindustrian di malaysia
    2. memahami objektif dan rasional pembangunan perindustirian
    3. mengetahui peranan  industri kecil, sederhana dan berat
    4. peranan HICOM
    5. mengetahui pelan induk perindustrian
  3. menjadikan perindustrian negara punca utama pertumbuhan ekonomi negara
DASAR SOSIAL
  1. Dasar Pendidikan Kebangsaan
    1. melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga manusia yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai
  2. Dasar Kebudayaan kebangsaan
    1. memperkukuhkan perpaduan bangsa dan negara
    2. memupuk dan memelihara keperibadian
    3. memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan manusia dan rohani seimbang
  3. wawasan 2020
    1. mewujudkan malaysia yang aman
    2. mempertahankan kebanggaan bangsa
    3. mengelakkan ditindas oleh bangsa bangsa yang lain
  4. dasar penerapan nilai nilai islam dalam pentadbiran
    1. mengurangkan masalah rasuah, pecah amanah, diskriminasi
    2. membentuk sebuah masyarakat yang bermaruah, beridentiti dan disegani oleh masyarakat luar
  5. dasar wanita negara
    1. hak wanita malaysia
    2. menjamin perkongsian yang sama antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat
    3. mengangkat martabat wanita sama dengan lelaki
  6. dasar pandang ke timur
    1. meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan negara
    2. memupuk sifat kepimpinan yang berkesan
  7. dasar bersih, cekap dan amanah
    1. meninggikan daya pengeluaran dan mutu kerja
    2. mewujudkan satu etka kerja dan sikap berkhidmat yang baru

      Perjalanan proses pilihanraya U7

      Susunan perjalanannya :
      1. tetap tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR
      2. penamaan calon
      3. penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding'
      4. pelancaran kempen pilihan raya
      5. pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR
      6. pemberian kertas undi yang ada lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat pengundian
      7. pembuangan undi
      8. pengiraan undi
      9. pengumuman keputusan oleh pegawai pilihan raya

      Hierarki Mahkamah Mahkamah U7

      SEMENANJUNG MALAYSIA
      1. Mahkamah persekutuan
      2. mahkamah rayuan
      3. mahkamah tinggi malaya
      4. mahkamah sesyen
      5. mahkamah majistret kelas 1
      6. mahkamah tuntutan kecil
      SABAH DAN SARAWAK
      1. Mahkamah persekutuan
      2. mahkamah rayuan
      3. mahkamah tinggi borneo
      4. mahkamah sesyen
      5. mahkamah majistret kelas 1
      6. mahkamah tuntutan kecil

      Badan Kehakiman (JUDISIARI)

      1. Menjalankan kuasa kuasa kehakiman
      2. pelindung hak hak asasi manusia daripada sebarang pencabulan oleh orang perseorangan
      3. ada 2 iaitu mahkamah tinggi dan rendah
      4. bidang kuasa mahkamah :
        1. kuasa mentafsir perlembagaan dan undang undang
        2. kuasa mengistiharkan sesuatu undang undang persekutuan dan negeri tidak sah dan batal
        3. kuasa mengistiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah dan batal disisi undang undang
       PERLANTIKAN HAKIM
      1. ketua hakim negara - ketua badan kehakiman malaysia
      2. Agong akan melantik :
        1. ketua hakim negara
        2. presiden mahkamah rayuan
        3. hakim hakim besar mahkamah tinggi
        4. hakim hakim lain bagi mahkamah persekutuan  dan mahkamah tinggi
      3. hakim tidak boleh dilucutkan jawatan, tetapi boleh dilucutkan atas sebab sebab :
        1. perangai tidak baik dan tidak berupaya
        2. lemah tubuh badan atau otak
        3. melanggar kod etika hakim
        4. apa apa sebab lain yang menjejaskan mereka untuk menjalankan tugas tugas dengan sempurna

      Proses Penggubalan Undang-Undang di Parlimen U7

      1. dibuat dengan teliti - merangka dasar dengan sesuatu rang undang undang
      2. bentang di dewan negara dan dewan rakyat
      3. perlu berunding dengan jabatan peguam negara, perbendaharaan atau kementerian lain yang berkaitan
      4. bila setuju, draf rang undang undang perlu dibuat
      5. draf disediakan oleh jabatan peguam negara.
      6. draf dikemukakan kepada kabinet untuk kelulusan
      7. setelah lulus notis pemberitahuan akan dihantar oleh menteri berkenaan kepada kedua dua majlis parlimen
      8. dicetak oleh jabatan percetakan negara - edar kepada semua ahli dewan negara dan rakyat
      9. lepas tu bentang rang undang undang kepada dewan rakyat dan negara untuk kelulusan.
      10. dalam dewan, rang undang undang akan dibaca mengikut peringkat seperti :
        1. bacaan kali pertama
        2. bacaan kali kedua 
        3. bacaan kali ketiga

      Badan Perundangan (LEGISLATIF) U7

      PARLIMEN
      1. terdiri dari yang dipertuan agong dan 2 majlis parlimen iaitu dewan rakyat dan negara. 
      2. mempunyai kuasa membuat undang undang 
      3. berjalan selama 5 tahun dari tarikh mesyuarat pertama selepas pilihanraya
      4. perlu diluluskan oleh ketiga tiga komponen parlimen
      YANG DI-PERTUAN AGONG
      1. komponen paling atas
      2. tidak terlibat dalam menggubal undang undang
      3. memanggil parlimen untuk bersidang
      4. ada kuasa istimewa - memberhentikan atau bubar parlimen
      5. tidak perlu hadir persidangan parlimen
      6. boleh bertitah semasa pembukaan rasmi penggal parlimen, biasanya awal tahun
      DEWAN RAKYAT
      1. rakyat boleh menyampaikan hasrat dan mendapat pembelaan melalui wakil mereka
      2. menggubal dan membahaskan undang undang
      3. diwakili oleh wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya
      4. dewan rakyat boleh diubah melalui pendaan undang undang yang diluluskan oleh parlimen
      5. anggota dewan rakyat boleh hilang kelayakan seperti berikut :
        1. gila
        2. muflis
        3. memegang apa apa jawatan lain yang berpendapatan
        4. gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya 
        5. disabitkan dengan hukuman penjara tidak kurang setahun / denda tidak kurang rm2000
        6. mendapat kewarganegaraan negara lain
        7. gunakan hak hak kewarganegaraan alin
        8. mengaku taat setia kepada negara lain.
      PERSIDANGAN PARLIMEN
      1. bersidang apabila agong panggil
      2. penangguhannya tidak boleh dibiarkan berlanjutan enam bulan berselang antara mesyuarat akhir bagi sesuatu penggal dengan mesyuarat yang pertama bagi penggal berikutnya
      3. genap 5 tahun parlimen akan bubar dengan sendirinya.
      4. bila bubar, perlu ada pilihanraya
      5. pilihanraya diadakan dalam tempoh 60hari dari tarikh bubar untuk semenanjung, 90 hari untuk sabah dan sarawak
      6. parlimen akan bersidang tidak lewat dari 120 hari dari tarikh bubar.
      7. ada takwim parlimen
      8. parlimen bermesyuarat dipanggil persidangan

