Wednesday, 10 October 2012

10/ Analisis Pergerakan Manusia

  • satah dan paksi 
    • satah - suatu permukaan bayangan yang melintasi bahagian tubuh
    • paksi - suatu garis yang tetap atau kekal, sama ada mendatar atau menegak. digunakan sebagai rujukan suatu penentuan kedudukan
  • analisis berlari - pergerakan kaki berlaku pada satah sagital di paksi transversal
  • analisis melompat - pergerakan kaki berlaku pada satah sagital di paksi transversal
  • analisis menendang - pergerakan kaki yang menendang berlaku pada satah sagital di paksi transversal
  • analisis memukul - pergerakan tangan dalam tindakan menghayun raket berlaku pada satah transversal di paksi longitudinal.
  • analisis membaling - pergerakan tangan berlaku pada satah transversal di paksi longitudinal

Tuesday, 9 October 2012

9/ Pertimbangan Muskuloskeletal Untuk Pergerakan

  • sistem muskuloskeletal menggerakkan tubuh dalam ruang. otot menghasilkan daya dan pergerakan manusia. 
  • faktor yang mempengaruhi kebolehan otot untuk menghasilkan gerakan 
    • otot menghasilkan pergerakan sendi.
    • penguncupan otot akan menarik tulang
  • panjang serat otot - gelongsoran filamen di dalam sarkomer menyebabkan serat otot memendek. panjang serat otot ditentukan oleh seni bina otot
  • panjang lengan momen otot - lengan momen mempengaruhi pergerakan sendi yang dihasilkan oleh penguncupan otot
  • faktor yang mempengaruhi kekuatan otot 
    • saiz otot - 
    • regangan otot
    • lengan momen otot
    • halaju penguncupan
    • rekrumen serat otot
    • jenis serat yang membina otot

Monday, 8 October 2012

8/ Kinetik Linear

  • menerangkan tentang penyebab bagi gerakan linear semua objek.
  • hukum gerakan newton 
    • hukum newton pertama - hukum inersia - sesuatu jasad akan kekal dalam keadaan rehat (pegun) atau bergerak dengan halaju seragam di sepanjang garis lurus melainkan daya luar dikenakan ke atasnya.
    • hukum newton kedua - hukum pecutan - suatu daya dikenakan ke atas sesuatu objek kadar perubahan momentum yang dialami objek tersebut adalah berkadar terus dengan saiz daya yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan daya itu.
      • formula : DAYA = JISIM X PECUTAN (F=MA)
    • hukum newton ketiga - hukum tindak balas - setiap daya yang dikenakan ke atas sesuatu jasad oleh jasad yang lain, terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. seperti melantun bola

Sunday, 7 October 2012

7/ Kinetik Pergerakan Manusia

  • berkait dengan daya
  • mekanik dan biomekanik - mengkaji gerakan objek dan daya
    • mekanik jasad tegar - menganalisis objek seperti sistem rangka
    • mekanik jasad boleh ubah bentuk 
    • mekanik bendalir
  • daya
    • dikenakan oleh sesuatu objek ke atas objek yang lain
    • wujud secara berpasangan
    • menyebabkan sesuatu objek untuk mula bergerak, berhenti, menambah kelajuran, memperlahankan gerakan, mengubah arah.
  • klasifikasi daya - 2 kategori iaitu daya sentuhan dan daya hasil daripada tindakan dari jauh
    • daya sentuhan - dihasilkan daripada interaksi dua objek yang dianggap bersentuhan secara fizikal di antara satu sama lain
    • daya tindakan dari jauh - dihasilkan  daripada interaksi dua objek yang tidak bersentuhan secara fizikal SEPERTI daya graviti, daya elektrik dan daya magnet.

Saturday, 6 October 2012

6/ Otot-otot Rangka Utama

  • ciri-ciri otot rangka utama :
    • orientasi serat otot secara realtif kepada garisan tengah tubuh
    • saiz relatif otot
    • bentuk relatif otot
    • tindakan utama otot
    • bilangan punca (pelekatan proksimal)
    • struktur yang berada berhampiran dengan otot
    • punca dan selitan (pelekatan distal) otot
  • otot pada toraks yang membantu pernafasan :
    • diafram -
    • interkosta eksterna
    • interkosta internal

