Monday, 10 September 2012

[j] Menilai Kurikulum

  • ciri-ciri penilaian yang berkualiti
    • holistik
    • fleksibel
    • sepadu
    • seimbang
    • berasaskan standard
    • fokus hanya untuk pembelajaran
    • membina insan
  • PENILAIAN FORMATIF
    • mengkaji pelaksanaan kurikulum atau program atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran. penilaian ini menjelaskan kualiti pelaksanaan, pentaksiran konteks atau proses sesuatu kurikulum. penilaian ini digunakan semasa sesuatu unit kurikulum, program, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
  • PENILAIAN SUMATIF
    • mengkaji keberkesanan hasil sesuatu  kurikulum. peranannya ialah merumus hasil dengan menjelaskan perkara yang berlaku terhadap pelaksanaan hasil itu. penilaian ini digunakan pada akhir sesuatu unit kurikulum, program, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

  • Proses penilaian kurikulum
    • penilaian berasaskan sekolah - dilaksanakan di sekolah secara berterusan
    • penilaian berterusan - murid sudah menguasai pengetahuan yang dikehendaki secara pembelajaran masteri
    • penilaian berasaskan elemen mata pelajaran - menguasai mata pelajaran yang dipelajari
    • penilaian proses di samping penilaian hasil - menghasilkan sesuatu projek
    • pentaksiran autentik - dinilai berdasarkan tingkah laku sebenar
    • penilaian hasil pembelajaran - tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai diharapkan dapat dikuasai seseorang
    • penilaian sebagai penanda aras - proses pengukuran ke atas hasil, proses dan prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang cemerlang
    • penilaian melalui pemerhatian - memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan
  • kaedah penilaian pembelajaran
    • mengesan serta merta
    • mengesan kemajuan
    • mengesan pencapaian
  • kaedah penilaian kendalian sekolah
    • lisan - mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi di antara guru dengan murid
    • penulisan - melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid
    • pemerhatian - menilai aspek aspek yang sukar dikesan melalui kaedah penulisan dan lisan
  • menetapkan objektif dan penilaian pembelajaran
    • pernyataan eksplisit tentang tingkah laku murid
    • ada 3 iaitu :
      • domain psikomotor
        • tindak balas semulajadi
        • menghubungkait
        • ketepatan perlakuan
        • memanipulasi
        • meniru
      • domain afektif
        • membina perwatakan
        • mengorganisasi
        • menghargai
        • bertindak balas
        • penerimaan
      • domain kognitif
        • penilaian
        • sintesis
        • analisis
        • aplikasi
        • kefahaman
        • pengetahuan
  • contoh objektif pembelajaran
  • PSIKOMOTOR 
    • Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat melakukan kemahiran menyangga dengan teknik yang betul semasa aktiviti berpasangan, berkumpulan dan permainan kecil.
  • KOGNITIF
    • Di akhir unit pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyatakan hukum hukum sains yang terlibat semasa melakukan kemahiran menyangga
  • AFEKTIF
    • Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat memberikan kerjasama dengan berbincang, memberi idea dan menolong rakan dalam aktiviti tugasan serta menunjukkan sikap kejujuran semasa membuat penilaian 