        Friday 1 July 2011

        Badan Pemerintah (EKSEKUTIF) U7

        YANG DI-PERTUAN AGONG
        1. lambang kedaulatan dan perpaduan negara
        2. ketua negara dan raja berperlembagaan
        3. mempunyai kuasa eksekutif - tetapi dijalankan oleh jemaah menteri/kabinet dan kakitangan perkhidmatan awam
        4. tidak boleh didakwa atas apa jua perbicaraan dalam mana mana mahkamah atas tugas tugas rasmi baginda
        5. boleh didakwa di dalam mahkamah khas jika melakukan ssuatu kesalahan semasa menjalankan tugas rasmi
        6. sistem pemerintahan demokrasi berparlimen memelihara keadilan dan setiap warganegara tertakluk kepada undang undang
        Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat.
        1. dipilih dikalangan 9 orang raja melayu oleh majlis raja raja mengikut giliran negeri masing masing.
        2. Yang di-Pertuan Agong memegang kuasa selama 5 tahun kecuali baginda meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh perkhidmatannya
        3. Yang Dipertua Negeri sabah, sarawak, pulau pinang, melaka tidak layak melakukan proses pemilihan agong
        KABINET
        1. Selepas pilihanraya, parti yang menang boleh membentuk kabinet baru
        2. dulu dipanggil majlis mesyuarat kerajaan persekutuan
        3. agong akan melantik perdana menteri untuk mengetuai kabinet
        PERDANA MENTERI
        1. Yang dipertuan agong akan melantik perdana menteri yang menang
        2. perdana bertindak sebagai pengerusi dalam mesyuarat kabinet - diadakan seminggu sekali  - setiap rabu
        3. ketua pentadbir utama negara
        4. pegawai diplomatik utama negara
        MENTERI
        1. ahli kabinet - mengetuai sesuatu portfolio / kementerian
        2. ada juga menteri memegang lebih dari 1 kementerian
        3. ada juga menteri yang tiada kementerian - mereka akan membantu perdana menteri menjalankan tugas tugas tertentu - mereka termasuk dalam menteri di jabatan perdana menteri
        PERANAN KABINET
        1. memastikan dasar kerajaan 
        2. memberikan arahan untuk dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan peringkat persekutuan
        3. memberi nasihat kepada yang dipertuan agong
        KEMENTERIAN / JABATAN / PERBADANAN AWAM
        1. tugas tugas menteri dalam badan kementerian
        2. jentera tertinggi dalam jentera pentadbiran persekutuan
        MAJLIS RAJA RAJA
        1. ditubuhkan pada 1948
        2. terdiri dari raja melayu dan yang dipertua negeri
        3. antara tugas :
          1. memilih atau memecat yang dipertuan agong
          2. menimbangkan perkara berkaitan dengan dasar negara
          3. mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa apa perbuatan, amalan agama meliputi seluruh persekutuan
          4. setuju atau tidak apa apa undang undang atau perlantikan menurut perlembagaan yang memerluakan persetujuan majlis raja raja atau perundingan dengannya
        4. semasa proses pemilihan yang dipertuan agong dan timbalannya - raja raja akan mengundi.
        KETUA AUDIT NEGARA
        1. dilantik oleh yang dipertuan agong atas nasihat perdana menteri setelah berunding dengan majlis raja raja.
        2. tugasnya :
          1. mengaudit dan membuat laporan mengenai :
            1. akaun persekutuan
            2. akaun negeri
            3. akaun pihak berkuasa awam dan badan badan lain yang mentadbir wang negara
          2. laporan ketua audit dipertimbangkan oleh jawatankuasa kira kira wang negara - dibawah peraturan peraturan majlis mesyuarat dewan rakyat.
        SURUHANJAYA
        1. ada dua - suruhanjaya tetap dan sementara. tetap seperti suruhanjaya pilihan raya dan perkhidmatan. 
        2. tidak tetap atau sementera seperti suruhanjaya suruhanjaya khas 
        3. tujuan ditubuhkan adalah untuk memastikan supaya sesuatu badan itu dapat bergerak dan bertindak secara bebas bagi menjalankan tugas tugas mereka dengan objektif, adil dan saksama

          Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu U4

          1. british gagal menubuhkan malayan union
          2. british tubuhkan jawatnkuasa kerja julai 1946 terdiri dari
            1. 4 wakil raja raja melayu
            2. 4 UMNO
            3. 6 pegawai british
          3. ianya bertujuan
            1. memulihkan kedudukan raja raja melayu
            2. kedaulatan sultan
            3. dun bagi setiap negeri ditubuhkan
            4. syarat kewarganegaraan lebih ketat untuk kaum bukan melayu
          4. perjanjian ini dikenali PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
          5. terdiri dari 9 buah negeri melayu - perlis, kedah, selangor, negeri sembilan, johor, pahang, terengganu, kelantan dan negeri negeri selat.
          6. singapura kekal sebagai tanah jajahan british yang berasingan
          7. kerajaan persekutuan diketuai - pesuruhjaya tinggi british - ada kuasa eksekutif
          8. majlis mesyuarat kerja & majlis undangan persekutuan ditubuh - bantu pesuruhjaya tinggi british
          9. majlis raja raja melayu juga ditubuh untuk menasihati pesuruhjaya tinggi british
          10. jawatan menteri besar diwujudkan - ganti residen british
          11. kuasa kerajaan negeri diluaskan - meliputi kewangan, kerjaan tempatan, kesihatan
          12. syarat kerakyatan asing yang ingin bermastautin di tanah melayu sekurang kurangnya 15 tahun
          13. matlamat akhir british - memupuk kemajuan ke arah pemerintahan sendiri pada masa depan bagi mendapatkan kemerdekaan daripada kerajaan british di london.

          Reaksi orang bukan melayu terhadap malayan union U4

          1. orang india dan cina juga tidak menyokong malayan union kerana janji british terhadap taraf kerakyaatan secara jus soli di tangguh akibat permintaan orang melayu.
          2. orang cina merasa british mungkir janji.
          3. anggapan orang cina dulu tanah melayu adalah tempat berniaga dan mencari harta, bukannya untuk tinggal terus.
          4. india pula pada mulanya tiada minat keadaan politik di tanah melayu.
          5. orang cinta dipimpin oleh tan cheng lock
          6. sebarang pindaan dibuat british harus dirancang dengan UMNO dan wakil wakil raja demi kebaikan masa depan orang melayu.

          penentangan orang melayu terhadap malayan union U4

          1. orang melayu tidak suka cara harold minta sign dengan sultan sultan tentang malayan union
          2. sultan tidak diberitahu cadangan cadangan yang terkandung dan perlembagaan malayan union
          3. sultan tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan keburukan malayan union
          4. tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau majlis mesyuarat negeri sebelum sign
          5. ini berunsur ugutan dan boleh marah kita....
          6. kalau tidak mau sign, sultan akan diturunkan takhta
          7. kuasa sultan sudah lemah..
          8. syarat kerakyatan - jus soli
          9. cina dan india tidak boleh diberi kerakyatan yang longgar. takut nanti bilangan cina dan india melebihi jumlah melayu dan boleh memonopoli politik pula. sudahlah ekonomi mereka pajak...
          10. Kesatuan Melayu selangor dan dato onn jaafar mengadakan kongres melayu se-malaya untuk mendesak orang melayu supaya bersatu menentang malayan union.
          11. UMNO - Persatuan kebangsaan melayu bersatu wujud
          12. dato onn jaafar - presiden umno pertama

          Malayan Union U4

          1. sebelum perang dunia ke2, british memerintah di tanah melayu  kepada 3 iaitu
            1. negeri-negeri selat (singapura, melaka, pulau pinang)
              1. diperintah langsung oleh british melalui gabernor british
              2. taraf adalah tanahan jajahan british
            2. negeri-negeri melayu bersekutu (perak, selangor, pahang, negeri sembilan)
              1. diperintah oleh pesuruhjaya british berpusat di kuala lumpur
              2. setiap negeri ada seorang residen british
            3. negeri-negeri melayu tidak bersekutu (johor, terengganu, kelantan, kedah, perlis)
              1. wakil inggeris dipanggil penasihat british.
          2.  Malayan Planning Unit - MPU dibuat di london untuk merangka perlembagaan baru di tanah melayu yang dipanggil malayan union. 
          3. diketuai oleh Sir Edward Gent
          4. bentuk pentadbiran malayan union
            1. parlimen british ada 3
              1. majlis eksekutif
              2. gabenor malayan union
              3. majlis eksekutif
            2. di bawahnya ialah majlis undangan dan pesuruhjaya negeri-negeri.
          5. orang melayu marah
            1. hak keistimewaan orang melayu
            2. taraf negeri negeri melayu
              1. daripada negeri negeri naungan british kepada negeri negeri jajahan british
            3. mesti taat setia kepada ratu inggeris, tidak lagi raja raja melayu
            4. diperintah oleh gabenor dengan majlis mesyuarat kerja dan majlis mesyuarat negeri
            5. gabenor mempunyai kuasa besar dan kuasa muktamad terhadap pentadbiran di tanah melayu
            6. kuasa lebih besar daripada raja raja melayu
            7. kerakyatan pula, mesti lahir di negeri negeri malayan union dan singapura.
            8. yang bermastautin, layak mendapat hak kerakyatan dengan syarat tinggal tetap selama 10 tahun 
            9. sir harold mac michael ke tanah melayu untuk minta sign dengan raja raja melayu sebagai persetujuan penubuhan malayan union