Friday, 5 October 2012

5/ Sistem Otot

  • terdiri dari otot rangka, otot licin, otot kardium. 
  • otot kardium - otot dinding jantung, mengepam darah menerusi salur darah ke seluruh tubuh 
  • otot kardium dan otot licin - otot involuntari atau luar kawal. tidak dapat mengawal tindakan otot ini. 
  • otot rangka - otot yang paling banyak pada tubuh. 650 otot. 
  • 4 sifat tisu otot 
    • kebolehujaan - bergerak balas terhadap rangsangan
    • kebolehkuncupan 
    • kebolehpanjangan
    • kekenyalan - bentuk asal selepas diregang

Thursday, 4 October 2012

4/ Sistem Sendi

  • pertemuan di antara dua tatu lebih tulang. di antara rawan dan tulang atau di antara gigi dengan tulang.
  • 3 jenis sendi :
    • sendi berserat - tidak mempunyai rongga sinovial. tulang sendi dihubungkan oleh tisu perantara atau tisu penghubung padat tak teratur.
      • 3 jenis sendi berserat - sutur, sindesmosis, membran interos. sutur di tengkorak. sindesmosis digerakkan secara terbatas. membran interos lembaran nipis tisu perantara yang menghubungkan tulang panjang.
    • sendi berawan - sendi tidak berongga sinovial dan tulang sendi dihubungkan oleh rawan
      • sedikit pergerakan.  2 jenis sendi ini iaitu sinkondrosis tulang sendi dihubungkan oleh rawan hialin. simfisis pula tulang sendi mempunyai rawan artikular dan dihubungkan oleh rawan berserat
    • sendi sinovial - terdapat rongga sinovial di antara tulang sendi. dihubungkan oleh tisu perantara atau tisu penghubung padat tak teratur dan juga oleh ligamen
      • lebih banyak pergerakan. mempunyai ciri seperti rongga sinovial, kapsul artikular, rawan artikular. mempunyai struktur meniskus, pad lemak artikular, ligamen aksesori, tendon, bursa.

Wednesday, 3 October 2012

3/ Sistem rangka

  • terdiri dari tulang tulang yang secara berterusannya mengalami pengubahsuaian selaras dengan tumbesaran.
  • tisu tulang - juga dipanggil tisu oseus 
    • 4 jenis sel tulang 
      • sel osteogenik,
      • sel osteoblas
      • sel osteosit
      • sel osteoklas
    • 2 jenis tisu tulang
      • tisu tulang padat
      • tisu tulang spongiosa

Tuesday, 2 October 2012

2/ Tisu Perantara

  • tisu terdiri dari sel yang bergabung dengan sel sel lain untuk bekerja sebagai satu kumpulan untuk melaksanakan tugas yang khusus. 
  • 4 jenis tisu tubuh :
    • tisu epitelium - melitupi permukaan tubuh, lapisi rongga tubuh, organ lompang dan duktus dan bentuk kelenjar
    • tisu perantara atau tisu penghubung - melindungi dan menyokong tubuh dan organ dalaman, menyatukan organ, menyimpan rizab tenaga dalam bentuk lemak serta keimunan
    • tisu otot - hasilkan daya fizikal untuk gerakkan struktur tubuh
    • tisu saraf - mengesan perubahan dalam dan luaran tubuh
  • matriks ekstrasel tisu perantara - bersifat bendalir, gel atau bahan dasar pepejal bersama serat protein. 
    • bahan dasar - komponen tisu perantara di antara sel dan serat.
    • serat - menguat dan menyokong tisu perantara seperti serat kolagen yang kuat dan rintang terhadap daya tarikan. dan serat elastik terbina dari molekul protein yang dikenali sebagai fibrilin. fibrilin mensatbilkan serat elastik yang boleh diregang.

Monday, 1 October 2012

1/ Anatomi & Fisiologi Manusia

  • Struktur tubuh manusia :
    • aras kimia - melibatkan atom, tindak balas kimia dan terdiri daripada nukleus iaitu proton, neutron dan elektron
    • aras sel - unit terkecil dalam badan.  lebih 10 trilion sel terbahagi kepada 230 jenis sel seperti sel otot, rangka, saraf, darah dll.
    • aras tisu - suatu struktur berserat yang terdiri dari gabungan sel yang sama dan yang mempunyai asalan yang sama. 4 jenis tisu :
      • epithelium - tersebar meluas pada tubuh. Membentuk litupan bagi semua permukaan tubuh
      • perantara atau penghubung - menyatukan struktur yang berbeza untuk bentuk satu struktur yang lebih besar. menyokong tubuh, menyimpan lemak, mengangkut bahan dalam tubuh, membaik pulih kerosakan tisu
      • otot - sel yang berupaya untuk memendek atau menguncup bagi hasilkan gerakan pada bahagian tubuh. kelihatan berwarna merah hasil dari salur darah yang banyak .
      • saraf - dari neuron dan sel neuroglia. terdapat di otak, korda spina dan saraf periferi. berperanan menyelaras dan mengawal kebanyakan daripada aktiviti tubuh

