Tuesday 9 April 2013

9/ Analisis Ayat

  • konstituen terdekat - ayat dipisahkan kepada dua / kaedah binary / kaedah duaan
  • rajah pohon - meneliti binaan frasa, klausa / ayat. melibatkan FN, KN, KA, FK, KK, FA dll

Monday 8 April 2013

8/ Ayat Majmuk

  • berbentuk cantuman beberapa ayat tunggal. ada 3 jenis
  • ayat majmuk gabungan
    • gabungan dua ayat dengan menggunakan kata hubung 
    • dan, serta, atau, lalu, kemudian, lantas, terus, malahan, tambahan pula, sambil, seraya, tetapi, namun, melainkan dll
  • ayat majmuk pancangan - terdiri dari 1 ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan kepada ayat induk atau ayat kecil ini menjadi sebahagian dari ayat induk.
    • ayat majmuk pancangan relatif - ayatnya mesti ada ditandai perkataan 'yang'
      • perluasan subjek
      • perluasan predikat
      • perluasan keterangan
    • ayat majmuk pancangan komplemen -  ada perkataan bahawa, untuk dll
      • klausa komponen dipancangkan kepada klausa utama
      • ayat komplemen frasa nama
      • ayat komplemen frasa kerja
      • ayat komplemen frasa adjektif
    • ayat majmuk pancangan keterangan
      • ayat induk, ayat kecil dipancangkan menjadi ayat induk. 9 jenis keterangan seperti :
      • musabab - kerana, lantaran, oleh sebab
      • akibat - hingga, sehingga
      • syarat - sekiranya, andai kata, jika, jikalau, kalau
      • waktu - sejak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala, ketika
      • pertentangan - biarpun, walaupun, meskipun, kendatipun, sekalipun, sedangkan
      • harapan - supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau
      • cara - dengan
      • tujuan - untuk, demi, bagi
      • perbandingan - seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, bagai, ibarat
  • ayat majmuk campuran - ayat panjang, ayat tunggal dengan ayat majmuk, deretan beberapa jenis ayat majmuk. 

Sunday 7 April 2013

7/ Ragam Ayat

  • ayat aktif - kata kerja sebagai subjek asal
    • ayat aktif transitif - biasanya ada imbuhan men (SUBJEK + KATA KERJA TRANSITIF + OBJEK )
    • ayat aktif tak transitif - biasanya ada imbuhan ber
      • ayat aktif tak transitif berpelengkap - pelengkap kata nama, kata adjektif, frasa sendi nama
      • ayat aktif tak transitif tanpa pelengkap
  • ayat pasif - objek  yang diterangkan - biasanya imbuhan men digantikan dengan di
  • ayat pasif ganti dengan imbuhan kata kerja pasif
    • di, ter, ber, ke...an
  • ayat pasif dengan ganti nama diri orang pertama dan kedua
    • ganti nama diri hadir pada posisi di hadpan kata kerja
  • ayat pasif dengan perkataan kena
    • objek sebagai fokus ayat - cth : rakan serumahnya kena tipu oleh lelaki itu

Saturday 6 April 2013

6/ Ayat dan Jenisnya

  • ayat dasar - ayat inti. tiada unsur keterangan
  • ayat tunggal - satu klausa, satu subjek, satu predikat. boleh ubah suai susunan.
  • susunan ayat
    • susunan biasa - subjek ke predikat
    • susunan songsang - predikat ke subjek
  • jenis ayat
    • ayat penyata - ayat berita, keterangan, maklumat, pernyataan. 
    • ayat tanya - bertanya, meminta maklumat
      • tanpa kata tanya
      • dengan kata tanya
      • ayat tanya tertutup - ayat yang dapat dijawab dengan perkataan ya / tidak
      • ayat tanya terbuka - ayat yang menekehendaki jawapan yang berupa penjelasan atau penerangan
    • ayat perintah - memberikan arahan, suruhan, silaan, ajakan, keinginan, harapan
      • ayat suruhan - melakukan sesuatu. boleh dilembutkan dengan partikel lah
      • ayat silaan - menjemput, mempersilakan seperti sila, sudi, jemput
      • ayat larangan - menegah
      • ayat permintaan - meminta atau memohon
      • ayat ajakan - mengajak seseorang - mari, ayuh, jom
      • ayat seruan - menyatakan perasaan yang kuat, kagum, marah, sakit, hairan
    • ayat nafi - menyangkal / mengingkari sesuatu
    • ayat minimal - terdapat dalam perbualan dan tulisan cereka. ayat yang tidak lengkap dari segi tatabahasanya. contoh : entah. jalan perlahan-lahan.

Friday 5 April 2013

5/ Frasa Sendi Nama

  • tergolong dalam frasa eksosentrik (frasa yang tidak mempunyai kata inti di dalamnya)
  • frasa sendi nama seperti = untuk, di, ke, dari, daripada, kepada, dengan, untuk
  • binaan frasa sendi nama
    • kata sendi nama + frasa nama
      • contoh : di kawasan perumahan
    • kata sendi nama + kata arah + frasa nama
      • contoh : di atas meja
    • kata sendi nama + frasa nama + frasa keterangan
      • contoh : di kuala lumpur sejak semalam
    • kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan
      • contoh : di tepi tasik pada petang itu
  • fungsi frasa sendi nama
    • predikat
    • unsur keterangan
      • keterangan masa
      • keterangan tempat
      • keterangan asal