          Jepun tewas... U4

          1. jepun tewas ditangan pihak berikat iaitu amerika dan britain
          2. sebelum itu amerika dan britain telah menewaskan jerman, selepas itu semua tentera bergerak bersatu menentang jepun. habislah jepun, ko...
          3. Jeneral Douglas Mac arthur - pemerintah tertinggi tentara amerika syarikat di lautan pasifik
          4. amerika syarikat telah mengebom hiroshima dan nagasaki dengan bom atom - hancur...
          5. jepun serah kalah... diumumkan oleh maharaja hirohito pada 15.08.1945
          6. upacara penyerahan diri jepun di tanah melayu secara rasmi pada 12.09.1945

          Kegiatan Politik & Gerakan Penentangan U4

          1. Kegiatan orang india
            1. rash behari bose - pejuang kebangsaan india, tinggal dijepun dipanggil untuk menubuhkan India Independence leaguage (IIL)
            2. rusuhan berlaku - rash behari bose diganti subhas chandra bose, pejuang politik india
            3. berusaha mengukuhkan pasukan - tubuhkan cawangan wanita - nama, ranee of jhansi regiment, diketuai Dr. s. lakshmi
            4. 1940an orang india terlibat aktif dalam pergolakan menentang malayan union
          2. Gerakan penentangan orang cina
            1. Parti Komunis Malaya (PKM) - anti jepun dikalangan cina melalui MPAJA - Malayan Peoples' Anti Japenese Army.
            2. ada juga orang melayu masuk PKM & MPAJA / Tentera Bintang 3
            3. bergerak secara gerila kerana tidak ramai tentera
            4. british membantu MPAJA seperti
              1. memberian bantuan wang
              2. ubat ubatan 
              3. kain baju,
              4. menyusun gerakan gerila
              5. menjalankan kerja kerja sabotaj
              6. membekalkan senjata, peluru, bahan letupan
            5. 01/09/1942, jepun hampir melumpuhkan PKM & MPAJA apabila membuat serangan hendap di Batu Caves dengan bantuan anggota polis melayu.
            6. hubungan orang melayu dengan cina semakin tegang
          3. Kebangkitan semangat nasionalisme
            1. jepun menghadapi masalah, kekurangan pegawai untuk mentadbir urus kerajaan.
            2. orang melayu diberikan jawatan
            3. memberi keyakinan kepada melayu bahawa jepun boleh bantu. tidak bergantung kepada british saja.
            4. jepun menggunakan cogan kata 'semangat asia untuk asia' untuk menghilangkan kepercayaan kuasa barat. 
            5. semangat cintakan bangsa dan tanah air semakin tinggi
            6. jepun benar KMM - Kesatuan Melayu Muda aktif semula setelah inggeris haramkan.
            7. KMM bekerjasama dengan jepun, tetapi pada masa sama bekerjasama juga dengan gerakan anti jepun.
            8. Ibrahim Haji Yaacob - ketua sukarela
            9. Dr. Burhanuddin Helmy - Penasihat adat istiadat melayu
            10. KRIS - Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung digalakkan oleh jepun
            11. Angkatan Tentera Kebangsaan ditubuhkan dengan bantuan jepun
            12. Ibrahim Yaacob - menyebarkan propaganda anti british
            13. PETA - Pembela Tanah Air, Ibrahim Yaacob sebagai ketua
            14. Indonesia raya hampir berjaya tetapi gagal apabila british kembali ke tanah melayu
            15. bila british kembali berkuasa, ramai pemimpin KMM, PETA, KRIS ditangkap
            16. antara kumpulan yang menyertai anti jepun
              1. Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya - MPAJA
              2. Tentera Wataniah dari orang melayu Pahang
              3. Gerila Force 136 Tentera Pihak Bersekutu - Kapten Spencer Chapman
              4. MPAJA dipengaruhi PKM, kebanyakkan dari orang cina

          Jepun Di Tanah Melayu U4

          1. menawan tanah melayu pada 15.02.1942 - semua hasil bumi tanah melayu dikaut.
          2. pemimpin tentera menguasai politik negara jepun
          3. meluaskan kuasa di tanah melayu dengan kempen 
            1. asia untuk asia
            2. kemakmuran bersama asia timur raya
          4. jepun berjanji membebaskan kuasa barat dengan kempen itu, tetapi sebaliknya jepun berkuasa sepenuhnya
          ANTARA KESAN JEPUN MENGUASAI TANAH MELAYU
          1. Kesan ekonomi
            1. ekonomi merosot akibat perang dan tindakan british memusnahkan harta benda dan infrastruktur sebelum berundur
            2. penanaman padi 2 kali setahun dilakukan oleh jepun iaitu padi taiwan ditanam
            3. catuan pembelian beras
            4. semua perusahan diambil alih oleh syarikat jepun
            5. bank bank jepun juga mencetak mata wang sendiri
          2. Penderitaan & kesengsaraan hidup
            1. pertanian secara sendiri gagal akibat keadaan tanah tidak baik
            2. catuan beli beras
            3. beralih dari makan nasi kepada makan ubi kayu
            4. inflasi berlaku
            5. mata wang jepun nilai rendah kerana tidak laku dan kekurangan wang
            6. pemakanan tidak sempurna - banyak penyakit - mati
          3. Kawalan pengedaran mata wang
            1. wang jepun diedarkan dan diperluaskan di seluruh tanah melayu. akibatnya nilai mata wang jepun rendah
            2. menggalakkan simpanan tetap
            3. bank perdagangan menawarkan skim simpanan tetap
            4. menyediakan tawaran bonus
            5. skim loteri juga dibuat. pemerintah jepun mengenakan pelbagai cukai spt cukai judi, taman hiburan, kedai-kedai, panggung wayang, rumah tumpangan, kedai makan dll
            6. setelah cukai naik, peniaga menaikkan harga barang dan perkhidmatan.
            7. guna wang lebih banyak - timbul masalah sosial
            8. infasi dan kegiatan pasar gelah berterusan
          4. Kesan sosial 
            1.  orang melayu dan india diberi layanan yang baik - berharap mendapat kerjasama apabila jepun menakluki dan mengusir orang inggeris
            2. caranya mengizinkan sultan kekalkan takhta masing masing, mengambil beberapa pegawai melayu bertugas dengan kerajaan jepun
            3. orang cina dianggap musuh jepun disebabkan kesan perang china-jepun
            4. ramai cina dibunuh oleh jepun
            5. rakyat di paksa membina jalan kereta api maut.
            6. bahasa jepun dijadikan bahasa penghantar sekolah dan bahasa perhubungan
            7. sekolah inggeris - sekolah jepun
            8. sekolah cina ditutup
            9. wabak penyakit bertambah - lumpuh perkhidmatan kesihatan
          5. Penerapan budaya, bahasa & pendidikan jepun
            1. tunduk kepala apabila bertemu
            2. lagu kebangsaan jepun diajar KIMIGAYO
            3. tunduk mengadap ke arah matahari naik
            4. menaikkan bendera jepun UMIYUKABA
            5. mengharamkan -
              1. penggunaan bahasa inggeris
              2. siaran radio inggeris
              3. tayangan filem barat
              4. mendengar muzik barat
            6. memperkenalkan bahasa jepun NIPPON GO
            7. sistem haribulan ditukar kepada haribulan jepun
            8. nama ditukar kepada jepun spt ENCIK ALI - ALI SAN

