Friday, 5 October 2012

5/ Sistem Otot

  • terdiri dari otot rangka, otot licin, otot kardium. 
  • otot kardium - otot dinding jantung, mengepam darah menerusi salur darah ke seluruh tubuh 
  • otot kardium dan otot licin - otot involuntari atau luar kawal. tidak dapat mengawal tindakan otot ini. 
  • otot rangka - otot yang paling banyak pada tubuh. 650 otot. 
  • 4 sifat tisu otot 
    • kebolehujaan - bergerak balas terhadap rangsangan
    • kebolehkuncupan 
    • kebolehpanjangan
    • kekenyalan - bentuk asal selepas diregang
  • fungsi otot rangka
    • menghasilkan pergerakan tubuh
    • mengekalkan postur dan kedudukan tubuh
    • menyokong tisu lembut tubuh
    • menjaga laluan masuk dan keluar salur pencernaan dan urinari
    • mengekalkan suhu tubuh
  • anatomi otot rangka
    • organisasi tisu perantara pada otot
  • anatomi serat otot rangka
    • setiap serat rangka dilitupi membran dipanggil sarkolema.
  • epimisium melitupi keseluruhan otot
  • perimisium melitupi fasikel atau berkas serat otot sementara setiap serat otot rangka di dalam fasikel dilitup endomisium
  • tubul melintang membawa depolarisasi yang membebaskan kalsium yang tersimpan dalam sisterna terminal pada retikulum sarkoplasma
  • pada setiap serat otot terdapat miofibril yang terdiri daripada filamen aktin dan filamen miosin. kedua dua filamen ini berperanan dalam penguncupan dan pengenduran otot
  • sarkomer merupakan unit kontraktil bagi otot. pemendekkan setiap sarkomer ini menyebabkan otot memendek secara keseluruhannya dan menghasilkan daya
  • penguncupan dan pengenduran otot boleh diterangkan menerusi teori pelongsoran filamen
  • penguncupan otot berlaku secara konsentrik, eksentrik, isometrik dan isotonik
  • serat otot rangka terdiri daripada 3 jenis - serat oksidatif perlahan, serat oksidatif flikotik pantas dan serat glikolitik pantas
  • penggunaan serat otot yang berbeza ini dipengaruhi oleh intensiti pergerakan yang dilakukan
  • pergerakan berlaku apabila penguncupan otot akan menyebabkan satu tulang bergerak ke arah tulang yang lain pada sendi atau kembali kepada kedudukan asal
  • hujung otot yang melekat pada sesuatu bahagian tulang yang tidak bergerak dikenali sebagai punca atau pelekatan proksimal sementara hujung otot yang melekat pada sesuatu bahagian tulang yang digerakkan dikenali sebagai selitan atau pelekatan distal.
  • otot boleh berperanan sebagai agonis, antagonis, sinergis dan penetap dalam menghasilkan sesuatu pergerakan.
  1. kefleksibelan bukan sifat otot.
  2. tisu perantara paling luar yang melitupi otot rangka adalah epimisium

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.