Sunday, 9 September 2012

[i] PJPK Pendidikan Sepanjang Hayat

  • Kurikulum PJPK mencapai objektifnya melalui :
    • lakukan kemahiran asas dengan betul ikut konsep pergerakan
    • kembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor
    • kenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa pergerakan
    • kenal pasti aktiviti tingkatkan tahap kecergasan
    • ketahui kepentingan lakukan aktiviti fizikal secara berkala
    • pamerkan tanggungjawab kendiri
    • laksanakan aktiviti fizikal dalam suasana seronok
    • amalkan langkah keselamatan
    • amalkan gaya hidup sihat
  • PJPK sebagai kurikulum formal
    • jenis kurikulum formal
      • kurikulum akademik
      • kurikulum humanistik - diperoleh dari apa yang dipelajari oleh murid dari mana mana matapelajaran
      • kurikulum teknologi - berasaskan aliran sains, teknikal dan vokasional. 
      • kurikulum berbidang luas - mengkategorikan kumpulan mata pelajaran yang mempunyai banyak persamaan seperti bidang bahasa.
      • kurikulum pengembangan kognitif - menghubungkaitkan unsur pelajaran  atau pengalaman  yang diterima dimanfaatkan kepada dirinya dan juga orang lain
      • kurikulum pembangunan masyarakat - kaitan dengan sosio budaya persekitarannya
  • Konsep Teaching Games for Understanding
    • TGFU - mempunyai 4 kategori iaitu sasaran, jaring dan dinding, menghadang dan menyerang.
    • tujuan - meningkatkan pemahaman murid dalam PJ supaya dapat melahirkan murid yang aktif dan mahir dalam bidang sukan terutama permainan yang melibatkan kemahiran dan taktikal.

Saturday, 8 September 2012

[h] Polisi & Perundangan Kerajaan mengenai PJPK

  • Dasar Pembangunan Nasional
    • DPN - sebuah negara maju tahun 2020. strategi utama - mengekalkan DEB iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum.
    • aspek kritikal yang digiatkan :
      • wujudkan keseimbangan yang optimum
      • pembangunan yang seimbang
      • menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi
      • memperkukuhkan integrasi nasional
      • bangunkan masyarakat yang progresif
      • majukan sumber manusia
      • sains dan teknologi satu teras penting
      • pembangunan ekonomi berlandaskan perlindungan alam sekitar dan ekologi
  • Dasar Pendidikan Kebangsaan
    • DPK - membangunkan negara yang berbilang kaum dan status sosioekonomi melalui pendidikan. 
    • aspek kritikal yang digiatkan :
      • sistem persekolahan yang sama bagi semua
      • BM sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan
      • kurikulum dan eperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan.
    • kurikulum PJPK mempunyai beberapa strategi iaitu :
      • bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
      • kurikulum PJPK yang sama dan beroreintasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah
      • sistem peperiksaan yang sama dan seragam diwujudkan semua sekolah
      • tingkatkan mutu pendidikan keseluruhannya 
      • amalkan konsep pendemokrasian pendidikan iaitu memberi peluang semua murid untuk mengakses pendidikan secara adil.
      • beri perhatian kepada kumpulan murid yang berkeperluan khas serta sekolah yang terletak di luar bandar dan pedalaman.
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan
    • FPK - hasrat FPK melalui :
      • kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
      • rohani
      • intelek
      • jasmani
      • emosi
        • pendidikan bersepadu
        • ilmu dan kemahiran
        • bahasa
        • nilai-nilai murni
        • kurikulum dan sukatan pelajaran
        • proses pengajaran dan pembelajaran
        • diharapkan dapat mencapai hasil seperti :
          • insan yang baik
          • percaya dan patuh kepada Tuhan
          • berilmu pengetahuan
          • bertanggungjawab
          • berakhlak mulia
          • berbakti dan menyumbang kepada negara
          • sahsiah yang seimbang dan bersepadu
  • Pelan Pembangunan Pendidikan
    • Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
      • menjayakan teras misi nasional iaitu teras 2 - meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dan teras 3 - menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif
      • KPM merancang iaitu :
        • memperkembangkan potensi individu JERI
        • tingkatkan kreativiti, inovasi dan budaya ilmu
        • budayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat
        • sistem pendidikan yang lebih cekap
        • Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
        • tingkatkan martabat pendidikan Malaysia di arena antara bangsa
      • membangunkan modal insan berfokus kepada :
        • lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar dengan cara meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah
        • tingkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan
        • pupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan dengan cara melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai kemahiran hard dan soft skills
        • mantapkan program kokum dan sukan
        • mantapkan sistem pentaksiran dan penilaian
        • kukuhkan disiplin pelajar
        • mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin
        • mantapkan kurikulum dengan subjek PI, PM, PSK dan pembestarian sekolah
  • Transformasi Pendidikan
    • melalui BPK - iaitu KSSR
    • elemen dalam KSSR
      • bentuk, organisasi, kandungan, peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran, pengurusan kurikulum, bahan.
  • Akta Pendidikan 1996 lanjutan dari akta pelajaran 1961
  • indikator lain yang boleh menyebabkan sesebuah kurikulum dibentuk atau dinilai semula ialah kerana
    • kehendak masyarakat
    • faktor politik
    • faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia
    • faktor perubahan sosial
    • faktor perancang dan pelaksana kurikulum
    • faktor murid, kehendak dan keperluan masyarakat
    • faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya
    • pengaruh psikologi pendidikan