          Inggeris datang ke negeri-negeri Melayu U4

          1. bangsa eropah yang lama menjajah alam melayu
          2. bertindak bijak dan berfikiran jauh memerintah dan menguasai politik tanah melayu tetapi tidak mengganggu hal ehwal politik negeri negeri melayu.
          3. berjaya melaksanakan dasar inggeris 
          4. menghakis pengaruh raja raja
          5. dasar campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri negeri melayu
          HUBUNGAN INGGERIS DENGAN NEGERI NEGERI MELAYU
          1. inggeris membantu negeri negeri melayu untuk membendung pengaruh siam.
          2. beberapa usaha telah dibuat seperti rundingan dan perjanjian dengan kerajaan siam
          3. perjanjian burney 1826
          4. perjanjian low
          5. perjanjian anderson 
          PERLUASAN KUASA DAN DASAR PENTADBIRAN BRITISH DI PERAK
          1. pembesar negeri dianugerahi sultan kawasan untuk jagaan dan kawalan pembesar tempatan
          2. syahbandar - memungut cukai di kuala sungai perak
          3. laksamana - memungut cukai di atas nama sultan. sultan boleh membeli bijih timah dengan harga murah
          4. raja muda - berkuasa di kampung gajah dan bandar tua
          5. bendahara - memungut cukai di pedalaman di kuala kinta
          6. dato mata-mata - pembantu laksamana memungut cukai mengikut kadar yang ditetapkan
          7. dato maharaja lela - berkuasa di sungai dedap dan pasir salak
          8. dato sagor - penyelia masakan dalam upacara rasmi, berkuasa di kampung tengah dan kampung gajah.
          SISTEM RESIDEN
          1. dimulakan oleh frank swettenham 1876
          2. permulaan kuasa british dalam pentadbiran melayu
          3. perjanjian pangkor - 
            1. pemindahan kuasa pentadbiran raja raja melayu kepada pegawai pegawai lantikan residen british mengikut sesebuah negeri melayu.
            2. bertugas sebagai penasihat sultan dalam semua urusan kecuali urusan agama dan adat
          4. semua urusan pungutan dan kawalan cukai dijalankan oleh mengikut nasihat residen atas nama sultan
          5. gaji residen dibayar oleh sultan bukannya kerajaan british.
          6. penyerahan kuasa dibuat secara rela oleh raja raja melayu - kononnya dapat janji palsu dan pemberian pencel kecil oleh kerajaan british
          7. negeri terlibat dalam sistem ini 
            1. selangor,
            2. pahang
            3. negeri sembilan
            4. johor
          8. sebelah utara seperti kelantan dan terengganu diberikan mandat oleh british kepada siam untuk mengurus tadbir. 
          9. perjanjian bangkok 1909 - perlis, kedah, kelantan dan terengganu diserahkan kedaulatannya kepada british.

          Belanda Menjajah Melaka U4

          1. mula-mula orang belanda datang ke melaka hanya berdagang
          2. seterusnya berhasrat menguasai perdagangan rempah dan menawan melaka
          3. perjanjian belanda di timur ketika jakarta dikuasai belanda
          4. belanda berjaya menghalau portugis dan membuat perancangan untuk tamatkan persaingan oleh orang portugis yang menguasai melaka.
          5. perjanjian inggeris-belanda 1824
            1. juga dipanggil perjanjian london
            2. dalam perjanjian - 
              1. inggeris berkuasa di singapura
              2. melaka diserahkan kepada inggeris 
              3. bangkahulu diserahkan kepada belanda

          Portugis Menjajah Melaka U4

          1. 1509 - Ketibaan Lopez de Sequira / berdagang, udang di sebalik batu
          2. 1501 - Alfonso de Albuquerque mengetuai angkatan perang menyerang 
          3. 25.07.1511 - serang pertama
          4. 10.08.1511 - serangan kedua
          5. 24.08.1511 - melaka ditawan oleh portugis
          6. 130 tahun portugis menjajah melaka

          Kerajaan Sarawak U3

          1. dikaitkan dengan - kerajaan srivijaya
          2. dan empayar majapahit
          3. dikuasai pula kesultanan brunei
          4. ketua tempatan diberi untuk memerintah sesuatu tempat
          5. terdiri dari orang melayu dan orang dayak untuk ketua tempatan
          6. gelaran ketua tempatan 
            1. orang kaya
            2. temenggung
            3. menteri darat
          7. bertugas sebagai melaksanakan perintah sultan brunei dan memungut cukai di kawasannya.
          8. brunei menghantar pangeran indera mahkota untuk memerintah kuching - pada masa itu, datu patinggi mahkota memerintah kuching. keadaan huru hara
          9. pemberontakan berlaku, dipimpin oleh datupatinggi ali. sultan brunei menghantar pangeran mudah hashim untuk menyelesaikan masalah, tetapi hampa
          10. penjajah asing masuk - james brooke
          11. pangeran muda hashim suka james brooke datang.
          12. james brook menjadi raja sarawak
          13. dinasti brooke adalah seperti ini
            1. james brooke
            2. charles brooke
            3. charles vyner brooke
          14. dipanggil raja putih atau white rajahs
          15. sekarang, yang dipertua negeri - tun datuk patinggi abang haji muhammad salahuddin
          16. ketua menteri - YAB Datuk patinggi tan sri haji abdul taib mahmud

          Kerajaan Sabah U3

          1. dikaitkan dengan kesultanan brunei dan kesultanan sulu.
          2. sultan muhyiddin, brunei - beri sultan sulu kawasan di timur laut sabah - hadiah ketika brunei menghadapi masalah perebutan kuasa pada masa itu
          3. pantai barat sabah - kuasa sultan brunei
          4. pantai timur dan utara sabah - kesultanan sulu
          5. british datang  -  diperintah oleh syarikat borneo utara british, penduduk bekerja seperti
            1. mengambil rotan
            2. sagu
            3. sarang burung
          6. semasa pemerintah banyak cukai dikenakan,
            1. cukai kepala
            2. cukai tanah
            3. lesen senjata
          7. perdagangan di buat - pasar tamu
          8. sabah merdeka - malaysia
          9. diketuai oleh - yang di pertua negeri sabah - tun ahmad shah abdullah
          10. ketua menteri - datuk musa aman

          Kerajaan Melayu Kelantan U3

          1. kerajaan kuat dan besar - mempunyai hubungan dengan negara 
            1. champa
            2. parsi
            3. arab
            4. india
          2. menjadi pusat pentadbiran srivijaya sebelum srivijaya pintah ke sumatera utara
          3. selepas menjadi negeri naungan empayar majapahit
          4. seterusnya menjadi jajahan takluk melaka
          5. ketika itu islam terus berkembang
          6. antara orang yang memerintah kelantan
            1. raja kumar - menjalin hubungan dengan maharaja china
            2. sultan iskandar
            3. putera sultan iskandar - sultan mansur
            4. sultan mahmud shah, sultan melaka. puteri sultan mansur, onang kening - kahwin dengan sultan melaka
            5. raja gombak, putera sultan mansur - gelaran sultan gombak
            6. raja ahmad - gelaran sultan mansur
            7. raja patani - dari patani
            8. raja loyor, putera datu nik jamaludidin - gelaran sultan adiluddin
            9. sultan samiruddin, putera sultan adiluddin
            10. sultan abdul kadir
            11. raja pattani mati, - ganti raja sakti 1, putera raja pattani.
            12. raja abdullah merampas patani - bebaskan kelantan
            13. raja abdullah mentadbir kelantan
            14. ada 2 raja pada masa itu, iaitu satu di kota jelasin dan satu di pangkalan datu
          7. di bawah perjanjian british-siam, wilayah pattani di bawah thailand, kelantan di bawah malaysia.
          8. 16.09.1963 kelantan menjadi negeri di malaysia

