Monday, 6 May 2013

6/ Stilistik, skema dan majaz

  • stilistik - gaya bahasa dan teknik mengindahkan bahasa
  • ciri-ciri : 
    • kejujuran
    • kesantunan
    • kejelasan
    • kesingkatan
    • menarik
  • jenis-jenis :
    • pengarang - gaya Shanon
    • masa - gaya klasik
    • medium atau wahana - gaya Utusan
    • subjek atau perkara - gaya falsafah
    • tempat - gaya Sabah
    • khalayak - gaya yang berdasarkan golongan sasaran
    • tujuan - gaya bahasa yang ditentukan oleh maksud atau tujuan
  • strategi skema - penyimpangan atau perubahan dari segi bentuk ayat atau susunan perkataan
    • skema seimbang 
      • paralelisme - mensejajarkan beberapa ayat yang berpola sama
      • antitesis - perletakkan dua ayat atau kata yang bertentangan dalam kedudukan berdampingan. cth : besar kecil, tua muda...
      • isokolon - perulangan dari baris atau fikiran yang sama. cth: lain caranya, lagin gayanya..
    • skema perulangan
      • anafora - pengulangan perkataan yang sama pada permulaan klausa yang berturutan
      • epistrop -  pengulangan perkataan yang sama pada akhr klausa yang berturutan
      • anadiplosis - pengulangan kata akhir dalam sesuatu klausa pada permulaan klausa yang berikutnya
      • poliptoton - pengulangan perkataan yang berasal dari kata akar yang sama
      • epanalepsis - pengulangan kata pada akhir sesuatu klausa yang sudah dinyatakan pada awal klausa. 
      • klimaks - penyusunan kata-kata atau frasa atau klausa dalam urutan kepentingan yang meningkat
      • antiklmaks - lawan bagi klimaks, menurun
      • antimetabole - pengulangan kata kata dengan aturan tatabahasa yang terbalik dalam klausa yang berturutan. cth : makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan
      • asonansi - pengulangan bunyi vokal yang sama dalam suku kata  yang diberi. cth : kalau kilat membelah gelap, lidah api menjulang tinggi
      • kiasmus - kebalikan struktur tatabahasa dalam urutan frasa atau klausa. 
      • aliterasi - pengulangan konsonan pertama atau pertengahan dalam dua atau lebih kata kata yang bersebelahan. cth : bukan betak bijak berperi
    • skema penguguran
      • elipsis - secara sengaja
      • asindeton - pengguguran kata hubung 
      • polisindeton - penggunaan kata hubung
    • skema ragaman - frasa yang tidak dapat dihimpunkan dalam salah satu kumpulan skema
      • umum - khusus
        • sebut nama tempat umum barulah secara khusus
      • khusus - umum
        • lawan bagi umum-khusus
      • abstrak - konkrit
        • khayal kepada nyata
      • konkrit - abstrak
        • lawan bagi abstrak-konkrit
      • enumerasi
        • frasa penting dahulu barulah yang tidak penting
    • skema hiperbaton - penyusunan perkataan yang menyimpang dari aturan lazim
      • aposisi - penyusunan sebelah menyebelah
      • anastrop - susunan kata lazim. frasa awal adalah penting
      • parentesis - hubungan antara pola dalam ayat terputus
  • strategi majaz - mengubah atau memalingkan maksud
    • majaz pertautan, ada 7 jenis strategi
      • periprasis - fahami makna secara literal
      • sinekdot - bunga bahasa
      • alusi - peristiwa, tokoh atau tempat dalam kehidupan nyata, mitos
      • eufemisme - memperhalus kata kata
      • disfemisme - lawan bagi eufemisme
      • pleonasme - kata yang banyak diperlukan
      • metonimi - penggantian sifat atau perkataan yang tepat gantikan maksud
    • majaz perbandingan - membandingkan 2 hal pada hakikat berlainan dianggap sama
      • kiasan sandar
      • kiasan terus
      • kiasan berangkap
      • kiasan berbunga
      • kiasan pemanis
      • kiasan melompat
      • kiasan melarat
    • majaz pertentangan
      • hiperbola - membesar-besarkan
      • ironi - menyindir
      • oksimoron - 2 hal yang bertentangan. cth : benci tapi rindu
      • litoses - kenyataan yang tidak lengkap bukan untuk menipu tapi untuk menunjukkan kehebatan. cth : perjuangan kami hanya setitik air di samudera.
    • majaz ragaman
      • simetri
      • onomatopia
      • antimeria
      • ekslamasi
      • paronomasia
    • majaz melayu
      • pantun
      • pepatah
      • bidalan
      • tamsilan
      • simpulan bahasa

