Tuesday, 8 May 2012

3/ Peribahasa dan Simpulan Bahasa

  • Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu.
  • mempunyai kata-kata yang bertujuan menyampaikan sesuatu perkara secara halus
  • untuk pedoman hidup
  • sebagai kiasan, teladan dan pengajaran
  • cabang peribahasa :
    • simpulan bahasa
    • kiasan
    • ibarat
    • pepatah
    • perbilangan
    • bidalan tamsil
    • perumpamaan
    • lidah pendeta / kata hikmatat
  • perumpamaan - susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan dari apa yang diucapkan atau ditulis / membandingkan sesuatu dengan benda lain 
    • laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku
    • bak, bagai, umpama, laksana, seperti, ibarat dll
  • ada juga perumpamaan yang tidak menggunakan kata petunjuk 
    • bersaksi ke lutut
    • potong hidung rosak muka
  • pepatah - ringkas, berkerat-kerat / berpatah-patah, mementingkan ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran. 
    • ada sampan, hendak berenang
    • ada air adalah ikan
  • bidalan - mengandungi  nasihat, peringatan, bimbingan, teladan dll
    • jika pandai mengunting, hendaklah pandai menjahit
    • alah bisa tegal biasa
  • simpulan bahasa - dua / tiga perkataan, mempunyai makna yang berlainan sama sekali dari makna asal perkataan tersebut. 
    • anak buah
    • lipas kudung
    • ada angin

Monday, 7 May 2012

4/ Kaedah memberi makna secara tradisional

SINONIM
  • seerti / hampir sama
  • maksud ayat sama / tidak berubah sama sekali 
ANTONIM
  • maksud berlawan
  • antonim berpasangan - tanya lwn jawab, lelaki lwn perempuan
  • antonim berperingkat - putih lwn hitam, muda lwn tua, kecil lwn besar
  • antonim berhubungan - jatuh lwn bangun, pensyarah lwn pelajar, beli lwn jual
HIPONIM
  • mencakupi makna beberapa perkataan lain dalam satu  tata tingkat / hierarki
  • HIPERNIM - makna yang am. contoh : ikan
  • HIPONIM - makna yang khas contoh : ikan tenggiri
  • hiponim tulen - contoh : padi - beras - nasi
  • hiponim umum - nama umum. contoh : bunga (umum) - mawar

Sunday, 6 May 2012

5/ Pelbagai Teori Semantik

  • Semantik - mengkaji tentang makna sesuatu perkataan, frasa, ayat dan ujaran.
Segitiga Makna Odgen dan Richard
  • 3 bahagian - lambang, fikiran, benda. Saling berhubung secara langsung atau tidak langsung
  • lambang / simbol - benda, manusia, peristiwa yang melalui fikiran. Yang melibatkan perasaan, sikap, harapan, impian tidak termasuk simbol.
  • reference - 
  • referent - memenuhi satu keperluan
Segitiga Semiotik Ullman
  • 3 cabang - pragmatik, semantik, sintak
  • 6 sebab berlakunya perubahan makna - linguistik, sejarah, sosial, psikologi, menerima pengaruh luar, keperluan kata baharu.
Pemeringkatan Makna Osgood
  • ada 7 skala - mengukur makna kata dari segi ruang semantik dan ruang yang ditakrif melalui soalan kuiz
 Analisis Komponen Katz dan Fodor
  • dikenali sebagai teori analisis komponen
  • mengkaji kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan lain - struktur leksikal
  • menganalisis makna sesuatu perkataan secara terperinci
Imej bunyi / sigifier de saussure
  • melalui ikatan assiotif psikologis - bunyi  yang dihasilkan oleh seseorang dan benda-benda yang diperkatakan sebenarnya digambarkan sebagai satu entiti konsepsual melalui beberapa cara.

