Thursday 8 December 2011

(1) Teknologi Dalam Pendidikan

  1. Teknologi dalam pendidikan merupakan integrasi proses dan produk untuk meningkat serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
  2. Dalam era komputer, alat komputer atau bahan digital dan bukan digital yang dihasilkan menggunakan teknologi komputer boleh diterjemahkan sebagai alat yang boleh digunakan dalam pendidikan
  3. Teknologi pendidikan ada 4 perspektif
    1. teknologi pendidikan sebagai media dan komunikasi audio visual
    2. teknologi pendidikan sebagai sistem instruksional dan reka bentuk instruksional
    3. teknologi pendidikan sebagai latihan vokasional 
    4. teknologi pendidikan sebagai sistem komputer
  4. Dalam bidang pendidikan, reka bentuk pengajaran yang akan menunjukkan proses iaitu aktiviti dan kaedah yang digunakan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta disokong pula oleh teknologi atau media yang akan memudahkan proses guru mengajar dan murid belajar.

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.