Friday, 25 May 2012

{1} Definisi dan konsep pendidikan khas

  • perkhidmatan yang memenuhi keperluan kanak kanak khas
  • falsafah - satu usaha berterusan melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan FPN
  • pelbagai model 
    • model sosial
    • model perubatan
  • kolaborasi kumpulan untuk membentuk disiplin kanak kanak
    • ibubapa
    • pakar perubatan - pediatrik, neurologi, terapi pertuturan, terapi fizikal, audiologi, oftomologi
    • pihak sekolah
    • jabatan kebajikan masyarakat

Thursday, 24 May 2012

{2} Sejarah perkembangan pendidikan khas

  • 3 peringkat perkembangan sejarahnya
    • dari awal sehingga akhir 1947
    • dari 1948 hingga 1980
    • dari 1981 hingga kini
  • perkembangan sejarah mengikut kategori
    • bermasalah penglihatan - 1926
    • bermasalah pendengaran - 1954
    • bermasalah pembelajaran - 1988
    • terencat akal - 1955
    • percantuman / inklusif - 1962
  • perkembangan pendidikan khas luar negara seperti UK dan USA serta pengenalan pelbagai akta memberi ruang dan melindungi hak untuk murid berkeperluan khas mendapat kemudahan pendidikan dan mendapat bantuan kewangan.

Wednesday, 23 May 2012

{3} Punca dan pencegahan

  • punca - risiko biologi dan risiko persekitaran
  • punca kecacatan berbeza ikut kategori keperluan khas
  • faktor sebelum, semasa, selepas kelahiran berlaku pada semua kategori keperluan khas
  • langkah pencegahan dari pihak ibu bapa dan keluarga boleh mengelakkan berlaku kecacatan yang lebih teruk
  • intervensi awal adalah langkah pencegahan awal yang penting  dalam merancang strategi pemulihan murid berkeperluan khas
  • libatkan pasukan pelbagai disiplin boleh membantu pengesanan dan pencegahan awal.

Tuesday, 22 May 2012

{4} Bermasalah pembelajaran, komunikasi dan tingkahlaku

  • kesukaran dalam pembelajaran disebabkan keupayaan fizikal yang terhad 
  • jenis masalah - oral language/percakapan, reading/membaca, writing/menulis, arithmetic/pengiraan.
  • punca - 
    • acquired trauma/kecederaan di tengah sistem nervous
    • faktor keturunan
    • faktor persekitaran
    • biochemical abnormalities - melibatkan sel sel
  • ciri-ciri
    • hiperaktif - aktiviti motor melampau/sangat aktif
    • attention dificit
    • motor deficits - koordinasi secara umum
    • perceptual motor deficit - kesukaran dalam mencantumkan rangsangan 
    • language deficits - lambat dalam pertuturan
    • impulsivity - kekurangan dalam tingkahlaku
    • cognitif deficits - lemah dalam memori
    • orientation deficits - spatial yang lemah
    • specific learning difficulties - masalah membaca, menulis, mengira 
  • strategi -
    • strategi pengajaran
    • pengesanan awal
    • intervensi awal

Monday, 21 May 2012

{5} Bermasalah penglihatan

  • jenis - buta, rabun warna/ low vision
  • punca - 
    • refractive disorder - ketaksekataan dalam bentuk bola mata
    • ocular motility - gangguan gerak mata
    • eye pathologies - rosak satu atau lebih struktur mata
    • albinism - pigmen tiada dari semua bahagian badan, termasuk retina
    • katarak - kanta mata berselaput dan rabun
    • diabetic retinopathy - tekanan cecair yang tinggi dalam bola mata
    • age related mascular degeneration / AMD - mata rosak
  • ciri -
    • fizikal
    • intelek
    • kesihatan
    • kecacatan genetik dan tingkahlaku 
  • strategi -
    • menggunakan kanta pembesar
    • cermin mata berkuasa tinggi
    • cermin mata dekat dan bifokal

