Sunday, 9 June 2013

9/ Sukan Padang Olahraga (Balapan dan Padang)

Latihan kids atletik
  • acara : pecut / lari berpagar berganti-ganti dan berulang-alik
  • acara perlumbaan daya kardiovaskular
  • melontar secara melutut / knee throwing
latihan pelbagai / multilateral - mengelakkan pengkhususan
latihan spesifik mengikut acara
  • acara pecut
  • acara lompat tinggi
  • acara melontar peluru

Saturday, 8 June 2013

8/ Sukan Arked Boling Tenpin

perkataan dalam boling
  • strike - pin jatuh semua
  • spare - pin jatuh semua kali kedua baki yg tinggal
  • open frame - pin tidak jatuh semu walaupun perubaan kali kedua
kemahiran asas
  • genggaman / grip
  • kedudukan sedia  / stance
kemahira taktikal 
  • tuju ke poket  - antara pin 1 dan pin 3
variasi
  • cangkuk / hook
  • putar / spin
  • bilangan langkah
  • mendapatkan spare
  • menjatuhkan split

Friday, 7 June 2013

7/ Sukan Meja

Kemahiran asas :
  • membuat servis
    • servis putaran atas / topspin service
    • servis putaran belakang / backspin service
    • servis putaran ke kiri / forehand left side
    • servis putaran ke kanan / backhand right side
  • pukulan depan / forehand drive
  • pukulan belakang / backhand drive
  • chopping 
  • tolakan / pushing
  • smesy / smash
  • blok / blocking

Thursday, 6 June 2013

6/ Sukan gelanggang skuasy

kemahiran asas
  • servis
  • pemulangan bola / pukulan balas
    • pukulan balas bola hanya dikira sah sekiranya bola yang diambil tidak melantun dua kali di lantai, dipulangkan semula ke dinding hadapan atas pada garisan paling bawah samaada terus ke dinding hadapan atau lantun dahulu di dinding lain dalam kawasan permainan dan barulah ke dinding hadapan

Wednesday, 5 June 2013

5/ Sukan gelanggang tenis

kemahiran asas
  • memahami cara memegang raket
  • kedudukan bersedia
  • pukulan forehand volley / voli hadapan 
  • pukulan backhand volley / voli kilas
  • pukulan forehand groundstroke / hadapan
  • pukulan dua tangan backhand groundstroke
  • pukulan satu tangan backhand groundstroke
  • pukulan overhead
  • pukulan servis

Tuesday, 4 June 2013

4/ Sukan gelanggang badminton

Kemahiran asas
  • genggaman atu pegangan asas atau grip
  • pegangan asas sebelah kanan / forehand
  • pegangan asas pukulan kilas / backhand
  • servis - rendah, tinggi, kilas
  • pukulan smasy - kilas
  • pukulan di jaring

Monday, 3 June 2013

3/ Pengurusan Keselamatan

Tindakan menjamin keselamatan -
  • penyeliaan ketat- mendapat kebenaran ibubapa
  • pakaian sesuai 
  • peralatan selamt diguna
  • tempat bertanding selamat
  • persekitaran selamat
Pertimbangan keselamatan dalam sukan peringkat sekolah
  • ada program latihan dan program kejurlatihan yang terancang
  • jurulatih dan guru perlu lebih berhati-hati, tempoh latihan semasa melatih pemain
  • pelajar dipilih mengikut kebolehan dan kesesuaian 
  • kecergasan yang tinggi
  • menjalani pemeriksaan fizikal secara spesifik sebelum bertanding

Sunday, 2 June 2013

2/ Prinsip Sukan Individu

prinsipnya -
  • kesediaan - penglibatan dan perjalanan sesuatu program latihan atau aktiviti sukan dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa tergendala
  • adaptasi - kesan latihan untuk meningkatkan kecergasan diri serta penguasaan kemahiran mengikut program latihan
  • perbezaan individu - penguasaan kemahiran dan peningkatan kecergasan bergantung kepada tahap kematangan dan struktur fizikal
  • intensiti - tahap atau darjah kesukaran aktiviti yang ditambah berdasarkan aras latihan dan bilangan sesuatu perlakuan
  • ulangan - bilangan kali sesuatu aktiviti itu dilakukan dalam jangkamasa tertentu
  • pengkhususan - kunci peningkatan kecergasan atau kemahiran dalam sesuatu program latihan
  • kepelbagaian - perancangan program yang pelbagai untuk mengekalkan minat sesuatu aktiviti
  • ansur maju - secara beransur-ansur mengelakkan kecederaan
  • memanaskan dan menyejukkan badan - mesti ada warm up dan cool down
  • kebolehbalikan - tahap pencapaian kecergasan yang merosot akibat gangguan dlm program latihan.  perlu pulihkan kecergasan, rehat aktif dan amalkan ansur maju
etika dalam sukan - 
  • mempunyai disiplin diri yang tinggi
  • sentiasa mengamalkan permainan bersih
  • berusaha meningkatkan rekod yang baik
  • mempunyai semangan kesukanan yang tinggi
  • memiliki komitmen yg tinggi
  • dapat mengawal emosi

