Thursday 10 January 2013

10/ Kemahiran Asas Gimrama

  • seawal 5 tahun lagi dilatih kemahiran asas
  • 7 jenis pergerakan asas
    • imbangan
      • imbangan melutut
      • imbangan V
    • melentik
      • berdiri dan melentik ke sisi
      • melutut dan melentik ke sisi
    • meringkuk dan melunjur
      • duduk, meringkuk dan melunjur kaki
      • lentik kucing
    • gerak edar
      • berjalan
      • berlari
      • langkah skip
    • pusingan badan
      • pusingan setempat di atas dua kaki
      • pusingan di atas punggung dengan pusingan tangan
      • pusingan di atas lutut
    • lompatan
      • lompat regang
      • lompat lentik
      • lompat bintang
      • lompat dakap
    • ketangkasan
      • ringkuk badan dan ayun
      • guling balak

Wednesday 9 January 2013

9/ Gimrama

  • gimnastik irama
  • dipertandingkan  secara individu / berkumpulan untuk wanita sahaja.
  • 4 acara seperti gelung, bola, belantan, tali, reben
  • sistem pemarkahan melalui 4 panel / hakim
Acara Tali

Acara Gelung

Acara Belantan

Acara Reben

Acara Bola

Jenis Peralatan Untuk Gimrama

Tuesday 8 January 2013

8/ Kemahiran Asas Gimnastik Artistik

  • memperbaiki kualiti pergerakan
  • 6 pola pergerakan gimnastik
    • pendaratan
      • mendarat dengan kaki
      • mendarat dengan tangan
      • mendarat dengan gulingan sisi
    • statik
      • kemahiran kestabilan
      • pergerakan statik di atas kaki
      • statik di atas sokongan bahu
      • kombinasi kemahiran
    • gerak edar
      • pemindahan pusat graviti - hasilkan pergerakan yang mengubah kedudukan badan.
    • putaran
      • putaran hadapan
      • putaran menegak
      • putaran sisi
      • kombinasi kemahiran
    • hamburan
      • hamburan menegak
      • hambur tengkuk
      • hambur kepala
      • kombinasi kemahiran
    • hayunan
      • hayunan tangan ke hadapan dan ke belakang
      • hayun tangan sisi dari bawah ke atas
      • hayun kaki sisi dan ke belakang
      • kombinasi kemahiran
  • pola pergerakan dalam sukan gimnastik adalah asas kepada setiap pergerakan dalam sukan tersebut

Monday 7 January 2013

7/ Gimnastik Artistik

  • melibatkan prestasi senaman yang perlukan kekuatan fizikal, fleksibiliti, kuasa, ketangkasan, koordinasi dan imbangan
  • cabang sukan gimnastik - gimnastik artistik, gimrama, sukan aerobik, gimnastrada, trampolin, sukan aerobik, tumbling.
  • sukan gimnastik, antara acara lelaki - senaman lantai, palang sejajar, melombol, gelang, kekuda berpelana, palang tunggal. perempuan pula - senaman lantai, palang bertingkat, batang titian, melombol.
  • sistem pemarkahan yang subjektif.

Sunday 6 January 2013

6/ Gimnastik Pendidikan

  • menghasilkan kekuatan fizikal, fleksibiliti, ketangkasan, koordinasi dan imbangan
  • tujuan 
    • tingkatkan kesedaran tubuh badan
    • tingkatkan kreativiti pelajar
    • nilai positif tentang keyakinan diri
    • dedah kepada proses penerokaan
    • beri kebebasan kepada pelajar dalam mengolah kreativiti
    • penyediaan asas kepada gimnastik artistik
  • tema 
    • kesedaran tubuh badan
      • lakuan asas tubuh badan
      • lakuan bahagian tubuh badan
      • aktiviti tubuh badan
      • bentuk tubuh badan
    • kesedaran ruang
      • ruang diri
      • ruang am
      • bergerak berbagai cara menggunakan ruang
      • membuat pergerakan menggunakan ruang diri
      • bergerak menggunakan berbagai aras
      • bergerak menggunakan pelbagai arah
      • bergerak menggunakan pelbagai laluan
    • kesedaran masa
      • kawalan masa dalam melakukan sesuatu pergerakan. antara subtemanya :
      • bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza
      • bergerak dengan memilih kelajuan yang sesuai
      • bergerak dengan mengawal kelajuan
      • menggerakkan bahagian tubuh badan untuk memilih kelajuan yang sesuai
      • merangkaikan pergerakan dengan menggunakan dua atau lebih aspek masa
    • kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan
      • bergerak untuk menunjukkan perkaitan antara satu bahagian badan dengan bahagian badan yang lain
      • menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan di antara satu bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain
      • bergerak untuk menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan
      • menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan
      • menyokong badan di atas satu tapak sambil menggerakkan bahagian badan yang lain untuk mendapatkan kestabilan
      • mengalih beban dari pergerakan yang stabil ke pergerakan yang baru dengan menggunakan bahagian tubuh badan untuk mendahului pergerakan
      • mencipta bentuk badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh badan
    • kesedaran beban
      • bergerak berbagai cara dan membeku
      • bergerak berbagai cara dengan kualiti berat dan ringan
      • bergerak berbagai cara dengan kualiti berat dan ringan menggunakan alatan
      • merangkaikan dua atau lebih pergerakan dengan kualiti berat dan ringan tanpa atau dengan alatan
    • kesedaran aliran
      • 3 jenis rangkaian pergerakan seperti :
        • merangkaikan pergerakan secara aliran bebas
        • merangkaikan pergerakan secara aliran terikat
        • merangkaikan pergerakan secara aliran bebas dan terikat
    • kesedaran perkaitan dengan orang lain, antara subtemanya :
      • bergerak berbagai cara dengan pasangan
      • bergerak berbagai cara dengan rakan secara sentuhan badan
      • bergerak berbagai cara dalam kumpulan
    • kesedaran ritma
      • mendapatkan ritma dari berbagai pergerakan
      • menggunakan corak ritma untuk melakukan pergerakan
      • merangkaikan aliran pergerakan dengan corak ritma

