Friday, 24 February 2012

Mengenalpasti kanak-kanak yang berkemungkinan menghadapi masalah dalam pembelajaran

Salam 1 Malaysia. Pengalaman sendiri dalam mengenalpasti kanak-kanak atau murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran ialah pokok pangkalnya adalah mereka mengalami masalah ketidakupayaan memberi tumpuan ataupun masalah hiperaktiviti. Pada hakikatnya semua murid ingin sekali menjadi seorang yang cemerlang di sekolahnya, namun disebabkan masalah ini iaitu kesukaran memberi tumpuan dengan kerap ini telah pun menyebabkan gangguan dan masalah kepada murid itu sendiri. Sungguhpun demikian, kebanyakan ibu bapa, guru dan rakan-rakan yang melihat masalah ini seringkali di salah erti terhadap sikap murid-murid ini kerana tidak memahami mengapa murid-murid ini mempunyai tingkahlaku sedemikian rupa.
Pada dasarnya murid ini bersikap normal tetapi oleh kerana masalah kesukaran memberi tumpuan dengan kerap ini akan menunjukkan sikap yang tidak diingini seperti mengamuk di dalam kelas atau pun terlalu aktif di dalam kelas sehingga mengganggu proses pembelajaran tersebut. Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan. Ianya perlu dibawa berjumpa dengan pihak yang sepatutnya untuk dinilai atau didiagnos dengan lebih lanjut. Para ibubapa hendaklah meminta pihak pakar kanak-kanak atau pun doktor keluarga merujuk anak-anak mereka ini kepada pakar psikiatri kanak-kanak dan dewasa untuk proses diagnostik anak-anak mereka dengan lebih lanjut bagi tujuan perubatan.

Thursday, 23 February 2012

(a) Asal Usul Bahasa dan Kedudukan Bahasa Melayu

  • di Malaysia - orang Melayu orang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu, lahir sebelum hari Merdeka sama ada di Persekutuan. 
  • orang Melayu - berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar, tegap, selalu berlemah lembut, berbudi bahasa.
  • asal usul -dari utara asia tengah, guna bahasa austronesia.
  • teori yunan - dari luar nusantara, bangsa melayu berasal dari luar kepulauan melayu
  • teori nusantara - tidak datang dari mana mana, sebaliknya telah mendiami nusantara sejak sekian lama
  • susur galur bahasa - 
    • filum - kelompok bahasa yang menjangkau masa lebih 5,000 tahun
    • rumpun - kelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 hingga 5,000 tahun
    • keluarga - kelompok bahasa yang kurang dari 2,500 tahun
  • keluarga bahasa melayu - indonesia, malaysia, brunei, singapura / asia tenggara

Wednesday, 22 February 2012

(b) Perkembangan Bahasa Melayu

  • bahasa melayu purba - bahasa keluarga nusantara
  • bahasa melayu kuno - sedikit pengaruh bahasa sanskrit, zaman hindu sebelum sriwijaya
  • bahasa melayu kuno - berkembang melalui kelahiran kerajaan Melayu di Jambi, kerajaan srivijaya.
  • bahasa melayu kuno - ditulis dengan huruf pallava dan kata pinjaman bahasa sanskrit
  • bahasa melayu kuno bertukar dengan bahasa melayu klasik apabila agama Islam masuk.
  • bahasa melayu klasik ada tulisan jawi
  • srivijaya jatuh, melaka ambil alih.
  • hukum kanun melaka dan undang undang laut adalah bukti penggunaan bahasa melayu semasa melaka memerintah
  • melaka jatuh - orang eropah seperti portugis, belanda, sepanyol, inggeris turut mempengaruhi bahasa melayu seperti menerbitkan risalah dalam bahasa melayu untuk menyebarkan agama kristian.

Tuesday, 21 February 2012

(c) Pengekalan warisan melalui bahasa melayu

  • Pigafeta, de Houtman DLL hasilkan daftar kata dan kamus dari orang Eropah - menyumbang perkembangan bahasa melayu
  • surat surat dagang dan pentadbiran dari raja melayu dan orang eropah sebagai bukti bahasa melayu bahasa rasmi ketika itu
  • hierarki bahasa - bahasa melayu purba, bahasa melayu kuno, bahasa melayu klasik, bahasa melayu moden.
  • Hasil tulisan Raja Ali Haji dan Musyi Abdullah - permulaan bahasa melayu moden
  • Laporan Razak - 
    • pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
    • pengakuan matlamat akhir bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar utama
    • permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling malaysia
    • wujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
  • Laporan Rahman - 
    • pendidikan asas 3M
    • pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur disiplin 
    • kurikulum berorientasikan malaysia
    • pendidikan menengah atas 2  jurusan - akademik dan vokasional
    • peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
    • tatacara pengurusan pelajaran dan tingkatkan mutu pelajaran keseluruhan 
  • ada akta bahasa kebangsaan
  • korpus - satu variasi bahasa seragam dan baku