          Kerajaan Melayu Perlis U3

          1. dulu perlis sebahagian dari kedah.
          2. perlis terbentuk selepas sultan abdullah mukarram shah 2 mangkat - meninggalkan 1 putera, tunku ahmad tajudin
          3. adinda sultan abdullah, tunku ziauddin jadi pemangku, dengan gelaran sultan ziauddin mukarram shah.
          4. semasa memerintah, beliau kahwin puterinya, tunku safiah dengan syed harun jamalullail. 
          5. syad harun diberi satu kawasan - arau untuk membina kampung halamannya
          6. siam menyerang kedah, sultan ahmad lari. pemerintahan siam kejam.
          7. siam akhirnya  membahagikan negeri kedah dan jajahannya kepada 4 kawasan:
            1. kedah
            2. kubang pasu
            3. setul
            4. perlis
          8. keempat-empat kawasan itu diletakkan dibawah pentadbiran gabenor masing-masing
          9. siam berundur - tindakbalas penduduk tempatan besar-besaran - dengan bantuan :
            1. tunku anum paduka raja jambangan
            2. tunku bisnu, mentadbir setul
            3. syed husein, mentadbir kawasan perlis sebagai timbalan gabenor. gabenor perlis ialah raja long krok (paduka seri maharaja lela)
          10. Negeri perlis akhirnya mendapat pengiktirafan dari status jajahan kepada status sebuah negeri.

          Kerajaan Melayu Terengganu U3

          1. diasaskan oleh tun zainal abidin 1 - putera tun habib abdul majid, pernah menjadi bendahara johor.
          2. menjadi sultan terengganu pertama dengan nama sultan zainal abidin 1 (1708 - 1733)
          3. dalam sumber tuhfat al-nafis, karangan raja lai haji (sejarawan bugis) - tun zainal menjadi sultan terengganu adalah dari daeng menampuk di bawah pemerintahan sultan sulaiman badrul alam shah - putera sultan abdul jalil.
          4. penemuan duit kupang emas terengganu - tercatat nama sultan zainal abidin
          5. sistem pentadbiran sama dengan pentadbiran johor - ada mufti dan kadi dalam memberikan nasihat berkait dengan agama
          6. sultan sekarang - sultan mizan zainal abidin - putera kepada sultan mahmud al-muktafi billah shah.

          Kerajaan Melayu Negeri Sembilan U3

          1. 9 daerah :
            1. sungai ujong
            2. jelebu
            3. johol
            4. inas
            5. rembau
            6. jempol
            7. ulu muar
            8. terachi
            9. gunung pasir
          2. raja melewar dari pagar ruyong dijemput memerintah negeri sembilan. 
          3. raja lenggeng menjadi yamtuan besar - menamatkan amalan perlantikan pembesar dari pagar ruyong
          4. orang minangkabau datang abat ke 14 
          5. perkahwinan campur berlaku - suku biduanda - golongan pemimpin
          6. pembesar-pembesarnya dipanggil penghulu - udang
          7. mengamalkan adat perpatih

          Kerajaan Melayu Selangor U3

          1. orang bugis membuat penempatan di klang & kuala selangor
          2. 2 tempat itu masih dibawah jajahan johor dalam kurunke-17
          3. klang dibawah kuasa orang besar kelang - tok engku kelang - saudara sultan abdul jalil dari johor.
          4. johor lemah - tok engku kelang memberi kuasa pula kepada yamtuan selangor supaya dapat mentadbir kawasan sungai selangor
          5. 1717 peperangan - orang bugis dan rajal kecil dari minangkabau kerana raja kecil mungkir janji kepada orang bugis ketika menakluk johor.
          6. orang bugis berjaya menghalau raja kecil dari riau - bantuan selangor - 30 buah kapal
          7. 1722 orang bugis melantik sultan sulaiman sebagai sultan johor-riau - dalam perjanjian 1 jawatan yamtuan muda diberi kepada orang bugis - daeng merewah dilantik yamtuan muda 1 untuk johor-riau-lingga
          8. 1730 - daeng mateko kahwin balu daeng parani bernama engku tengah. akibat berkelahi - lari ke siak - bersahabat dengan dengan raja kerajaan siak. 
          9. 1740 - daeng celak, yamtuan muda 2 bersama sultan sulaiman datang ke selangor - mengalahkan angkatan siak yang diketuai oleh daeng mateko dan putera raja kecil.
          10. sultan selangor yang pertama - sultan salahuddin shah @ raja lumu - anak lelaki daeng celak
          11. sultan sekarang - sultan shafaruddin idris shah ibni al-marhum sultan salehuddin abdul aziz shah 
          12. pernah ditakluki oleh
            1. kesultanan melaka
            2. portugis
            3. johor
            4. acheh
            5. siam
          13. british  juga pernah bertapak - digabungkan menjadi negeri-negeri melayu bersekutu

          Kerajaan Melayu Perak U3

          1. juga kerajaan melayu tua - pernah dikenali sebagai GANGGA NEGARA
          2. gangga negara - ditakluki oleh raja rajendra 1 dari koromandel 1025
          3. sultan muzaffar shah - mengasaskan kesultanan perak
          4. berasal dari kesultanan melaka
          5. sistem perwarisan takhta - mengikut hak putera sulung - 'waris negeri'
          6. sebelum dilantik menjadi sultan - perlu menyandang jawatan mengikut urutan seperti
            1. raja dilihir
            2. raja bendahara
            3. raja muda
            4. sultan perak
          7. sistem pembesar empat lipatan digunapakai dari kesultanan melaka
          8. sultan terkini ialah - sultan azlan muhibbuddin shah
          9. menteri besar - mohd tajol rosli mohd ghazali

          Kerajaan Melayu Pahang U3

          1. salah satu kerajaan melayu tua
          2. pekerjaan - melombong bijih timah, emas, besi, padi
          3. pernah ditakluk oleh kerajaan srivijaya.
          4. pernah dibawah naungan majapahit - menghantar ufti setiap tahun
          5. srivijaya jatuh - dituntut pula oleh kuasa siam, kemudian kesultanan melaka
          6. pahang pernah diserang oleh portugis, belanda, johor, acheh.
          7. 1986 - pahang menjadi negeri-negeri melayu bersekutu bersama :
            1. selangor
            2. perak
            3. negeri sembilan

          Kerajaan Melayu Johor U3

          1. Sultan Mahmud Shah bersama anaknya lari ke johor termasuk pengikutnya kerana diserang portugis oleh alfonso de albuquerque.
          2. sultan alauddin riayat shah II - mengasaskan kerajaan melayu johor
          3. portugis juga menyerang johor.
          4. johor dirampas oleh putera raja siak - raja kecil mendakwa waris sultan mahmud johor
          5. raja kecik menggulingkan sultan abdul jalil riayat IV
          6. raja kecik menjadi sultan johor - tukar nama kepada sultan abdul jalil rahmat shah
          7. raja kecik ditumpaskan oleh bantuan opu bugis 5 bersaudara
            1. daeng perani
            2. daeng marewah
            3. daeng kemasi 
            4. daeng chelak
            5. daeng menambun
          8. raja sulaiman putera sultan abdul jalil riayat syah IV menjadi sultan johor ke 13
          9. nama sultan ialah sultan sulaiman badrul alam syah
          10. jawatan yamtuan muda dikhaskan kepada keluarga bugis kerana jasa mereka
          11. british juga masuk campurtangan
          12. sir stamford raffles - gabenor di bengkulu, sumatera
          13. raffles membantu tengku hussein untuk menentang abangnya tengku abdul rahman muazzam shah. bantuan diberikan kepada tengku hussein oleh raffles.
          14. british berjaya membuka pelabuhan di singapura - british membayar wang tahunan kepada tengku hussein mengikut perjanjian mereka
          15. tengku hussein jadi sultan dengan nama sultan hussein shah
          16. perjanjian inggeris belanda. belanda mengakui bahawa singapura menjadi milik british - hasilnya johor terbahagi dua
            1. johor moden
            2. kesultanan riau - dikuasai oleh bugis
          17. semasa tengku hussein memerintah - temenggung yang berkuasa
          18. temenggung abu bakar dilantik menjadi soltan johor dengan nama seri maharaja johor.
          19. sultan johor terkini - sultan mahmood iskandar al-haj
          20. menteri besar terkini - abdul ghani othman

          Kerajaan Melayu Melaka U3

          1. Melaka - asal kampung nelayan - dibuka oleh putera raja - parameswara
          2. kawasan strategik - selat melaka - menjadi tumpuan pedagang dari China dan India
          3. Islam tersebar di sini - mengasaskan satu tamadun melayu islam
          4. kerajaan melaka -  115 tahun - jajahan seperti di sumatera timur, aru, rokan, inderagiri, kampar, siak
          5. melaka merupakan pengasas kesultanan melayu - sekarang diperintah oleh TYT Dipertua Negeri.

