- tujuan penilaian :
- mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- melihat perubahan pada perkembangan setiap murid
- membuat perancangan aktiviti
- meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan
- mempelajari keperluan setiap murid
- menyelesaikan sesuatu masalah
- memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa
- memberi laporan kepada pakar
- menghargai hasil kerja murid
- membuat tindakan susulan serta merta
- kaedah penilaian
- pemerhatian melalui :
- rekod anekdot - penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa atau perubahan perkembangan yang signifikan berlaku pada seseorang murid.
- rekod pensampelan masa - mencatat pemerhatian ke atas tingkah laku murid dalam satu jangka masa
- senarai semak - mengaitkan perubahan tingkah laku murid dengan hasil pembelajaran seperti yang ditetapkan
- matlamat utama pentaksiran ialah untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.
- kerangka konsep pentaksiran
- secara tradisional - ujian bertulis, amali dan kecergasan bertujuan mengkaji serta menilai pengetahuan dan kemahiran dalam bentuk pemberian gred.
- secara alternatif - format tersendiri untuk menguji murid pada aras yang paling rendah ke aras yang tertinggi dalam konteks pemikiran dan penaakulan SEPERTI rating scales, senarai semak, skoran rubrik, log pembelajaran, portfolio, esei, pameran, eksperimen dll
- autentik - berbentuk tugasan menilai prestasi atau persembahan perlakuan murid secara langsung dalam konteks yang spesifik dan pada situasi sebenar.
- perlakuan - melibatkan perlaksanaan sesuatu aktiviti seperti melakukan tunjuk cara atau demonstrasi sesuatu kemahiran dengan tumpuan kepada menghasilkan sesuatu produk atau membuat projek SEPERTI penulisan, esei, lisan, pameran, eksperimen, portfolio, brosur, phamplet, soal jawab berstruktur dll
- 5 langkah membina pentaksiran PK :
- tentukan dan kenal pasti tujuan serta objektif pentaksiran
- pilih teknik pentaksiran yang sesuai
- bina carta rubrik dan data skor melalui sistem point atau nilai bernombor, senarai semak, skala kadar analitik atau rubrik umum
- melaksanakan pentaksiran dan laporan skor pencapaian tugasan
- menilai dan memurnikan teknik pentaksiran
- 9 aspek pentik dalam membuat analisis tugasan :
- bentuk simulasi yang menggambarkan prestasi keseluruhannya
- tetapkan unsur tugasan yang relevan kepada kualiti prestasi seperti kepantasan, ketepatan, bilangan dan kesungguhan ralat prosedur, ralat dalam arahan, perbezaan dalam pemilihan alat atau perkakasan, usaha yang ekonomi, masa
- memilih unsur untuk pemerhatian
- membina kriteria dalam piawaian
- menilai unsur unsur berkenaan
- membentuk program latihan
- memilih unsur yang memerlukan masa dan perbelanjaan yang minimum
- menggunakan pentaksiran untuk memurnikan pentaksiran dan memperbaiki kurikulum
- memberikan maklum balas
Thursday, 6 September 2012
[f] Amalan Pentaksiran dalam PJ & PK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice blog..
ReplyDelete