Wednesday, 1 May 2013

1/ Asas Mengarang

  • objektif mengarang - menulis sesuatu yang baru, memperbaiki, mengemaskini, memudahkan, membetulkan, memertahankan diri dan keluarga, menjawab tuduhan musuh. 
  • faedah mengarang - 
    • mengembangkan pelbagai idea
    • dapat mencari, mengkaji, menyerap, menguasai maklumat
    • biasakan diri berfikir secara tertib
    • mengetahui kemampuan dan potensi diri
  • penggolongan karangan ada dua kategori
    • imaginasi - prosa dan puisi 
      • novel, cerpen, puisi
      • drama, seloka, syair
      • pantun, metafora, ruba'i
    • faktawi - ilmiah dan informatif
      • berita, rencana, laporan
      • tesis, kertas kerja, jurnal
      • kertas projek, iklan
  • tahap penulisan secara hierarki 
    • prapenulisan / tahap persiapan
    • penyusunan
    • pascapenulisan
    • penerbitan
  • istilah seni mengarang
    • retorika - seni berbahasa yang sangat mementingkan kesampaian maksud dengan cara memanipulasi segala unsur bahasa sama ada aspek tatabahasa, semantik, estetik dan logik
    • stilistika - cara pemakaian bahasa yang melibatkan aspek-aspek kesesuaian penggunaan perkataan, frasa, ayat dan ungkapan tertentu yang dapat mengungkap sifat-sifat individu. perbezaan stilistika dengan retorika ialah stilistika lebih mementingkan aspek keindahan bahasa berbanding aspek motif berbahasa
    • estetika - konsep keindahan yang boleh dikaji sama ada dari segi keindahan luaran, keindahan dalaman atau keindahan dalam bentuk falsafah
    • logika - asas berfikir yang melihat hubungan sesuatu perkara atau konsep dan menyimpulkan hubungan tersebut secara teratur supaya idea yang dinyatakan tidak bercanggah atau tidak logik
    • diksi - pemilihan perkataan atau cara pengungkapan gagasan, pengetahuan atau perasaan dalam bentuk kata-kata dengan tujuan supaya maksud yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pembaca dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh penulis.
    • semiotika - konsep berkaitan simbol-simbol atau tanda yang menjadi pegangan atau pandangan hidup dalam sesuatu budaya dan masyarakat
    • koheren - pertautan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami
    • kohesi - keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain
    • wacana - penggunaan bahasa secara bertulis yang terdiri daripada ayat atau ayat-ayat, bab, buku, dialog yang mempunyai awal dan akhir
    • penanda wacana - kata hubung antara ayat 
    • paralinguistik - unsur-unsur yang digunakan untuk memperjelas persembahan wacana

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.