Monday, 20 February 2012

(d) Perkembangan bahasa dan persuratan melayu

  • bahasa melayu - bahasa mudah merima dan suaikan sifat dan bentuknya dalam pelbagai aspek
  • tulisan rencong - oleh orang melayu berpandukan alama sekitar spt ranting kayu, akar, rotan dan sungai
  • sifat - sedarhana, mudah menerima bahasa sanskrit, menyaingi bahasa jawa
  • bahasa melayu moden pada abad ke 19, masih ada tulisan jawi
  • abad ke 20, tulisan rumi take over
  • ciri ciri - merangkumi aspek kosa kata, tulisan, ayat dan gaya bahasa
  • pelbagai laras bahasa wujud - laras undang undang, ekonomi, teknologi maklumat, sains DLL
  • pemupukan bahasa dilakukan untuk memodenkan bahasa

Sunday, 19 February 2012

(e) Pertubuhan bahasa dan persuratan melayu

  • Maktab Pergurusan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim adalah pejabat karang mengarang - menerbitkan sebanyak mungkin buku buku bacaan umum
  • PKM - penerbitan Malay Home Library Series, sumbangan perkembangan kesusasteraan melayu
  • Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) - Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak & Dato Muhammad Ibrahim Munsyi, 1988
    • mengendalikan perbincangan tentang bahasa melayu
    • wujudkan sebuah kutub khanah sbg pusat sumber pengenai persoalan bahasa melayu dan bahasa inggeris
  • ASAS 50 - 
    • memperluaskan dan mempertinggikan mutu kesusasteraan
    • melindungi hak hak ahli dan juga pengarang
    • mengadakan pembaharuan dalam sastera dengan tidak membunuh karya sastera lama.  
  • Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) 23.10.1970
    • menyatukan semua persatuan penulis
    • mempertahankan dan memperjuangkan hak penulis
    • memberikan sumbangan moral dan material kepada penulis
    • menyatupadukan semua rakyat menerusi bahasa
  • Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu - perhimpunan penulis, peminat sastera, pencinta bahasa dan budaya seluruh negara. 7  kali kongres telah dibuat 
    • mengupas setiap isu
    • mengemukakan resolusi untuk pertimbangan dan tindakan pihak berkuasa terhadap bahasa
  • DBP 1956 - 
    • membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang
    • memperkembangkan bakat sastera
    • menerbitkan pelbagai bahan
    • membakukan ejaan dan sebutan dalam membentuk istilah
    • menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul
    • memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
  • MABBIM dan MABM
    • membina dan mengembangkan bahasa melayu dan kesusasteraan peringkat serantau dan antarabangsa

Saturday, 18 February 2012

(f) Tokoh Bahasa dan Persuratan Melayu

  • Sheikh Daud Abdullah - hasilkan buku Fur u'al - m asa'il tahun 1838M. terjemahan dari arab.
  • Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854M) / Abdullah Munsyi asal Melaka lama di Singapura - mengajar orang Inggeris bahasa melayu seperti Sir Stamford Raffles, Paderi Thomsen, Paderi Milne, Paderi Keasberry, Crawford DLL. Banyak karya telah dihasilkan spt :
    • syair singapura terbakar
    • kisah pelayaran abdullah
    • hikayat abdullah
    • kisah pelayaran abdullah ke jeddah
    • dewa ul-khulub
    • majalah bustan arifin
  • Raja Ali (1809-1870) - seorang ulama dan sasterawan melayu. Mempunyai latar belakang pendidikan arab, masih kekalkan unsur bahasa melayu klasik dipengaruhi perkataan arab dan strukturnya.  Antara karya :
    • bustanul-katibin lissubyanil-muta'alimi / Kitab Perkebunan Jurutulis Bagi Kanak ang Hendak Menuntuk Belajar Akan Dia
    • Kitab Pengetahuan Bahasa
    • kitab silasilah melayu dan bugis dan sekalian raja-rajanya
    • taufatul nafis / hadiah yang bernilai
    • syair dan pantun
      • syair jatuhnya negeri johor
      • syair gurindam 12
      • syair taman pertama
      • syair abdul muluk
      • syair hukum nikah
    • karya undang undang
      • tamaral al muhamed ahlil mahkamah
  • persuratan melayu tersebar - tahap awal / klasik dan taham perkembangan kesusasteraan moden
  • Abdullah munsyi - perkenal bidang percetakan dan penerbitan buku
  • bahasa melayu bahasa utama atau pengantar untuk semua urusan di melaka spt berdagang dan pentadbiran
  • penjajah barat juga turut menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dan pemerintahan atau bahasa politik
  • bahasa melayu digunakan menjadi bahasa lingua franca dan penyebaran ilmu
  • tokoh bahasa - zaba, asmah hj. omar, nik nafiah karim