Saturday 5 January 2013

5/ Pergerakan Kreatif Lanjutan

  • tema yang lebih mencabar seperti
  • Bentuk bentuk pergerakan ada 4 subtema
    • corak asas - garisan lurus, lengkung, bentuk bulatan atau zig zag
    • corak di lantai dan di awangan
    • perubahan saiz pergerakan - menukar bentuk badan dari kecil ke besar dll
    • bentuk tubuh badan 
  • gabungan lakuan daya asas
    • perubahan perlahan-lahan 
    • perubahan beransur
    • perubahan serta-merta
  • orientasi ruang ada 3 subtema
    • dimensi ruang - arah bahagian tubuh badan dan kaitannya dengan arah pergerakan badan
    • orientasi berpasangan dan berkumpulan 
    • susunan dan urutan - ambil kira aspek aliran, arah, aras dan kepelbagaian penggunaan bahagian tubuh badan
  • guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan ada 2 subtema
    • rangkaian daya mengikut corak
    • rekaan daya mengikut corak
  • penaikan dari lantai ada 4 subtema
    • penaikan tanpa lompatan - badan dinaikkan tanpa lompatan
    • lepas dari lantai ke ruang udara 
    • membina pelbagai bentuk di ruang
    • melakukan pelbagai lakuan daya asas di ruang
  • kesedaran berkumpulan ada 3 subtema
    • memimpin dan menyesuaikan
    • meniru lakuan kumpulan
    • kesedaran kumpulan - penekanan dengan aspek masa, ruang, beban dan aliran
  • formasi pergerakan dalam kumpulan ada 2 jenis
    • formasi sebentuk - formasi garisan yang lurus, formasi bulat, pergerakan pelbagai bentuk
    • formasi tidak sebentuk - bergerak secara spontan
  • kualiti-kualiti ekspresif dalam pegerakan yang mengambil kira
    • idea atau perasaan yang akan disampaikan
    • perkaitan dalam pergerakan
    • perbezaan antara pergerakan
  • rangsangan dalam pergerakan kreatif
    • rangsangan dalam diri
    • rangsangan objek
    • rangsangan bunyi
  • fahaman dinamika muzik
    • bunyi beransur kuat
    • bunyi beransur lembut
    • bunyi kuat beransur lembut
    • tempo beransur laju
    • tempo laju beransur kuat

Friday 4 January 2013

4/ Pergerakan Kreatif Asas

  • merupakan interpretasi idea, perasaan serta tanggapan idea yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan
  • kombinasi pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti
  • 8 tema pergerakan kreatif
    • kesedaran tubuh badan
      • keseluruhan tubuh badan
    • kesedaran rintangan kepada beban dan masa
      • beban - halus ringan, berat kuat
      • masa - serta merta, kawal lambat
      • beban dan masa - berat dan kawal lambat, halus dan serta merta, berat dan serta merta, halus dan kawal lambat
    • kesedaran ruang
      • ruang ditolak seolah olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka
      • 5 subtema - kawasan, arah, laluan, aras, ekstensi
    • aliran beban badan dalam ruang dan masa
      • 3 subtema
        • aliran - aliran terikat, aliran bebas
        • ruang - ruang terus, ruang tidak terus
        • masa - pergerakan serentak, pergerakan berturut-turut
    • penyesuaian terhadap kawan
      • 2 subtema
        • kerja berpasukan - secara berpasangan
        • kerja berkumpulan - secara berkumpulan
    • penggunaan tubuh badan sebagai alat
      • lompatan asas
      • bentuk tubuh badan
      • gerak isyarat
    • lapan lakuan daya asas
      • secara berpasangan
        • lejang / radak dan apung - tangan, lutut, sikut, kaki
        • cantas dan luncur 
        • pulas dan cecah
        • tekan dan renjis / ketis
    • ritma ritma berkaitan dengan pekerjaan
      • lakuan pekerjaan 1
        • domestik - membasuh, menyapu, menggoreng, menumbuk
        • pertanian - mencangkul tanah, membanting padi dll
      • lakuan pekerjaan 2
        • perkhidmatan - menaip, kawad dll
        • perindustrian - memunggah barang dan menganggkat dll
  • tujuan 
    • beri pengalaman
    • beri kebebasan dan kesedaran serta memupuk pengawalan dalam penggunaan tubuh badan
    • menanam ciri pengucapan dan pencurahan perasaan
    • kembangkan imaginasi pergerakan
    • suburkan ritma semulajadi
  • penerapan nilai
    • yakin
    • gembira dan seronok
    • hormat orang lain
    • bekerjasama
    • kesyukuran
    • menyedari keperluan orang lain
    • cintakan keindahan alam
    • kreativiti
    • berdisiplin
    • perasaan kasih sayan
    • kebebasan curahkan perasaan
    • kejujuran