Friday, 7 September 2012

[g] Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kurikulum (PAJSK)

  • digunakan untuk mengukur, menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokum.
  • murid tahap 1 (th.1 - 3) diukur dan dinilai dalam aspek perkembangan fizikal dan kecerdasan serta penjagaan kesihatan sahaja.
  • murid tahap 2 (th.4 - 6) dan SM, diukur dan dinilai dalam aspek sukan, kokum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan
  • PAJSK dapat memberi gambaran menyeluruh tentang tahap perkembangan murid melalui
    • ketrampilan
    • inovasi
    • akhlak mulia
    • tenggungjawab
    • patriotik
    • keusahawanan
  • komponen pentaksiran aktiviti jasmani (PAJ) untuk tahap 1 dulu :
    • aktiviti jasmani
      • perkembangan fizikal
        • kecekapan kemahiran pergerakan
        • kecergasan meningkatkan kesihatan dan prestasi fizikal
        • kesukanan
      • penjagaan kesihatan
        • kesihatan fizikal
        • kesihatan mental, emosi dan sosial
        • kesihatan persekitaran

Thursday, 6 September 2012

[f] Amalan Pentaksiran dalam PJ & PK

  • tujuan penilaian :
    • mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
    • melihat perubahan pada perkembangan setiap murid
    • membuat perancangan aktiviti
    • meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan
    • mempelajari keperluan setiap murid
    • menyelesaikan sesuatu masalah
    • memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa
    • memberi laporan kepada pakar
    • menghargai hasil kerja murid
    • membuat tindakan susulan serta merta
    • kaedah penilaian
    • pemerhatian melalui :
      • rekod anekdot - penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa atau perubahan perkembangan yang signifikan berlaku pada seseorang murid.
      • rekod pensampelan masa - mencatat pemerhatian ke atas tingkah laku murid dalam satu jangka masa
      • senarai semak - mengaitkan perubahan tingkah laku murid dengan hasil pembelajaran seperti yang ditetapkan
  • matlamat utama pentaksiran ialah untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. 
  • kerangka konsep pentaksiran
    • secara tradisional - ujian bertulis, amali dan kecergasan bertujuan mengkaji serta menilai pengetahuan dan kemahiran dalam bentuk pemberian gred.
    • secara alternatif - format tersendiri untuk menguji murid pada aras yang paling rendah ke aras yang tertinggi dalam konteks pemikiran dan penaakulan SEPERTI rating scales, senarai semak, skoran rubrik, log pembelajaran, portfolio, esei, pameran, eksperimen dll
      • autentik - berbentuk tugasan menilai prestasi atau persembahan perlakuan murid secara langsung dalam konteks yang spesifik dan pada situasi sebenar. 
      • perlakuan - melibatkan perlaksanaan sesuatu aktiviti seperti melakukan tunjuk cara atau demonstrasi sesuatu kemahiran dengan tumpuan kepada menghasilkan  sesuatu produk atau membuat projek SEPERTI penulisan, esei, lisan, pameran, eksperimen, portfolio, brosur, phamplet, soal jawab berstruktur dll
  • 5 langkah membina pentaksiran PK :
    • tentukan dan kenal pasti tujuan serta objektif pentaksiran
    • pilih teknik pentaksiran yang sesuai
    • bina carta rubrik dan data skor melalui sistem point atau nilai bernombor, senarai semak, skala kadar analitik atau rubrik umum
    • melaksanakan pentaksiran dan laporan skor pencapaian tugasan 
    • menilai dan memurnikan teknik pentaksiran 
  • 9 aspek pentik dalam membuat analisis tugasan :
    • bentuk simulasi yang menggambarkan prestasi keseluruhannya
    • tetapkan unsur tugasan yang relevan kepada kualiti prestasi seperti kepantasan, ketepatan, bilangan dan kesungguhan ralat prosedur, ralat dalam arahan, perbezaan dalam pemilihan alat atau perkakasan, usaha yang ekonomi, masa
    • memilih unsur untuk pemerhatian
    • membina kriteria dalam piawaian
    • menilai unsur unsur berkenaan 
    • membentuk program latihan
    • memilih unsur yang memerlukan masa dan perbelanjaan yang minimum
    • menggunakan pentaksiran untuk memurnikan pentaksiran dan memperbaiki kurikulum
    • memberikan maklum balas 