Monday, 10 September 2012

[j] Menilai Kurikulum

  • ciri-ciri penilaian yang berkualiti
    • holistik
    • fleksibel
    • sepadu
    • seimbang
    • berasaskan standard
    • fokus hanya untuk pembelajaran
    • membina insan
  • PENILAIAN FORMATIF
    • mengkaji pelaksanaan kurikulum atau program atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran. penilaian ini menjelaskan kualiti pelaksanaan, pentaksiran konteks atau proses sesuatu kurikulum. penilaian ini digunakan semasa sesuatu unit kurikulum, program, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
  • PENILAIAN SUMATIF
    • mengkaji keberkesanan hasil sesuatu  kurikulum. peranannya ialah merumus hasil dengan menjelaskan perkara yang berlaku terhadap pelaksanaan hasil itu. penilaian ini digunakan pada akhir sesuatu unit kurikulum, program, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

  • Proses penilaian kurikulum
    • penilaian berasaskan sekolah - dilaksanakan di sekolah secara berterusan
    • penilaian berterusan - murid sudah menguasai pengetahuan yang dikehendaki secara pembelajaran masteri
    • penilaian berasaskan elemen mata pelajaran - menguasai mata pelajaran yang dipelajari
    • penilaian proses di samping penilaian hasil - menghasilkan sesuatu projek
    • pentaksiran autentik - dinilai berdasarkan tingkah laku sebenar
    • penilaian hasil pembelajaran - tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai diharapkan dapat dikuasai seseorang
    • penilaian sebagai penanda aras - proses pengukuran ke atas hasil, proses dan prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang cemerlang
    • penilaian melalui pemerhatian - memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan
  • kaedah penilaian pembelajaran
    • mengesan serta merta
    • mengesan kemajuan
    • mengesan pencapaian
  • kaedah penilaian kendalian sekolah
    • lisan - mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi di antara guru dengan murid
    • penulisan - melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid
    • pemerhatian - menilai aspek aspek yang sukar dikesan melalui kaedah penulisan dan lisan
  • menetapkan objektif dan penilaian pembelajaran
    • pernyataan eksplisit tentang tingkah laku murid
    • ada 3 iaitu :
      • domain psikomotor
        • tindak balas semulajadi
        • menghubungkait
        • ketepatan perlakuan
        • memanipulasi
        • meniru
      • domain afektif
        • membina perwatakan
        • mengorganisasi
        • menghargai
        • bertindak balas
        • penerimaan
      • domain kognitif
        • penilaian
        • sintesis
        • analisis
        • aplikasi
        • kefahaman
        • pengetahuan
  • contoh objektif pembelajaran
  • PSIKOMOTOR 
    • Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat melakukan kemahiran menyangga dengan teknik yang betul semasa aktiviti berpasangan, berkumpulan dan permainan kecil.
  • KOGNITIF
    • Di akhir unit pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyatakan hukum hukum sains yang terlibat semasa melakukan kemahiran menyangga
  • AFEKTIF
    • Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat memberikan kerjasama dengan berbincang, memberi idea dan menolong rakan dalam aktiviti tugasan serta menunjukkan sikap kejujuran semasa membuat penilaian 

