Wednesday, 10 July 2013

10/ penerapan karya agung dalam pendidikan

kaitan antara bahasa dengan sastera
  • susunan bahasa yang luar biasa
  • menyentuh perasaan pembaca
kewajaran sastera dalam mengajar bahasa melayu
  • membantu tingkatkan kualiti pross belajar dan mengajar
  • kukuhkan kemahiran lisan, membaca, menulis
  • memberi seronok
  • membuka minda murid
  • memupuk semangat membaca
  • gambaran adat istiadat dan budaya melayu
  • tingkatkan penguasaan kosa kata dll
KBSR
  • masih berpandukan sukatan pelajaran
  • ada usaha p&p menggunakan bahan sastera melayu
KSSR
  • satu penambahbaikan dari kbsr
  • ada aspek seni bahasa - kemahiran bahasa
  • dsp bm - lisan, membaca, menulis
aplikasi teknik dan aktiviti
  • kaedah demonstrasi
  • teknik kad imbasan
  • teknik bayangan minda
  • teknik main peranan
  • teknik lakonan
  • teknik simulasi
  • improvisasi
  • teknik menyelesaikan masalah
  • teknik kerusi panas
  • MESTAMU - menyanyi syair / sajak tanpa muzik
  • permainan bahasa
  • bercerita
  • teknik membuat projek

Tuesday, 9 July 2013

9/ falsafah dalam karya agung moden

novel salina
  • A.Samad Said
  • kaya dengan falsafah sosial, moral, ekonomi, budaya melayu
novel bukan lalang ditiup angin
  • Noordin hassan
  • teks kanun dan agung
  • berkisar mengenai politik 1970an hasil dari peristiwa berdarah tragedi 13 mei
novel juara
  • S.Othman Kelantan
  • teks satria
  • perlawanan adu lembu
  • seorang pelaga lembu ingin juara setelah gagal dalam laga politik
MIM
  • kumpulan puisi Kemala
  • puisi panjang. 80 buah puisi

Monday, 8 July 2013

8/ falsafah dalam karya agung klasik

bidang falsafah
  • etika - pemikiran tentang moral
  • metafizika - kewujudan dan keberadaan
  • sejarah - makna masa silam
  • sosial - gambaran kehidupan realiti manusia
  • ekonomi - sistem pendapatan dan pengurusan harta benda
  • kosmologi - situasi persekitaran dan alam sarwajagat
  • politik - aplikasi tujuan sistem pemerintahan
  • logik - pemikiran yang rasional
misa melayu
  • dikarang oleh Raja Chulan
  • kisah benar - kisah manusia dalam golongan istana dan interaksinya dengan rakyat empatan dan orang luar.
  • susunan raja di Perak
    • RAJA MUDA
    • RAJA BENDAHARA
    • RAJA DI HILIR
    • RAJA DI BARUH
    • RAJA KECIL BESAR
    • RAJA KECIL TENGAH
    • RAJA KECIL MUDA
    • RAJA KECIL BONGSU
  • misa melayu - memberi tumpuan kepada sultan iskandar zulkarnain
hikayat amir hamzah
  • zaman sastera islam - sastera epik / pahlawan sangat popular
  • sentiasa tolong menolong, bersatu padu
  • wira islam bersedia mengampunkan musuhnya
  • amir hamzah - bapa saudara Nabi iaitu saidina hamzah
  • falsafah tentang makna peperangan
hukum kanun melaka
  • masyarakat yang berperaturan
  • hukum islam pertama di melaka
  • zaman pemerintahan sultan muhamad shah
  • ada dua adat perkahwinan - adat temenggung dan adat naning

Sunday, 7 July 2013

7/ nilai ilmu dalam karya agung

konsep nilai - darjat, kualiti, mutu dan taraf.
konsep ilmu - pengetahuan
jenis ilmu
  • ilmu firasat - tanda tanda pada muka / badan dan lain lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang 
  • ilmu perdukunan - orang yang mengubat orang sakit / memberi ubat secara kampung
  • ilmu jampi - kata kata tertentu diucapkan untuk datangkan kesakitan
  • ilmu pengasih - jampi, azimat, doa, guna guna untuk bangkitkan rasa kasih
strata sosial masyarakat melayu
  • strata - pembahagian masyarakat 
  • peniaga - strata sosial
  • orang kaya - golongan atas peniaga
adat istiadat - 
  • pengaruh Islam  
  • pengaruh barat

