Thursday, 30 June 2011

Point Penting Sahsiah U2

  1. Sahsiah yang ada pada setiap individu sentiasa berubah mengikut keadaan dan ini adalah proses pertumbuhan kendiri.
  2. Kita boleh memahami keadaan, faham peraturan setempat, boleh bergaul dengan baik. Ini adalah sebahagian sahsiah unggul
  3. Kita mesti bijak membuat keputusan, faham perasaan diri dan orang lain, boleh menyelesaikan masalah dalam keadaan yang stabil, bermakna kita berupaya memahami konsep sahsiah secara menyeluruh terhadap objektifnya
  4. Harus mengenal teori sahsiah untuk meningkatkan ilmu kita terhadap pemahaman sahsiah untuk diri kita dan orang lain.
  5. Sahsiah tetap akan berubah-ubah mengikut faktor usia. kita harus bijak meramal tingkah laku yang dibuat oleh murid
  6. Memang terdapat pelbagai faktor untuk membentuk sahsiah, kita harus memilih keutamaan faktor untuk membentuk sahsiah diri.

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.