Thursday 4 October 2012

4/ Sistem Sendi

  • pertemuan di antara dua tatu lebih tulang. di antara rawan dan tulang atau di antara gigi dengan tulang.
  • 3 jenis sendi :
    • sendi berserat - tidak mempunyai rongga sinovial. tulang sendi dihubungkan oleh tisu perantara atau tisu penghubung padat tak teratur.
      • 3 jenis sendi berserat - sutur, sindesmosis, membran interos. sutur di tengkorak. sindesmosis digerakkan secara terbatas. membran interos lembaran nipis tisu perantara yang menghubungkan tulang panjang.
    • sendi berawan - sendi tidak berongga sinovial dan tulang sendi dihubungkan oleh rawan
      • sedikit pergerakan.  2 jenis sendi ini iaitu sinkondrosis tulang sendi dihubungkan oleh rawan hialin. simfisis pula tulang sendi mempunyai rawan artikular dan dihubungkan oleh rawan berserat
    • sendi sinovial - terdapat rongga sinovial di antara tulang sendi. dihubungkan oleh tisu perantara atau tisu penghubung padat tak teratur dan juga oleh ligamen
      • lebih banyak pergerakan. mempunyai ciri seperti rongga sinovial, kapsul artikular, rawan artikular. mempunyai struktur meniskus, pad lemak artikular, ligamen aksesori, tendon, bursa.
  • fungsi sendi :
    • sinartrosis - sendi yang tidak membenarkan sebarang pergerakan padanya
    • amfiartrosis - sendi yang membenarkan sedikit pergerakan padanya
    • diartrosis - sendi yang membolehkan pergerakan yang agak meluas
  • jenis sendi sinovial - ada 7 jenis iaitu sendi gesel, engsel, pangsi, kondil, pelana, lesung, kompaun. kestabilan dan pergerakan pada sendi ini dipengaruhi oleh :
    • bentuk permukaan tulang yang bertemu untuk membentuk sendi
    • kapsul artikular dan kekenyalan ligamen yang menhubungkan tulang sendi
    • ton otot yang diselitkan pada tulang sendi
    • tarikan graviti.
  • pergerakan pada sendi sinovial dikategorikan kepada
    • melongsor - contoh lompat bintang. permukaan pipih klavikel dan akromion skapula saling melongsor.
    • pergerakan angular - pergerakan utama seperti fleksi, ekstensi, ekstensi hiper, abduksi, aduksi dan sirkumduksi. 
    • putaran - melibatkan tulang berputar pada paksi membujur tulang. contoh menggelengkan kepala.
    • pergerakan khas - berlaku di sendi tertentu sahaja seperti :
      • elevasi - menutup mulut (menaikkan mandibel) selepas membukanya
      • depresi - membuka mulut (menurunkan mandibel)
      • protraksi - memuncungkan bibir
      • retraksi - mengeritkan gigi
      • inversi - halakan tapak kaki ke arah medial tubuh
      • eversi - menghalakan tapak kaki ke arah lateral tubuh
      • pendorsifleksan - berdiri di atas tumit
      • fleksi plantar - berdiri di atas jari kaki
      • supinasi - menghulurkan tangan untuk menerima sesuatu benda
      • pronasi - meletak tapak tangan di atas meja
      • oposisi - menyentuh hujung jari-jari lain pada sebelah tangan yang sama
  1. menggelengkan kepala adalah pergerakan jenis putaran
  2. eversi adalah pergerakan yang tidak boleh dilakukan pada mandibel.
  3. fungsi bendalir sinovial ialah melincirkan sendi, menyingkirkan bahan sisa metabolik dan mengurangkan geseran di antara tulang
  4. sendi berserat mempunyai tisu perantara berserat tetapi tiada rongga sinovial.
  5. permukaan tulang tulang sendi ini dilitupi rawan berserat
  6. peranan bursa pada sendi sinovial ialah mengurangkan geseran di antara tulang tulang sendi
  7. sendi bahu adalah sendi jenis lesung
  8. sirkumduksi boleh dilakukan di sendi kondil
  9. elevasi adalah bukan berupa pergerakan angular
  10. perbuatan menguap adalah pergerakan jenis depresi

5 comments:

  1. Sangat bagus dan banyak membantu saya dalam tugasan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Sangat bagus dan banyak membantu saya dalam tugasan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak2 bos!

    ReplyDelete
  4. gua tabik lu....senang gua bereskan assg...tq

    ReplyDelete
  5. Waa , trima kasi cigu . Ini dpt mbantu saya dlam Assigment Sains Sukan . tq !

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.