Thursday, 30 June 2011

Perlembagaan Persekutuan U6

  1. Perlembagaan - 1 dokumen yang mengandungi :
    1. satu set hak
    2. peraturan terperinci
    3. kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam negara
    4. autoriti awam dengan rakyat
  2. Perlembagaan - set undang undang yang berfungsi menjaga dan memerintah negara serta mengurus tadbir dengan lancar
  3. konsep ketinggian perlembagaan
    1. parlimen mendapat kuasa dari perlembagaan
    2. mahkamah ada kuasa untuk batalkan sesuatu undang undang yang digubal oleh parlimen
    3. yang dipertuan agong juga tertaklum kepada perlembagaan
  4. konsep federalisme :
    1. berkaitan dengan pembahagian kuasa
    2. kerajaan pusat dan kerajaan negeri
    3. boleh berlaku dalam eksekutif, legislatif, judisiari

Konsep teori pembelajaran U4

tingkah laku kita sekarang, sebelum dan akan datang adalah dari tingkah laku kita setiap hari. 
Antara tokoh terkenal :
  1. Ivan Pavlov - kajian terhadap pencernaan anjing. Pelaziman klasik iaitu tingkah laku dibuat adalah hasil dari gerak balas terhadap rangsangan yang diterima.
  2. Edward Thorndike - mengembangkan teori pavlov melalui pembelajaran instrumental iaitu ganjaran boleh berulang gerak balas, manakala denda boleh menghentikan gerak balas. juga kenalkan hukum kesan
  3. John Watson - meneruskan teori pavlov dan thorndike. kajian terhadap bayi tentang rasa takut boleh dilazimkan
  4. B.F. Skinner - mengembangkan teori thorndike, iaitu instrumental. ada 4, iaitu peneguhan positif, negatif, hukuman positif, negatif
  5. Albert Bandura - tingkah laku berlaku bukan sahaja pelaziman, tetapi juga proses mental. tingkah laku dibuat melalui pemerhatian persekitaran, model dll. dipanggil teori pembelajaran sosial.

Mekanisme Bela Diri Psikoanalitik U3

setiap individu harus tahu cara membela diri. id, ego dan superego ada pembelaan tersendiri :

  1. represi - paling asas, belajar cuba melupa peristiwa yang tidak diperlukan spt trauma
  2. penafian - cuba menolak jawapan orang lain yang menimbulkan keraguan
  3. rasionalisasi - cuba membuktikan tindakan itu wajar
  4. pindah gantian - marah dengan majikan, tetapi cuba memindah kemarahan itu kepada orang lain
  5. regresi - bersifat keanak-anakan. seperti dianggap gila.
  6. projeksi - spt. jumpa duit, tidak serah ke balai polis, duit diguna pula. kalau orang lain jumpa pun dia akan buat seperti dirinya juga.
  7. pembentukan reaksi - sanggup menukar tingkah laku seperti dari baik kepada tidak baik.
  8. sublimasi -  dari biasa kepada luar biasa

Perkembangan personaliti individu U3

Ada 5 peringkat :

  1. peringkat mulut/oral (0-1 tahun) - menyusu, dibelai
  2. peringkat dubur/anal (1-3 tahun) - cara membuang air kecil, besar
  3. peringkat falik (3-6 tahun) - psikomotor, kognitif mula berkembang, sering mengikut jantina masing-masing. ada daya tarikan mengikut ibubapa
  4. peringkat pendaman/latency (6-12 tahun) - sekolah rendah, perlu bermain, belajar, mengikut jantina, lelaki seperti bapa dll.
  5. peringkat syahwat/genital (dewasa) - berkahwin, matang, bekerja, berkasih sayang.

Struktur Personaliti dalam psikoanalitik U3

ada 3 sistem :

  1.  id - keinginan memenuhi kehendak asas
  2. ego - keperluan untuk patuh dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat
  3. superego - ingin hidup dengan kod moral mengikut pandangan sendiri

Pembentukan personaliti berdasarkan pendekatan psikoanalitik U3

2 tahap yang wujud iaitu :

  1. Penentuan Psike - semua tingkah laku  dan emosi mempunyai tujuannya. sama ada tahap sedar ataupun sebaliknya. Ianya desakan naluri yang semulajadi sejak ia dilahirkan. Dengan erti kata lain desakan dalaman sendiri.
  2. Tahap kesedaran :
    • tahap sedar - ingat seperti minum, makan, berjalan
    • tahap prasedar - kurang ingat. berkait dengan perasaan seperti penilaian manusia terhadap tahap kesejukan atau kepanasan.
    • tahap bawah sedar - khayalan atau mimpi 

Pendekatan Psikoanalitik sebuah pandangan U3

Mengikut Sigmund Freud, dalam psikologi menyatakan tingkah laku seseorang itu adalah berpunca dari
  • pengalaman zaman kanak-kanak
  • penekanan perasaan erotik
  • konflik bawah sedar
proses berlaku melalui perkembangan psikoseksual sejak lahir hingga dewasa.