Saturday, 1 June 2013

1/ falsafah kesukanan dan permainan

  • falsafah - gabungan pengetahuan, sikap, kepercayaan dan nilai yang membentuk asas tindakan seseorang dan memberi arah serta tujuan kepada aktiviti seseorang.
  • sukan - penggunaan tenaga dan kemahiran fizikal yang didorong oleh gabungan kepuasan dalaman dan dikaitkan dengan ganjaran luaran yang diperoleh melalui sukan
  • main - seorang atau kumpulan melibatkan aktviti fizikal untuk keseronokan
  • ciri sukan - 
    • bersifat fizikal
    • ada peraturan / undang-undang
    • berunsur persaingan / pertandingan
    • ada persatuan
    • memerlukan latihan 
  • individu terlibat dalam sukan -
    • kesihatan 
    • kecergasan
    • rekreasi
    • keseronokan
    • budaya - pola tingkahlaku yang diterima masyarakat
    • sosial - peluang berinteraksi
    • teori katarsis - mengeluarkan perasaan emosi
    • kecemerlangan
    • kebendaan - pengiktirafan pelbagai bentuk
    • astetik - menikmati kecantikan pergerakan / persembahan
  • sukan yang diubahsuai
    • bola tampar pantai
    • futsal
    • mini bola keranjang
    • bola sepak 7 sebelah
    • ragbi 7 sebelah
    • ragbi sentuh

Monday, 6 May 2013

6/ Stilistik, skema dan majaz

  • stilistik - gaya bahasa dan teknik mengindahkan bahasa
  • ciri-ciri : 
    • kejujuran
    • kesantunan
    • kejelasan
    • kesingkatan
    • menarik
  • jenis-jenis :
    • pengarang - gaya Shanon
    • masa - gaya klasik
    • medium atau wahana - gaya Utusan
    • subjek atau perkara - gaya falsafah
    • tempat - gaya Sabah
    • khalayak - gaya yang berdasarkan golongan sasaran
    • tujuan - gaya bahasa yang ditentukan oleh maksud atau tujuan
  • strategi skema - penyimpangan atau perubahan dari segi bentuk ayat atau susunan perkataan
    • skema seimbang 
      • paralelisme - mensejajarkan beberapa ayat yang berpola sama
      • antitesis - perletakkan dua ayat atau kata yang bertentangan dalam kedudukan berdampingan. cth : besar kecil, tua muda...
      • isokolon - perulangan dari baris atau fikiran yang sama. cth: lain caranya, lagin gayanya..
    • skema perulangan
      • anafora - pengulangan perkataan yang sama pada permulaan klausa yang berturutan
      • epistrop -  pengulangan perkataan yang sama pada akhr klausa yang berturutan
      • anadiplosis - pengulangan kata akhir dalam sesuatu klausa pada permulaan klausa yang berikutnya
      • poliptoton - pengulangan perkataan yang berasal dari kata akar yang sama
      • epanalepsis - pengulangan kata pada akhir sesuatu klausa yang sudah dinyatakan pada awal klausa. 
      • klimaks - penyusunan kata-kata atau frasa atau klausa dalam urutan kepentingan yang meningkat
      • antiklmaks - lawan bagi klimaks, menurun
      • antimetabole - pengulangan kata kata dengan aturan tatabahasa yang terbalik dalam klausa yang berturutan. cth : makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan
      • asonansi - pengulangan bunyi vokal yang sama dalam suku kata  yang diberi. cth : kalau kilat membelah gelap, lidah api menjulang tinggi
      • kiasmus - kebalikan struktur tatabahasa dalam urutan frasa atau klausa. 
      • aliterasi - pengulangan konsonan pertama atau pertengahan dalam dua atau lebih kata kata yang bersebelahan. cth : bukan betak bijak berperi
    • skema penguguran
      • elipsis - secara sengaja
      • asindeton - pengguguran kata hubung 
      • polisindeton - penggunaan kata hubung
    • skema ragaman - frasa yang tidak dapat dihimpunkan dalam salah satu kumpulan skema
      • umum - khusus
        • sebut nama tempat umum barulah secara khusus
      • khusus - umum
        • lawan bagi umum-khusus
      • abstrak - konkrit
        • khayal kepada nyata
      • konkrit - abstrak
        • lawan bagi abstrak-konkrit
      • enumerasi
        • frasa penting dahulu barulah yang tidak penting
    • skema hiperbaton - penyusunan perkataan yang menyimpang dari aturan lazim
      • aposisi - penyusunan sebelah menyebelah
      • anastrop - susunan kata lazim. frasa awal adalah penting
      • parentesis - hubungan antara pola dalam ayat terputus
  • strategi majaz - mengubah atau memalingkan maksud
    • majaz pertautan, ada 7 jenis strategi
      • periprasis - fahami makna secara literal
      • sinekdot - bunga bahasa
      • alusi - peristiwa, tokoh atau tempat dalam kehidupan nyata, mitos
      • eufemisme - memperhalus kata kata
      • disfemisme - lawan bagi eufemisme
      • pleonasme - kata yang banyak diperlukan
      • metonimi - penggantian sifat atau perkataan yang tepat gantikan maksud
    • majaz perbandingan - membandingkan 2 hal pada hakikat berlainan dianggap sama
      • kiasan sandar
      • kiasan terus
      • kiasan berangkap
      • kiasan berbunga
      • kiasan pemanis
      • kiasan melompat
      • kiasan melarat
    • majaz pertentangan
      • hiperbola - membesar-besarkan
      • ironi - menyindir
      • oksimoron - 2 hal yang bertentangan. cth : benci tapi rindu
      • litoses - kenyataan yang tidak lengkap bukan untuk menipu tapi untuk menunjukkan kehebatan. cth : perjuangan kami hanya setitik air di samudera.
    • majaz ragaman
      • simetri
      • onomatopia
      • antimeria
      • ekslamasi
      • paronomasia
    • majaz melayu
      • pantun
      • pepatah
      • bidalan
      • tamsilan
      • simpulan bahasa