          Kegemilangan tamadun melayu U2

          1. politik & pentadbiran
            1. ada sistem mesyuarat untuk kata sepakat bagi menjayakan sesuatu pekerjaan
            2. susunan awal - organisasi ikut kampung
            3. ketua kampung - pembesar - raja
            4. Islam berjaya  mempengaruhi sifat dan watak pemerintah
            5. konsep zaman pengaruh hindu - konsep sistem sultan dalam Islam
          2. kesenian
            1. hasil dibuat - waktu lapang
            2. seni menggambarkan bangsa 
            3. ketika tiada agama - cerita-cerita rakyat, sang kelembai 
            4. ketika agama hindu - cerita-cerita rakyat, hikayat seri rama
            5. ketika agama islam - seni bina berunsur islam
              1. ukiran bentuk alam - ukiran tulisan khat
            6. muzik melayu :
              1. muzik orang asli - senoi, negrito, dayak, murut
              2. muzik desa - muzik yang mengiringi teater tradisi sperti mak yong, wayang kulit
              3. muzik perantaraan - alat muzik melau asli + barat
              4. muzik melayu moden - digubah mengikut sistem muzik barat spt muzik pop
          3. bahasa
            1. bahasa melayu - rasmi
            2. bukti : batu bersurat kedukan bukit & batu bersurat karang berahi
            3. bahasa melayu dulu - dipengaruhi bahasa sanskrit dan tulisan pallava dari India.
            4. batu bersurat terengganu selepas kedatangan Islam - bahasa melayu klasik
          4. sistem tulisan & pendidikan
            1. pengaruh tulisan dari india (pallava)
            2. bahasa melayu kuno + sanskrit juga dari India
            3. kedatangan islam menggunakan kitab agama dalam bahasa arab
              1. bahasa arab diserap menjadi bahasa melayu klasik
              2. ubah suai tulisan arab - tulisan jawi
            4. sistem pendidikan - sekolah pondok
          5. sistem perundangan
            1. ketika pengaruh hindu - sistem berdasarkan ajaran hindu
              1. seperti kod undang-undang dharmasastra di pulau jawa dan bali
              2. hukuman dijatuhi mengikut kasta. kasta rendah - hukuman lebih berat
            2. ketika pengaruh islam - undang-undang Islam
              1. dikenali adat melayu - adat perpatih dan adat temenggung
              2. undang-undang Islam yang diubahsuai oleh adat melayu

          Tamadun Melayu U2

          1. wujud tamadun melayu dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan melayu awal.
          2. kemunculannya adalah hasil penguasaan laluan perdagangan.
          3. bukti masih ada : 
            1. angkor wat - kampuchea
            2. borobudur - pulau jawa, indonesia
            3. lembah bujang - kedah, malaysia
          4. empayar melayu awal - funan & sri vijaya, mampu menguasai laluan perdagangan di kawasan masing-masing.
          5. pembentukan kerajaan - berdasarkan pengaruh, di eropah pembentukan kerajaan - berdasarkan wilayah penaklukan
          6. kerajaan awal alam melayu - hasil interaksi dengan Islam
            1. terdapat dalam hikayat raja-raja pasai & sejarah melayu
            2. tulisan arab - tulisan jawi
            3. bahasa melayu kuno - bahasa melayu klasik
            4. cara berfikir - melayu Islam
            5. muzik, seni bina - konsep Islam
            6. hasil sastera ajaran hindu-buddha disesuaikan dengan cerita hasil sastera Islam
            7. Istilah raja - ganti kepada sultan
            8. ritual agama hindu - ganti kepada bacaan doa Islam
            9. dewa-dewi hindu ganti dengan nama Islam sperti Alah, malaikat, jin, watak nabi
            10. Undang-undang islam dibuat - Kanun Melayu Melaka.

          Konsep Asas Kenegaraan U1

          1. kenegaraan - mempunyai ciri-ciri
            1. ada sempadan tertentu
            2. ada penduduk
            3. sebuah kerajaan yang teratur
            4. berdaulat
          2. kerajaan - perjalanan hal ehwal negara
            1. badan pemerintah (eksekutif)
            2. badan perundangan (legislatif)
            3. badan kehamiman (judisiari)
          3. sistem kerajaan - institusi / agensi yang mengubal dasar negara
            1. pembahagian kuasa seperti kerajaan pusat / negeri
            2. ada raja atau sebaliknya
          4. negara bangsa - hubungan kaum tanpa mengira bangsa
          5. ras - keturunan / fizikal seseorang
          6. etnik - budaya / adat resam
          7. masyarakat - kelompok manusia
          8. majmuk - pelbagai kelompok ras / etnik bercampur di bawah satu pemerintahan
          9. kebudayaan - turutan / keseluruhannya sperti pengetahun, kepercayaan, undang-undang, akhlak dan lainnya diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat
          10. ideologi - susunan idea teratur seperti rukunegara
          11. politik - pemerintahan, pentadbiran dan kuasa.

          Pelbagai isu dalam pembentukan sahsiah guru U10

          1. ada 2 isu - 
            1. isu positif - meningkat profesion perguruan melalui tindakan yang diambil oleh guru
            2. isu negatif - tindakan yang diambil oleh secara tidak baik / sahsiah yang tidak baik
          2. isu berkaitan sahsiah guru
            1. diri
              1. positif - amanah mendidik murid
              2. negatif - enggan menjadi penasihat sesuatu persatuan
            2. keluarga 
              1. positif - menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang aya,ibu
              2. negatif - mendera isteri / anak-anak
            3. masyarakat
              1. positif - membantu masyarat, ikut serta dalam gotong royong dll
              2. negatif - tidak bermoral spt berkhalwat
            4. sekolah
              1. positif - bertanggungjawab terhadap kehadiran ke sekolah dll
              2. negatif - pakaian tidak kemas / samseng / dll

          Etika & Pekeliling Rujukan Utama U9

          1. etika pakaian - 
            1. peraturan pakaian guru di sekolah dll
            2. pakaian masa bekerja & semasa menghadiri upacara rasmi
          2. etika pengurusan masa
            1. waktu hadir ke sekolah & kelas
            2. mengajar ikut jadual waktu
            3. semak buku latihan murid
            4. memberikan bimbingan
          3. tanggungjawab asas guru
            1. sediakan rancangan tahunan, penalti rm500
          4. jadual waktu
            1. jadual waktu semua subjek
            2. pemeriksaan jadual waktu penggal 1 & 2
          5. sukatan pelajaran
            1. mengajar ikut sukatan pelajaran
            2. senarai semak kerja setiap hari
            3. kawalan kerja / mutu / piawai
          6. tatakelakuan / larangan
            1. berniaga masa kerja tak boleh
            2. tak boleh kroni
            3. urus tender  terdiri dari saudara mara
            4. menggunakan kenderaan pejabat untuk aktiviti peribadi
            5. gunakan kakitangan/barang/alat untuk aktiviti peribadi
            6. berjudi
            7. kesalahan jenayah/mahkamah syariah
            8. banyak hutang
            9. menerima keraian dari orang yang berkepentingan
            10. gunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri
            11. buat bayaran tanpa semak kerja telah siap atau belum
            12. sijil sakit palsu
            13. menghasut kakitangan kerajaan
            14. mengambil cuti rehat disaat khidmat diperlukan
            15. ingkar perintah ketua/melawan

