Monday, 10 September 2012

[j] Menilai Kurikulum

  • ciri-ciri penilaian yang berkualiti
    • holistik
    • fleksibel
    • sepadu
    • seimbang
    • berasaskan standard
    • fokus hanya untuk pembelajaran
    • membina insan
  • PENILAIAN FORMATIF
    • mengkaji pelaksanaan kurikulum atau program atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran. penilaian ini menjelaskan kualiti pelaksanaan, pentaksiran konteks atau proses sesuatu kurikulum. penilaian ini digunakan semasa sesuatu unit kurikulum, program, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
  • PENILAIAN SUMATIF
    • mengkaji keberkesanan hasil sesuatu  kurikulum. peranannya ialah merumus hasil dengan menjelaskan perkara yang berlaku terhadap pelaksanaan hasil itu. penilaian ini digunakan pada akhir sesuatu unit kurikulum, program, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

  • Proses penilaian kurikulum
    • penilaian berasaskan sekolah - dilaksanakan di sekolah secara berterusan
    • penilaian berterusan - murid sudah menguasai pengetahuan yang dikehendaki secara pembelajaran masteri
    • penilaian berasaskan elemen mata pelajaran - menguasai mata pelajaran yang dipelajari
    • penilaian proses di samping penilaian hasil - menghasilkan sesuatu projek
    • pentaksiran autentik - dinilai berdasarkan tingkah laku sebenar
    • penilaian hasil pembelajaran - tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai diharapkan dapat dikuasai seseorang
    • penilaian sebagai penanda aras - proses pengukuran ke atas hasil, proses dan prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang cemerlang
    • penilaian melalui pemerhatian - memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan
  • kaedah penilaian pembelajaran
    • mengesan serta merta
    • mengesan kemajuan
    • mengesan pencapaian
  • kaedah penilaian kendalian sekolah
    • lisan - mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi di antara guru dengan murid
    • penulisan - melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid
    • pemerhatian - menilai aspek aspek yang sukar dikesan melalui kaedah penulisan dan lisan
  • menetapkan objektif dan penilaian pembelajaran
    • pernyataan eksplisit tentang tingkah laku murid
    • ada 3 iaitu :
      • domain psikomotor
        • tindak balas semulajadi
        • menghubungkait
        • ketepatan perlakuan
        • memanipulasi
        • meniru
      • domain afektif
        • membina perwatakan
        • mengorganisasi
        • menghargai
        • bertindak balas
        • penerimaan
      • domain kognitif
        • penilaian
        • sintesis
        • analisis
        • aplikasi
        • kefahaman
        • pengetahuan
  • contoh objektif pembelajaran
  • PSIKOMOTOR 
    • Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat melakukan kemahiran menyangga dengan teknik yang betul semasa aktiviti berpasangan, berkumpulan dan permainan kecil.
  • KOGNITIF
    • Di akhir unit pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyatakan hukum hukum sains yang terlibat semasa melakukan kemahiran menyangga
  • AFEKTIF
    • Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat memberikan kerjasama dengan berbincang, memberi idea dan menolong rakan dalam aktiviti tugasan serta menunjukkan sikap kejujuran semasa membuat penilaian 

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.