Sunday 7 October 2012

7/ Kinetik Pergerakan Manusia

  • berkait dengan daya
  • mekanik dan biomekanik - mengkaji gerakan objek dan daya
    • mekanik jasad tegar - menganalisis objek seperti sistem rangka
    • mekanik jasad boleh ubah bentuk 
    • mekanik bendalir
  • daya
    • dikenakan oleh sesuatu objek ke atas objek yang lain
    • wujud secara berpasangan
    • menyebabkan sesuatu objek untuk mula bergerak, berhenti, menambah kelajuran, memperlahankan gerakan, mengubah arah.
  • klasifikasi daya - 2 kategori iaitu daya sentuhan dan daya hasil daripada tindakan dari jauh
    • daya sentuhan - dihasilkan daripada interaksi dua objek yang dianggap bersentuhan secara fizikal di antara satu sama lain
    • daya tindakan dari jauh - dihasilkan  daripada interaksi dua objek yang tidak bersentuhan secara fizikal SEPERTI daya graviti, daya elektrik dan daya magnet.
  • unit mekanik - skala dan vektor
    • skala - menerangkan kuantiti dalam satu dimensi, hanya satu nombor diperlukan SEPERTI suhu, masa, jisim, tenaga, kerja, kuasa dan lokasi pada sesuatu garisan
    • vektor - menerangkan kuantiti pelbagai dimensi SEPERTI lokasi pada satah, lokasi dalam ruang, halaju, pecutan dan daya
  • prinsip bagi aplikasi biomekanik
    • prinsip daya-gerakan - berasaskan 3 hukum newton
    • prinsip daya-masa - hayunan lebih panjang dalam boling
  • inersia - sifat semua objek yang menentang perubahan kepada gerakan objek.
  • julat gerakan - keseluruhan gerakan yang digunakan dalam sesuatu pergerakan
  • imbangan - mengawal kedudukan tubuh secara relatif kepada tapak sokongan
  • kontinum kordinasi - organisasi di antara tindakan serentak dan berurutan
  • interaksi tembereng - pemindahan tenaga menerusi segmen-segmen jasad dan sendi pada jasad tegar yang saling berhubungan

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.