Sunday, 5 May 2013

5/ Laras, ragam dan muzik bahasa

  • laras bahasa wujud melalui ciri-ciri keperihalan iaitu
    • cara penyampaian
    • perhubungan sosial dan peribadi
    • bahan yang diperkatakan
    • fungsi sosial perlakuan bahasa
  • faktor wujud laras bahasa
    • bangsa, jantina, status sosial, pendidikan, kerjaya, bidang
  • faktor wujud kepelbagaian laras bahasa
    • formula, penerima, bentuk mesej, cara penyampaian, jenis bahasa, latar
  • jenis laras bahasa :
    • laras umum - tiada istilah teknikal, struktur mudah, tidak banyak kata pinjaman
    • laras teknikal
    • laras undang-undang
    • laras agama
    • laras klasik
    • laras kreatif
    • laras bahasa kanak-kanak
    • laras iklan
  • ragam bahasa - ciri-ciri gaya penceritaan istimewa
  • ada 2 bentuk ragam bahasa
    • formal
      • bahasa baku
      • bahasa istana
    • tidak formal
      • bahasa mesra
      • bahasa halus
      • bahasa pasar
      • bahasa sindiran
      • bahasa basahan

Saturday, 4 May 2013

4/ Ayat, logika dan wacana

  • bermula dengan ayat - harus menguasai selok belok pembentukan ayat
    • beza denotasi dan konotasi
    • beza kata yang makna hampir sinonim
    • kata mirip ejaan
    • memahami tepat makna kata kata abstrak
    • memakai kata penghubung yang berpasangan dengan tepat
  • syarat dan kaedah hasilkan ayat yang berkesan
    • kesatuan gagasan - kembangkan tema atau isu satu persatu
    • kesepaduan
    • penalaran / logika
    • penekanan
    • kevariasian
    • kesejajaran
    • kehematan
    • kemurnian
  • penanda wacana dalam karangan
    • selain itu
    • keadaan ini
    • namun begitu
    • akibatnya
    • begitu juga
    • sebaliknya
    • walaupun
    • kesimpulannya
    • pada amnya
    • pada keseluruhannya
    • akhirnya
    • seterusnya
    • jadi
    • sementara
    • kalau demikian
    • kini
    • khususnya
    • ringkasnya
    • pada umumnya
    • keseluruhannya
    • tegasnya
    • dalam nada berbeza
    • justeru
    • sejajar dengan itu
    • meskipun demikian
    • oleh hal demikian
    • dengan perkataan lain
    • jelaslah