Sunday, 5 May 2013

5/ Laras, ragam dan muzik bahasa

  • laras bahasa wujud melalui ciri-ciri keperihalan iaitu
    • cara penyampaian
    • perhubungan sosial dan peribadi
    • bahan yang diperkatakan
    • fungsi sosial perlakuan bahasa
  • faktor wujud laras bahasa
    • bangsa, jantina, status sosial, pendidikan, kerjaya, bidang
  • faktor wujud kepelbagaian laras bahasa
    • formula, penerima, bentuk mesej, cara penyampaian, jenis bahasa, latar
  • jenis laras bahasa :
    • laras umum - tiada istilah teknikal, struktur mudah, tidak banyak kata pinjaman
    • laras teknikal
    • laras undang-undang
    • laras agama
    • laras klasik
    • laras kreatif
    • laras bahasa kanak-kanak
    • laras iklan
  • ragam bahasa - ciri-ciri gaya penceritaan istimewa
  • ada 2 bentuk ragam bahasa
    • formal
      • bahasa baku
      • bahasa istana
    • tidak formal
      • bahasa mesra
      • bahasa halus
      • bahasa pasar
      • bahasa sindiran
      • bahasa basahan

Saturday, 4 May 2013

4/ Ayat, logika dan wacana

  • bermula dengan ayat - harus menguasai selok belok pembentukan ayat
    • beza denotasi dan konotasi
    • beza kata yang makna hampir sinonim
    • kata mirip ejaan
    • memahami tepat makna kata kata abstrak
    • memakai kata penghubung yang berpasangan dengan tepat
  • syarat dan kaedah hasilkan ayat yang berkesan
    • kesatuan gagasan - kembangkan tema atau isu satu persatu
    • kesepaduan
    • penalaran / logika
    • penekanan
    • kevariasian
    • kesejajaran
    • kehematan
    • kemurnian
  • penanda wacana dalam karangan
    • selain itu
    • keadaan ini
    • namun begitu
    • akibatnya
    • begitu juga
    • sebaliknya
    • walaupun
    • kesimpulannya
    • pada amnya
    • pada keseluruhannya
    • akhirnya
    • seterusnya
    • jadi
    • sementara
    • kalau demikian
    • kini
    • khususnya
    • ringkasnya
    • pada umumnya
    • keseluruhannya
    • tegasnya
    • dalam nada berbeza
    • justeru
    • sejajar dengan itu
    • meskipun demikian
    • oleh hal demikian
    • dengan perkataan lain
    • jelaslah