Saturday, 5 May 2012

6/ Analisis Komponen Makna

  • Setiap kata mempunyai satu set komponen makna. - tepat dan jelas.
  • terdiri dari leksem sendiri 
  • contoh : perkaitan hospital boleh dihuraikan sebgai mempunyai komponen berikut 
  • hospital - doktor, pesakit, jururawat, bangunan, ubat-ubatan

Friday, 4 May 2012

7/ Leksikografi dan Pengajaran Bahasa

  • Leksikografi ialah buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain yang disusun menurut abjad dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain
  • maklumat dalam kamus - entri, bentuk kata, ejaan dan ucapan, pembentukan kata

Thursday, 3 May 2012

8/ Pragmatik

  • pragmatik - menghuraikan makna berdasarkan konteks bagi pengintepretasian makna yang berbentuk abstrak yang memerlukan huraian yang lebih terperinci
  • mesti ada gabungan semantik dan pragmatik - menjelaskan makna yang memerlukan tafsiran yang mendalam.
  • dalam teori relevan - ada andaian asas

Wednesday, 2 May 2012

9/ Prinsip Retorik Tekstual

  • retorik - keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan.
  • ada kekemasan dan susunan wacana
  • menggunapakai 4 corak wacana - pemerian, pendedahan, penghujahan, penceritaan
  • lakuan lisan - laras bahasa yang mengkaji bentuk bahasa yang diwujudkan dalam pelbagai lakuan

Tuesday, 1 May 2012

10/ Lakuan Bahasa

  • ungkapan linguistik
  • wujud dalam perbualan atau wacana
  • tindakan yang wujud secara langsung ketika seseorang berkomunikasi
  • LOKUSI - lakuan pengucapan. bentuk nyata yang dituturkan
  • ILOKUSI - lakuan niat pengucapan. apa yang dilakukan oleh penutur dengan melafazkannya
  • PERLOKUSI - lakuan tindakbalas pengucapan. reaksi pendengar apabila telah mendengar sesuatu ujaran.
  • jenis
    • lakuan bahasa tidak langsung - mempunyai kesantunan. menggambarkan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang penutur.
    • implikatur - makna tersembunyi dalam ujaran
      • implikatur konvensional
      • implikatur konversasional
  • bahasa sindiran - perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang tetapi tidak disebutkan secara tepat. Menyindir
  • bahasa  tersirat - bahasa yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud tetapi tidak disampaikan secara terus.

Monday, 30 April 2012

[6] Seni dan Perkembangan Kanak-Kanak

  • umur berkait dengan perkembangan kanak kanak
  • ekspresi artistik berpandu kepada kematangan usia kanak kanak
  • ciri perkembangan nampak bila mereka melukis - pengalaman estetika awal  yang berkait dengan persepsi mereka
  • perkembangan estetika - aktiviti kreatif spt melukis, mewarna, muzik dll
  • perkembangan artistik dipamerkan tanpa sosioekonomi keluarga
  • perkembangan terlibat dengan persepsi, fizikal, emosi, kognitif dan perkembangan umum

Sunday, 29 April 2012

[7] Pengajaran Seni Lukis Kanak Kanak

  • seni lukis - skema dalam perkembangan seni kanak kanak
  • peringkat skemata kanak kanak - manipulatif, membuat simbol, pra remaja
  • kanak kanak melukis apa yang dilihat dan menarik perhatian mereka
  • dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal - belajar memberi makna apabila meluahkan emosi
  • 4 tahap - proses penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi
  • garisan - dimensi saiz, arah, ukuran, ketebalan, ketinggian dan berat
  • warna - warna asas, sekunder, tertier dan neutral
  • melukis - teknik menggambar menggunakan media kering atau warna
  • catan - penghasilan seni menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke atas kertas, kanvas atau kadbod

Saturday, 28 April 2012

[8] Pengajaran Kraftangan Kanak Kanak

  • boleh aplikasikan kepada teknik aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan.
  • MENGGAMBAR - lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek.
  • MEMBUAT CORAK & REKAAN - ikatan dan celupan, tiupan, titisan, renjisan, percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, resis, kolaj, sulaman, lipatan dan guntingan
  • MEMBUAT BENTUK BINAAN - topeng, boneka, origami, mobail, stabail, model dan diorama.
  • kraf mudah - bantu perkembangan motor kasar dan halus kanak kanak
  • kraf mudah 2D - bentuk kraf yang ada panjang dan lebar
  • kraf mudah 3D - bentuk kraf yang ada panjang, lebar, tinggi
  • kolaj - bentuk 2D
  • mobail - hasil kerja seperti lipatan, lukisan dan objek yang digantung pada imbangan yang sesuai.

