Tuesday, 2 April 2013

2/ Frasa Nama

  • frasa yang mempunyai kata inti / kata utama iaitu kata nama
  • ditambah dengan unsur penerang
  • binaan inti + penerang
    • inti + penerang nama
    • inti + penerang bukan nama
  • binaan inti + inti
    • tidak mempunyai penerang
    • keseluruhan berunsurkan inti
  • susunan frasa nama
    • hukum D-M (diterangkan - menerangkan)
      • diterangkan biasanya kata nama
      • menerangkan biasanya kata nama, kerja, adjektif, sendi nama
      • contoh kilang - papan, rumah - penghulu
    • kekecualian D-M
      • kata nama khas dan jawatan
        • contoh perdana - menteri (menerangkan - diterangkan)
      • kata nama bilangan dan penjodoh bilangan
        • contoh sekawan - burung
      • kata panggilan
        • contoh Puan - Salbanun
  • fungsi frasa nama sebagai
    • subjek
    • predikat
    • objek
    • pelengkap
    • penerang
    • unsur dalam binaan frasa sendi nama

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.