Monday, 8 April 2013

8/ Ayat Majmuk

  • berbentuk cantuman beberapa ayat tunggal. ada 3 jenis
  • ayat majmuk gabungan
    • gabungan dua ayat dengan menggunakan kata hubung 
    • dan, serta, atau, lalu, kemudian, lantas, terus, malahan, tambahan pula, sambil, seraya, tetapi, namun, melainkan dll
  • ayat majmuk pancangan - terdiri dari 1 ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan kepada ayat induk atau ayat kecil ini menjadi sebahagian dari ayat induk.
    • ayat majmuk pancangan relatif - ayatnya mesti ada ditandai perkataan 'yang'
      • perluasan subjek
      • perluasan predikat
      • perluasan keterangan
    • ayat majmuk pancangan komplemen -  ada perkataan bahawa, untuk dll
      • klausa komponen dipancangkan kepada klausa utama
      • ayat komplemen frasa nama
      • ayat komplemen frasa kerja
      • ayat komplemen frasa adjektif
    • ayat majmuk pancangan keterangan
      • ayat induk, ayat kecil dipancangkan menjadi ayat induk. 9 jenis keterangan seperti :
      • musabab - kerana, lantaran, oleh sebab
      • akibat - hingga, sehingga
      • syarat - sekiranya, andai kata, jika, jikalau, kalau
      • waktu - sejak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala, ketika
      • pertentangan - biarpun, walaupun, meskipun, kendatipun, sekalipun, sedangkan
      • harapan - supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau
      • cara - dengan
      • tujuan - untuk, demi, bagi
      • perbandingan - seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, bagai, ibarat
  • ayat majmuk campuran - ayat panjang, ayat tunggal dengan ayat majmuk, deretan beberapa jenis ayat majmuk. 

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.