Sunday, 20 May 2012

{6} Bermasalah Pendengaran

  • pekak 
  • anatomi -
    • telinga luar
    • telinga tengah 
    • telinga dalam 
  • jenis kehilangan pendengaran
    • konduktif - masih boleh dengar tapi tidak jelas. boleh dipulihkan melalui pembedahan
    • sensorineural - telinga rosak / laluan saraf pendengaran ke otak. pendengaran kurang jelas
    • campuran - dua dua ada iaitu konduktif dan sensorineural
  • pendekatan pengajaran -
    • komunikasi seluruh
    • bahasa isyarat - isyarat natif (semula jadi), isyarat amerika (ASL), komunikasi menyeluruh kod tangan bahasa melayu (KTBM)
    • ejaan jari
    • pertuturan kiu - bahasa pertuturan diiringi dengan kiu tangan
    • bacaan bibir - menggunakan bibir
    • auditori verbal - melalui penggunaan alat bantuan pendengaran dengan deria sentuh

Saturday, 19 May 2012

{7} Hiperaktif (ADHD)

  • attention deficit hyperactivity disorder
  • terlalu aktif, bertindak sebelum berfikir
  • punca dan ciri -
    • keturunan
    • aktiviti kurang dan metabolisme rendah di bahagian otak
  • kategori -
    • inatesi - kurang tumpuan perhatian
    • impulsif - ikut dorongan hati
    • hiperaktif - terlalu aktif
  • rawatan 
    • diberi ubat amphetamine, ritalin, haloperidol.. tapi habis ubat kembali aktif
    • teknik pengubahsuaian kelakuan melalui pakar psikologi
    • pendekatan pembelajaran 
  • cara bimbingan
    • dapatkan perhatian dulu sebelum bercakap
    • buat satu jadual
    • suruh mereka ulang bahagian yang dipilih untuk diingati
    • benarkan mereka berehat
    • jangan galakkan permainan kasar dan tidak terkawal
    • selalu berkomunikasi dengan guru

Friday, 18 May 2012

{8} Kanak-Kanak Bermasalah Fizikal

  • penyakit disebabkan faktor genetik yang tidak normal
  • jenis - 
    • cerebral palsi - pergerakan anggota badan y ang tidak dapat dikawal sepenuhnya kerana terdapat gangguan, kecederaan atau lumpuh di dalam otak.
    • spastik - bahagian pergerakan / motor kehilangan kawalan terhadap otot otot yang boleh dikawal.
    • atetosis - bahagian yang tidak dapat dikawal seperti bahu, muka, kaki, tangan dan lengan
    • ataksia - kerosakan pada bahagian serebelum otak.
  • ciri ciri kecacatan fizikal
    • fizikal
    • intelektual
    • kesihatan
    • tingkah laku
    • perkembangan sosial
    • pendidikan
  • rawatan dan pemulihan  yang melibatkan kerjasama antara ibubapa, guru dan individu kecacatan fizikal sangat membantu meningkatkan keupayaan mereka dalam komuniti

Thursday, 17 May 2012

{9} Kanak-Kanak Pelbagai Kecacatan

  • mempunyai 2 atau lebih kecacatan seperti mental dan buta DLL
  • deafblindness - kombinasi buta dan pekak
    • diperolehi selepas kelahiran
    • kongenital (sejak dilahirkan)
  • masalah pendidikan yang dihadapi
    • kebolehan membaca dan menulis
    • bahasa lisan
    • matematik
  • pendidikan yang disarankan
    • kurikulum secara individu dan bermakna - bersesuaian dengan minat, matlamat peribadi, tahap untuk mencapainya
    • membuat kurikulum teras yang bermakna 
    • pendekatan pendidikan kolaborasi (kerjasama) -  bersama family
    • penglibatan keluarga yang aktif