Wednesday, 5 September 2012

[e] Model Kontemporari Kurikulum Standard dalam PK

  • Tujuan PK :
    • Memberi kesedaran mengenai kesihatan adalah penting
    • mempertahankan amalan yang menjamin keselesaan dalam kehidupan seharian
    • gunakan perkhidmatan kesihatan yang ada dengan betul
    • mempertingkatkan status kesihatan dalam lingkungan persekitaran mereka
  • Matlamat PK :
    • peka terhadap kesihatan
    • menyampaikan pengetahuan
    • menimbulkan kesedaran
    • mengubah sikap
    • membuat keputusan
    • mengubah tingkah laku
    • mengubah status sosial
  • kurikulum kesihatan terdiri dari :
    • pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial
    • pemakanan
    • pertolongan cemas
  • kurikulum PK dalam KSSR ada 3 modul :
    • modul 1 : kesihatan fizikal
    • modul 2 : kesihatan mental, emosi dan sosial
    • modul 3 : kesihatan persekitaran 
  • pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial ialah mengenai  :
    • pengetahuan dari aspek biologikal sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan
    • merangkumi :
      • kesihatan diri dan reproduktif - akhil baligh dan penjagaan kesihatan reproduktif
      • penyalahgunaan bahan - rokok, dadah, inhalan, alkohol dll
      • kemahiran pengurusan mental dan emosi - konflik dan stress dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat
      • kekeluargaan - institusi perkahwinan
      • perhubungan - kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan
      • pencegahan penyakit - penyakit berjangkit, genetik, keturunan dan mental
      • keselamatan - di rumah, sekolah, taman permainan dll
  • P&P PK melalui :
    • pendekatan bersepadu
    • peningkatan pemikiran
    • pelbagai pendekatan
    • pemupukan nilai murni
    • menyediakan peluang
    • pengalaman pembelajaran
    • penggunaan ict
  • sedikit latar belakang perubahan kurikulum sekolah rendah di Malaysia
    • 1983 - kurikulum baru sekolah rendah
    • 1993 - kurikulum bersepadu sekolah rendah (kbsr)
    • 2003 - kbsr (semakan)
    • 2011 - kssr
  • bentuk kurikulum transformasi :
    • insan seimbang ke arah pemikiran kritis dan kreatif dan inovatif :
      • komunikasi - penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi
      • kerohanian, sikap dan nilai - penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai
      • kemanusiaan - penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. penghayatan semangan patriotisme dan perpaduan
      • ketrampilan diri - pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
      • perkembangan fizikal dan estetika - perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri. pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan aspresiasi
      • sains & teknologi - penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik. penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik. penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Tuesday, 4 September 2012