          Etika Profesion Perguruan U9

          Etika - aturan perilaku, berprotokol, bertatasulia
          Profesion - bidang tugas / kerjaya
          Perguruan - pekerjaan sebagai guru
          Etika Profesion Perguruan

          • 1 tanggungjawab seorang guru terhadap masyarakat, negara, murid, rakan sejawat, ibubapa murid.
          Antara etikanya ialah ....
          1. orang percaya kepada guru
          2. menjaga maruah diri
          3. tugas dengan jujur
          4. tanggungjawab utama kepada murid
          5. tumpuan separuah perhatian  kepada keperluan murid
          6. mendidik tidak kira bangsa, agama
          7. bertugas sebagai pengganti ibu bapa
          8. bertindak secara adil kepada semua murid
          9. mengesan dan menerima perbezaan individu / murid
          10. menjaga maklumat murid
          11. bersikap baik dan menjaga darjat profesion perguruan
          12. tidak merosakkan pemikiran murid
          13. menanamkan sikap yang baik terhadap murid
          14. memberi keyakinan terhadap murid
          15. menjadi contoh kepada murid
          16. tidak menerima bayaran dari murid semasa bekerja
          17. tidak mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen
          18. tidak memaksa kepercayaan, agama.
          19. tidak meminta atau menerima hadiah dari ibubapa
          20. tidak boleh menjatuhkan nama  baik rakan sejawat
          21. kenaikan pangkat secara sah
          22. tidak mengiklankan dirinya untuk mendapatkan sesuatu pangkat

          Nilai Bitara UPSI U8

          3 nilai bitara UPSI lagi dalam unit ini ialah .......
          1. BERORIENTASIKAN PELANGGAN
            1. memenuhi kehendak pelanggan
            2. mempunyai 4 petunjuk :
              1. responsif - cepat dan segera
              2. proaktif - sentiasa menyediakan perancangan / strategi
              3. mesra - sentiasa ceria dan baik dengan murid
              4. berkualiti - membuat kerja dengan teliti
          2. PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA
            1. peka dengan orang bawahan
            2. mempunyai 4 petunjuk :
              1. peluang untuk maju - mengambil berat terhadap rakan-rakan
              2. empati - simpati dan bersedia mendengar masalah rakan
              3. penghargaan - mengucapkan tahniah kepada rakan
              4. keselesaan persekitaran - suasana yang kondusif
          3. KREATIF DAN INOVATIF
            1. paling campin / terror
            2. mempunyai 4 petunjuk :
              1. berdaya cipta - memikirkan sesuatu yang baru / idea baru
              2. penambahbaikan berterusan - perkara yang berterusan
              3. rebut peluang - mengambil bahagian secara aktif
              4. nilai tambah - menggunakan kemudahan yang diberikan dengan sebaiknya

          Nilai Bitara UPSI U7

          ada 6 nilai bitara UPSI. Tiga yang pertama dalam unit ini ialah ........
          1. INTEGRETI
            1. kualiti yang dimiliki secara tetap untuk mencapai prinsip moral yang tinggi dan tahap pro.
            2. pemilikan kualiti yang konsisten
            3. mempunyai 4 petunjuk:
              1. adil - mengajar biar betul, tidak mencuri tulang
              2. amanah - menyampaikan fakta yang benar
              3. telus - memberi markah secara telus
              4. akauntabiliti - mengajar mengikut silibus
          2. PROFESIONAL
            1. orang yang sudah pro, mahir dan cekap
            2. melatih diri untuk mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki
            3. mempunyai 4 petunjuk:
              1. beretika - bermoral dan mengutamakan kepentingan sekolah
              2. iltizam - komited terhadap tugas
              3. cinta ilmu - suka menambah ilmu
              4. kompeten - menyiapkan tugasan berkualiti mengikut masa ditetapkan
          3. SEMANGAT BERPASUKAN
            1. bekerja dalam satu pasukan
            2. mempunyai 4 petunjuk :
              1. muafakat - menyelesaikan masalah secara bersama
              2. fokus matlamat - hala tuju yang dicapai
              3. hormat-menghormati - memberi penghormatan yang layak kepada rakan tanpa mengira usia
              4. bangga UPSI - suka dengan UPSI, promote dengan masyarakat bahawa UPSI ok.

          Teori Hierarki Keperluan U6

          • teori dari Abraham Maslow
          • mempunyai 5 keperluan asas
            1. fisiologi - 
              1. keperluan peringkat pertama dan utama
              2. keperluan makanan, minuman, tidur, rehat, seks, pakaian.
              3. keperluan ini mesti dipenuhi
            2. keselamatan
              1. keperluan kestabilan diri
              2. perlindungan bebas dari takut
              3. tidak merasa bimbang
              4. peringkat kanak-kanak dan orang dewasa sangat penting
            3. kasih sayang
              1. memerlukan perhatian dari ibubapa
              2. dan orang tersayang
            4. penghargaan kendiri
              1. pengiktirafan tentang diri sendiri
              2. penghormatan dari orang lain
              3. dikenali ramai, kejayaan sosial
            5. kesempurnaan kendiri
              1. menggunakan kebolehan yang ada pada diri
              2. bakat terpendam

          Pendekatan Humanistik U6

          1. nama terkenal seperti - Abraham Maslow dan Carls Rogers.
          2. fokus kepada pendekatan moral dan potensi
          3. lebih berpusat kepada murid
          4. setiap individu mempunyai cara belajar masing-masing
          5. strategi p&p hendaklah mengikut perkembangan emosi murid
          6. kecemerlangan kendiri boleh dicapai oleh setiap individu

          Pendekatan Kognitif melalui terapi realiti U5

          1. Saling berkait dengan teori pilihan.
          2. cara bagaimana kita membantu diri kita sendiri dan orang lain.
          3. proses memahami tingkah laku individu untuk memilih dan membuat keputusan dalam hidupnya.
          4. fokus kepada tingkah laku semasa
          Aplikasi Terapi realiti mengikut sistem WDEP
          • W - Want, meneroka kehendak, kemahuan, keperluan dan persepsi murid
          • D - Doing, meneroka arah tuju murid
          • E - Evaluation, murid membuat penilaian terhadap diri sendiri
          • P - Planning, berbincang dengan murid tentang pilihan murid untuk membuat tindakan

          Pendekatan Kognitif melalui teori pilihan U5

          Dari Glasser - cara bertingkah laku yang kita inginkan. keperluan asas menjadi punca dalam teori ini.  tanggungjawab adalah keupayaan utuk memenuhi keperluan. bersedia menghadapi halangan.