Wednesday, 16 May 2012

{10} Kanak-Kanak Pintar Cerdas

  • memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan
  • darjah kecerdasan yang luar biasa
  • punca dan ciri - 
    • persekitaran - keluarga dan sekolah aktif
    • biologikal - komponen genetik, ingatan yang kuat
  • masalah pendidikan pintar cerdas
    • program PERMATA Pintar
  • Jenis Penilaian - 
    • Ujian Kecerdasan Stanford-Binet - soalan berfokus kepada persekolahan seperti perhatian, memori dan kemahiran menyelesaikan masalah
    • Ujian Kecerdasan Wechsler - kecerdasan melibatkan angka mengikut perbezaan kebolehan mental setiap individu
    • Raven's Progressive Matrices - ujian pelbagai pilihan abstrak
    • Ujian PERMATA Pintar UKM - ujian IQ 
      • bahagian 1 setara dengan ujian raven
      • bahagian 2 setara dengan ujian WISC-IV. 15 bahagian
      • bahagian 3 setara dengan ujian stanford-binet. 4 aspek penaakulan lisan, penaakulan kuantitatif, penaakulan abstrak dan visual serta daya ingatan sementara
  • seorang anak yang pintar cerdas tidak akan menjadi biasa kalau diabaikan, sebaliknya dia akan menghadapi masalah sosio emosi yang serius jika keperluan inteleknya tidak dipenuhi. menjadikan seorang anak yang pintar cerdas kepada normal tidak lain daripada menjadikan seorang anak yang biasa kepada pintar cerdas

Tuesday, 15 May 2012

[1] Teori kreativiti dan pemikiran kreatif

  • kreativiti - keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
  • pemikiran kreatif - kebolehan kanak-kanak untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea masing-masing
  • TEORI SIX THINKING HATS - emosi sangat penting dalam proses berfikir. pandai mengurus emosi. Memperkenalkan 6 warna 
  • TEORI PAUL TORRENCE - 7 perkara mencungkil kreativiti iaitu penyoalan, penemuan, pemerhatian, percubaan, penerokaan, memanipulasi, aktiviti
  • TEORI MULTIPLE CREATIVE TALENT - bukan semua individu dikurnia dengan bakat yang sama. 5 sifat iaitu bersifat ekspresif, penghasilan, inovatif, inventif emergen.
  • TEORI LOWENFELD STAGES OF ARITISTICS DEVELOPMENT - secara berterusan. pancaindera secara menyeluruh. 8 kategori kreatif iaitu cabaran, kelancaran, kelenturan, keaslian, pemikiran bercapah, keinginan, kompleks, makna baru. 
  • TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER - 5 tahap pemikiran kreatif iaitu peringkat rangsangan, penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula.

Monday, 14 May 2012

[2] Pendekatan dan Teori Seni

  • seni ada dua - seni visual dan seni persembahan
  • TEORI SENI KLASIK - plato, aristotle, socrates - kesejagatan, keabadian, kebenaran
  • TEORI KOSMOLOGI - alam semester. fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyat serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut.
  • TEORI SENI KONTEMPORARI - identiti, stail dan teknik tersendiri.
  • Aplikasi teori pembelajaran dalam pendidikan seni :
    • pendekatan konstruktivis - membimbing kanak kanak belajar secara mudah berdasarkan pengalaman mereka
    • teori sosial - interaksi piaget - pengetahuan kanak kanak perlu dibina melalui pengalaman
    • teori gestalt - penekanan kepada kognitif seseorang individu untuk mengenal pasti otak seseorang individu bertindak pada persepsi yang diterima menerusi deria penglihatan

Sunday, 13 May 2012

[3] Tokoh Seni dan kreativiti kanak-kanak

  • E. PAUL TORRANCE - bapa kreativiti. menggunakan penanda aras untuk mengukur tahap kreativiti kanak-kanak - torrence test of creative thinking
  • CALVIN W. TAYLOR - tidak semua kanak kanak mempunyai bakat yang sama
  • VICTOR LOWENFELD - naluri dan keinginan sangat penting dalam proses aktiviti seni kanak kanak
  • JUNE KING McFEE - seni untuk kanak kanak perlu berbentuk komunikasi.kreativiti kanak kanak adalah kemampuan mereka mencipta sesuatu yang baru.
  • CARL ROGERS - kreativiti adalah satu proses wujud apabila seseorang itu bertindak ke atas sesuatu