Thursday 3 January 2013

3/ Pemanasan Badan

  • persediaan anggota tubuh badan untuk bertindak balas dan mendorong saraf untuk bertindak dengan lebih cepat dan cekap
  • faedah 
    • badan akan merembeskan hormon adrenalin
      • kadar degupan jantung meningkat
      • pengeluaran cecair sinovial meningkat untuk mengurangkan geseran
    • pengembangan salur kapilari darah
      • boleh hantar oksigen kepada otot melalui darah
    • peningkatan suhu di dalam otot
      • kurangkan kelikatan darah
      • mudahkan aktiviti enzim
      • galakkan penceraian oksigen dari hemoglobin
    • menyingkirkan asit laktik
  • jenis pemanasan badan
    • pemanasan badan umum
      • berjalan laju, berjogging, melompat di trampolin, lompat bintang, lompat tali, lari setempat
    • regangan statik
      • selepas aktiviti pemanasan badan umum dijalankan
    • pemanasan badan khusus
      • lebih kepada pergerakan mengikut sukan yang diceburi
    • regangan dinamik
      • hampir kepada pemanasan badan khusus -  dilakukan sebelum latihan atau pertandingan
  • prinsip pemanasan badan
    • frekuensi - dijalankan secara kerap
    • intensiti - tingkatkan kelenturan otot dan tendon pada sesuatu bahagian
    • masa - secara berjeda
    • jenis - melibatkan otot utama yang terlibat dengan kemahiran fizikal
  • penerapan elemen keseronokan akan menjadikan proses pengajaran lebih bermakna dan dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif

Wednesday 2 January 2013

2/ Belajar Pergerakan Asas

  • gabungan pola pergerakan hasilkan pergerakan yang kompleks
  • menghantar 
    • membaling, merejam, menyepak
  • menerima
    • menangkap, menahan, mendada
  • mengiringi
    • mengelecek
  • mengelak
    • mengelak
  • bergerak
    • mengubah kedudukan badan
  • mendarat
    • menggunakan kaki, tangan dan semasa berpusing
  • statik
    • imbangan, sokongan dan gantung
  • ayunan
    • ayunan tangan, badan
  • lantunan
    • libatkan paksi badan menegak dan melintang. dari kaki, bahu
  • 3 prinsip :
    • prinsip pergerakan
    • prinsip mekanikal - intertia, hukum tuas, projection dan projectile, torque
    • prinsip estetika pergerakan - aktiviti sukan dan kesenian spt tarian, gimnastik, menyelam dan renang berirama
  • 3 proses perkembangan kemahiran pergerakan
    • peringkat permulaan
    • peringkat pertengahan
    • peringkat lanjutan
  • 3 fasa pembelajaran dalam pergerakan 
    • fasa kognitif - mempamerkan persembahan yang tidak konsisten
    • fasa bersekutu - lebih konsisten, program motor sedang dibentuk
    • fasa autonomous - menjadi konsisten, lancar dan mempunyai nilai estetik

Tuesday 1 January 2013

1/ Pergerakan Asas

  • konsep pergerakan dan kemahiran motor asas
  • matlamat - mencapai perkara kecergesan dan sosiolisasi / kerjasama
  • jenis pergerakan 
    • pergerakan lokomotor
      • berlari, berjalan, melompat, memanjat, menggelungsur, skip, guling hadapan
    • pergerakan bukan lokomotor
      • duduk, bangkit tubi, meregang, membongkok, menghayun, menolak, rebah, bangkit
    • pergerakan manipulatif alat
      • menggelecek bola, membaling bola, menahan, memukul, menyepak, menanduk, merejam
  • ritma - gaya rentakan dan geraktari yang menghasilkan pergerakan
  • sumber ritma - alat muzik spt paluan, bunyian suara
  • gabungan pergerakan dan ritma mampu menjadikan kanak kanak lebih kreatif
  • dapat meningkatkan koordinasi dalam menyelaras dan menyeragamkan pergerakan baru