Friday 24 February 2012

Mengenalpasti kanak-kanak yang berkemungkinan menghadapi masalah dalam pembelajaran

Salam 1 Malaysia. Pengalaman sendiri dalam mengenalpasti kanak-kanak atau murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran ialah pokok pangkalnya adalah mereka mengalami masalah ketidakupayaan memberi tumpuan ataupun masalah hiperaktiviti. Pada hakikatnya semua murid ingin sekali menjadi seorang yang cemerlang di sekolahnya, namun disebabkan masalah ini iaitu kesukaran memberi tumpuan dengan kerap ini telah pun menyebabkan gangguan dan masalah kepada murid itu sendiri. Sungguhpun demikian, kebanyakan ibu bapa, guru dan rakan-rakan yang melihat masalah ini seringkali di salah erti terhadap sikap murid-murid ini kerana tidak memahami mengapa murid-murid ini mempunyai tingkahlaku sedemikian rupa.
Pada dasarnya murid ini bersikap normal tetapi oleh kerana masalah kesukaran memberi tumpuan dengan kerap ini akan menunjukkan sikap yang tidak diingini seperti mengamuk di dalam kelas atau pun terlalu aktif di dalam kelas sehingga mengganggu proses pembelajaran tersebut. Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan. Ianya perlu dibawa berjumpa dengan pihak yang sepatutnya untuk dinilai atau didiagnos dengan lebih lanjut. Para ibubapa hendaklah meminta pihak pakar kanak-kanak atau pun doktor keluarga merujuk anak-anak mereka ini kepada pakar psikiatri kanak-kanak dan dewasa untuk proses diagnostik anak-anak mereka dengan lebih lanjut bagi tujuan perubatan.

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.