Saturday, 12 May 2012

[4] Estetika dan kanak-kanak

  • ESTETIKA - kesedaran dan penghayatan terhadap keindahan,asas kehidupan dan sebagai satu cara manusia menikmati keindahan dunia dan persekitaran. 
  • melibatkan perasaan
  • ESTETIKA SIKAP - spontan, kagum, gembira, ingin tahu.
  • ESTETIKA PENGALAMAN - pelbagai aktiviti seni dilaksanakan bagi membantu kanak kanak menimba pengalaman estetika
  • ESTETIKA RESPON - memberi respon dengan menyatakan pandangan dan juga perasaan mereka
  • Tindakbalas estetika terhadap karya seni kanak kanak
    • kualiti karya seni 
    • maksud pada karya seni - mesej yang ingin disampaikan menerusi seni
    • teori kecantikan - menghargai kecantikan suatu hasil seni
    • konsep relativisme - kecantikan tidak terletak pada sesuatu objek tetapi pada persepsi seseorang
    • konsep objektivis - kecantikan terletak dalam sesuatu karya, bukan pada persepsi seseorang
  • strategi membimbing kanak kanak mengapresiasi nilai estetik karya seni
    • membuat perancangan
    • menunjukkan contoh hasil seni
    • berwaspada semasa merancang aktiviti seni kreatif
    • membimbing kanak kanak membuat pemilihan bahan secara kreatif
    • mempunyai idea baru untuk membimbing kanak kanak menimba pengalaman estetik

Friday, 11 May 2012

[5] Imaginasi Kanak Kanak

  • pemikiran simbolik kanak kanak - ketika bermain
  • kreativiti adalah pemikiran imaginatif 
  • dunia kanak kanak - sebenar, hayalan lebih menjurus kepada aktiviti

Thursday, 10 May 2012

1/ Pengenalan Semantik

  • Bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. 
  • Bahagian yang menyelidiki panduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta isinya.
Hakikat bermakna :
  • makna dan simbol 
  • pemberian makna kepada setiap simbol
  • abstrak dan konkrit
Ketaksaan 
  • sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkatan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan mahupun ujaran.
Jenis ketaksaan makna
  • kekaburan rujukan - contoh hutan dan belukar. maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. hutan lebih besar dari belukar.
  • ketidakpastian makna - makna item jelas kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa inggeris.
  • kurang ketentuan pada makna item - pengertian makna tidak jelas. secara umum sahaja. contoh: dia pergi ke taman.
  • pertentangan pada penentuan makna item - makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan. 
faktor berlakunya ketaksaan makna
  • berlaku akibat hubngan makna dengan alam.
  • ketaksaan leksikel (homonim, polisemi)
  • contoh : di rumah Pak Zulnizam ada jambangan-jambangan bunga yang sedang mekar. terdapat kekaburan  mengenai bunga (sama ada bunga betul atau anak gadis)
cara mengatasi ketaksaan makna
  • konteks - penggunaan ayat dan konteks penggunaannya.

