Thursday, 10 May 2012

1/ Pengenalan Semantik

  • Bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. 
  • Bahagian yang menyelidiki panduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta isinya.
Hakikat bermakna :
  • makna dan simbol 
  • pemberian makna kepada setiap simbol
  • abstrak dan konkrit
Ketaksaan 
  • sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkatan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan mahupun ujaran.
Jenis ketaksaan makna
  • kekaburan rujukan - contoh hutan dan belukar. maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. hutan lebih besar dari belukar.
  • ketidakpastian makna - makna item jelas kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa inggeris.
  • kurang ketentuan pada makna item - pengertian makna tidak jelas. secara umum sahaja. contoh: dia pergi ke taman.
  • pertentangan pada penentuan makna item - makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan. 
faktor berlakunya ketaksaan makna
  • berlaku akibat hubngan makna dengan alam.
  • ketaksaan leksikel (homonim, polisemi)
  • contoh : di rumah Pak Zulnizam ada jambangan-jambangan bunga yang sedang mekar. terdapat kekaburan  mengenai bunga (sama ada bunga betul atau anak gadis)
cara mengatasi ketaksaan makna
  • konteks - penggunaan ayat dan konteks penggunaannya.

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.