Saturday, 31 December 2011

(2) Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah - suatu usaha yang dilakukan untuk mencari kebenaran dengan menggunakan kebijaksanaan. 
Falsafah pendidikan - hala tuju atau panduan terhadap perkara-perkara yang berhubung kait dengan pendidikan.

4 cabang falsafah :
  1. metafizik - membincangkan perkara yang berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan. tidak dapat diselesaikan secara saintifik - hakikat realiti, kewujudan tuhan yang ada tetapi tidak dapat dilihat.
  2. epistemologi - membincangkan tentang teori ilmu pengetahuan. 
  3. logik - berkaitan dengan penaakulan manusia.
Beberapa falsafah dinyatakan seperti :
  • falsafah umum barat
  • falsafah pendidikan barat
  • falsafah islam
  • falsafah pendidikan islam
  • falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan kebangsaan :
  1. satu usaha berterusan
  2. memperkembangkan lagi potensi individu
  3. perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
  4. insan yang seimbang dan harmonis
  5. kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
  6. rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan
  7. rakyat malaysia yang berakhlak mulia
  8. rakyat malaysia yang bertanggungjawab
  9. rakyat malaysia yang berketrampilan
  10. rakyat malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Falsafah Pendidikan Kebangsaan - proses pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk pembangunan diri insan secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang aman damai dan bersatu padu.

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.