Wednesday, 9 May 2012

2/ Jenis-jenis makna

Makna Denotatif 
  • makna sebenar, makna asal, makna mutlak, makna dasar
Makna Konotatif
  • makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, sama ada positif atau negatif. contoh perkataan: wanita dan perempuan. babi dan khinzir
Makna Konseptual
  • konsep makna - menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran
Makna Leksikal
  • melibatkan leksikal, leksikofrafi, leksikologi dan leksikon
  • leksikal - bukan perkataan sesuatu bahasa. makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam ayat
  • leksikograf - penyusun kamus
  • leksikologi - kajian tentang makna dan penggunaan perkataan
  • leksikon - kamus
    • semantik leksikal - dilihat sebagai sifat kata
    • fonologi leksikal - corak nada atau intonasi sesuatu kata itu dilafazkan
    • kata kerja leksikal - perbuatan atau bukan perbuatan
Makna Etimologis
  • bidang yang mencari maklumat mengenai bahasa-bahasa yang sudah lama bagi mendapatkan maklumat secara langsung mengenai bahasa tersebut seperti tulisan untuk diketahui. 
  • prinsip etimologis - 
    • masalah bentuk dan makna 
    • menjelaskan perkembangan kata
    • merangkumi asal usul semua kata dalam sesuatu bahasa
    • pasangan kata dalam satu bahasa yang berasal dari sumber yang sama
    • memberi pengertian baru pada sesuatu kata dengan merujuk kepada kata
  •  faktor perubahan makna
    • faktor perkembahgan bahasa itu sendiri
    • faktor tanggapan penutur
    • faktor peluasan maksud
    • faktor pembatasan / penyempitan maksud
    • faktor tujuan simbolik / stilistik
Makna afektif
  • berkait dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya fikir
  • muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa 
 Makna Gramatikal
  • struktur melalui proses pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan untuk melahirkan makna gramatis
  • jenis imbuhan
    • awalan
    • akhiran
    • apitan 
    • sisipan - seperti gentar - gementar
Makna Tematik
  • apa yang dikomunikasikan / apa yang dicakap dan isi yang hendak disampaikan dalam mesej.
  • makna tematik tidak akan terhasil melalui penulisan kerana penekanan dan fokus dalam ayat tersebut tidak jelas seperti yang dicakap
 Makna Gaya
  • gaya penulisan atau perkataan yang digunakan oleh penulis dalam karya seperti novel, sajak, cerpen.
  • gaya bahasa figuratif
    • peluasan makna bagi sesuatu perkataan sehingga menimbulkan kepelbagaian makna bagi perkataan tersebut.
  • dialek
    • variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh kumpulan penutus dalam sesebuah masyarakat
  • gaya bahasa berirama
    • gaya bahasa puisi 
  • ekspresi pengarang - gaya yang tersendiri  
Makna Asosiatif
  • makna yang dimiliki sebuah leksem / kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa.
Makna Stilistik
  • perbezaan kata sehubungan dengan perbezaan sosial atau bidang tertentu.
Makna Kolokatif
  • ciri makna tertentu yang dimiliki sesuatu kata dari jumlah kata yang bersinonim, sebilangan kata tersebut hanya sesuai digunakan untuk berpadanan dengan kata tertentu.
  • kata-kata tertentu dan hanya merangkumi kata yang bersesuaian dengannya
Makna Idiom
  •  satuan bahasa (kata, frasa, kalimat)
  • maknanya tidak dapat diramalkan dari makna leksikal unsurnya mahupun makna gramatikal
Makna Peribahasa
  • pelbagai takrifan
  • bentuk bahasa yang menggunakan kalimat atau kelompok kata yang memiliki makna kias yang digunakan secara turun-temurun dalam bentuk baku.
Makna Kontekstual
  • menurut konteks
  • melihat konteks penggunaanya 
Makna Referensial
  • perkataan yang mempunyai referensi

Tuesday, 8 May 2012

3/ Peribahasa dan Simpulan Bahasa

  • Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu.
  • mempunyai kata-kata yang bertujuan menyampaikan sesuatu perkara secara halus
  • untuk pedoman hidup
  • sebagai kiasan, teladan dan pengajaran
  • cabang peribahasa :
    • simpulan bahasa
    • kiasan
    • ibarat
    • pepatah
    • perbilangan
    • bidalan tamsil
    • perumpamaan
    • lidah pendeta / kata hikmatat
  • perumpamaan - susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan dari apa yang diucapkan atau ditulis / membandingkan sesuatu dengan benda lain 
    • laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku
    • bak, bagai, umpama, laksana, seperti, ibarat dll
  • ada juga perumpamaan yang tidak menggunakan kata petunjuk 
    • bersaksi ke lutut
    • potong hidung rosak muka
  • pepatah - ringkas, berkerat-kerat / berpatah-patah, mementingkan ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran. 
    • ada sampan, hendak berenang
    • ada air adalah ikan
  • bidalan - mengandungi  nasihat, peringatan, bimbingan, teladan dll
    • jika pandai mengunting, hendaklah pandai menjahit
    • alah bisa tegal biasa
  • simpulan bahasa - dua / tiga perkataan, mempunyai makna yang berlainan sama sekali dari makna asal perkataan tersebut. 
    • anak buah
    • lipas kudung
    • ada angin

Monday, 7 May 2012

4/ Kaedah memberi makna secara tradisional

SINONIM
  • seerti / hampir sama
  • maksud ayat sama / tidak berubah sama sekali 
ANTONIM
  • maksud berlawan
  • antonim berpasangan - tanya lwn jawab, lelaki lwn perempuan
  • antonim berperingkat - putih lwn hitam, muda lwn tua, kecil lwn besar
  • antonim berhubungan - jatuh lwn bangun, pensyarah lwn pelajar, beli lwn jual
HIPONIM
  • mencakupi makna beberapa perkataan lain dalam satu  tata tingkat / hierarki
  • HIPERNIM - makna yang am. contoh : ikan
  • HIPONIM - makna yang khas contoh : ikan tenggiri
  • hiponim tulen - contoh : padi - beras - nasi
  • hiponim umum - nama umum. contoh : bunga (umum) - mawar

