- kesediaan - penglibatan dan perjalanan sesuatu program latihan atau aktiviti sukan dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa tergendala
- adaptasi - kesan latihan untuk meningkatkan kecergasan diri serta penguasaan kemahiran mengikut program latihan
- perbezaan individu - penguasaan kemahiran dan peningkatan kecergasan bergantung kepada tahap kematangan dan struktur fizikal
- intensiti - tahap atau darjah kesukaran aktiviti yang ditambah berdasarkan aras latihan dan bilangan sesuatu perlakuan
- ulangan - bilangan kali sesuatu aktiviti itu dilakukan dalam jangkamasa tertentu
- pengkhususan - kunci peningkatan kecergasan atau kemahiran dalam sesuatu program latihan
- kepelbagaian - perancangan program yang pelbagai untuk mengekalkan minat sesuatu aktiviti
- ansur maju - secara beransur-ansur mengelakkan kecederaan
- memanaskan dan menyejukkan badan - mesti ada warm up dan cool down
- kebolehbalikan - tahap pencapaian kecergasan yang merosot akibat gangguan dlm program latihan. perlu pulihkan kecergasan, rehat aktif dan amalkan ansur maju
etika dalam sukan -
- mempunyai disiplin diri yang tinggi
- sentiasa mengamalkan permainan bersih
- berusaha meningkatkan rekod yang baik
- mempunyai semangan kesukanan yang tinggi
- memiliki komitmen yg tinggi
- dapat mengawal emosi
No comments:
Post a Comment
Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.