Saturday, 6 July 2013

6/ nilai budaya dan pandangan hidup dalam karya agung

konsep budaya - hal berkaitan budi dan akal
konsep pandangan hidup
idealisme dan falsafah - sifat dalam benduk yang ideal. sukakan atau cintakan hikmah
adat temenggung
  • adat temenggung - semua negeri
  • sistem pentadbiran - autokrasi. raja / sultan kuasa tertinggi
  • sistem pelaksanaan undang undang - setiap kesalahan perlu dibalas dalam bentuk yang sama
  • perkahwinan - larangan berkahwin dengan pasangan yang ada talian darah
  • sistem perwarisan harta dan pangkat - diwarisi  dari satu generasi ke generasi seterusnya
adat perpatih
  • negeri sembilan sahaja
  • sistem kekeluargaan - 12 suku / ASAL minangkabau
  • sistem pewarisan harta - 
    • harta pusaka
    • harta carian
    • harta pembawa
    • harta dapatan
  • perempuan mewarisi harta pusaka
  • sistem pemerintahan - luak / daerah ada satu penghulu / undang
  • lelaki memerintah, perempuan mewarisi harta
  • pelaksanaan undang undang - bersifat pemulihan, berperikemanusiaan dan bertimbang rasa.
nilai hidup orang melayu
  • menghormati orang tua
  • kemesraan
  • berdikari
  • berpantun
  • setia
  • kasih sayang
  • nasihat menasihati
  • bekerjasama
  • tolong menolong
  • akidah Islam
  • meraikan tetamu
  • berpegang teguh kepada adat resam
  • bertimbangrasa
  • saling hormat menghormati
  • mengutamkan ikatn kekeluargaan dan hubungan silaturahim
  • bersopa santun atau berbudi pekerti
  • bekerja bersungguh sungguh
  • menghormati suami

Friday, 5 July 2013

5/ estetika dan kepengarangan karya agung

konsep - keindahan sesuatu karya, keunikan pengalaman,
penstrukturan pantun dan lipur lara
  • pantun adalah ciptaan asli orang melayu
  • lipur lara - penglipurlara pencerita yang mudah, bersifat langsung dan amat komunikatif - cerita yang menghiburkan orang yang dalam kesedihan
kepengarangan shanon ahmad
  • terkenal dengan subjek masalah kemiskinan orang melayu dan peka dengan politik tanah air
  • penulis novel yang hebat
  • teknik monolog dalaman
  • sangat teliti dalam soal pemilihan watak dan pengenalan perwatakan
kepengarangan keris mas
  • bergiat dalam Asas 50. tujuan asas 50 -
    • memperluas dan mempertinggi sastera dan kebudayaan melayu
    • mencipta dan mengubah karya bermutu
    • mengadakan kegiatan untuk memajukan penulisan
    • menyatukan tenaga bagi memajukan sastera dan budaya
    • menggalakkan pembaharuan dalam berkaya
    • memaju dan memperbaiki bahasa
  • reka cipta keris mas - cerpen menjadi pendek

Thursday, 4 July 2013

4/ pemikiran karya agung

sejarah melayu
  • berkisar tentang pembukaan negeri, aktiviti raja, undang undang negeri dan kerajan
  • tujuan - memperbesarkan keduduka dan sejarah silam raja
  • terkandung - 
    • perisiwa sebear
    • mengikut kronologi zaman
    • tokoh atau manusia yang betul
    • latar tempat yang betul namun ia bersatu dengan mitos, lagenda, tiada pentarikhan
    • ada unsur penambahan
    • pengarang mempunyai motif dan komitmen
  • hubungan raja - rakyat dalam sejarah melayu
    • perjanjian demang lebar daun dengan seri teri buana
    • anak demang lebar daun - raden ratna cendera puri 
    • raja palembang mau kahwin dengan raden tetapi termaktub 1 perjanjian penting iaitu konsep derhaka, patuh sesama sendiri
  • hikayat hang tuah
    • wira melayu - konsep kesetiaan
    • keperwiraan hang tuah
      • berbakti dan taat setia
      • bjaksana dan pintar
      • kemenangan dalam perlawanan
      • melakukan pengembaraan
      • percintaan wira melayu - tiada kecuali tun teja
      • bahan fitnah - tidak berusaha untuk membalas dendam
      • unsur mistik 
  • tajus salatin
    • maksud - mahkota raja raja
    • sastera islam - 
      • menekankan kepercayaan dan keimanan kepada Allah, 
      • ditakuti manusia akan binasa oleh kealpaan dan kegagalan dirinya mengawal nafsu, 
      • haruslah mengenali sifat dan zat Allah
      • pendidikan akhlak