Friday, 27 April 2012

[9] Pengajaran muzik, lagu dan nyanyian serta pantun dan sajak kanak kanak

  • muzik - pic, irama, lirik dilatih dalam aktiviti nyanyian kanak kanak
  • pantun & sajak - ritma, susunan ayat ringkas & mudah difahami
  • pengalaman muzik - bayi dan kanak kanak adalah mengikut peringkat
  • jenis lagu - merangkumi permainan jari, lagu permainan, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu nasihat dan lagu serantau
  • pantuk kanak kanak - boleh dinyanyikan dalam lagu seperti pantun 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat.
  • sajak - puisi baru yang bebas dari peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata kata dan ritma. 
  • muzik lagu, sajak, pantun dapat meningkatkan kemahiran muzikal dan kreativiti
  • pengajaran boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah :
    • kaedah pengajaran lagu / pantun / sajak fasa demi fasa
    • kaedah pengajaran lagu / pantun / sajak lengkap
    • kaedah pengajaran lagu / pantun / sajak daripada rakaman

Thursday, 26 April 2012

[10] Pengajaran tarian dan pergerakan kreatif kanak kanak

  • boleh mempertingkatkan kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak kanak 
  • tarian - gerakan yang berirama
  • pergerakan kreatif - gabungan gerak geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti kanak kanak
  • jenis tarian - kuda kepang, zapin, joget, singa, naga, bharata natyam, bhangra, ngajat solo, sumazau, buluh, tarian orang asli.
  • AKTIVITI PERGERAKAN KREATIF - menggabungkan elemen pergerakan tubuh badan, ruang, masa dan daya
  • RANGSANGAN - muzik, props (reben, bola, gelung dll)
  • merancang aktiviti tarian mengikut kaedah :
    • kaedah latihan profesional
    • kaedah menonton persembahan
    • kaedah tayangan video

Wednesday, 25 April 2012

[11] Pengajaran drama kanak kanak

  • merangsang kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak kanak
  • gerakan, dialog dan pemikiran menyeluruh penting untuk perkembangan imaginasi dan kreativiti
  • drama kreatf - permainan dan berlaku secara spontan
  • drama dalam pendidikan - improvisasi, pantomin, memos, main peranan, simulasi, boneka, teater membaca dan teater bercerita
  • improvisasi berlaku - dalam situasi yang tidak dirancang
  • pantomin - satu atau kumpulan membaca skrip lakonan manakala yang lain berlakon
  • memos - lakonan bisu tanpa bahasa
  • main peranan - melakonkan watak dalam situasi yang direka

Tuesday, 24 April 2012

[12] Penilaian dalam seni

  • proses positif dan satu sumber makluman untuk mengenal pasti perkembangan kreativiti dan artistik kanak kanak
  • menilai proses penghasilan kerja seni kanak kanak dengan memerhati minat, kebolehan dan penglibatan kanak kanak
  • memahami perasaan dan mesej yang ingin disampaikan oleh kanak kanak
  • bukti laporan kepada pihak pentadbir dan ibu bapa kanak kanak
  • memerhati, merekod, menilai, merancang aktiviti dan menilai kanak kanak
  • dokumentasi - mengumpul, menjaga dan menyemak kembali portfolio
  • penilaian menggunakan
    • rekod anekdot
    • senarai semak
    • skala kadar
    • carta penyertaan