[d] Model Kontemporari Kurikulum Standard dalam PJ

  • Tujuan PJ :
    • mengembang dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal
    • berkebolehan mengurus diri dan mendapat kemahiran fizikal
    • mencapai standard sosial dan konsep etika
    • kuasai amalan keselamatan dan kesedaran berkeaitan keselamatan bagi diri dan orang lain
    • reakreasi
    • imje dan konsep kendiri
    • nilai pribadi
  • objektif PJ :
    • meningkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor
    • menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri
    • melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
    • mengaplikasi pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa sertai kegiatan fizikal
    • membuat keputusan bijak dalam kehidupan
    • membentuk sahsiah dan disiplin diri
  • Fokus KSSR dalam PJ :
    • asas pergerakan dan kemahiran motor
    • mengenali konsep kecergasan berdasarkan kesihatan
    • keselamatan
    • interaksi sosial
    • tanggungjawab kendiri
  • 5 aspek dalam PJ :
    • MODUL 1 - KEMAHIRAN
      • aspek 1 : kemahiran pergerakan
      • aspek 2 : aplikasi pengetahuan dalam pergerakan
      • aspek 5 : kesukanan
    • MODUL 2 - KECERGASAN
      • aspek 3 : kecergasan meningkatkan kesihatan
      • aspek 4 : aplikasi pengetahuan dalam meningkatkan kecergasan
      • aspek 5 : kesukanan

Monday, 3 September 2012

[c] Kurikulum Lama & Kurikulum Baru Satu Konsep Pemikiran

  • Sejarah KBSR
    • FPK dulu dipanggil Falsafah Pendidikan, KBSR mula dilancarkan pada 1983
    • penegasan 3M 
    • antara objektifnya
      • menghargai  BM sebagai bahasa kebangsaan
      • menguasai kemahiran asas bahasa
      • pembinaan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai kemanusiaan dan kerohanian yang berlandaskan Rukun Negara
      • dapat bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi
      • murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan, kefahaman, minat serta peka terhadap manusia dan alam sekitar. 
    • 3 bidang
      • komunikasi
        • BM< BC<BT<BI<M3
      • kemanusaiaan
        • PI>PM>SC>KT
      • perkembangan diri individu
        • MZ>PS>PJ>PK>KH
    • memastikan perkembangan pelajar secara menyeluruh JERI
    • prinsip KBSR :
      • pendekatan bersepadu
      • perkembangan individu secara menyeluruh
      • pendidikan yang sama untuk semua murid
      • pendidikan seumur hidup
    • fokus tahap 1 :
      • kemahiran berbahasa
      • penguasaan nombor dan operasi asas mengira
      • mengenal huruf serta membaca, menghafaz dan menghayati ayat Al-Quran
      • Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat
    • fokus tahap 2 :
      • semua yang ada di tahap 1 akan diberi pengukuhan lagi.
    • perbandingan kurikulum lama dengan kurikulum baru 
  • KSSR
    • Mengapa standard? memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan.
    • diperkenalkan 2011
  • KSSR PJPK
    • antara matlamatnya :
      • melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan
      • mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor
      • mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan
      • mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan
      • mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala
      • mempamerkan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat
      • mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal
      • mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.
    • kandungan kurikulum PJ Tahun 1
      • Aspek 1 : Kemahiran pergerakan
      • Aspek 2 : Aplikasi pengetahuan dalam pergerakan
      • Aspek 3 : Kecergasan meningkatkan kesihatan
      • Aspek 4 : Aplikasi pengetahuan dalam meningkatkan kecergasan
      • Aspek 5 : Kesukanan
    • kandungan kurikulum PK Tahun 1
      • Modul 1 : Kesihatan fizikal
      • Modul 2 : Kesihatan mental, emosi dan sosial
      • Modul 3 : Kesihatan persekitaran