Wednesday, 3 July 2013

3/ ketokohan pengarang karya agung

Tun Seri Lanang
  • penulis sejarah melayu
  • nama sebenar Tun Muhammad, bergelar Paduka Raja seorang berjawatan bendahara
  • sejarah melayu - sejarah melaka dari zaman pertumbuhannya, mengalami zaman keemasan dan akhirya keruntuhannya di tangan Portugis
Raja Ali Haji
  • penulis tuhfat al-nafis
  • nama sebenar Raja ali Haji bin Raja Ahmad Haji
  • sebagai pendidik ilmu tasawuf kepada orang orang besar di istana kerajaan riau
  • tuhfat al-nafis - mencungkil pengalaman pahit dan kehmpaan orang melayu kerana kehilangan hak pemerintahan. kehilagan kuasa melayu berpunca dari kejahilan raja melayu yang tidak nampak muslihat bugis, malah sebaliknya meraikan bugis sebagai penyelamat yang mengembalikan kedaulatan mereka. 
Hamzah Fansuri
  • penulis sastera dalam bentuk puisi dan prosa
  • karyanya sentiasa menandungi kritikan tajam terhadap dunia politik raja
  • seorang ulama tasawuf
  • antara karya - syarbul asyiqin / zinatul muwahhidin, asrarul arifin fi bayani ilmis suluk wat tauhid, al-muntahi, ruba'i hamzah fansuri, kasyfu sirri tajallis shibyan, kitab fi bayani ma'rifah, asrarul arifin, syair si brung pingai, syair si burug pungguk,  syair sidang faqir, syair dagang, syair perahu
Keris Mas
  • penulis karya agung cerpen
Usman Awang
  • tokoh dalam dunia persuratan melayu moden khususnya puisi dan drama
  • dikenali - tongkat warrant
Mana Sikana
  • Nama sebenar Abdul Rahman Napiah
  • menulis  tugasan dan projek berbentuk esei, kritikan dan kajian sastera.
  • menulis sastera islam dan drama

Tuesday, 2 July 2013

2/ korpus karya agung melayu

konsep sastera rakyat
  • lahir pada zaman orang melayu
  • karya sastera masyarakat melayu lama
  • secara lisan dari mulut ke mulut
  • tiada pengarangnya
jenis sastera rakyat
  • cerita asal usul
  • cerita binatang
  • cerita mitos
  • cerita lagenda
  • cerita dongeng
  • cerita jenaka - si lunci
sastera zaman hindu
  • unsur hindu telah menyerapi dan tersadur dalam jampi, serapah
  • epik hindu disadr atau diterjemahkan sebagai hasil kesusasteraan melayu
sastera zaman islam
  • hikayat
  • cerita berbingkai
sastera moden
  • novel, cerpen, sajak, novel, drama
perbezaan drama dengan yang lain
  • dihidangkan melalui pementasan
  • dihasilkan dari peniruan dai apa yang terjadi dalam masyarakat
  • hasil penterjemahan
  • dihasilkan melalui dialog

Monday, 1 July 2013

1/ Pengenalan Karya Agung Melayu

diungkapkan atau dilisankan
bentuk - dalam penulisan saja
ciri -
  • pemikiran dalam karya agung
  • estetika dan kepengarangan karya agung
  • nilai budaya dan pandangan hidup
  • nilai ilmu 
  • falsafah dalam karya agung klasik dan moden
faktor penghasilan karya agung
  • kekuatan bahasa melayu
  • pengaruh islam
  • pengaruh istana
melayu sebagai bangsa yang bebas dan berdaulat - tidak rela menyembah kuasa asing
menyampaikan konsep keadilan melayu - biar mati anak jangan mati adat
citra melayu yang unggul - bangsa yang beradab
binaan tamadun melayu