Tuesday 2 October 2012

2/ Tisu Perantara

  • tisu terdiri dari sel yang bergabung dengan sel sel lain untuk bekerja sebagai satu kumpulan untuk melaksanakan tugas yang khusus. 
  • 4 jenis tisu tubuh :
    • tisu epitelium - melitupi permukaan tubuh, lapisi rongga tubuh, organ lompang dan duktus dan bentuk kelenjar
    • tisu perantara atau tisu penghubung - melindungi dan menyokong tubuh dan organ dalaman, menyatukan organ, menyimpan rizab tenaga dalam bentuk lemak serta keimunan
    • tisu otot - hasilkan daya fizikal untuk gerakkan struktur tubuh
    • tisu saraf - mengesan perubahan dalam dan luaran tubuh
  • matriks ekstrasel tisu perantara - bersifat bendalir, gel atau bahan dasar pepejal bersama serat protein. 
    • bahan dasar - komponen tisu perantara di antara sel dan serat.
    • serat - menguat dan menyokong tisu perantara seperti serat kolagen yang kuat dan rintang terhadap daya tarikan. dan serat elastik terbina dari molekul protein yang dikenali sebagai fibrilin. fibrilin mensatbilkan serat elastik yang boleh diregang.
  • tisu perantara areolar - tisu perantara kendur yang tersebar luas pada tubuh. mengandungi jenis sel fibroblas, makrofaj, sel plasma, sel mast, adiposit dan beberapa sel darah putih. 
  • tisu adiposa - tisu perantara kendur juga terdiri dari sel adiposit sebagai stor simpanan bagi trigliserida. 
    • berperanan sebagai penebat haba, stor bagi rizab tenaga dan menyokong serta melindungi organ dalaman tubuh.
  • tisu perantara padat teratur - mempunyai berkas fiber kolagen yang tersusun secara selari di dalamnya. contoh struktur seperti tendon dan ligamen
  • tisu perantara padat tidak teratur - serat kolagen yang disusun secara tidak teratur tetapi lebih padat berbanding dengan tisu perantara kendur. struktur seperti injap jantung, perikondrium (membran yang melitupi rawan) dan periosteum (sarung di sekeliling tulang)
  • rawan -  jaringan padat serat kolagen atau serat elastik yang tertanam di dalam kondroitin sulfat.
    • boleh bertahan lebih banyak stress
    • tidak mempunyai salur darah atau saraf
    • 3 jenis rawan :
      • rawan hialin -  paling banyak pada tubuh. terkandung gel resilien dan tahan lasak. mengurangkan geseran dan menyerap hentakan di sendi
      • rawan berserat - susunannya berselerak. lebih kuat dan tegar.
      • rawan elastik - kuat dan kenyal. berperanan mengekalkan bentuk struktur tertentu seperti telinga dan epiglottis.
  • membran sinovium - lembaran lebar tisu yang boleh lentur yang dilitupi sebahagian dari tubuh. 
    • melapisi rongga setengah daripada sendi pada tubuh. 
    • terdiri dari tisu perantara areolar dan tisu adiposa dengan serat kolagen
    • merembeskan bendalir sinovia
    • melincirkan hujung tulang yang bergerak di sendi
    • membekalkan nutrien kepada rawan artikular
  1. tisu epithelium berfungsi sebagai
    1. membentuk kelenjar
    2. melitupi permukaan tubuh
    3. melapisi rongga tubuh, organ lompang dan duktus
      • melindungi dan menyokong BUKAN funsgi tisu epithelium. 
  2. tisu saraf berperanan untuk mengesan perubahan dalaman dan luaran tubuh.
  3. pepejal bukan sifat matriks ekstrasel
  4. peranan serat di dalam matriks ekstrasel ialah menguatkan dan menyokong tisu perantara
  5. sel darah merah tidak terdapat di dalam tisu perantara aerolar
  6. tisu adiposa adalah tisu perantara kendur
  7. tendon dan ligamen adalah tisu perantara padat teratur
  8. teling mengandungi rawan elastik
  9. rawan lambat untuk dibaik pulih selepas mengalami kecederaan kerana tidak mempunyai salur darah atau saraf
  10. membran sinovium yang merembeskan bendalir sinovia.

3 comments:

  1. terima kasih banyak2 cikgu.... banyak membantu saya dalam menyiapkan buku skrap.... moga cikgu sekeluarga bahagia selalu... mohon dicopy...

    ReplyDelete
  2. saya tak fham mna lah tntg tisu perantara... boleh cikgu pertetrangkan..

    ReplyDelete
  3. mohon untuk dicopy..... moga jasa baik cikgu berkongsi ilmu dibalas....

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.