Sunday, 2 September 2012

[b] Isu Pelaksanaan Kurikulum PJK

  • PJ - proses capai tahap kemahiran dan kecergasan fizikal
  • PK - proses belajar mengenai kesihatan dan cara meningkatkan kesihatan diri
  • SUKAN - aktiviti fizikal yang diurus melalui sistem peraturan secara formal atau tidak formal
  • SAINS SUKAN - analisis saintifik mengenai pergerakan tubuh badan manusia dll
  • Kepentingan PJK :
    • fizikal - meningkatkan tahap kecergasan diri
    • kognitif - keupayaan membentuk perkembangan minda sihat serta membantu individu untuk berfikir secara lebih rasional terhadap kepentingan memiliki gaya hidup sihat dan cergas
    • afektif - mempelajari nilai kerjasama, semangat berpasukan, semangat kesukanan, mengajar diri menerima kekalahan dan kekecewaan, merasa kegembiraan dan kepuasan. 
  • konsep penting berkaitan dengan PJK
    • gaya hidup yang aktif - menyumbang ke arah kesejahteraan fizikal, mental dan sosial dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan senaman secara kerap sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu.

Saturday, 1 September 2012

[a] Transformasi Kurikulum

  • merupakan kurikulum kebangsaan berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan 
  • ciri : 
    • bersifat futuristik, fleksibel, dinamik, responsif, holistik, bersepadu
    • berkonsepkan "the personhood", fokus kepada pendekatan humanistik
    • relevan dan koheran dengan keadaan semasa mengikut aliran pembanganan dan kemajuan teknologi
    • mengandungi elemen kemahiran berfikir kreatif, kritis dan inovatif serta berkebolehan menyelesaikan masalah berdaya saing
    • menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
  • struktur :
    • tujuan - cara mencapai tujuan
    • kandungan - digubal berdasarkan mata pelajaran
    • kaedah - meneruskan pembelajaran secara akses kendiri
    • sumber dan maklumat  - melibatkan sumber dengan teknologi maklumat
    • penilaian - penilaian formatif dan sumatif
  • TRANSFORMASI KURIKULUM PENDIDIKAN
    • kurikulum transformasi sekolah rendah
      • konsep - berteraskan FPK dan prinsip KBSR
      • memenuhi hasrat pendidikan
      • pemupukan pelajar seimbang
      • rangka rancangan jangka panjang
      • memupuk pelajar sebagai global player
      • wujudkan konsep pekerja berilmu
      • kuasai kemahiran ICT
      • warganegara yang bertanggungjawab
    • bentuk kurikulum transformasi
      • komunikasi - gabungjalin kemahiran bahasa
      • sains dan teknologi 
      • matematik
      • fizikal dan estetika - PJK
      • pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi
      • kerohanian, sikap dan nilai
      • kemanusiaan
      • semangat patriotisme dan perpaduan
      • ketrampilan diri
    • kemahiran nilai tambah / elemen merentas kurikulum
      • kreativiti dan inovasi
      • keusahawanan
      • teknologi maklumat dan komunikasi
    • KSSR
      • kurikulum yang berasaskan standard
      • bahan :
        • dokumen - standard kandungan dan pembelajaran
        • buku tek pendekatan modular
        • bahang sokongan
      • organisasi tahap 1 
        • 3 modul 
          • modul asas teras - BM, BI, PI, PM, M3, PJK
          • modul asas tema - DST, MALAYSIA NEGARAKU, DSV, DM
          • modul asas elektif - TAMIL, CINA, ARAB, KADAZANDUSUN
      • Pentaksiran :
        • secara berterusan
  • CABARAN ?
    • pentadbir harus menjayakan  transformasi dan pembaharuan pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. 
    • paradigma guru - sikap dan pemikiran guru harus berubah
    • persekitaran pembelajaran - bahan pembelajaran hendaklah mencukupi
    • penilaian - dinilai dari semua aspek, mengikut keupayaan murid dari segi kebolehan dan kecerdasan.