Saturday, 31 December 2011

(2) Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah - suatu usaha yang dilakukan untuk mencari kebenaran dengan menggunakan kebijaksanaan. 
Falsafah pendidikan - hala tuju atau panduan terhadap perkara-perkara yang berhubung kait dengan pendidikan.

4 cabang falsafah :
  1. metafizik - membincangkan perkara yang berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan. tidak dapat diselesaikan secara saintifik - hakikat realiti, kewujudan tuhan yang ada tetapi tidak dapat dilihat.
  2. epistemologi - membincangkan tentang teori ilmu pengetahuan. 
  3. logik - berkaitan dengan penaakulan manusia.
Beberapa falsafah dinyatakan seperti :
  • falsafah umum barat
  • falsafah pendidikan barat
  • falsafah islam
  • falsafah pendidikan islam
  • falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan kebangsaan :
  1. satu usaha berterusan
  2. memperkembangkan lagi potensi individu
  3. perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
  4. insan yang seimbang dan harmonis
  5. kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
  6. rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan
  7. rakyat malaysia yang berakhlak mulia
  8. rakyat malaysia yang bertanggungjawab
  9. rakyat malaysia yang berketrampilan
  10. rakyat malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Falsafah Pendidikan Kebangsaan - proses pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk pembangunan diri insan secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang aman damai dan bersatu padu.

(1) Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

Terdapat beberapa kategori :
  1. Pendidikan sebelum penjajahan inggeris
  2. Pendidikan semasa penjajahan inggeris
  3. Pendidikan Era sebelum kemerdekaan
    1. penyata razak
  4. pendidikan era selepas kemerdekaan
    1. penyata rahman talib
    2. akta pelajaran 1961
    3. falsafah pendidikan kebangsaan
  5. pendidikan era milenium
Perkembangaan pendidikan di negara kita ini berlangsung sejak dari zaman dahulu lagi dan berkesinambungan hingga sekarang. walau bagaimanapun dengan cabaran yang berubah selaras dengan peredaran zaman, pendidikan terus mengalami perkembangan. fungsi pendidikan juga terus berubah. antara lain pendidikan yang berlangsung adalah untuk pembangunan insan dan pembangunan negara. pembangunan insan perlu terlebih dahulu berlangsung sebelum pembangunan yang lain termasuk pembangunan negara dapat dilakukan.

Thursday, 8 December 2011

(1) Teknologi Dalam Pendidikan

  1. Teknologi dalam pendidikan merupakan integrasi proses dan produk untuk meningkat serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
  2. Dalam era komputer, alat komputer atau bahan digital dan bukan digital yang dihasilkan menggunakan teknologi komputer boleh diterjemahkan sebagai alat yang boleh digunakan dalam pendidikan
  3. Teknologi pendidikan ada 4 perspektif
    1. teknologi pendidikan sebagai media dan komunikasi audio visual
    2. teknologi pendidikan sebagai sistem instruksional dan reka bentuk instruksional
    3. teknologi pendidikan sebagai latihan vokasional 
    4. teknologi pendidikan sebagai sistem komputer
  4. Dalam bidang pendidikan, reka bentuk pengajaran yang akan menunjukkan proses iaitu aktiviti dan kaedah yang digunakan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta disokong pula oleh teknologi atau media yang akan memudahkan proses guru mengajar dan murid belajar.

Friday, 30 September 2011

Kesan Pencemeran Air Kepada Kehidupan

Yang Dihormati Sudara Pengacara Majlis, yang berusaha Guru Besar, guru-guru, panel hakim yang arif dengan panji keadilannya, serta rakan-rakan yang dihormati.Selamat sejahtera saya ucapkan.Tampilnya saya dipentas baldu ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan".


        Hadirin sekalian,  

      Pencemaran air sering berlaku di negara kita.Pencemaran air sungai dan laut terjadi disebabkan oleh berbagai-bagai faktor.Sampah-sarap dan sisa-sisa minyak dibuang ke laut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

      Di samping itu, sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang dengan mudah dialirkan ke sungai dan ke laut.Pekara ini mengakibatkan pencemaran air yang berterusan.Kita terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air.

     Manusia menggunakan air untuk kegunaan harian, pertanian dan perindustrian.Jika air tercemar, maka semua aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan.Air yang tercemar amat berbahaya untuk kesihatan manusia.Air tercemar juga boleh menyebabkan penyakit kulit dan cirit-birit.

    Selain itu, pencemaran air juga boleh mengakibatkan hidupan air, seperti rumpair, ikan dan sebagainya akan pupus.Ini memberi kesan yang negatif kepada kehidupan nelayan.Pendapatan para nelayan juga turut terjejas.