Point Penting Sahsiah U2

  1. Sahsiah yang ada pada setiap individu sentiasa berubah mengikut keadaan dan ini adalah proses pertumbuhan kendiri.
  2. Kita boleh memahami keadaan, faham peraturan setempat, boleh bergaul dengan baik. Ini adalah sebahagian sahsiah unggul
  3. Kita mesti bijak membuat keputusan, faham perasaan diri dan orang lain, boleh menyelesaikan masalah dalam keadaan yang stabil, bermakna kita berupaya memahami konsep sahsiah secara menyeluruh terhadap objektifnya
  4. Harus mengenal teori sahsiah untuk meningkatkan ilmu kita terhadap pemahaman sahsiah untuk diri kita dan orang lain.
  5. Sahsiah tetap akan berubah-ubah mengikut faktor usia. kita harus bijak meramal tingkah laku yang dibuat oleh murid
  6. Memang terdapat pelbagai faktor untuk membentuk sahsiah, kita harus memilih keutamaan faktor untuk membentuk sahsiah diri.

Sahsiah dari bidang pendidikan U2

Terdapat beberapa faktor sahsiah yang meliputi pendidikan khasnya di sekolah

  • visi sekolah
  • misi sekolah
  • baka dari setiap individu di sekolah
  • peraturan & etikan di sekolah
  • situasi atau keadaan di sekolah
  • motivasi dari guru kepada murid
  • individu masing-masing
  • organisasi sekolah
Ini adalah point penting mengenai sahsiah

Pentingnya belajar sahsiah U2

  • Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri - setiap tingkah laku yang dibuat akan mengalami proses pertumbuhan kendiri.
  • Mencorakkan kendiri - harus pandai mengurus diri yang berperanan sebagai piawaian ke arah pencapaian dalam kehidupan.
  • Bercerita sahsiah secara menyeluruh - harus bijak mengurus sahsiah murid
  • Penjelasan secara teori - sahsiah unggul atau sahsiah teruk. Pengalaman diri  sedia ada hasil dari interaksi belum mencukupi untuk memerihalkan seseorang.
  • Menjangkakan dan meramal tingkahlaku - boleh meramal tingkahlaku berdasarkan pengalaman kehidupan dan interaksi dengan pelbagai individu yang dilalui

Definisi umum pembangunan sahsiah U1

Pembangunan sahsiah adalah merupakan semua tingkah laku yang tetap iaitu yang pasti pada seseorang individu, namun ianya berlainan dengan orang lain. Setiap tingkah laku mewakili perwatakan seseorang individu yang dapat dilihat dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya.

Maksud pembangunan sahsiah dari pelbagai sudut perpesktif U1

Sudut Islam.
  • Pembangunan sahsiah merangkumi semua aspek iaitu jasmani, rohani, nalui dan akal individu. Ianya boleh membina akhlak, peribadi dan perangai dengan tujuan menjadikan seseorang itu mempunyai tamadun, berakal, mempunyai nilai murni serta berdaya maju.
Sudut Barat.
  • Pembangunan sahsiah lebih merangkumi aspek jasmani iaitu meningkatkan status kuasa diri serta kelas sosial ekonomi manusia.

Faktor pembangunan sahsiah U1

Faktor Baka
  • Saiz badan. kurus, gemuk.
  • penyakit. diwarisi melalui baka. jika sakit kurang aktiviti sosial.
  • kecerdasan. manusia berbeza kecerdasan. sahsiah akan positif jika tahap kecerdasan tinggi
  • temperamen. sifat semula jadi. stabil emosi lebih mudah bergaul.
Faktor Persekitaran
  • keluarga - didikan family, cara komunikasi, kewangan famili,
  • pengalaman awal - jika selalu dihukum akan rasa bersalah. boleh membentuk sahsiah negatif
  • kebudayaan - jika keluarga menekankan kekayaan, anak akan bersifat materialistik
  • pengaruh sekolah - sahsiah akan positif jika suasana sekolah baik, bimbingan guru yang baik
  • pengaruh rakan sebaya - mudah dipengaruhi, ingin buktikan kemampuan diri pada kawan
  • media massa - bahan menarik yang berguna boleh menggalakan individu berfikir dan meningkatkan sahsiah
  • masyarakat - nilai yang baik akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab

Ciri-ciri sahsiah U1

Ada 4 aspek.
  • kognitif - cara berfikir, cara tangani stress, keperluan bekerja, cara urus diri
  • fizikal - cara tunjukkan tingkah laku, cara bergaya, cara urus diri
  • sosial - cara berinteraksi, cara orang lain menerima diri, cara memberi dan menerima pendapat
  • rohani - hubungan Tuhan, semangat jiwa, konsep diri yang baik.    
Aspek Islam
  • hubungan kita dengan Tuhan,
  • hubungan sesama kita
  • cara kita bergaul
  • adap hidup - bersopan santun
  • ibadat - taat pada perintah Tuhan
  • jihad - semangat juang lawan nafsu
  • ilmu - menuntut ilmu tanpa batasan
  • pengetahuan - mengaplikasikan pengetahuan untuk diri sendiri dan orang lain