Friday, 3 May 2013

3/ Pendekatan dalam penulisan

  • pendekatan penulisan ada 3 :
    • retorika
      • pemerian
      • pemujukan
      • pendedahan
      • penghujahan
      • penceritaan
      • penerangan
    • eklektika
      • proses
      • model
      • metafizik - bersangkut paut dengan minat, kesungguhan dan motivasi diri secara bebas untuk menghasilkan karya penulisan yang bermutu
      • pengalaman
      • epistemik - penulisan yang bercorak ilmiah
      • model epistemik 
        • model sistem - kertas kerja ilmiah
        • model dialektika - sesuai untuk perbahasan / soal jawab
        • model hipotesis - model saintifik. kenal pasti masalah, kumpul data dari pelbagai sumer, pembentukan hipotesis/teori, kesimpulan dan penyelesaian, pengesahan data
        • model gabungan - kombinasi ke3 model
    • kewartawanan
      • TAJMAHAL - tepat, adil, jelas, mudah, teratur, halusi, beradab, lancar
      • piramid songsang - isi penting dinyatakan pada perenggan-perenggan awal - perenggan seterusnya menyokong pernyataan pada perenggan awal. perkaitan sangat penting di sini. - huraian lanjut, cadangan dan penutup
      • kewartawanan baharu - prinsipnya
        • latar
        • dramatik
        • dialog
        • deskripsi
        • sudut pandangan
        • monolog
        • perwatakan pelbagai

Thursday, 2 May 2013

2/ Strategi Pemerengganan

  • perenggan ada 2 :
    • perenggan utama 
      • pengenalan
      • pengembang
      • penutup
    • perenggan khusus
      • penyenaraian
      • percontohan
      • perbandingan
      • pengelasan
      • soalan jawapan
      • kenyataan luar dugaan
      • kontras masa
      • penglibatan pembaca
      • falsafah
      • urutan waktu
      • analogi
      • penghuraian proses
      • urutan ruang
      • anekdot
      • tiga kata bermakna
      • analisis

Wednesday, 1 May 2013

1/ Asas Mengarang

  • objektif mengarang - menulis sesuatu yang baru, memperbaiki, mengemaskini, memudahkan, membetulkan, memertahankan diri dan keluarga, menjawab tuduhan musuh. 
  • faedah mengarang - 
    • mengembangkan pelbagai idea
    • dapat mencari, mengkaji, menyerap, menguasai maklumat
    • biasakan diri berfikir secara tertib
    • mengetahui kemampuan dan potensi diri
  • penggolongan karangan ada dua kategori
    • imaginasi - prosa dan puisi 
      • novel, cerpen, puisi
      • drama, seloka, syair
      • pantun, metafora, ruba'i
    • faktawi - ilmiah dan informatif
      • berita, rencana, laporan
      • tesis, kertas kerja, jurnal
      • kertas projek, iklan
  • tahap penulisan secara hierarki 
    • prapenulisan / tahap persiapan
    • penyusunan
    • pascapenulisan
    • penerbitan
  • istilah seni mengarang
    • retorika - seni berbahasa yang sangat mementingkan kesampaian maksud dengan cara memanipulasi segala unsur bahasa sama ada aspek tatabahasa, semantik, estetik dan logik
    • stilistika - cara pemakaian bahasa yang melibatkan aspek-aspek kesesuaian penggunaan perkataan, frasa, ayat dan ungkapan tertentu yang dapat mengungkap sifat-sifat individu. perbezaan stilistika dengan retorika ialah stilistika lebih mementingkan aspek keindahan bahasa berbanding aspek motif berbahasa
    • estetika - konsep keindahan yang boleh dikaji sama ada dari segi keindahan luaran, keindahan dalaman atau keindahan dalam bentuk falsafah
    • logika - asas berfikir yang melihat hubungan sesuatu perkara atau konsep dan menyimpulkan hubungan tersebut secara teratur supaya idea yang dinyatakan tidak bercanggah atau tidak logik
    • diksi - pemilihan perkataan atau cara pengungkapan gagasan, pengetahuan atau perasaan dalam bentuk kata-kata dengan tujuan supaya maksud yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pembaca dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh penulis.
    • semiotika - konsep berkaitan simbol-simbol atau tanda yang menjadi pegangan atau pandangan hidup dalam sesuatu budaya dan masyarakat
    • koheren - pertautan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami
    • kohesi - keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain
    • wacana - penggunaan bahasa secara bertulis yang terdiri daripada ayat atau ayat-ayat, bab, buku, dialog yang mempunyai awal dan akhir
    • penanda wacana - kata hubung antara ayat 
    • paralinguistik - unsur-unsur yang digunakan untuk memperjelas persembahan wacana