Sunday, 2 September 2012

[b] Isu Pelaksanaan Kurikulum PJK

  • PJ - proses capai tahap kemahiran dan kecergasan fizikal
  • PK - proses belajar mengenai kesihatan dan cara meningkatkan kesihatan diri
  • SUKAN - aktiviti fizikal yang diurus melalui sistem peraturan secara formal atau tidak formal
  • SAINS SUKAN - analisis saintifik mengenai pergerakan tubuh badan manusia dll
  • Kepentingan PJK :
    • fizikal - meningkatkan tahap kecergasan diri
    • kognitif - keupayaan membentuk perkembangan minda sihat serta membantu individu untuk berfikir secara lebih rasional terhadap kepentingan memiliki gaya hidup sihat dan cergas
    • afektif - mempelajari nilai kerjasama, semangat berpasukan, semangat kesukanan, mengajar diri menerima kekalahan dan kekecewaan, merasa kegembiraan dan kepuasan. 
  • konsep penting berkaitan dengan PJK
    • gaya hidup yang aktif - menyumbang ke arah kesejahteraan fizikal, mental dan sosial dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan senaman secara kerap sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu.

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.