Friday, 17 February 2012

(g) Asas Kebudayaan Kebangsaan

  • asas kebudayaan melayu - melalui kewujudan masyarakat pribumi di sekitar Selat Melaka dan alam nusantara.
  • wujud unsur unsur luar dalam melayu - setelah asas budaya dibina oleh peradaban dan agama islam
  • budaya luar bertembung dengan budaya melayu seperti hindu, jawa dan pengaruh barat
  • ADAT - peraturan dan cara hidup. gambaran perbuatan yang dilakukan setiap hari
  • sebagai anggota dalam masyarakat - harus dipengaruhi nilai nilai sosial, pemupukan nilai untuk hidup dalam bermasyarakat.
  • tanggapan orang luar - kesan cara hidup dan berfikir kelompok secara kebetulan ditandai oleh sempadan geografi
  • dasar kebudayaan kebangsaan - 
    • asas perpaduan
    • pembentukan jati diri dan masyarakat malaysia
    • berlandaskan unsur unsur dan 3 prinsip oleh kerajaan iaitu
      • berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal serantau
      • unsur unsur kebudayaan lain yang sesuai
      • Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan

Thursday, 16 February 2012

(h) Konsep dan Teori Kebudayaan

  • konsep budaya - cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat
  • asas kebudayaan melayu - unsur budaya bergerak, tersebar dari satu budaya ke satu budaya lain dengan berbagai cara dan jalinan . saling berkait dengan unsur budaya lain sebagai satu budaya yang kompleks
  • kebudayaan dan adat ahli masyarakat malaysia berbeza tetapi mempunyai asas yang sama - membentuk jati diri individu ke arah yang lebih baik.

Wednesday, 15 February 2012

(i) Warisan Melayu

  • 2 bahagian - 
    • warisan persuratan melayu
      • meliputi sejarah dan perkembangan puisi dan prosa melayu dari zaman klasik hingga persuratan moden dan baru
        • peribahasa, pantun, mantera, teromba, gurindam, seloka, teka-teki, lagu rakyat, karya agung melayu
    • warisan kesenian dan kebudayaan melayu -
      • muzik melayu - dikir barat, ronggeng, dondang sayang, menora, kuda kepang, zapin, boria dan ghazal, rodat, jikey, hadrah, keroncong, gamelan, dabus, randai, mak yong
  • adat istiadat perkahwinan melayu 
  • permainan tradisional
  • busana melayu
  • perubatan tradisional melayu
  • berkhatan
  • sains dan teknologi melayu - penciptaan pelbagai barangan untuk kegunaan harian seperti
    • teknologi dapur
    • perkapalan
    • alatan pertanian
    • seni bina rumah

Tuesday, 14 February 2012

(j) Isu bahasa dan kesusasteraan dan kebudayaan melayu

  • isu penyatuan bangsa malaysia - dasar kebudayaan kebangsaan
  • isu identiti bangsa dan negara - bahasa jiwa bangsa
  • isu dasar bahasa kebangsaan - perlembagaan malaysia dan akta bahasa kebangsaan
  • isu fungsi dan peranan bahasa melayu - bahasa kebangsaan bahasa rasmi
  • isu mengembalikan martabat, kewibawaan dan keyakinan terhadap kemampuan bahasa melayu - PPSMI dimansuhkan
  • isu penggunaan bahasa melayu dalam pentadbiran - pemantauan oleh JAWATANKUASA PENYELARASAN PELAKSANAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM
  • bahasa melayu dan teknologi maklumat - perbanyakan aplikasi versi melayu
  • kempen minggu dan bulan bahasa kebangsaan
  • isu budaya popular - dari barat harus dibendung
  • isu budi bahasa semakin luntur - kurang nilai nilai murni