Sunday, 9 September 2012

[i] PJPK Pendidikan Sepanjang Hayat

  • Kurikulum PJPK mencapai objektifnya melalui :
    • lakukan kemahiran asas dengan betul ikut konsep pergerakan
    • kembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor
    • kenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa pergerakan
    • kenal pasti aktiviti tingkatkan tahap kecergasan
    • ketahui kepentingan lakukan aktiviti fizikal secara berkala
    • pamerkan tanggungjawab kendiri
    • laksanakan aktiviti fizikal dalam suasana seronok
    • amalkan langkah keselamatan
    • amalkan gaya hidup sihat
  • PJPK sebagai kurikulum formal
    • jenis kurikulum formal
      • kurikulum akademik
      • kurikulum humanistik - diperoleh dari apa yang dipelajari oleh murid dari mana mana matapelajaran
      • kurikulum teknologi - berasaskan aliran sains, teknikal dan vokasional. 
      • kurikulum berbidang luas - mengkategorikan kumpulan mata pelajaran yang mempunyai banyak persamaan seperti bidang bahasa.
      • kurikulum pengembangan kognitif - menghubungkaitkan unsur pelajaran  atau pengalaman  yang diterima dimanfaatkan kepada dirinya dan juga orang lain
      • kurikulum pembangunan masyarakat - kaitan dengan sosio budaya persekitarannya
  • Konsep Teaching Games for Understanding
    • TGFU - mempunyai 4 kategori iaitu sasaran, jaring dan dinding, menghadang dan menyerang.
    • tujuan - meningkatkan pemahaman murid dalam PJ supaya dapat melahirkan murid yang aktif dan mahir dalam bidang sukan terutama permainan yang melibatkan kemahiran dan taktikal.

Saturday, 8 September 2012

[h] Polisi & Perundangan Kerajaan mengenai PJPK

  • Dasar Pembangunan Nasional
    • DPN - sebuah negara maju tahun 2020. strategi utama - mengekalkan DEB iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum.
    • aspek kritikal yang digiatkan :
      • wujudkan keseimbangan yang optimum
      • pembangunan yang seimbang
      • menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi
      • memperkukuhkan integrasi nasional
      • bangunkan masyarakat yang progresif
      • majukan sumber manusia
      • sains dan teknologi satu teras penting
      • pembangunan ekonomi berlandaskan perlindungan alam sekitar dan ekologi
  • Dasar Pendidikan Kebangsaan
    • DPK - membangunkan negara yang berbilang kaum dan status sosioekonomi melalui pendidikan. 
    • aspek kritikal yang digiatkan :
      • sistem persekolahan yang sama bagi semua
      • BM sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan
      • kurikulum dan eperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan.
    • kurikulum PJPK mempunyai beberapa strategi iaitu :
      • bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
      • kurikulum PJPK yang sama dan beroreintasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah
      • sistem peperiksaan yang sama dan seragam diwujudkan semua sekolah
      • tingkatkan mutu pendidikan keseluruhannya 
      • amalkan konsep pendemokrasian pendidikan iaitu memberi peluang semua murid untuk mengakses pendidikan secara adil.
      • beri perhatian kepada kumpulan murid yang berkeperluan khas serta sekolah yang terletak di luar bandar dan pedalaman.
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan
    • FPK - hasrat FPK melalui :
      • kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
      • rohani
      • intelek
      • jasmani
      • emosi
        • pendidikan bersepadu
        • ilmu dan kemahiran
        • bahasa
        • nilai-nilai murni
        • kurikulum dan sukatan pelajaran
        • proses pengajaran dan pembelajaran
        • diharapkan dapat mencapai hasil seperti :
          • insan yang baik
          • percaya dan patuh kepada Tuhan
          • berilmu pengetahuan
          • bertanggungjawab
          • berakhlak mulia
          • berbakti dan menyumbang kepada negara
          • sahsiah yang seimbang dan bersepadu
  • Pelan Pembangunan Pendidikan
    • Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
      • menjayakan teras misi nasional iaitu teras 2 - meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dan teras 3 - menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif
      • KPM merancang iaitu :
        • memperkembangkan potensi individu JERI
        • tingkatkan kreativiti, inovasi dan budaya ilmu
        • budayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat
        • sistem pendidikan yang lebih cekap
        • Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
        • tingkatkan martabat pendidikan Malaysia di arena antara bangsa
      • membangunkan modal insan berfokus kepada :
        • lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar dengan cara meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah
        • tingkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan
        • pupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan dengan cara melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai kemahiran hard dan soft skills
        • mantapkan program kokum dan sukan
        • mantapkan sistem pentaksiran dan penilaian
        • kukuhkan disiplin pelajar
        • mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin
        • mantapkan kurikulum dengan subjek PI, PM, PSK dan pembestarian sekolah
  • Transformasi Pendidikan
    • melalui BPK - iaitu KSSR
    • elemen dalam KSSR
      • bentuk, organisasi, kandungan, peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran, pengurusan kurikulum, bahan.
  • Akta Pendidikan 1996 lanjutan dari akta pelajaran 1961
  • indikator lain yang boleh menyebabkan sesebuah kurikulum dibentuk atau dinilai semula ialah kerana
    • kehendak masyarakat
    • faktor politik
    • faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia
    • faktor perubahan sosial
    • faktor perancang dan pelaksana kurikulum
    • faktor murid, kehendak dan keperluan masyarakat
    • faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya
    • pengaruh psikologi pendidikan