Thursday 4 April 2013

4/ Frasa Adjektif

  • kata adjektif sebagai unsur inti dalam frasa adjektif
    • binaan satu perkataan - adjektif hadir secara tunggal
      • tiada unsur lain selain dari adjektif
      • contoh : wanita bertudung biru itu CANTIK
    • binaan dua perkataan - hasil gabungan sinonim / antonim / kesamaan unsur rima
      • contoh : jalan di kawasan perumahan itu SUNYI SEPI
  • kata penguat - penanda bagi frasa adjektif
    • contoh : terlalu baik, agak mahal
    • kata penguat hadapan - hadir sebelum kata adjektif
    • kata penguat belakang - hadir selepas kata adjektif
    • kata penguat bebas - hadir sebelum atau selepas kata adjektif
  • kata bantu - hadir dalam frasa kerja
    • contoh : telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula, belum
  • fungsi frasa adjektif
    • subjek
    • predikat
    • penerang
    • pelengkap
    • unsur keterangan

Wednesday 3 April 2013

3/ Frasa Kerja

  • kata kerja sebagai inti. ada 2 iaitu
    • frasa kerja transitif
      • wajib ada objek selepas kata kerja
        • contoh : dia menyanyikan lagu negaraku setiap pagi
      • satu objek : dia menyusun semua pakaiannya di dalam almari
      • dua objek : Akmal membelikan Izzudin sehelai baju
    • frasa kerja tak transitif
      • tanpa pelengkap
        • kata kerja tak transitif sebagai kata inti
        • tak perlu diikuti oleh unsur lain 
        • contoh : Zakaria tidur.
      • berpelengkap
        • kata kerja tak transitif sebagai kata inti
        • memerlukan unsur lain
        • contoh : hatinya menjadi gelisah
  • binaan frasa kerja
    • binaan satu perkataan 
      • contoh : adik PULANG ke kampung
    • binaan sederetan perkataan
      • dia dan keluarganya MENONTON WAYANG pada petang itu
  • kata bantu
    • hadir sebelum kata kerja.  ada 2 
      • kata bantu aspek - menerangkan waktu terhadap sesuatu kerja
        • sudah dilakukan
        • sedang dilakukan
        • belum dilakukan
      • kata bantu ragam - menerangkan ragam / perasaan sewaktu kerja dilakukan
        • seperti : hendak, harus, mahu, mesti, boleh, dapat
  • fungsi frasa kerja
    • predikat
    • subjek
    • penerang

Tuesday 2 April 2013

2/ Frasa Nama

  • frasa yang mempunyai kata inti / kata utama iaitu kata nama
  • ditambah dengan unsur penerang
  • binaan inti + penerang
    • inti + penerang nama
    • inti + penerang bukan nama
  • binaan inti + inti
    • tidak mempunyai penerang
    • keseluruhan berunsurkan inti
  • susunan frasa nama
    • hukum D-M (diterangkan - menerangkan)
      • diterangkan biasanya kata nama
      • menerangkan biasanya kata nama, kerja, adjektif, sendi nama
      • contoh kilang - papan, rumah - penghulu
    • kekecualian D-M
      • kata nama khas dan jawatan
        • contoh perdana - menteri (menerangkan - diterangkan)
      • kata nama bilangan dan penjodoh bilangan
        • contoh sekawan - burung
      • kata panggilan
        • contoh Puan - Salbanun
  • fungsi frasa nama sebagai
    • subjek
    • predikat
    • objek
    • pelengkap
    • penerang
    • unsur dalam binaan frasa sendi nama

Monday 1 April 2013

1/ Konsep Sintaksis

  • kajian aspek bahasa bersifat dalaman
  • sintaksis - ayat, klausa, frasa, kata
  • kajian sintaksis - proses pembinaan ayat
  • [AYAT]
  • ayat - deretan perkataan
  • sintaksis merangkumi aspek
    • struktur
      • susunan unsur unsur / konstituen di dalam ayat
      • dari kiri ke kanan
    • sistem
      • peraturan dalam pembinaan ayat
      • subjek - kata nama / frasa nama
      • predikat golongan kata nama, kata kerja dll
    • rumus
      • menjelaskan sistem bahasa
      • rumus preskriptif - rumus gaya, rumus normatif (peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat)
      • rumus deskriptif - menghuraikan bahasa sebenar sekumpulan pengguna bahasa natif dan tidak berdasarkan hipotesis (andaian)
  • [FRASA]
  • frasa - dua perkataan atau lebih. terdiri dari 2 iaitu
    • frasa endosentrik - frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif
    • frasa eksosentrik - frasa sendi nama
      • frasa yang tidak memiliki perilaku sintaksis yang sama dengan semua komponennya. 
  • frasa dan kata majmuk
    • dibina oleh rangkaian perkataan
    • cirinya :
      • perluasan - frasa boleh, kata majmuk tidak boleh
      • penyisipan - frasa boleh, kata majmuk tidak boleh
      • kebolehgantian unsur - frasa boleh, kata majmuk tidak boleh
      • keeratan konsitituen - frasa longgar, kata majmuk erat
      • status - frasa tahap frasa, kata majmuk tahap perkataan
      • makna 
  • jenis frasa
    • frasa nama - terdiri dari kata nama. cth: rumah batu
    • frasa kerja - terdiri dari kata kerja. cth: menendang bola
    • frasa adjektif - terdiri dari kata adjektif. cth: amat cantik
    • frasa sendi nama - terdiri dari kata sendi nama dan kata nama. cth : dari Kuala Lumpur
  • [KLAUSA]
    • di bawah ayat
    • KLAUSA BEBAS
      • boleh berdiri sendiri
    • KLAUSA TIDAK BEBAS
      • tidak boleh berdiri sendiri