       Hadirin sekalian,

    Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa pencemaran air lebi banyak merugikan kita.Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut.  

        Sekian, terima kasih.

Monday, 1 August 2011

Karangan Jenis Syarahan

SOALAN
Andaikan bahawa anda terpilih mewakili kelas anda untuk menyampaikan syarahan. Tajuk syarahan itu ialah “Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik”.Sediakan teks syarahan anda tersebut.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang bijaksana,Guru Besar,guru-guru,dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah “Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik.
Hadirin sekalian,

  Kata “membazir “bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang terbuang. Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan. Misalnya jika kita terlalu boros berbelanja,kita tidak akan mempunyai wang ketika kita benar-benar memerlukannya. Makanan yang dibeli secara berlebihan mungkin tidak termakan dan akan dibuang.

    Selain dari itu, membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah satu pembaziran. Bagi seorang murid, masa itu adalah emas. Oleh sebab itu,kita hendaklah membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

   Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik. Jika kita membazir air dan elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membayar bil-bil berkenaan.

   Pada musim kemarau pula,kita akan menghadapi masalah kekurangan air dan terpaksa dicatu.

    Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan saya ini. Sebagai kesimpulannya,saya ingin menekankan bahawa membazir adalah amalan yang tidak baik dan banyak mendatangkan keburukan kepada kita.

     Sekian,terima kasih.

Karangan Jenis Catatan

 
Karangan Catatan
Kamu telahmelakukan beberapa aktivitisemasacuti hujung minggu. Tuliscatatantentang aktiviti-aktiviti tersebut.
  
Ahad  7.00pagi 
  • Selepas solatSubuh, saya mandi dan bersarapan bersama keluarga. Sayamembantu ibu di dapur dan mengemas meja makan. Saya juga menolong ibumencuci pinggan mangkuk. 

9.00 pagi 
  • Selepas mencucipinggan-mangkuksayamengemasrumah. Mula-mula saya mengemas bilik tidur saya. Mana-mana pakaian yang kotor saya asingkan dandiisikan ke dalam mesin basuh. Kemudian, saya membersihkan ruang tamu. 

11.00 pagi 
  • Selepas berehat sekejap, saya ke dapur menolong ibu memasak. Sayamembantu ibumenyiangikan dan sayur. Saya rasa sangat gembira keranadapat membantu ibu di dapur. Ibu berasa bangga kerana mempunyai anakyang rajin. 

2.00 petang
  •  Selepas solat dan makan tengah hari, saya berehat sebentar, kemudian sayamembaca buku cerita yang saya pinjam dari perpustakaan. Kemudian, sayamenontontelevisyenkerana ada rancangan yang saya minati. 

5.00 petang 
  • Selepas solat asar, saya keluar bermain bersama kawan-kawan di tamanpermainan yang berhampiran dengan rumah. Saya rasa gembira dapat bermainbersama kawan-kawan. Selepas bermain saya pulang ke rumah. 

Monday, 4 July 2011

1 Malaysia U10

  1. 1 bendara, 1 prinsip rukun negara, 1 bahasa yang sekata
  2. berfikir melepasi sempadan tembok kepentingan etnik dan kaum
  3. tidak membataskan tindakan mereka kepada perkara perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja.
VISI
  1. Mewujudkan satu masyarakat yang bersatupadu.
  2. mencerminkan rakyat malaysia - saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayata satu visi untuk membina satu negara bangsa
MISI
  1. rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
8 NILAI
  1. budaya kecemerlangan
    1. ke arah tahap kejayaan yang lebih tinggi
  2. ketabahan
    1. dalam melaksanakan sesuatu kerja, setiap rakyat memerlukan ketabahan dan ketekunan
  3. rendah hati
    1. segala kelebihan yang dimiliki atau kemampuan yang dikuasai tidak ditunjukkan atau dibanggakan kepada orang yang tidak memilikinya.
  4. penerimaan
    1. perlakuan positif - menerima dengan hati terbuka dan ikhlas tanpa ada unsur unsur terpaksa
  5. kesetiaan
    1. negara hancur - jika ramai pembelot yang mementingkan diri sendiri berbanding kesejahteraan negara.
  6. meritokrasi
    1. mana mana pihak yang memenuhi kriteri yang diperlukan - dialah yang akan pegang tender tersebut
    2. pemilihan berdasarkan prestasi dan budaya cemerlang
  7. pendidikan 
    1. pendidikan mesti disusuli dengan praktikal untuk mendapatkan pengalaman
  8. integriti
    1. kejujuran - dihormati, berwibawa, jati diri
    2. pemimpin yang berintegriti
    3. rakyat yang berintegriti

