Monday 1 August 2011

Karangan Jenis Syarahan

SOALAN
Andaikan bahawa anda terpilih mewakili kelas anda untuk menyampaikan syarahan. Tajuk syarahan itu ialah “Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik”.Sediakan teks syarahan anda tersebut.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang bijaksana,Guru Besar,guru-guru,dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah “Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik.
Hadirin sekalian,

  Kata “membazir “bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang terbuang. Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan. Misalnya jika kita terlalu boros berbelanja,kita tidak akan mempunyai wang ketika kita benar-benar memerlukannya. Makanan yang dibeli secara berlebihan mungkin tidak termakan dan akan dibuang.

    Selain dari itu, membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah satu pembaziran. Bagi seorang murid, masa itu adalah emas. Oleh sebab itu,kita hendaklah membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

   Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik. Jika kita membazir air dan elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membayar bil-bil berkenaan.

   Pada musim kemarau pula,kita akan menghadapi masalah kekurangan air dan terpaksa dicatu.

    Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan saya ini. Sebagai kesimpulannya,saya ingin menekankan bahawa membazir adalah amalan yang tidak baik dan banyak mendatangkan keburukan kepada kita.

     Sekian,terima kasih.

Karangan Jenis Catatan

 
Karangan Catatan
Kamu telahmelakukan beberapa aktivitisemasacuti hujung minggu. Tuliscatatantentang aktiviti-aktiviti tersebut.
  
Ahad  7.00pagi 
  • Selepas solatSubuh, saya mandi dan bersarapan bersama keluarga. Sayamembantu ibu di dapur dan mengemas meja makan. Saya juga menolong ibumencuci pinggan mangkuk. 

9.00 pagi 
  • Selepas mencucipinggan-mangkuksayamengemasrumah. Mula-mula saya mengemas bilik tidur saya. Mana-mana pakaian yang kotor saya asingkan dandiisikan ke dalam mesin basuh. Kemudian, saya membersihkan ruang tamu. 

11.00 pagi 
  • Selepas berehat sekejap, saya ke dapur menolong ibu memasak. Sayamembantu ibumenyiangikan dan sayur. Saya rasa sangat gembira keranadapat membantu ibu di dapur. Ibu berasa bangga kerana mempunyai anakyang rajin. 

2.00 petang
  •  Selepas solat dan makan tengah hari, saya berehat sebentar, kemudian sayamembaca buku cerita yang saya pinjam dari perpustakaan. Kemudian, sayamenontontelevisyenkerana ada rancangan yang saya minati. 

5.00 petang 
  • Selepas solat asar, saya keluar bermain bersama kawan-kawan di tamanpermainan yang berhampiran dengan rumah. Saya rasa gembira dapat bermainbersama kawan-kawan. Selepas bermain saya pulang ke rumah.