Friday, 3 May 2013

3/ Pendekatan dalam penulisan

  • pendekatan penulisan ada 3 :
    • retorika
      • pemerian
      • pemujukan
      • pendedahan
      • penghujahan
      • penceritaan
      • penerangan
    • eklektika
      • proses
      • model
      • metafizik - bersangkut paut dengan minat, kesungguhan dan motivasi diri secara bebas untuk menghasilkan karya penulisan yang bermutu
      • pengalaman
      • epistemik - penulisan yang bercorak ilmiah
      • model epistemik 
        • model sistem - kertas kerja ilmiah
        • model dialektika - sesuai untuk perbahasan / soal jawab
        • model hipotesis - model saintifik. kenal pasti masalah, kumpul data dari pelbagai sumer, pembentukan hipotesis/teori, kesimpulan dan penyelesaian, pengesahan data
        • model gabungan - kombinasi ke3 model
    • kewartawanan
      • TAJMAHAL - tepat, adil, jelas, mudah, teratur, halusi, beradab, lancar
      • piramid songsang - isi penting dinyatakan pada perenggan-perenggan awal - perenggan seterusnya menyokong pernyataan pada perenggan awal. perkaitan sangat penting di sini. - huraian lanjut, cadangan dan penutup
      • kewartawanan baharu - prinsipnya
        • latar
        • dramatik
        • dialog
        • deskripsi
        • sudut pandangan
        • monolog
        • perwatakan pelbagai

Thursday, 2 May 2013

2/ Strategi Pemerengganan

  • perenggan ada 2 :
    • perenggan utama 
      • pengenalan
      • pengembang
      • penutup
    • perenggan khusus
      • penyenaraian
      • percontohan
      • perbandingan
      • pengelasan
      • soalan jawapan
      • kenyataan luar dugaan
      • kontras masa
      • penglibatan pembaca
      • falsafah
      • urutan waktu
      • analogi
      • penghuraian proses
      • urutan ruang
      • anekdot
      • tiga kata bermakna
      • analisis

Wednesday, 1 May 2013

1/ Asas Mengarang

  • objektif mengarang - menulis sesuatu yang baru, memperbaiki, mengemaskini, memudahkan, membetulkan, memertahankan diri dan keluarga, menjawab tuduhan musuh. 
  • faedah mengarang - 
    • mengembangkan pelbagai idea
    • dapat mencari, mengkaji, menyerap, menguasai maklumat
    • biasakan diri berfikir secara tertib
    • mengetahui kemampuan dan potensi diri
  • penggolongan karangan ada dua kategori
    • imaginasi - prosa dan puisi 
      • novel, cerpen, puisi
      • drama, seloka, syair
      • pantun, metafora, ruba'i
    • faktawi - ilmiah dan informatif
      • berita, rencana, laporan
      • tesis, kertas kerja, jurnal
      • kertas projek, iklan
  • tahap penulisan secara hierarki 
    • prapenulisan / tahap persiapan
    • penyusunan
    • pascapenulisan
    • penerbitan
  • istilah seni mengarang
    • retorika - seni berbahasa yang sangat mementingkan kesampaian maksud dengan cara memanipulasi segala unsur bahasa sama ada aspek tatabahasa, semantik, estetik dan logik
    • stilistika - cara pemakaian bahasa yang melibatkan aspek-aspek kesesuaian penggunaan perkataan, frasa, ayat dan ungkapan tertentu yang dapat mengungkap sifat-sifat individu. perbezaan stilistika dengan retorika ialah stilistika lebih mementingkan aspek keindahan bahasa berbanding aspek motif berbahasa
    • estetika - konsep keindahan yang boleh dikaji sama ada dari segi keindahan luaran, keindahan dalaman atau keindahan dalam bentuk falsafah
    • logika - asas berfikir yang melihat hubungan sesuatu perkara atau konsep dan menyimpulkan hubungan tersebut secara teratur supaya idea yang dinyatakan tidak bercanggah atau tidak logik
    • diksi - pemilihan perkataan atau cara pengungkapan gagasan, pengetahuan atau perasaan dalam bentuk kata-kata dengan tujuan supaya maksud yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pembaca dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh penulis.
    • semiotika - konsep berkaitan simbol-simbol atau tanda yang menjadi pegangan atau pandangan hidup dalam sesuatu budaya dan masyarakat
    • koheren - pertautan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami
    • kohesi - keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain
    • wacana - penggunaan bahasa secara bertulis yang terdiri daripada ayat atau ayat-ayat, bab, buku, dialog yang mempunyai awal dan akhir
    • penanda wacana - kata hubung antara ayat 
    • paralinguistik - unsur-unsur yang digunakan untuk memperjelas persembahan wacana