          Mengapa manusia bermasalah ?
          • keinginan tidak dipenuhi
          • menyayangi dan disayangi
          • penghargaan, bebas
          Akhirnya .........
          • kita yang control tingkah laku kita
          • masalah psikologi selalunya dari masalah hubungan
          • hubungan selalunya sentiasa wujud
          • keperluan asas yang dimaksudkan ialah
            • menyayangi 
            • ingin dimiliki
            • ingin penghargaan
            • ingin bebas
            • ingin gembira 
            • ingin terus hidup
          • kepuasan wujud setelah kehendak kita dipenuhi

          Latihan kemahiran tingkah laku U4

          ada 4 langkah untuk latihan ini :

          1. modeling
          2. arahan
          3. latihan
          4. maklum balas

          Strategi Membangunkan Sahsiah Murid U4

          Banyak ke arah peneguhan positif seperti :

          • memberi senyum
          • ucap kata-kata semangat
          • penghargaan spt tahniah, terima kasih, bagus, cuba lagi dan baik
          • beri bintang / ganjaran bila buat kerja dengan baik
          • adakan aktiviti kokurikulum untuk belajar bersosial bersama rakan dan guru

          Sistem Pentadbiran Negara U7

          3 komponen utama dalam sistem kerajaan malaysia iaitu :
          1. Badan Pemerintah (EKSEKUTIF)
            1. Terdiri dari peringkat persekutuan atau negeri mempunyai bidang kuasa memerintah.
            2. menjalankan urusan dan hal ehwal pemerintahan dan pentadbiran sahaja
            3. parlimen - peringkat persekutuan, dewan undangan negeri - peringkat negeri
            4. persekutuan dikenali - jemaah menteri (kabinet)
            5. peringkat negeri dikenali - majlis mesyuarat kerajaan negeri
          2. Badan Perundangan (LEGISLATIF)
            1. berfungsi menggubal, meminda dan meluluskan undang undang
            2. di Malaysia, badan pemerintah diberi kebenaran menggubal, meminda dan meluluskan undang undang di atas nama palimen untuk dikuatkuasa oleh menteri .
            3. boleh diwakilkan kepada badan pemerintah - dipanggil UNDANG UNDANG PERWAKILAN
            4. peringkat negeri juga boleh berlaku sedemikian
            5. TETAPI, semua undang undang perwakilan yang siap digubal tidak boleh dikuatkuasakan sehingga yang dipertuan agong atau sultan @ yang dipertua negeri mendapat kelulusan bagi satu tempoh yang tertentu.
            6. selain dari undang undang perwakilan, undang undang lain digubal sepenuhnya oleh badan perundangan
          3. Badan Kehakiman (JUDISIARI)
            1. menjalankan kuasa kuasa kehakiman - sebagai pelindung hak hak asasi manusia
            2. menjaga keadilan - mengadili semua kesalahan yang dilakukan dalam persekutuan
            3. menyelesaikan perselisihan antara kedua dua pihak sama ada
              1. kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
              2. negeri dengan negeri
              3. orang awam dengan kerajaan pusat
              4. orang awam dengan kerajaan negeri
              5. orang awam sesama sendiri
            4. pengadilan dan hukuman yang dibuat tidak mengira atau dipengaruhi oleh status, darjah, bangsa, agama atau keturunan seseorang.

          Peruntukan Istimewa Dari Perlembagaan Malaysia U6

          Mengandungi unsur unsur tradisi - diwarisi sejak zaman prapenjajahan dan masih dikekalkan dalam perlembagaan persekutuan :
          1. institusi beraja
            1. pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja berperlembagaan
            2. raja berkuasa secara mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri - pemerintahan berja mutlak.
            3. konsep taat setia - daulat, tulah - pantang menderhaka
            4. raja - lambang politik dan perpaduan orang melayu turun temurun
            5. sistem ini kekal - benteng akhir orang melayu untuk pertahankan hak hak  semasa penggubalan perlembagaan dengan persetujuan orang bukan melayu
          2. agama islam
            1. agama orang melayu 500 tahun dahulu lagi
            2. dibawa oleh - pedagang pedagang arab melalui india
            3. walaupun dijajah oleh portugis, belanda, british - melayu kuat pada agama islam
            4. Walaupun agama islam agama rasmi malaysia, tetapi diimbangi agam agama lain juga bebas diamalkan di peringkat persekutuan. perkara berkaitan telah disentuh dalam perkara 11 iaitu bahawa tiap tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal 4 mengembangkan agamanya - perlembagaan 
          3. bahasa melayu
            1. menjadi bahasa ilmu - khusus ilmu agama pada zaman keagungan kerajaan melayu melaka lagi
            2. digunakan dengan meluas dalam urusan pentadbiran, perhubungan luar, perdagangan sebelum kedatangan orang eropah
            3. terjejas sedikit - selepas perang, penerimaan sistem perundangan british, perjanjian malayan union dan persekutuan tanah melayu dan bertambah ramai bilangan rakyat yang berpendidikan inggeris, bi mula diterima sebagai bahasa pentadbiran, walaupun bm masih diguna dalam beberapa bidang urusan kerajaan
            4. selepas merdeka, bm dipilih  sebagai bahasa kebangsaan
          4. kedudukan istimewa orang melayu
            1. yang dipertuan agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera sabah dan sarawak
            2. sebelum merdeka - tanggungjawab khas ini dilaksanakan oleh pegawai tinggi persekutuan
            3. mula mula peruntukan ini tidak perlu kerana menganggap negara ini negara melayu
            4. berubah - apabila beberapa perjanjian ditandatangani dengan british memaksa raja raja melayu menurut nasihat british dalam semua perkara yang melibatkan pentadbiran kecuali agama dan adat. - ini menghakis hak dan kedudukan istimewa orang melayu
            5. dasar pintu terbuka british - bawa masuk ramai kaum imigran ke tanah melayu bekerja dilombong bijih timah dan ladang getah. british biarkan orang melayu di luar bandar
            6. malayan union -  hak dan keistimewaan raja raja melayu dikurangkan
            7. digantikan - perjanjian persekutuan tanah melayu, orang melayu mendapat hak semula den kedudukan melayu.
          Unsur-unsur moden :
          1. hak hak asasi - dijamin dalam perlembagai persekutuan
          2. kewarganegaraan - 4 syarat taraf kewarganegaraan - kuatkuasa undang undang, pendaftaran, masukan atau permohonan dan pencatuman wilayah
          3. perlindungan khas sabah dan sarawak

          Kandungan Perlembagaan Malaysia U6

          1. Ada 3 aspek yang berkait :
            1. kerohanian perlembagaan
              1. satu working document - menyenaraikan undang undang kompleks yang mempunyai jiwa idealisme. tidak berlaku kontrak sosial jika saranan undang undang yang beku 
              2. Rujuk rukun negara - terbentuk semasa ekologi krisis - akta keselamatan dalam negeri dan akta hasutan selepas peristiwa 13 mei. 
              3. parlimen digantung dan pentadbiran diambil alih oleh MAGERAN
              4. MAGERAN menurunkan RUKUN NEGARA sebagai satu intisari perlembagaan malaysia.
            2. peruntukan perlembagaan
              1. ada 181 artikel 
              2. 14 bahagian
              3. dalam bahagian terdapat 19 bab
            3. perlaksanaan perlembagaan
              1. pernah berlaku pindaan perlembagaan seperti
                1. isu pemisahan singapura
                  1. sebelum pindaan - pemisahan adalah dilarang sama sekali - perlukan persetujuan majlis raja raja dulu.
                  2. pindaan dibuat - 2/3 ahli dewan rakyat menyokong pindaan. singapura OUT
                2. isu jantina / gender
                  1. pindaan dibuat - perkataan gender ditambah - tiada lagi diskriminasi jantina di malaysia
                3. isu kekebalan raja
                  1. sebelum pindaan - imuniti raja raja, tidak akan dihadapkan ke mana mana mahkamah jika melakukan kesalahan
                  2. pindaan dibuat - imuniti sudah tidak sesuai lagi mengikut peredaran zaman. - raja juga boleh dihadapkan ke mahkamah jika melakukan kesalahan.

          Susunan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu U6

          Perjalanan pembentukan perlembagaan persekutuan dari Malayan Union hingga Perlembagaan Persekutuan Malaysia :
          1. Malayan Union 1946 - Perlembagaan 1
          2. Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 - Perlembagaan 2
          3. Pilihanraya Umum - Pertama 1955
          4. Suruhanjaya Reid 1956
          5. PTM diiktiraf secara rasmi sebagai Perlembagaan Persekutuan pada 31.08.1957 - Perlembagaan 3
          6. Suruhanjaya Cobbold 1962
          7. Perlembagaan Persekutuan Malaysia 16.09.1963 - Perlembagaan 4