Sunday, 6 May 2012

5/ Pelbagai Teori Semantik

  • Semantik - mengkaji tentang makna sesuatu perkataan, frasa, ayat dan ujaran.
Segitiga Makna Odgen dan Richard
  • 3 bahagian - lambang, fikiran, benda. Saling berhubung secara langsung atau tidak langsung
  • lambang / simbol - benda, manusia, peristiwa yang melalui fikiran. Yang melibatkan perasaan, sikap, harapan, impian tidak termasuk simbol.
  • reference - 
  • referent - memenuhi satu keperluan
Segitiga Semiotik Ullman
  • 3 cabang - pragmatik, semantik, sintak
  • 6 sebab berlakunya perubahan makna - linguistik, sejarah, sosial, psikologi, menerima pengaruh luar, keperluan kata baharu.
Pemeringkatan Makna Osgood
  • ada 7 skala - mengukur makna kata dari segi ruang semantik dan ruang yang ditakrif melalui soalan kuiz
 Analisis Komponen Katz dan Fodor
  • dikenali sebagai teori analisis komponen
  • mengkaji kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan lain - struktur leksikal
  • menganalisis makna sesuatu perkataan secara terperinci
Imej bunyi / sigifier de saussure
  • melalui ikatan assiotif psikologis - bunyi  yang dihasilkan oleh seseorang dan benda-benda yang diperkatakan sebenarnya digambarkan sebagai satu entiti konsepsual melalui beberapa cara.

Saturday, 5 May 2012

6/ Analisis Komponen Makna

  • Setiap kata mempunyai satu set komponen makna. - tepat dan jelas.
  • terdiri dari leksem sendiri 
  • contoh : perkaitan hospital boleh dihuraikan sebgai mempunyai komponen berikut 
  • hospital - doktor, pesakit, jururawat, bangunan, ubat-ubatan

Friday, 4 May 2012

7/ Leksikografi dan Pengajaran Bahasa

  • Leksikografi ialah buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain yang disusun menurut abjad dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain
  • maklumat dalam kamus - entri, bentuk kata, ejaan dan ucapan, pembentukan kata

Thursday, 3 May 2012

8/ Pragmatik

  • pragmatik - menghuraikan makna berdasarkan konteks bagi pengintepretasian makna yang berbentuk abstrak yang memerlukan huraian yang lebih terperinci
  • mesti ada gabungan semantik dan pragmatik - menjelaskan makna yang memerlukan tafsiran yang mendalam.
  • dalam teori relevan - ada andaian asas

Wednesday, 2 May 2012

9/ Prinsip Retorik Tekstual

  • retorik - keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan.
  • ada kekemasan dan susunan wacana
  • menggunapakai 4 corak wacana - pemerian, pendedahan, penghujahan, penceritaan
  • lakuan lisan - laras bahasa yang mengkaji bentuk bahasa yang diwujudkan dalam pelbagai lakuan

Tuesday, 1 May 2012

10/ Lakuan Bahasa

  • ungkapan linguistik
  • wujud dalam perbualan atau wacana
  • tindakan yang wujud secara langsung ketika seseorang berkomunikasi
  • LOKUSI - lakuan pengucapan. bentuk nyata yang dituturkan
  • ILOKUSI - lakuan niat pengucapan. apa yang dilakukan oleh penutur dengan melafazkannya
  • PERLOKUSI - lakuan tindakbalas pengucapan. reaksi pendengar apabila telah mendengar sesuatu ujaran.
  • jenis
    • lakuan bahasa tidak langsung - mempunyai kesantunan. menggambarkan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang penutur.
    • implikatur - makna tersembunyi dalam ujaran
      • implikatur konvensional
      • implikatur konversasional
  • bahasa sindiran - perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang tetapi tidak disebutkan secara tepat. Menyindir
  • bahasa  tersirat - bahasa yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud tetapi tidak disampaikan secara terus.