Integrasi Nasional U10

  1. konsepnya luas - penyatuan kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang berbeza
  2. menjadikan satu norma dan nilai serta kepentingan bersama
  3. matlamat :
    1. meningkatkan kesedaran, komitmen, kerjasama semua pihak - usaha meningkatkan integriti untuk menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang
    2. galakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat, cergas dalam menegakkan integriti
    3. tingkatkan daya saing dan daya tahan malaysia
    4. memupuk dan tingkatkan semangat perpaduan patriotik - megah sebagai rakyat malaysia
    5. tingkatkan keharmonian antara kaum, budaya dan agama semua lapisan masyarakat
    6. tingkatkan integrasi antara semua negeri di malaysia
APA HALANGANNYA?
  1. prasangka
    1. bersangka buruk antara satu kumpulan dengan kumpulan lain. sukar diubah tanggapan bersangka buruk
  2. perkauman
    1. sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri
  3. sejarah dan latar belakang penduduk malaysia
    1. banyak perbezaan dari segi kaum, agama, budaya, lokasi wilayah, pekerjaan, kelas sosio ekonomi
  4. integrasi antara semua negeri di malaysia
    1. faktor geografi spt sabah, sarawak jauh dengan semenanjung
  5. isu pendidikan
    1. sekolah wawasan - sekolah cina kurang bersetuju, menghilangkan identiti dan bahasa ibunda mereka
    2. bahasa inggeris dalam sains dan matematik
    3. dasar meritokrasi - dianggap menindas / diskriminasi satu satu pihak termasuk orang melayu
  6. pengagihan ekonomi tidak seimbang
    1. berlaku disebabkan oleh dasar semasa inggeris menjajah lagi
  7. politik
    1. menubuhkan persatuan masing masing
    2. alasan - takut ditindas oleh kaum kaum lain

OIC U9

  1. Pertubuhan Persidangan Islam - 25/09/1996 di rabat, maghribi
  2. 57 buah negara islam - bersidang mula mula bincang tentang pembakaran masjidil al aqsa di baitulmaqdis - kiblat pertama umat islam
  3. matlamat : 
    1. memupuk perpaduan di kalangan anggota
    2. menyelaraskan kerjasama di kalangan negara anggota
    3. menghapuskan segala jenis perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan
    4. meningkatkan perjuangan umat islam - memelihara maruah
  4. tunku abdul rahman putra al-haj - setiausaha agung pertama OIC

NAM U9

  1. Pertubuhan Negara Negara Berkecuali - 1961 oleh presiden yugoslavia, josip broz tito
  2. tidak memihak kepada mana mana kuasa perang dingin. - 114 negara ikut
  3. tujuan - memastikan kemerdekaan, integriti, kedaulatan dan keselamatan negara negara kecuali
    1. menentang pemisahan bangsa
    2. perkauman
    3. pencerobohan oleh bangsa asing
    4. pekerjaan
    5. dominasi terhadap kuasa 
    6. kumpulan politik

PBB U9

  1. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu - mula dibentuk di San Francisco, California - 24/10/1945 selepas perang dunia ke 2
  2. keahlian open seluruh dunia
  3. matlamat - 
    1. mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat
    2. menegaskan hak asasi manusia
    3. menjamin rasa hormat undang undang antarabangsa
    4. memperbaiki taraf hidup penduduk seluruh dunia
  4. sekarang PBB beroperasi di New York
  5. mempunyai beberapa majlis :
    1. majlis perhimpunan agung
    2. majlis keselamatan
    3. majlis amanah
    4. majlis ekonomi dan sosial
    5. mahkamah pengadilan antarabangsa
    6. sekretariat (jabatan urus setia)

KOMANWEL U9

  1. idea dari Lord Rosebury - 1931
  2. satu persatuan secara sukarela
  3. melibatkan negara negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh british
  4. kecuali mozambique - bekas jajahan portugis 
  5. kecuali rwanda - bekas jajahan belgium
  6. tujuan - mengeratkan perhubungan dan perpaduan dikalangan anggota

ASEAN U9

  1. Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara - 8/8/1967
  2. anggota ASEAN :
    1. malaysia
    2. indonesia
    3. thailand
    4. filipina
    5. singapura
    6. vietnam
    7. myanmar
    8. brunei
    9. laos
    10. kampuchea / kemboja