Friday, 7 September 2012

[g] Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kurikulum (PAJSK)

  • digunakan untuk mengukur, menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokum.
  • murid tahap 1 (th.1 - 3) diukur dan dinilai dalam aspek perkembangan fizikal dan kecerdasan serta penjagaan kesihatan sahaja.
  • murid tahap 2 (th.4 - 6) dan SM, diukur dan dinilai dalam aspek sukan, kokum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan
  • PAJSK dapat memberi gambaran menyeluruh tentang tahap perkembangan murid melalui
    • ketrampilan
    • inovasi
    • akhlak mulia
    • tenggungjawab
    • patriotik
    • keusahawanan
  • komponen pentaksiran aktiviti jasmani (PAJ) untuk tahap 1 dulu :
    • aktiviti jasmani
      • perkembangan fizikal
        • kecekapan kemahiran pergerakan
        • kecergasan meningkatkan kesihatan dan prestasi fizikal
        • kesukanan
      • penjagaan kesihatan
        • kesihatan fizikal
        • kesihatan mental, emosi dan sosial
        • kesihatan persekitaran

Thursday, 6 September 2012

[f] Amalan Pentaksiran dalam PJ & PK

  • tujuan penilaian :
    • mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
    • melihat perubahan pada perkembangan setiap murid
    • membuat perancangan aktiviti
    • meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan
    • mempelajari keperluan setiap murid
    • menyelesaikan sesuatu masalah
    • memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa
    • memberi laporan kepada pakar
    • menghargai hasil kerja murid
    • membuat tindakan susulan serta merta
    • kaedah penilaian
    • pemerhatian melalui :
      • rekod anekdot - penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa atau perubahan perkembangan yang signifikan berlaku pada seseorang murid.
      • rekod pensampelan masa - mencatat pemerhatian ke atas tingkah laku murid dalam satu jangka masa
      • senarai semak - mengaitkan perubahan tingkah laku murid dengan hasil pembelajaran seperti yang ditetapkan
  • matlamat utama pentaksiran ialah untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. 
  • kerangka konsep pentaksiran
    • secara tradisional - ujian bertulis, amali dan kecergasan bertujuan mengkaji serta menilai pengetahuan dan kemahiran dalam bentuk pemberian gred.
    • secara alternatif - format tersendiri untuk menguji murid pada aras yang paling rendah ke aras yang tertinggi dalam konteks pemikiran dan penaakulan SEPERTI rating scales, senarai semak, skoran rubrik, log pembelajaran, portfolio, esei, pameran, eksperimen dll
      • autentik - berbentuk tugasan menilai prestasi atau persembahan perlakuan murid secara langsung dalam konteks yang spesifik dan pada situasi sebenar. 
      • perlakuan - melibatkan perlaksanaan sesuatu aktiviti seperti melakukan tunjuk cara atau demonstrasi sesuatu kemahiran dengan tumpuan kepada menghasilkan  sesuatu produk atau membuat projek SEPERTI penulisan, esei, lisan, pameran, eksperimen, portfolio, brosur, phamplet, soal jawab berstruktur dll
  • 5 langkah membina pentaksiran PK :
    • tentukan dan kenal pasti tujuan serta objektif pentaksiran
    • pilih teknik pentaksiran yang sesuai
    • bina carta rubrik dan data skor melalui sistem point atau nilai bernombor, senarai semak, skala kadar analitik atau rubrik umum
    • melaksanakan pentaksiran dan laporan skor pencapaian tugasan 
    • menilai dan memurnikan teknik pentaksiran 
  • 9 aspek pentik dalam membuat analisis tugasan :
    • bentuk simulasi yang menggambarkan prestasi keseluruhannya
    • tetapkan unsur tugasan yang relevan kepada kualiti prestasi seperti kepantasan, ketepatan, bilangan dan kesungguhan ralat prosedur, ralat dalam arahan, perbezaan dalam pemilihan alat atau perkakasan, usaha yang ekonomi, masa
    • memilih unsur untuk pemerhatian
    • membina kriteria dalam piawaian
    • menilai unsur unsur berkenaan 
    • membentuk program latihan
    • memilih unsur yang memerlukan masa dan perbelanjaan yang minimum
    • menggunakan pentaksiran untuk memurnikan pentaksiran dan memperbaiki kurikulum
    • memberikan maklum balas