Dasar Luar Negara U9

  1. hubungan baik dengan negara negara luar - wujudkan keselamatan, kedamaian, keharmonian serta kesejahteraan - ekonomi, politik, sosial dll
MENGAPA DASAR LUAR NEGARA DIBUAT?
  1. faktor dalaman - kepentingan nasional, spt keselamatan. faktor ekonomi, saling bergantung antara satu sama lain.
  2. faktor luaran - mengikut prinsip prinsip PBB - piagam PBB
  3. faktor sejarah dan budaya - tidak campur tangan  dalam hal ehwal negara lain, prinsip penyelesaian sengketa secara aman.
  4. faktor kepimpinan - amalkan dasar yang bebas dan berkecuali. utamakan semangat  setia kawan.
BAGAIMANA DASAR LUAR NEGARA BERKEMBANG?
  1. Tunku Abdul Rahman Al-Haj 
    1. berpaksikan dasar pro barat dan anti komunis
  2. Tun Abdul Razak Hussein
    1. amalkan dasar berkecuali
  3. Tun Hussein Onn
    1. menjalinkan kerjasama serantau
  4. Tun Dr. Mahathir Mohamad
    1. dasar pandang ke Timur
    2. menjadikan teladan tentang nilai nilai dan etika kerja yang positif seperti rakyat jepun
  5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
    1. memperbaiki hubungan dua hala dengan semua negara kecuali ISRAEL
    2. meneruskan perjuangan melalui isu palestin

Sunday, 3 July 2011

Dasar pembangunan negara U8

DASAR EKONOMI BARU
  1. antara matlamat :
    1. menurunkan kadar kemiskinan
    2. mencapai tahap guna tenaga penuh dengan kadar penggangguran diturunkan
    3. pembahagian pemilikan saham modal dalam syarikat berhad
    4. penyusunan semula guna tenaga
  2. perlaksanaan strategi :
    1. tingkatkan produktiviti dan pendapatan sektor pertanian - guna teknologi baru, peralatan baru, kemudahan yang baik. 
    2. adakan pelbagai khidmat sosial untuk tinggikan taraf hidup miskin spt tanam padi 2 kali setahun, baiki parit dan tali air, bantuan kewangan
    3. tambah peluang untuk meningkatkan produkitivi seperti bantuan FELDA dan FELCRA
DASAR PENSWASTAAN
  1. tindakan kerajaan menyerahkan bahagian tertentu perkhidmatan kerjaan untuk diuruskan syarikat swasta.
  2. dasar ini dibuat mengambil model jepun yang mengamalkan dasar penswastaan
  3. antara objektif :
    1. kurangkan beban kewangan kerajaan
    2. tinggikan kecekapan dan penghasilan kerja
    3. galakkan pertumbuhan ekonomi
    4. agihkan sumber secara cekap
    5. cepatkan hasrat DEB
DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA
  1. wujudkan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta
  2. menggalakkan aktiviti mempercepatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta
  3. menubuhkan panel perundingan masing masing yang dianggotai oleh pegawai kanan organisasi dan wakil syarikat swasta
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
  1. diperkenalkan dalam RMK5
  2. objektifnya :
    1. memahami tahap perkembangan perindustrian di malaysia
    2. memahami objektif dan rasional pembangunan perindustirian
    3. mengetahui peranan  industri kecil, sederhana dan berat
    4. peranan HICOM
    5. mengetahui pelan induk perindustrian
  3. menjadikan perindustrian negara punca utama pertumbuhan ekonomi negara
DASAR SOSIAL
  1. Dasar Pendidikan Kebangsaan
    1. melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga manusia yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai
  2. Dasar Kebudayaan kebangsaan
    1. memperkukuhkan perpaduan bangsa dan negara
    2. memupuk dan memelihara keperibadian
    3. memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan manusia dan rohani seimbang
  3. wawasan 2020
    1. mewujudkan malaysia yang aman
    2. mempertahankan kebanggaan bangsa
    3. mengelakkan ditindas oleh bangsa bangsa yang lain
  4. dasar penerapan nilai nilai islam dalam pentadbiran
    1. mengurangkan masalah rasuah, pecah amanah, diskriminasi
    2. membentuk sebuah masyarakat yang bermaruah, beridentiti dan disegani oleh masyarakat luar
  5. dasar wanita negara
    1. hak wanita malaysia
    2. menjamin perkongsian yang sama antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat
    3. mengangkat martabat wanita sama dengan lelaki
  6. dasar pandang ke timur
    1. meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan negara
    2. memupuk sifat kepimpinan yang berkesan
  7. dasar bersih, cekap dan amanah
    1. meninggikan daya pengeluaran dan mutu kerja
    2. mewujudkan satu etka kerja dan sikap berkhidmat yang baru